Syam adalah negeri iman dan Islam saat terjadi huru-hara dan peperangan dahsyat: “Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya. Nabi s.a.w: Hendaklah kalian memilih Syam, karena ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tak bisa hendaklah kalian memilih Yaman dan berilah minum (hewan kalian) dari kolam-kolam (di lembahnya), karena Allah menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.” (HR. Imam Ahmad). Penduduk Syam senantiasa berada di atas al-haqq yang dominan hingga datang Kiamat.
Sunday, August 14, 2016
SEBENAR-BENAR MAKRIFAT
Dalam kitab "Risalah Al Qusyairiah" mengenai makrifat, Imam Abi Qasim berkata: “erti makrifat menurut pendapat ulama (bukan ahli tasawwuf) ialah 'pengetahuan'. Maka tiap-tiap ilmu itu adalah makrifat dan tiap-tiap makrifat adalah ilmu dan tiap-tiap orang alim tentang Allah, adalah orang arif dan tiap-tiap orang arif adalah alim”. Dlm kitab ini juga dinyatakan: ”Barangsiapa yang mengenal Allah dgn jalan pertolongan Allah maka orang itu adalah 'Arif' tentang Allah secara hakikat (ahli Tasawwuf). Orang yang arif tentang Allah dengan cara dalil sahaja maka itu adalah orang Mutakallimin Taklid (menuruti perkataan orang tanpa mencari dalil) maka orang itu adalah orang awam/orang bodoh”.
PENGERTIAN ARASY BAGI KAUM SUFI
Dalam Risalah Qusyairiyah, Dzun Nun Al-Mishri pernah ditanya seseorang tentang ayat yang berbunyi, artinya: "Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam diatas Arasy." (QS. Thaha: 5). Lalu dijawab, "Dzat-Nya tetap, tempat-Nya tidak ada, sebab Dia ada dengan Dzat-Nya; sedang segala sesuatu ada dengan hukumNya menurut kehendak-Nya.”
SELAMA NAFSU DAN AKAL MENJADI HIJAB
Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kpd perkara ghaib dan menyerah diri secara menyeluruh tidak akan dicapai. Qada dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib. Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban. Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib.
DALAM PERJALANAN MENCARI MAKRIFAT
Dalam perjalanan mencari makrifat, seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah swt. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kpd Allah swt, hanya Dia yg memiliki kuasa Mutlak dlm menentukan siapakah antara hamba2Nya yg layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan utk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah swt. ASLIM atau MENYERAH DIRI kepada Allah swt adalah perhentian di hadapan Pintu Gerbang Makrifat. Hanya para hamba yg sampai diperhentian aslim ini yg berkemungkinan menerima kurniaan Makrifat.
ILMU TASSAWUF DARI PANDANGAN SYEIKH JUNAID AL BAGHDADI
1) Mengenal Allah, sehingga antaramu dgn Allah tidak ada/tanpa perantara.
2) Melakukan semua akhlak yg baik menurut Sunnah dan meninggalkan semua akhlak yg rendah.
3) Melepas hawa nafsu menurut kehendak Allah.
4) Merasa tiada memiliki apapun, juga tidak dimiliki oleh siapapun kecuali Allah.
Adapun Caranya : Iaitu mengenal Asma Allah dengan penuh keyakinan, sehingga menyadari Sifat-Sifat dan Afaal Allah di alam semesta ini.
SYARIAT DALAM AMALAN TASAWWUF
SELURUH pengamal Tasawwuf yang mengamalkan pengamalan Tarikat Muktabarah sepakat bahwa landasan utama peramalan itu adalah pengamalan Syariat yang kuat. Semua lembaga Tarikat Muktabarah berlandaskan Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang sangat menekankan pengamalan Syariat yang sempurna, adalah satu-satunya jalan untuk berhasilnya pengamalan Tarikat itu.
RAHSIA KEWALIAN ADALAH ZIKIR
Buah ataupun hasil daripada ilmu itu adalah amal dan juga untuk kita ini mendapatkan keuntungan dan juga untuk kita ini meningkatkan darjat kita menjadi org2 Para Auliya org2 Para Solihin yang mulia di sisi Allah s.w.t. Jalan yang paling cepat untuk seseorang itu untuk mencapai kepada kewalian yang besar kepada Allah adalah dengan jalan ZIKIR kepada Allah s.w.t terutama memperbanyakkan kalimah La Ilaha Illa Allah dan SELAWAT kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Di sana ada zikir yg kadang2 mungkin pendek. Akan tetapi ianya adalah mempercepatkan kamu utk sampai kepada maqam, darjat yg cukup mulia. Sepertimana yang dikatakan oleh Nabi s.a.w kepada Para Sahabat tentang zikir yang begitu hebat iaitu:
MEMBUKA MATA HATI
Menurut Ibnu Athaillah manusia mempunyai 2 mata, iaitu Mata Zahir dan Mata Batin. Mata Zahir berfungsi untuk melihat hal-hal yang sifatnya fisik, sedangkan mata batin berguna untuk melihat hal-hal metafisik.
APA PERLUNYA MENGENAL ALLAH?
Perlukah manusia di muka bumi ini mengenal Allah? Siapa Allah itu? Umum mengetahui, bahkan semua Agama pun di atas muka bumi ini mengakui bahawa wujudnya Tuhan yg mentadbir sekalian alam. Cuma bagi penganut Islam, Tuhan itu dipanggil dengan nama Allah. Namun Agama lain, memanggil dengan panggilan masing-masing. Itu cuma nama. Biarpun nama berbeza, namun empunya dirinya adalah sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)