Sunday, August 14, 2016

SEBENAR-BENAR MAKRIFAT

Dalam kitab "Risalah Al Qusyairiah" mengenai makrifat, Imam Abi Qasim berkata: “erti makrifat menurut pendapat ulama (bukan ahli tasawwuf) ialah 'pengetahuan'. Maka tiap-tiap ilmu itu adalah makrifat dan tiap-tiap makrifat adalah ilmu dan tiap-tiap orang alim tentang Allah, adalah orang arif dan tiap-tiap orang arif adalah alim”. Dlm kitab ini juga dinyatakan: ”Barangsiapa yang mengenal Allah dgn jalan pertolongan Allah maka orang itu adalah 'Arif' tentang Allah secara hakikat (ahli Tasawwuf). Orang yang arif tentang Allah dengan cara dalil sahaja maka itu adalah orang Mutakallimin Taklid (menuruti perkataan orang tanpa mencari dalil) maka orang itu adalah orang awam/orang bodoh”.

Menurut Zunnun al Misri (Wafat 860 Masehi) yang dianggap sebagai Bapa Fahaman “Makrifah”. Menurutnya terdapat 3 jenis pengetahuan tentang Tuhan, iaitu: 

1. Pengetahuan awam: Tuhan satu dengan  perantaraan ucapan kalimah Syahadat.
2. Pengetahuan ulama: Tuhan satu menurut akal fikiran.
3. Pengetahuan Sufi/Tasawwuf: Tuhan satu dengan pandangan hati sanubari.

Pengetahuan menurut Pengertian Pertama dan Kedua, belum merupakan pengetahuan hakiki tentang Tuhan. Kedua-duanya disebut ilmu, bukan Makrifat. Pengetahuan menurut Pengertian yang Ketigalah merupakan pengetahuan hakiki ttg Tuhan dan pengetahuan ini disebut "Makrifat”. Makrifat hanya terdapat pada Kaum Sufi, yg sanggup melihat Tuhan dgn Hati Sanubarinya. Pengetahuan serupa ini hanya diberikan Tuhan kepada Kaum Sufi yang sangat berhasrat utk bertemu dgn Allah kerana sangat cintanya kpd Allah. Makrifat dimasukkan oleh Allah ke dlm hati Orang Sufi, sehingga hatinya penuh dgn cahaya.

Ketika Zunnun al Misri ditanya:  ”Bagaimana ia memperolehi Makrifat tentang Allah".

Beliau menjawab: "Aku mengenal Allah dengan pertolongan Tuhanku dan sekiranya tidak kerana Tuhanku aku tidak akan kenali Nya.” 

Ini menggambarkan bahawa Makrifat tidak diperolehi begitu sahaja, tetapi adalah pemberian dari Allah. Kerana itu maka Makrifat bukanlah hasil pemikiran manusia, ttpi bergantung kpd Kehendak dan Rahmat Allah, dgn kata lain bahawa Makrifat adalah Pemberian Allah kpd Kaum Sufi yg sanggup menerimanya. Alat untuk mendapat mLMakrifat oleh Kaum Sufi disebut "Sirr". Dalam “Ar Risalah Al Qusyairiah” disebut kan, ada 3 alat dalam jasad manusia yang digunakan oleh orang Sufi untuk mendapat Makrifat Allah: 

1. Qalb - untuk mengetahui sifat-sifat Allah
2. Ruh - untuk mencintai Allah
3. Sirr - untuk melihat Allah

Sirr adalah lebih halus dari Roh dan Roh lebih halus dari Qalb. Qalbu tidak sama dengan jantung, kerana qalbu ialah alat untuk merasa dan juga untuk berfikir. Perbezaan antara qalbu dan akal ialah bahawa akal tidak boleh memperolehi pengetahuan yang sebenar tentang Allah, sedangkan qalbu boleh mengetahui hakikat dari segala yang ada dan jika Allah melimpahkan Cahayanya kepada qalbu, ia boleh mengetahui segala apa yg diketahui Allah. Nampaknya ”Sirr” bertempat di Roh dan Roh bertempat di Qalbu dan Sirr timbul dan dpt menerima limpahan Rahmat dari Allah, jika qalbu dan roh itu telah suci sesucinya, kosong tidak berisi apa pun. 

Pada ketika itulah Allah menurunkan CahayaNya kepada Ahli Sufi dan yg dilihat oleh Ahli Sufi tadi hanyalah Allah semata-mata. Ketika itulah ia telah sampai ke tingkat Makrifat. Makrifat serupa ini, telah diakui oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ahli Muhaqqiqin berkata tentang makrifat: "Makrifat itu adalah ketetapan hati, mempercayai akan wujud nya Zat yg Wajib Wujud yg bersifat dgn segala kesempurnaan, jauh dari sifat kekurangan. Makrifat itu terlihatnya di dalam keadaan kita tercengang dan leburnya kita dalam keadaan pengsan.”

Keadaan seperti ini telah terjadi ketika Nabi Musa as berkata-kata dengan Allah, ia memohon agar ia dapat melihat Allah. Seperti dalam FirmanNya: ”Maka berkatalah Musa: Ya Tuhanku nampakkanlah (Zat Kesempurnaan) kepada ku agar aku dapat melihat Engkau. Tuhan berfirman: Kamu sekali-kali tidak dapat melihat Aku, tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika bukit itu tetap di tempatnya, niscaya kamu dapat melihat Aku. Tatkala Allah menampakan kepada bukit itu, kejadian itu menjadikan bukit itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan.”

Pedoman yang dapat diambil dari ayat tersebut diatas ialah:

1. Melihat Tuhan dengan mata kepala, adalah mustahil. Firman Allah SWT: ”Bahawa Allah itu tidak mungkin didapat dengan penglihatan mata."

2. Bahawa Makrifat itu sesungguhnya adalah tembus pandangan batinnya kepada Allah. Firman Allah SWT: ”Lihatlah apa yang sebenarnya yang ada di langit dan di bumi." 

Walau bagaimanapun, penglihatan atau pandangan mata hati kadang2 terbalik menjadi pandangan mata zahir. Dikiranya ia telah melihat dengan mata zahir, tetapi apa yang ternyata ialah dengan pandangan mata hatinya, padahal sebenarnya ia melihat dengan mata hatinya. Kejadian seperti ini terjadi pada suatu ketika apabila Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ditanya seorang laki-laki, apakah boleh melihat Allah dengan mata, lalu beliau menjawab: ”Ya boleh.” Pernah Ali bin Abi Talib berkata: ”Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan aku pun berkata: Tiada syak lagi yang Engkau itu adalah Engkau Tuhan." 

3. Bahawa sesungguhnya Ruh itu sentiasa terhijab dengan rasa keinsanan. Bahawa pandangan yang nampak ini, tidak ada yang dilihat kecuali apa yang nampak juga. Apabila sifat kerohanian lebih berkuasa ke atas sifat keinsanan. Maka terbaliklah pandangan mata zahir menjadi pandangan mata hati. Dalam pada ini, pandangan mata yang bersifat baharu akan lebur ke dalam pandangan hati yang bersifat qadim, ertinya mustahil baharu dapat bercampur qadim.

4. Selanjutnya dalam Kitab Tafsir Mahsinut Takwil ada menerangkan: Adapun Firman Allah swt yg mengatakan: ”Akan tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika bukit itu tetap di tempatnya, niscaya kamu (Musa) dapat melihat Aku." Dalam pengertian ini, maka Tuhan menggantungkan bolehnya melihat atas tinggal tetapnya bukit itu pada tempatnya. Ertinya Allah itu mungkin terlihat pada diriNya, maka yang tergantung atas kemungkinan, maka ia mungkim hukumnya. Dalam Kitab Kawsyiful Jilliyah, memberikan penafsiran berikut: Adapun Firman Allah swt yg mengatakan: “Tatkala Tuhan nampak bagi bukit itu, kejadian itu menjadikan bukit itu hancur luluh”.

Maka apabila ada kemungkinan bahawa Tuhan boleh nampak bagi bukit benda tegap itu, bagaimana tidak mungkin nampak bagi Rasul RasulNya dan Wali-Walinya bahawa  sesungguhnya Allah berkata-kata dengan Nabi Musa as. Apabila mungkin berkata dengan Nabi Musa dan Musa mendengar kata-kata Allah itu tanpa hijab antaranya, maka kemungkinan untuk melihatnya Allah itu adalah lebih mungkin lagi. Dalam pada itu, barangsiapa yang sudah mencapai Makrifat, maka lenyaplah diri keinsannya lebur ke dalam kebaqaan Allah. 

Allah berfirman: ”Tiap orang atasnya kebinasaan (fana) dan Zat Tuhan tetap dalam kebaqaan yang mempunyai Sifat Sempurna dan Maha Agung". Ahli Taswwuf ada berkata (dalam Kitab Iqazdul Himan): ”Barang saiapa yang melihat Tuhan niscaya lenyaplah ia dari dirinya, dan barangsiapa masih melihat dirinya, niscaya terhijab ia daripada Allah.”  Jadi pengertian Makrifat tidak cukup dengan jalan dalil-dalil atau dengan jalan akal fikiran semata-mata, tetapi Makrifat dapat dicapai dengan Pertolongan dan Rahmat Allah SWT sebagaimana dijelaskan oleh Zunnun Al Misri tersebut di atas.

No comments:

Post a Comment