(05/09/2012 - sri petaling). Bersyukur pd Allah, dgn limpah kurnia Allah, Allah jadikan kita ashrafulmakhlukat –makhluk yg paling mulia–yg paling dikasihi–yg paling disayangi oleh Allah iaitu manusia. Malaikat bukan ashrafulmakhlukat, walaupun ibadat mereka sempurna dan tak pernah memaksiati Allah. Dlm kitab terdahulu Allah cerita dan puji umat akhir zaman. Kita jadi saksi dakwah yg dibuat oleh ambia a.s. Wahai Daud a.s (dalam zabur), akan dtg seorang nabi yg namanya Ahmad @ Muhammad. Satu org yg jujur, penghulu sekalian makhluk, Allah tak murka padanya utk selamanya, Allah ampunkan dosa dia yg dulu dan akan dtg, Umatnya yg dikasihi, yg dirahmati, yg di sayangi, Amalan nafil ambia a.s telah diberi pd umatnya.
Saturday, January 17, 2015
BAYAN MALAM MARKAZ KL - UST HAMID
(02/08/2015 - sri petaling). Allah cipta segala alam. Tiada ada satu binatang yg melata di muka bumi di beri rezeki oleh Allah. Semua makhluk dlm genggaman Allah. Segala kerajaan dlm genggaman Allah. Hina mulia dlm kuasa Allah. Apa yg Allah nak beri pasti dapat dan apa yg Allah tak nak beri pasti tak dapat. Allah cipta bumi dan langit dan segala makhluk yg nampak dan tak nampak. kesan menafaat dan mudarat drp Allah swt. Api tak boleh membakar dgn izin dan kehendak Allah. Semua benda2 di cipta oleh Allah. Ubat di cipta oleh Allah dan kesembuhan dtg drp Allah. Utk beri rezeki Allah tak berhajat kpd asbab. berulang kali Allah sebut dlm quran kebesaran Allah. Yakin 100% kpd kalimah tauhid yg kita ucap dan yakin100% kpd zat Allah.
BAYAN MALAM MARKAZ KL - UST HAMID
(26/07/2015 - sri petaling). Tuan2 yg mulia. Allah swt adalah rab kita, pentadbir, pembantu dan selesaikan masalah kita. Beri rezeki kpd kita, anak dan seluruh keluarga. Yg kendali langit dan bumi, bintang, cakrawala. Cipta tumbuhan, makhluk yg nampak dan tak nampak. Yg ada di dataran dan lautan. Seluruh makhluk di pelihara dan di beri rezeki. Allah tak perlukan kpd sesiapa. Semua makhluk dlm genggaman Allah swt. Segala kerajaan milik Allah swt. Allah swt beri kerajaan kpd siapa yg Dia kehendaki. Allah mulia dan hina kpd siapa yg Dia kehendaki. Bila Allah tak kehendaki siapa pun tak boleh halang.
DAKWAH DAN DOA
Yang memang menjadi kelemahan kita adalah doa. Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan kekuatan serta kekuasaan Allah s.w.t. Dengan doa barulah segala usaha kita akan ada roh. Nasihat orang tua-tua kita, bagi setiap 1kg usaha buatlah 10kg doa. Da’i-da’i sepatutnya menghabiskan masa satu jam setiap hari dalam berdoa. Setelah penat berusaha tidak pula kita berdoa, segala usaha kita akan jadi sia-sia. Dakwah dan doa tidak boleh dipisahkan. Kata Mehji Mehrab: “Ummumi gasht, khususi gasht, bayan dan sebagainya adalah jasad. Doa seperti roh.
BAYAN SUBUH
(28/05/99 - Sri Petaling (Jor KL 1999). Terdapat 2 kehidupan, satu kehidupan sebelum mati dan satu kehidupan lagi selepas mati. Kehidupan dunia ini adalah satu kehidupan yg singkat iaitu kehidupan sebelum mati, kehidupan yg akan habis satu masa nanti. Seorg telah bertanya Hadrat Usman r.a ttg kehidupan dunia ini dan beliau memberi satu contoh, kehidupan dunia ini boleh diibaratkan spt satu org yg masuk melalui pintu sebuah bilik dan keluar melalui pintu yg lain. Kehidupan akhirat atau kehidupan selepas mati adalah satu kehidupan yg berkekalan dan tidak ada penghujung. Sebenarnya tidak ada satu perkiraan yg dapat memberitahu kita berapa lama sebenarnya kehidupan akhirat kerana tiada penghujung. Satu hari sahaja di padang mahsyar bersamaan 50,000 tahun bagi sebahagian manusia.
BAYAN SUBUH
(27/05/99 - Sri Petaling - Jor KL 1999). Makhluk ini adalah satu ciptaan yg sgt kecil. Pada pandangan mata kasar kita ia nampak besar, sebenar nya ia adalah kecil. Di Malaysia kita nampak ada kapalterbang, ada kapallaut, ada bas, ada kereta dan kalau kita teruskan perjalanan kita ke tempat lain, ke England, ke Amerika dsbnya, yang mana akan memakan masa berjam2 kadang2 berhari2i kita dan kena naik kapalterbang, berjalan dari negara ke negara dan kita akan nampak bukit-bukau, gunung-ganang, gunung Himalaya, memang hebat, memang besar tetapi sebenarnya semua ciptaan2 ini tidak ada apa2 hakikat. Memanglah dunia ini besar pada pandangan mata kasar kita. Kita nampak langit, bukit, lautan tetapi tidak ada apa2 hakikat kerana bila dibandingkan dengan langit yang pertama, dunia yang nampak pada pandangan kita besar dan luas hanyalah seperti kulit bawang yang kecil di satu medan yang begitu luas.
BAYAN ASAR
(26/05/99 - Sri Petaling - Jor KL 1999). Tuan-tuan yang mulia, kita berkumpul di sini atas satu maksud yang besar iaitu maksud dimana Allah s.w.t utuskan semua ambiya a.s dan juga maksud Nabi s.a.w. Atas maksud inilah kita berhimpun di sini. Seperti mana ambiya a.s ambil tggjwb untuk sebarkan dan sampaikan agama ke seluruh alam. Kita berhimpun di sini untuk fikir bagaimana agama Allah s.w.t boleh datang dalam diri kita dan bagaimana kita dapat usaha supaya semua orang, setiap manusia di seluruh muka bumi ini dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t melalui agama. Setiap nilai sesuatu amalan adalah mengikut tempat dan situasi. Sebagai contoh, bila seorang solat di rumah dia hanya akan dapat satu pahala sahaja. Bila solat di masjid, dia akan dapat 25 atau 27 kali pahala. Bila solat di masjid jamek di bandarnya, dia akan dapat 500 pahala.
BAYAN UNTUK KARKUN 4B
(28/05/99 - Sri Petaling - Jor KL 1999). Rasulullah s.a.w adalah nabi yg akhir dan Rasulullah s.a.w adalah ketua segala nabi-nabi. Nabi s.a.w adalah nabi yang akhir maksudnya ialah sebelum Nabi s.a.w, Allah s.w.t sentiasa hantar nabi demi nabi dan kedtgan nabi2 ini sgt2 penting. Setiap masa dan setiap zaman, mrk dtg utk mengajak/menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Oleh kerana Rasulullah s.a.w adalah nabi yang akhir, tidak akan ada nabi lain yang akan datang selepas Nabi Muhammad s.a.w dan umat ini adalah umat yang paling baik, umat yang paling afdal, umat yg paling tinggi dibandingkan dgn umat2 yg lain. Nabi tidak akan dihantar lagi selepas nabi Muhammad s.a.w, adakah ini bermaksud kerja nabi2 akan terhenti? Adakah ini bermakna kerja Rasulullah s.a.w akan ditamatkan? Itulah sebabnya Allah s.w.t telah mewajibkan, telah memberi tugas, memberi tggjwb kepada setiap individu dlm umat ini untuk buat kerja yg telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w.
MUZAKARAH USAHA NUBUWAH
Usaha Nubuwah adalah suatu usaha atas hati2 manusia utk dpt kenal kpd Allah dan mau taat kpd seluruh perintah Allah. Usaha nubuwah ini adalah Kerja Dakwah dan Tabligh yang dilakukan oleh para Anbiya AS dan Rasullullah SAW. Dlm gerakan ini usaha nubuwah ini merupakan sarana tarbiyat atau pendidikan ummat utk mencapai kesempurnaan agama dlm diri mrk dan dlm diri manusia di seluruh alam sehingga mereka siap untuk melanjutkan risalat kenabian. Hasil yg dicari dari sarana tarbiyat ini adalah Tazkiyatun Nafs (Perbaikan Nafsu atau Sifat) dan Tazkiyatun Iman (Perbaikan Iman). Melalui sarana tarbiyat ini manusia akan terdidik utk mendptkan sifat2 kenabian dan sifat2 para sahabat Nabi.
BAYAN KH UZAIRON
Bayan Perpulangan Santri 14 Juli 2014 pesan2 KH Uzairon. Sebelum beliau wafat. Adab itu sgt penting. Sehingga Para Sahabat pun diingatkan oleh Allah ta’ala agar menjaga adab kpd Baginda Nabi. Maka adab ini harus dijaga. Kpd siapa saja. Kita menjaga adab, agar kita mendptkan barokah. Barokah ini adalah kebaikan yg tidak disangka2. Adab kpd org tua, kpd saudara, adik dan kakak. Org2 dulu itu, ketika di rumah ada makanan yg sudah dilihat oleh org tua mrk, maka mrk tidak mau makan, krn takut kalau org tua mrk menginginkan makanan tersebut. Krn adab kpd org tua, maka kita mengharapkan mendptkan keberkahan2. Begitu juga kita menjaga adab naik kendaraan. Agar perjalanan kita juga mendptkan keberkahan. Org2 yg bersama kita di kendaraan mendptkan kebaikan juga asbab kita menggunakan adab. Naik kendaraan dgn doa2 masnunah.
Subscribe to:
Posts (Atom)