Sunday, August 14, 2016

SELAMA NAFSU DAN AKAL MENJADI HIJAB

Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kpd perkara ghaib dan menyerah diri secara menyeluruh tidak akan dicapai. Qada dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib. Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban. Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib.

Cahaya ghaib yang menerangi alam ghaib adalah Cahaya Roh kerana roh adalah urusan Allah s.w.t. Cahaya atau Nur hanya bersinar apabila sesuatu itu ada perkaitan dengan Allah swt. “Allah adalah Cahaya bagi semua langit dan bumi” (Ayat 35:Surah an-Nur). “Dialah Yang Maha Tinggi darjat kebesaranNya, yg mempunyai Arasy  (yang melambangkan Keagungan dan Kekuasaan-Nya); Ia memberikan wahyu darihal perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba2Nya (yang telah dipilih menjadi Rasul-Nya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan” (Ayat 15:Surah al-Mu’min).

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yg menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang  menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba2 Kami. 


Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dgn Al-Quran itu ke jalan yg lurus, - Iaitu jalan Allah yg memiliki dan menguasai yg ada di langit dan yg ada di bumi. Kepada Allah jualah kembali segala urusan. (Ayat 52&53:Surah asy-Syura). Apabila Cahaya Roh berjaya menghalau kegelapan nafsu, mata hati akan menyaksikan yang ghaib. Penyaksian mata hati membawa hati beriman kepada perkara ghaib dengan sebenar-benarnya.

No comments:

Post a Comment