Sunday, August 14, 2016

DALAM PERJALANAN MENCARI MAKRIFAT

Dalam perjalanan mencari makrifat, seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah swt. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kpd Allah swt, hanya Dia yg memiliki kuasa Mutlak dlm menentukan siapakah antara hamba2Nya yg layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan utk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah swt. ASLIM atau MENYERAH DIRI kepada Allah swt adalah perhentian di hadapan Pintu Gerbang Makrifat. Hanya para hamba yg sampai diperhentian aslim ini yg berkemungkinan menerima kurniaan Makrifat. 

Allah swt menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dgn Allah swt. Sesiapa yg sampai kepada  makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dlm lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yg dimilikinya. Sekiranya Allah swt  kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya. Jalan menuju perhentian Aslim iaitu ke  Pintu Gerbang Makrifat secara umumnya terbahagi kepada 2.

* Jalan Pertama dinamakan Jalan Orang Yang Mencari 

* Jalan Kedua dinamakan Jalan Orang Yang Dicari

A) Orang Yang Mencari: akan melalui jalan  di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya Tarekat Tasawwuf, mengenal sifat2 yg tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat2 yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah swt. Inilah orang yang diceritakan Allah sw dengan firman-Nya: "Dan org2 yang berusaha dengan bersungguh2 kerana memenuhi Kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan2 Kami (yg menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta org2 yg berusaha membaiki amalan nya.” (Ayat 69:Surah al-‘Ankabut). 

“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dgn sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap  menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya).” (Ayat 6:Surah al-Insyiqaaq). Orang yang bermujahadah pada jalan Allah swt dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir menyucikan hati, maka Allah swt menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah swt tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah swt. Dia dibawa hampir dengan Pintu Gerbang Makrifat dan hanya Allah swt sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan Makrifat ataupun tidak.

B) Golongan Orang Yang Dicari: menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yg dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku org awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah swt telah menentukan satu kedudukan kerohanian kpd nya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu. Org dlm golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dgn serta merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yg menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang  di antaranya dgn Allah swt. 

Jika dia seorang Raja yg beban  kerajaannya menyebabkan dia tidak  mampu mendekati Allah swt, maka Allah swt mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah swt dgn sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang Hartawan, takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada  Allah swt.

Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah swt dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau Aslim yang benar benar terhadap Allah swt. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda denga apa sahaja takdir dan lakuan Allah swt. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian Pintu Gerbang Makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.

Abu Hurairah r.a menceritakan yg beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yg maksudnya:  Allah berfirman: “ Apabila Aku menguji hambaKu yg beriman kemudian dia tidak mengeluh kpd pengunjung2nya maka Aku lepaskan dia dari belenggu-Ku dan  Aku gantikan baginya daging dan darah  yang lebih baik dari yang dahulu dan dia  boleh memperbaharui amalnya sebab yg  lalu telah diampuni semua”. Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah swt, lalu Allah swt dengan Rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah swt. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan ttg amalan dan ilmu sekiranya keadaan yg demikian terjadi kpd seseorang hamba-Nya. (Sedutan Al Hikam).

No comments:

Post a Comment