Sunday, August 14, 2016

RAHSIA KEWALIAN ADALAH ZIKIR

Buah ataupun hasil daripada ilmu itu adalah amal dan juga untuk kita ini mendapatkan keuntungan dan juga untuk kita ini meningkatkan darjat kita menjadi org2 Para Auliya org2 Para Solihin yang mulia di sisi Allah s.w.t. Jalan yang paling cepat untuk seseorang itu untuk mencapai kepada kewalian yang besar kepada Allah adalah dengan jalan ZIKIR kepada Allah s.w.t terutama memperbanyakkan kalimah La Ilaha Illa Allah dan SELAWAT kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Di sana ada zikir yg kadang2 mungkin pendek. Akan tetapi ianya adalah mempercepatkan kamu utk sampai kepada maqam, darjat yg cukup mulia. Sepertimana yang dikatakan oleh Nabi s.a.w kepada Para Sahabat tentang zikir yang begitu hebat iaitu:

“ASTAGHFIRULLAH LIL MUKMININAWAL MUKMINAT” (Aku memohon keampunan buat diriku dan seluruh mukminin dan mukminat) 27 KALI.

Nabi s.a.w bersabda “Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat akan diberikan ganjaran kebaikan kepadanya sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”.

Yang mana seseorang itu yang mengamalkannya maka dia akan mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah yang mana ianya hendaklah melakukannya dengan ISTIQOMAH dan BERTERUSAN kerana Allah bukannya kamu ingin menunjukkan kepada orang lain. Barangsiapa yang sudah melazimi dpd zikir ini maka yang akan terhasil dpd orang yang mengamalkannya secara istiqomah dan berterusan adalah:

1) Dia akan mengasihi kepada org yg bermaksiat dan mencintai kepada org yg taat. Org yg taat, kamu akan cinta kepada mereka tetapi kepada org2 yang bermaksiat kamu akan menyayangi kepada mereka.

2) Dan juga ganjarannya yang akan dapat kepada org2 yang istiqomah melazimi zikir tersebut adalah selamat dpd jiwanya, hatinya iaitu selamat daripada penyakit2 hati.

Itulah hasil dpd zikir yg dilafazkan itu dan di antara jalan seseorg itu untuk mencapai maqam darjat kewalian yg besar di sisi Allah Taala adalah SELAWAT kpd Baginda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yg berselawat kpd Baginda Rasulullah s.a.w setiap hari 100 kali selepas subuh dan 100 kali selepas maghrib dgn ISTIQAMAH dan BERTERUSAN maka Allah akan menunaikan segala hajatnya zahir dan batin di dunia dan di akhirat. (Al-Habib Musa Kadzim bin Jaafar Muhammad As-Seggaf Hafidzohullah, terjemahan: Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered Hafidzohullah, Penulis: Muhamad Shahbudin Mohd Sidik).

No comments:

Post a Comment