Sunday, August 14, 2016

APA PERLUNYA MENGENAL ALLAH?

Perlukah manusia di muka bumi ini mengenal Allah? Siapa Allah itu? Umum mengetahui, bahkan semua Agama pun di atas muka bumi ini mengakui bahawa wujudnya Tuhan yg mentadbir sekalian alam. Cuma bagi penganut Islam, Tuhan itu dipanggil dengan nama Allah. Namun Agama lain, memanggil dengan panggilan masing-masing. Itu cuma nama. Biarpun nama berbeza, namun empunya dirinya adalah sama.

Persoalan sekarang, adakah kita mengenal dengan sebenar-benar kenal akan yang Empunya nama tersebut? Adakah cukup hanya tahu nama? Kenal bererti sudah bertemu. Bertemu bererti sudah melihat. Melihat adalah bersaksi. Atas sebab itu kunci untuk masuk Islam adalah BERSYAHADAH. Bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah. Mengucap hanya kata-kata. Bukan perbuatan. Yang diambil kira adalah perbuatannya atau praktikal. Firman Allah dalam Surah adz-Dzariyat ayat 56: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan insan melainkan utk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Maka tujuan insan (manusia) diciptakan adalah semata untuk menyembah kepada Allah. 

Bagaimana hendak menyembah Allah jikalau Allah tidak dikenal? Menyembah di sini membawa pengertian yg luas. Mengimbau Sirah Nabi Muhammad SAW. Sebelum kedatangan Islam, sebelum Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama, masyarakat di sana berada dalam keadaan jahiliyah. Apa makna jahiliyah? Adakah masyarakat yg tidak bertamadun, suka melakukan huru hara dan berbunuh2an? Jahiliyah di sini bermakna ‘tidak tahu’ atau lebih tepat ‘tidak mengenal’. Tidak mengenal siapa? Tentulah Allah.

Kebanyakan orang dalam masyarakat ketika itu tidak mengenal Allah. Akibat tidak mengenal Allah, maka tidaklah melakukan penyembahan kpd Allah. Akibat tidak menyembah Allah, maka mereka menyembah selain dari Allah. Mereka menyembah harta, pangkat, kuasa, kedudukan dan ego masing2. Inilah yang dikatakan sebenar2 berhala. 

Berhala bukanlah patung yang boleh dilihat dengan mata kasar. Berhala yang lebih besar adalah berhala dalam diri yang tidak dapat dilihat. Inilah implikasinya manusia yang tidak mengenal Allah.Barang siapa yang tidak mengenal Allah, maka dia tidak menyembah Allah. Barangsiapa yang tidak menyembah Allah, maka dia sembah selain Allah. Barangsiapa yang menyembah selain Allah, maka dia Syirik kepada Allah. Barang siapa Syirik kepada Allah, maka dosa Syirik itu tidak akan diampunkan. Inilah perlunya MENGENAL ALLAH. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment