Saya percaya, kita mungkin pernah mendengar kisah2 para wali Allah yang mengungkap perkataan Batil seperti 'ana al haq' (Aku adalah Allah) dan seumpamanya. Bagaimana hal keadaan tersebut? Di dalam Tasawwuf, hal ini dipanggil ‘Syatah’. Apakah itu?
Syatah ialah perkataan yang tersasul oleh sebahagian Ahli Sufi yang belum sempurna ketika diluar kesedaran dan tenggelam dalam syuhudiah kepada Allah serta mereka tidak menyedari hal itu. Perkataan itu jika dituturkan dalam keadaan dia sedang berakal (kesedaran), pasti dia mengingkarinya. Keadaan ini bukan terpuji disisi Ulama Sufi. akan tetapi mereka yang tersasul demikian dalam keadaan uzur kerna hilang sedar dan hilang disiplin fikir ketika itu.
Walaupun tiada dosa disebab keuzuran tersebut (dimaafkan), haram bagi mereka yang sedar cuba mengikut perkataan tersasul tersebut. Bahkan dilihat apa yang berlaku adalah Syatah yang dimaafkan berlaku kepada ahli ahwal (mereka yang mencapai keadaan itu) yang benar seperti berlaku kepada seorang lelaki yang sesat dan terpisah dengan kenderaan tunggangannya di padang pasir. Atas kenderaan itu, ada makanan, minuman dan barangan miliknya. Tatkala saat menjumpai semula kenderaannya, berlaku kegembiraan terlampau sehingga tersalah kata menyebut:
"اللهم انت عبدي و انا ربك
'Ya Tuhan, engkaulah hambaku dan aku Tuhanmu' (dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim). Hal keadaan ini kerana terlalu gembira dengan menjumpai kenderaan miliknya, maka bagaimana pula jika bergembira kerana Allah?
(Perhatian) Perkataan demikian dan selainnya tersasul atau terkeluar dari seseorang tanpa sedar. Qiaskan kefahaman ini apa yang berlaku kepada sebahagian Waliyullah.
No comments:
Post a Comment