Wednesday, January 6, 2016

MATA BATIN

Setiap manusia dianugerahi kelima pancaindera, namun tahukah anda apabila kita semua ini diberikan keistimewaan yang sesungguhnya bila digali lebih dalam kita mempunyai indera ke enam. Indera keenam kita adalah mata batin. Mata Batin adalah indera keenam yang Allah berikan kepada setiap manusia.

SIFAT ROH ATAU HATI

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah-ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak. Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:

MENGUKUR KEIKHLASAN

Dalam ajaran Islam, ikhlas merupakan roh amal atau jiwa ibadah. Ia jadi penentu apakah amal ibadah kita diterima atau ditolak yang mana bila amal ibadah tidak ikhlas, maka ia tidak ada nilaian di sisi Allah atau tidak ada harganya lagi. Sebaliknya kalau ikhlas dalam beramal, Allah terima dan diberi ganjaran yang tidak ternilai. Bagaimanakah yang dikatakan ikhlas ini jadi penentu? Amal ibadah ini umpama seorang manusia. Bila nyawa (roh) sudah tidak ada, ia akan jadi bangkai. Bangkai mesti dibuang ke kubur kerana nilai kemanusiaannya sudah tidak ada lagi di waktu itu. Dia tidak layak lagi bergaul dengan orang yang hidup. Walaupun dia seorang ratu cantik, orang terpaksa buang juga kerana ia akan jadi busuk, berulat dan reput menjadi tanah.

WASIAT KEROHANIAN SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI

Dalam satu hadis Rasulullah saw yang bermaksud: "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi sesaorang hambaNya, maka Dia akan memberi hambaNya itu kefahaman dalam agama dan memperlihatkan kepadanya cacat cela dirinya.” Kefahaman dalam agama merupakan satu jalan atau sarana untuk mencapai jiwa yang bermakrifah pada Allah SWT. Apabila hati insan mengenali Tuhannya, maka dia akan dapat mengenali segala sesuatu. Bahkan dengan pengenalan makrifah kepada Allah SWT ini, maka sohehlah ibadahnya dan dia dapat membebaskan diri dari perhambaan pada yang selain dari Allah SWT. Apabila kita mengutamakan yang lain selain ini, maka tiada kesejahteraan dan kebahagiaan sebenar dalam hidup ini. 

SELAIN AL-HAQ SEMUA TERHALANG DARINYA

Ketahuilah terputusnya mahluk dari Allah adalah kerana bergantungnya mereka pada makhluk dan pada diri mereka serta fokus mereka pada perbuatan sendiri. Penyimpangan mereka dari akidah yang benar disebabkan mereka telah menyalahi fitrah yang atasnya jiwa manusia diciptakan. Selain itu, kerana mereka teramat cinta pangkat, harta, dunia, kekuasaan , syahwat, panjang angan-angan, menunda amal, kikir, emosional, ujub, makanan, minuman dan pakaian yang buruk serta kerusakan dunia mereka dan dominasi syahwat atas hati mereka. Juga kerana mereka meninggalkan dan mengabaikan perjuangan melawan hawa nafsu, maka jiwa tersebut bergelimang syahwat dan kecerobohan, bergaya dihadapan manusia, serta menghiasi diri dengan sifat-sifat tercela seperti dengki, hasad, kebodohan, kedunguan, pamer dan kemunafikan. Termasuk juga jenis perusak hubungan dengan Allah adalah mendukung anggota badan untuk taat kepada selain Allah, seperti mata, pendengaran, lidah, tangan dan kaki (padahal semua itu akan dimintai pertanggungjawaban), malas, tidak sensitif, lalai dan sikap lainnya yang menjauhkan dari Allah SWT.

TAUHID ZAT BUKAN KUNHI ZAT

Pengertian tauhid zat adalah mengesakan Allah pada zat. Maqam tauhid zat merupakan maqam tertinggi dan merupakan puncak pengetahuan dan musyahadah orang yang Arif. Bagi Arifin yang telah sampai pada maqam ini, mereka merasakan kelezatan spiritual yang tiada tara. Dan maqam ini juga merupakan batas akhir pencarian (seluruh makhluk), dalam perjalanan menuju kepada-Nya.

TENTANG KUNHI ZAT

Pada suatu masa sebelum adanya alam ini, di hari sebelum hari yang tujuh, maka alam itu di sebut alam NURUL BUHTI ALLATI dan di hari ZAT-ZATUL BUHTI iaitu hari tersembunyi yang di sebut SATIYAARIL GOIB-SATIYAAUL BUHTI. Tuhanpun belum bernama Allah, Aras dan Qursy belum ada, langit dan bumi, serta Syurga dan Neraka masih belum di jadikan. Dan saat itu Tuhan masih bernama NUKTAH. Tiada suatupun yang ada, hanya Nuktah. Nuktah melihat Diri-Nya lah Tuhan. 

SYEIKH ABDUL QADIR AL JILANI PENCINTA ILAHI

Pencinta Ilahi adalah, orang yang mencintai Allah swt, seluruh hidupnya hanya ditujukan pada Allah swt. - Syeikh Abdul Qadir Al Jilani. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani mengatakan: “Jika seorang pencinta telah sampai kepada kekasihnya, maka apakah masih ada kelelahan yang tersisa? Kelelahan akan berubah menjadi ketenteraman, jarak yang jauh akan menjadi dekat, yang ghaib akan berada di depan mata, dan semua khabar gembira akan menjadi nyata. Dia akan mampu melihat segala rahasia-Nya, dengan begitu dia bisa mengelilingi negeri-Nya. 

SYATAH AHLI SUFI

Saya percaya, kita mungkin pernah mendengar kisah2 para wali Allah yang mengungkap perkataan Batil seperti 'ana al haq' (Aku adalah Allah) dan seumpamanya. Bagaimana hal keadaan tersebut? Di dalam Tasawwuf, hal ini dipanggil ‘Syatah’. Apakah itu?

UJUB

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri. Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.

• Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.

•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.

•. Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.

•. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.

•. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.