(05/09/2012 - sri petaling). Bersyukur pd Allah, dgn limpah kurnia Allah, Allah jadikan kita ashrafulmakhlukat –makhluk yg paling mulia–yg paling dikasihi–yg paling disayangi oleh Allah iaitu manusia. Malaikat bukan ashrafulmakhlukat, walaupun ibadat mereka sempurna dan tak pernah memaksiati Allah. Dlm kitab terdahulu Allah cerita dan puji umat akhir zaman. Kita jadi saksi dakwah yg dibuat oleh ambia a.s. Wahai Daud a.s (dalam zabur), akan dtg seorang nabi yg namanya Ahmad @ Muhammad. Satu org yg jujur, penghulu sekalian makhluk, Allah tak murka padanya utk selamanya, Allah ampunkan dosa dia yg dulu dan akan dtg, Umatnya yg dikasihi, yg dirahmati, yg di sayangi, Amalan nafil ambia a.s telah diberi pd umatnya.
Di padang mahsyar, cahaya wajah mereka sama dgn wajah ambia a.s, Umatnya dimuliakan atas umat yg lain, Mereka adalah umat yg terbaik. Umat musa a.s, umat isa a.s dipanggil ahli kitab sbb mrk pakar dlm kitab taurat dan injil. Mereka kenal nabi akhir zaman, dari kabilah mana, di mana dilahirkan, di lembah mana dilahirkan. Seorg yahudi di madinah telah tengok bintang dilangit berwarna merah dan berkata: Ahmad telah lahir mlm ini.
Dlm quran : ‘kuntum qoiroummatin ukhrijat linnas…..’. umat ini adalah umat yg terbaik – ‘khairum ummah…’. umat terbaik bukan sebab ibadat yg hebat. umat terbaik bukan sebab ada ilmu yg hebat. Umat ini dimuliakan semata-mata kerana limpah kurnia Allah. Umat akhir – umat paling mulia – umat paling disayangi. Umat kpd habibullah – umat kpd nabi s.a.w. Nabi korbankan segala-galanya utk umat. Nabi korbankan kerehatan. Nabi korbankan makan dan minum. Nabi korbankan maruah baginda. Mula-mula dipanggil al amin – lepas tu dipanggil majnun/gila. Pada hari kewafatan nabi – tiada api – tiada minyak utk nyalakan pelita – sudah beberapa hari tak makan - dlm keadaan lapar. Nabi korban diri sendiri utk kebahagian umat ini. Agar umat selamat dari azab api neraka dan masuk syurga.
- Umat dahulu – 1 amal kebaikan – 1 hasanah
- Umat ini – 1 amal kebaikan – 10 hasanah
- Umat dahulu – 2 rakaat -1 ganjaran
- Umat ini – 27 ganjaran secara berjemaah
- 25,000 ganjaran di baitulmaqdis
- 50,000 ganjaran di madinah
- 100,000 ganjaran di masjidil haram
- diberi malam lailatulqadar – lebih baik drp seribu bulan
- lebih baik drp itu – bila beramal di jln Allah
- seketika di jln Allah – lebih baik drp beribadat di depan hajarul aswad di malam lailatulqadar
- seketika berada di jln Allah– ebih baik dari beribadat sepanjang hayat di rumah sendiri (sepanjang hari puasa, sepanjang malam beribadat)
- semua sekali akan dihitung semasa berada di jln Allah – makan, minum, sakit kepala, susah payah – akan digandakan 700,00 kali
nabi telah melihat azab Allah semasa mikraj, nabi risau keadaan umat, nabi menangis utk umat, nabi bimbang tentang keselamatan umat, nabi doa pd Allah – kasihanilah umat ini. semasa sakratul maut – malaikat izrail mengembirakan hati nabi s.a.w bahawa beliau adalah org pertama yg akan masuk syurga, tetapi nabi tanya: apa yg Allah sediakan utk umat aku? Utk ketua munafik, Ubai bin Salon pun nabi istighfar – 70 kali walau pun tak diampun. Aisyah r.ha minta doa dari nabi. Nabi doa: ampunilah dosa aisyah yg dulu, yg sekarang, yg sembunyi, yg terang-terangan. Aisyah gembira tapi doa yg sama Nabi doa utk umat selepas setiap kali solat. Di taif, nabi s.a.w dipukul, dibaling dgn batu tapi masih nabi doa hidayat utk umat.
Allah beri umat ini t/jawab yg sama dgn t/jawab ambia a.s. Allah perintah buat pengorbanan utk agama sebagaimana nabi s.a.w buat pengorbanan utk agama. Penderitaan semua nabi-nabi dikumpul tidak akan sama dgn penderitaan nabi s.a.w. Ketakutan yg nabi alami semasa hijrah, tak pernah dialami oleh mana-mana manusia pun. Nabi tinggalkan kota mekah dgn keadaan menangis. Nabi berkata: wahai mekah – aku tak berkeinginan utk tinggalkan engkau. Aku dihalau kerana kerja agama. Nabi tinggalkan tanah tumpah darah, nabi tinggalkan kaabah, nabi tinggalkan safa dan marwah, nabi tinggalkan keluarga utk agama. Nabi jadi muhajirin bersama para sahabat.
Kita kena bermujahadah di jln Allah. Sebarkan agama Allah. Bangunkan agama Allah. Dirikan agama Allah. Pertahankan agama Allah. Sahabat telah keluar di jln Allah. Sahabat mendapat didikan dari nabi s.a.w. Sahabat bersohbat dgn nabi s.a.w. Allah bagi mereka kefahaman agama. Sahabat telah pun dijamin syurga – tapi masih keluar di jln Allah. Fatimah ketua permaisuri di dlm syurga. Hassan dan Husin ketua pemuda di syurga. Abu bakar dan Umar – ketua org dewasa di syurga. Ahli badar – semua dosa telah diampun. Asyarah mubasyarah – 10 sahabat dijamin syurga. Org muhajirin dan Ansar telah buat pengorbanan utk agama. 124,000 sahabat pada haji widak – telah bertebaran ke seluruh alam.
1). Muaz bin Jabal–ketua ulamak, akan pegang bendera ulamak di padang mahsyar, pun di suruh keluar di jln Allah walaupun telah diberitahu bahawa dia tak akan jumpa lagi nabi. Telah pacu kuda dgn hati yg sedih, menangis–tidak berpaling walaupun dipanggil oleh nabi.
2). Abu Syub Al Ansari – rumah beliau adalah rumah nabi bermalam semasa hijrah. Rumah yg macam tu pun kena ditinggalkan utk keluar di jln Allah. Umur 94 thn. Meninggal di turki.
3). Uqbah bin Nafiq – telah pergi hingga ke algeria, maghribi, tunisia – hingga sampai ke tepi pantai lautan pasifik – telah terjun ke dlm laut sehingga air ke paras dada – dan berkata kalau ada negeri lagi – pasti kami akan pergi. Kami akan sampaikan walau sepotong ayat.
‘innasolati wanusuki wama yahya wa mamati lillahirobbil alamin’…sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya utk Allah – sahabat telah buktikan. Kita belum lagi. Di padang mahsyar – org yg buat kerja agama akan duduk dimimbar mutiara, Wajah bercahaya macam para nabi, Jadi saksi dakwah para nabi, Darjat akan ditingkat 100 darjat, 1 darjat – jarak antara langit dan bumi, kita kena guna saki baki harta, diri, masa–utk agama, setiap hari 600,000 umat mati tanpa kalimah, apa nak jawab dgn nabi di telaga kausar, sekarang kita bangun bagi azam – tambah pengorbanan 4B, 40H….
No comments:
Post a Comment