(26/05/99 - Sri Petaling - Jor KL 1999). Tuan-tuan yang mulia, kita berkumpul di sini atas satu maksud yang besar iaitu maksud dimana Allah s.w.t utuskan semua ambiya a.s dan juga maksud Nabi s.a.w. Atas maksud inilah kita berhimpun di sini. Seperti mana ambiya a.s ambil tggjwb untuk sebarkan dan sampaikan agama ke seluruh alam. Kita berhimpun di sini untuk fikir bagaimana agama Allah s.w.t boleh datang dalam diri kita dan bagaimana kita dapat usaha supaya semua orang, setiap manusia di seluruh muka bumi ini dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t melalui agama. Setiap nilai sesuatu amalan adalah mengikut tempat dan situasi. Sebagai contoh, bila seorang solat di rumah dia hanya akan dapat satu pahala sahaja. Bila solat di masjid, dia akan dapat 25 atau 27 kali pahala. Bila solat di masjid jamek di bandarnya, dia akan dapat 500 pahala.
Bila solat di Masjid Nabi s.a.w, dia akan dapat 50 ribu pahala dan bila solat di Masjidil Haram, dia akan dapat 100 ribu pahala. Solat yang sama, gerak-geri yang sama, bacaan yang sama tetapi pahala lain-lain kerana perubahan tempat. Bila satu org keluar di jln Allah s.w.t, solat yg sama akan digandakan 700,000 kali malah lebih daripada itu. Tidak ada perbezaan dlm gerak-geri, bacaan, amalan dan waktunya, semuanya sama ttpi kaitannya sudah berubah, tempat berubah, keadaan tempat berubah dan pahala pun berubah, ditambah2 oleh Allah s.w.t. Kenapa perbezaan ini? Kenapa ada perbezaan dalam pahala yg diberi oleh Allah s.w.t ? Kerana amalan yang sama tetapi dikaitkan dengan tempat2 yang berlainan. Yang pertama di masjid marhallah sendiri, yg kedua di masjid jamek di bandar sendiri, selepas itu pahala yg banyak di tempat yg suci iaitu di Madinah dan Mekah.
Orang yang sama, bila dia keluar di jalan Allah s.w.t, tempat2 suci tidak ada lagi, tetapi pahala digandakan lebih banyak kerana dia keluar dengan maksud yang sama sebagai mana maksud Nabi s.a.w diutuskan. Sebab maksud itulah Allah s.w.t gandakan pahala sebanyak 700,000 kali. Ada yang buat usaha dan letak diri sendiri sahaja di hadapan dan amalkan perintah Allah s.w.t, dan usaha dapatkan keredhaan Allah s.w.t. Ada yang buat usaha dan letak di hadapan keluarganya dan usaha supaya setiap ahli keluarga dapat amal setiap perintah Allah s.w.t dan dapat menyukakan Allah s.w.t. Ada yang buat usaha dan letak kabilahnya di hadapan untuk tujuan yang sama. Ada yang buat usaha dan letak negerinya di hadapan untuk tujuan yang sama. Ada yang buat usaha dan letak negaranya di hadapan untuk tujuan yang sama. Semua tujuan2 ini ada kaitan2 dan pahalanya.
Bila kita letak diri kita di hadapan, kita dapat samakan usaha kita dgn org2 solihin. Bila kita letak kabilah, negeri atau negara di hadapan, kita dapat samakan usaha kita dengan ambiya a.s. Bila kita letak di hadapan kita setiap manusia di atas permukaan bumi ini, setiap manusia sehingga yang akan lahir sebelum hari qiamat, setiap negara hingga hari qiamat, kita buat usaha agar semua manusia dpt keredhaan Allah s.w.t, semua dpt masuk syurga Allah s.w.t, maka kita sudah samakan usaha kita dengan usaha Nabi s.a.w, usaha yg dibuat oleh ketua ambiya a.s. Kenapa kita berhimpun di sini hari ini? Kita habiskan siang kita, malam kita, beramai2 kita kumpul, dtg dari tempat2t yg berlainan, dgn belanja yg berlainan, dgn susah payah yg berlainan.
Kita berhimpun di sini utk beberapa hari dan beberapa malam. Apa tujuannya? Apa maksudnya? Kita berhimpun di sini utk memahami maksud kita. Setiap apa sahaja benda di dunia ini, selagi dpt memenuhkan maksudnya, maka benda itu akan selamat. Melalui benda itu manusia lain akan dpt manafaat dan benda itu akan jadi asbab utk keselamatan org2 lain. Ttpi sekiranya mana2 benda di atas permukaan bumi ini bila ia tidak dpt memenuhkan maksudnya, ia tidak memberi menafaat kpd org2 lain dan ia tidak memberi keselamatan kpd sesiapa pun, ia juga tidak dpt memberi manafaat pada diri sendiri, maka benda itu tidak akan selamat.
Contohnya, tidak ada sesiapa pun yg akan bela lembu hanya utk tahinya sahaja. Org akan bela lembu utk susunya. Selagi lembu itu mengeluarkan susu, maka lembu itu akan dijaga, akan diberi makan, akan diberi minum, akan diberi keselesaan. Walaupun ahli keluarga dtg ziarah ke rumah, lembu itu tetap akan diberi perhatian. Sekiranya susu sudah mula berkurangan, tuan punya lembu akan mula risau. Dia akan usaha melalui perubatan atau cara2 lain, bawa ke klinik, jumpa doktor haiwan supaya lembu itu kembali kpd maksud asalnya, dpt mengeluarkan susu sebagaimana yg dikehendaki. Akhirnya jika lembu itu tidak memberi susu juga, susu semakin berkurangan, maka lembu itu akan disembelih. Tidak ada siapa pun akan simpan lembu itu lagi. Maksud nya ialah apb setiap benda di atas muka bumi ini, selagi dpt memenuhkan maksudnya, maka ia akan dijaga, akan dibela, akan dibelai tetapi bila tidak memenuhkan maksudnya, ia tidak akan dihiraukan lagi.
Beginilah keadaan yg akan terjadi pada benda2 di atas muka bumi ini jika ia tidak dpt memenuhkan maksudnya. Bagaimana pula insan? Utk insan, Allah s.w.t telah ciptakan segala2nya. Matahari terbit kerana hendak beri menafaat pada insan. Allah s.w.t jadikan matahari utk insan, Allah s.w.t jadikan bulan utk insan, Allah jadikan kayu-kayan utk insan, Allah jadikan haiwan utk insan, Allah s.w.t jadikan ikan2 di lautan utk insan. Seolah2 insan ini pengantin baru. Segala keperluan dan hajat telah disediakan oleh Allah s.w.t utk insan. Ia adalah markaz atau jantung dunia ini. Ia adalah markaz dan tmpt tumpuan segala makhluk Allah . Semua kewujudan cakerawala, semuanya dijadikan, semuanya dikendalikan utk insan.
Jika insan ini tinggalkan maksudnya maka betapa banyak kerugian akan berlaku pada kemanusiaan. Segala pergerakan di cakerawala ini bergantung kpd amalan insan. Kalau pandangan insan rosak maka akan rosaklah gerak-geri angin di dunia ini. Kalau lidahnya rosak, telinganya rosak, amalannya rosak, akan rosaklah segala2nya dalam dunia ini, lautan2 akan rosak, puting beliung akan dtg, gempa bumi akan berlaku, dan bermcm2 kerosakan lagi akan berlaku. Semua ini berlaku kerana insan telah rosak. Insan ini ialah jantung pada dunia ini. Kalau ia rosak maka akan dtglah kerosakan di merata2 tempat di dunia ini. Kalau insan ini baik, betul, segala2nya akan jadi betul. Sbb itulah penting sekali insan ini dpt kenal maksudnya, dpt kenal knp Allah s.w.t utuskan dia di atas muka bumi ini, dan dia kena tahu betapa pentingnya dia dpt mengendalikan dirinya utk tujuan dan maksudnya, dan jgn sedikit pun menyeleweng dpd maksudnya.
Setiap insan di atas muka bumi ini mempunyai satu maksud yg sama. Allah s.w.t telah beritahu pada setiap manusia yg lahir di atas muka bumi ini bahawa semuanya adalah hamba Allah s.w.t. Mrk perlu tunjukkan kehambaan mrk, mrk perlu taat pada setiap perintah2 dan kehendak2 Allah s.w.t. Dia tidak bebas utk menggunakan matanya, dia harus menggunakan matanya sebagaimana yg di kehendaki oleh Allah dia harus menggunakan mulutnya sebagaimana yg di kehendaki oleh Allah s.w.t, dia harus menggunakan tangan dan kakinya sebagaimana yg di kehendaki oleh Allah s.w.t. Dia harus hidup di atas muka bumi ini dgn menyempurnakan kehendak2 penciptaNya, kehendak2 pemeliharaNya. Setiap insan di atas muka bumi ini sama sahaja maksudnya termasuklah umat Baginda.
Satu maksud lagi ialah yg mana Allah s.w.t hanya beri pada ambiya a.s, para nabi dan rasul. Mrk dilahirkan atas satu maksud. Tidak ada mana2 umat yg dilahirkan atas maksud itu. Maksud tersebut ialah bagaimana fikir mrk utk menyelamatkan setiap org dpd api neraka dan masuk ke dlm syurga Allah s.w.t. Pagi petang siang malam mereka bawa fikir yg sama. Fikir atas seluruh kemanusiaan bagai mana setiap org akan jadi hamba Allah s.w.t, akan dpt taat perintah2 dan kehendak2 Allah s.w.t, dpt selamat dpd penyeksaan selama2nya di akhirat dan dpt kejayaan selama2nya dlm syurga Allah s.w.t. Itulah kerja dan maksud semua ambiya a.s termasuk junjungan besar kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Sebelum Baginda s.a.w, tidak ada mana2 umat pun yg diberi tggjwb ini. Hanya umat Muhammad s.a.w shj yg dilahirkan/diutuskan atas maksud yg sama spt maksud ambiya a.s. Tiap2 hasil dtg kemudian kerana ada usaha seblmnya. Bijirin terhasil krn ada usaha pertanian. Seblm dpt buah, ada usaha utk tanam pokok dan jadikan kebun2 buah. Apa shj yg kita hendak hasilkan mestilah ada usaha dahulu. Begitu juga ambiya a.s diberi usaha dan hasil dpd usaha mrk ialah hidayah utk manusia. Usaha perlu dibuat jika kita mahu manusia amalkan perintah2 Allah s.w.t, jika kita mahu wujudkan kebaikan. Bila usaha hidayah dibuat spt usaha ambiya a.s maka akan terhasillah manusia2 yg dpt mengamalkan perintah2 Allah s.w.t.
Usaha pertama yg Baginda s.a.w buat ialah usaha atas iman dan menyeru manusia pada iman. Bersama2 itu, Baginda s.a.w menyeru dan ajar manusia bagaimana hendak buat usaha atas iman. Ambiya a.s yang lain, mereka bawa org kpd iman dan terus buat usaha untuk amal supaya org2 yang sudah beriman mrk akan dapat buat amal soleh. Berlainan dgn Nabi s.a.w, Baginda ajar umat ini kerja yg Baginda buat. Baginda s.a.w bawa sahabat2 dpd hari pertama lagi, awal2 lagi, setiap sahabat yg dapat hidayah, dia punya tggjwb ialah buat usaha utk hidayah. Utk itulah mrk hijrah dari Mekah ke Madinah, sanggup bersusah payah, sanggup lapar dan dahaga dsbnya. Itulah perkara pertama yg dibuat iaitu usaha hidayah.
Baginda mahu supaya setiap org buat usaha hidayah utk dpt sinaran hidayah dlm diri sendiri, selepas itu sebarkan sinaran hidayah ke seluruh alam dgn apa sahaja susah payah. Itulah perkara pertama yg Baginda s.a.w buat dan ajar pada semua sahabat. Kehidupan awal Baginda s.a.w adalah kehidupan ibadah. Sebelum dapat tggjwb utk buat usaha dakwah, kehidupan Baginda s.a.w penuh dengan akhlak, penuh dengan sifat dan penuh dgn ibadah. Tidak boleh dibayangkan pun di mana Baginda s.a.w pernah syirik. Suasana kehidupan pada masa itu penuh dgn syirik sehinggakan Baginda s.a.w rasa jemu, risau dan gelisah. Baginda s.a.w pencilkan dirinya untuk beberapa hari.
Beliau pergi ke gua Hiraq utk beribadat kpd Allah s.w.t. Amalan dan akhlak Baginda s.a.w begitu baik sehingga org panggil beliau siddiq dan amin, org yg paling bercakap benar dan paling beramanah. Setiap org puji dan suka dgn akhlak beliau. Tidak ada satu pun halangan dan pergaduhan dgn sesiapa di kota Mekah ttg apa juga tingkah laku Baginda s.a.w. Sentiasa Baginda s.a.w dpt pujian, sanjungan dan disukai ramai. Walaupun dlm suasana syirik, Baginda s.a.w buat ibadah shj, tidak ada amalan dakwah. Dgn akhlak yg baik semua org suka dan puji.
Bila Baginda s.a.w mula buat usaha dakwah, mula menyeru manusia kpd agama Allah s.w.t, maka keadaan pun berubah. Org2 yg selama ini panggil beliau sbg siddiq dan amin, mereka mula panggil Baginda s.a.w sbg pembohong, pensihir. Org2 yg sentiasa puji Baginda s.a.w krn sifat dan akhlak ya mulia, org yg sama skrg memburuk2kan dan maki hamun pada Baginda s.a.w. Org2 yg sama yg selama ini sentiasa memuji dan menggunakan Baginda s.a.w utk selesaikan masalah, org yg sama menjadi musuh yg paling ketat. Semua ini berlaku krn Baginda s.a.w mula buat usaha dakwah. Usaha dakwah yg Baginda s.a.w buat bukan seorg shj, ttpi Baginda s.a.w bawa org2 lain bersama2 dgn beliau. Setiap sahabat yg terima agama, kerja mereka adalah sama dgn kerja Baginda s.a.w.
Oleh krn usaha dakwah ini, sahabat2 juga disusahkan, mereka diseksa, dicaci dan dimaki hamun. Maksud kita berhimpun di sini adalah kerana hari ini orang2 Islam dan diri kita sendiri telah terjauh dari maksud asal kita. Golongan yg besar dpd umat Baginda s.a.w sgt jauh dari agama, mereka tidak tahu perintah2 Allah s.w.t dan tidak amalkan cara hidup Baginda s.a.w. Apa akan terjadi pada mrk yg tinggalkan agama Allah s.w.t? Tuan2 semua sudah tahu. Hanya satu golongan yg kecil sahaja terima agama. Sesungguhnya dlm agama ada kejayaan. Ttpi bagi mrk ini agama hanyalah solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji. Lebih dpd itu mereka tidak sanggup dengar dan amalkan. Mrk tahu bahawa ada usaha di sebalik solat itu. Dgn usaha tersebut maka solat telah tersebar ke seluruh alam. Tanpa usaha itu, mrk pun tidak akan tahu ttg solat.
Ada usaha untuk hidupkan solat, ada usaha untuk hidupkan zakat, ada usaha untuk hidupkan Quran, ada usaha untuk hidupkan amal2 dan perintah2 Allah s.w.t, tetapi usaha ini tidak diterima dan tidak dibuat oleh orang2 Islam. Org2 Islam telah tinggalkan usaha ini dan anggap meraka tidak bersalah. Kita tidak anggap bersalah walhal melalui usaha ini agama dapat datang ke rumah2 dan setiap tempat di permukaan bumi ini. Pergilah ke mana2 lorong di Madinah, setiap lorong akan jadi saksi ttg usaha ini. Pergilah ke mana2 lorong di Mekah, setiap lorong akan jadi saksi tentang usaha Baginda s.a.w. Dengan usaha Baginda s.a.w barulah agama dapat berkembang ke seluruh alam. Kita bukan sahaja lalai dan lupa malah kita tidak anggap pun kita bersalah dgn meninggalkan usaha agama Allah s.w.t. Allah s.w.t wujudkan kita, utuskan kita, lahirkan kita dengan maksud untuk buat usaha Nabi s.a.w dan telah tunjukkan pada kita orang2 pertama yang terima agama dan jadikan maksud hidup mereka untuk kembangkan agama dan sebarkan agama ke seluruh alam.
Segala bukti ada dihadapan umat Islam dan masih kita tidak terima dan anggap kita bersalah bila kita tidak buat usaha agama. Hari ini kita berhimpun di sini untuk kita ambil kembali tggjwb kita, untuk sedarkan diri dan sedarkan orang lain tentang tggjwb ini, tentang usaha agama di zaman Nabi s.a.w dan macam mana agama dapat disebarkan. Sebagaimana Nabi s.a.w dan sahabat2 beri pengorbanan untuk sebarkan agama, kita juga kena sanggup beri pengorbanan atas agama Allah s.w.t dan kembangkan agama ke seluruh alam. Keadaan dalam dunia hari ini yang mana kita tidak buat usaha agama, maka ramai orang2 tidak dapat amalkan perintah2 Allah s.w.t. Dalam keadaan macam ini pun masih mata kita tidak dapat mengeluarkan air mata, lidah pun tidak keluarkan sedikit keluhan, walhal seorang ibu, selagi dia anggap dia seorang ibu, bila2 pun dia tidak lalai dan tidak lupa ttg tggjwbnya.
Pada waktu malam, walaupun tengah tidur, pukul 2 pagi, bila dengar anak menangis, dan dalam keadaan mengantuk, dia tahu tggjwbnya, maka dia akan jaga, bukan sekali malah berkali2 untuk menyempurnakan keperluan anaknya, untuk makan-minum atau bersihkannya. Kerana apa? Kerana dia tahu tggjwb sebagai seorang ibu. Seorang ayah juga dia tidak akan lupa pada tggjwbnya, walaupun dia seorang pekedai, dia banyak habiskan masanya duduk dalam kedai, dia tidak akan kata dia seorang pekedai sahaja. Dia pun kena tahu tentang keadaan anak-isteri.
Dia tidak pernah lupa satu saat pun tentang anak2 dan keluarga. Dia rasa dan sedar dia adalah bapa. Macam mana perasaan kita hari ini tentang umat? Kita tidak rasa sebagai umat Baginda s.a.w yang bertggjwb atas agama Allah s.w.t. Biarpun agama lenyap di mana2 di bumi ini, biarpun agama berkurangan dalam kehidupan kita, masih tidak ada keluhan di hati kita, masih tidak ada kerisauan dalam hati kita. Sebahagian besar dpd kita tidak ada perasaan ini. Kita berhimpun di sini hari ini adalah untuk ingatkan tggjwb kita. Untuk fikir tentang tggjwb kita seperti mana sahabat2 ambil berat tentang tggjwb dan kembangkan agama Allah s.w.t ke seluruh alam agar agama sampai ke seluruh alam dan dpt sinarkan hati dan jiwa setiap manusia dan dapat bawa sinaran itu ke seluruh alam.
Seorang pekedai, maka kedai itu adalah dlm tggjwb dia. Kedai itu akan beri kesan pada dia. Kalau kedai untung, dia akan gembira. Kalau kedai rugi, dia akan susah hati. Bila balik ke rumah, bila isteri lihat wajah dia, isteri pun akan terkesan dengan kedai itu. Isteri boleh mengagak dengan melihat wajah suami, ada kerugiann atau keuntungan. Isteri tahu bahawa bila wajah suami gembira maka ada untung. Kalau wajah suami sedih, dia akan tahu bahawa ada kerugian dan dia tidak mahu suaminya dibebankan dgn perkara2 yg lain, anak2 dsbnya. Si isteri pun terkesan. Seorang pekedai hidup siang dan malam sebagai seorg pekedai, kerunsingan dan fikir dia hanya sanya utk kedai. Sebagai isteri seorang pekedai, risau dan fikir juga ditumpukan pada kedai suaminya.
Mereka tidak fikir dan risau bahawa mereka ialah umat Baginda s.a.w. Mereka dihantar ke muka bumi ini sbgi umat Baginda s.a.w. Kedua2nya sudah lupa tggjwb mereka. Kedua2 sudah lupa wazifah mereka. Seorang lupa jalan, seorang lagi lupa tempat yang dituju. Dua2 kes ini sangat berbeza. Orang yang lupa jalan, dia boleh tanya, dia boleh usaha, lama-kelamaan dia akan dapat jalannya. Bila jumpa jalan, dia akan sampai kepada maksudnya. Orang yang lupa tempat yang dituju, walau dia berada atas jalan yang betul pun, dia tidak akan sampai ke tempat yang dituju.
Kita berkumpul di sini ialah untuk mengingatkan kembali maksud kita datang ke muka bumi ini dan ke mana kita hendak tuju. Apa maksud kita, apa kerja kita, apa wazifah kita, apa fikir dan risau kita. Supaya setiap daripada kita dapat tahu maksud hidup kita, dapat tahu tggjwb kita, dapat tahu kerja utama kita iaitu bagaimana kita dapat buat usaha supaya agama Allah s.w.t dapat datang dalam diri kita dan agama Allah s.w.t dapat disebarkan ke tempat2 lain di seluruh alam. Untuk itu kita kena wujudkan suasana tersebut.
Tuan2 yg dtg lebih awal dari yg lain, tuan2 punya tggjwb ialah utk sediakan setiap org yg dtg ke sini dan akan berada di sini dlm masa 2 atau 3 hari ini. Kita tidak akan fikirkan perkara2 yg lain, kita tidak akan risaukan ttg benda2 yg lain, kita hanya risau maksud kita, kita hanya risau kenapa kita kumpul di sini, kita hanya risau kenapa kita dilahirkan, kita hanya risau kenapa kita diutuskan oleh Allah s.w.t, apa tggjwb kita, apa kerja kita, kenapa kita berada di sini. Untuk itu kita kena sediakan kawan2 yg lain sepertimana sahabat2 telah buktikan tggjwb mereka, tujuan hidup mereka, maksud hidup mereka, sebab mereka diutuskan ke muka bumi ini. Kita kena sediakan setiap org yg dtg ke sini, kita kena alihkan risau dan fikir kita pada mereka supaya setiap org yg dtg mereka akan kenal maksud mereka dan akan kenal tempat tuju mereka. Dlm apa juga keadaan mereka, insyaAllah, akan sampai ke tempat yg dituju samada perlahan atau laju.
Oleh itu kita kena wujudkan suasana macam ini selama kita berada di sini. Masa kita di sini sangat singkat, beberapa hari shj. Dlm masa yg pendek dan singkat ini sekiranya kita dpt sedar dan dpt tahu maksud kita dan dpt terangkan kpd org2 lain dan inilah perkara yg kita akan fikir, inilah perkara yg kita akan cakap dan sediakan kawan2 yg lain supaya fikir yg sama dpt dtg kpd setiap org di sini dan semua org dat bangun atas fikir yg sama, maka kita tidak dpt bayangkan berapa banyak menafaat akan dtg dlm diri kita dan berapa banyak menafaat akan dtg pada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Hasil akan dtg dan manusia akan dpt menafaat bila sesuatu kerja itu dibuat dgn tumpuan dan penuh tawajjuh. Oleh itu, selama kita berada di sini untuk masa yg singkat kita betulkanlah kita punya tawajjuh dan tumpuan. Kita hanya fikir tng maksud kita dan sediakan org lain atas maksud itu. Apa maksudnya? Iaitu sama seperti maksud ambiya a.s di hantar.
Tumpuan dan tawajjuh yg dikehendaki ialah tumpuan dan tawajjuh seperti mana dlm solat. Bila kita mula solat, kita putus hubungan dgn makhluk dan kita ada hubungan hanya dgn Allah s.w.t. Tiada siapa lagi kita akan berhubung, bercakap dsbnya. Masa itu, segala perkara2 dunia yg boleh digunakan tidak dapat digunakan lagi, perkara2 yg halal pun tidak dapat digunakan lagi, bercakap dgn isteri walaupun ia satu perkara yg baik, pun tidak dibenarkan. Bila isteri panggil kita, kita tidak boleh jawab. Bila anggota kita susah, sakit dsbnya, masa diluar solat kita boleh usaha utk ubat dsbnya, tetapi kalau sakit itu dtg dlm solat kita akan cuba untuk lupakan sakit itu kerana tumpuan dan tawajjuh bukanlah utk dialihkan dpd Allah s.w.t kpd sakit kita.
Bila kita mula niat dan takbir Allahuakbar sampailah kita bagi salam, kita ada satu tumpuan dan tawajjuh sahaja dan dgn tumpuan dan tawajjuh yg sama kita akan habiskan masa kita di sini. Maksud pertama ialah supaya kita dapat kenal tujuan kita iaitu sebagaimana kerja dan usaha Baginda s.a.w, itulah maksud dan kerja kita. Yang kedua, hari ini kita hidup dan mengendalikan kehidupan kita dgn keadaan terkesan dgn makhluk Allah s.w.t. Hati kita tidak terkesan dgn kuasa Allah s.w.t. Jadi kita hendak fikir bagaimana hati kita tidak akan langsung terkesan dgn makhluk, tidak akan langsung terkesan dgn keadaan dan suasana makhluk ttpi hanya akan terkesan dgn Allah s.w.t, maksudnya ialah perintah2 dan kehendak2 Allah s.w.t akan bawa kesan pada hati kita dan makhluk tidak akan bawa kesan pada hati kita.
Semasa kita solat langsung tidak dibenarkan beri tumpuan atau tawajjuh kepada apa2 pun selain dpd Allah s.w.t ttpi hari ini dlm solat pun kita terkesan dan makhluk, terkesan dgn hal-ehwal semasa, terkesan dgn keadaan susah senang kita, perniagaan dan sebagainya. Ertinya apa shj yg kita alami, kerjaya kita dsbnya semuanya kita bawa dlm solat dan kita solat dlm keadaan terkesan dgn makhluk. Walhal solat ini adalah satu amalan di mana 100% tumpuan dan tawajjuh hanya kpd Allah s.w.t dan barulah kesan dpd solat akan dtg. Bila kita solat dan bawa dunia bersama2 dgn kita, bagaimana kita boleh harapkan bantuan, kesan yg baik, balasan yg baik dpd Allah s.w.t.
Utk itu, kita kena gunakan masa kita di sini, kita hanya akan cakap kebesaran Allah s.w.t, dgr kebesaran Allah s.w.t, fikir ttg kebesaran Allah s.w.t. Amat beza sangat pada pandangan seorg manusia yg ada kebesaran Allah s.w.t dlm hatinya dga satu org yg tidak ada kebesaran Allah s.w.t dlm hatinya. Barangsiapa yg tidak dpt betulkan dia punya ‘laila’ , bagaimana pula dia dapat betulkan dia punya ‘illallah’. Ertinya kalau dia tidak dapat nafikan makhluk, bagaimana pula Allah akan masuk ke dlm hatinya. Dlm hati yang penuh dgn kebesaran makhluk dan tidak sanggup menafikan kekuatan makhluk, bagaimana pula kebesaran Allah s.w.t atau sifat Allah s.w.t akan masuk dlm hati sanubari tersebut. Oleh itu kita kena menafikan kekuatan makhluk ertinya kejayaan kita bukan boleh diperolehi oleh harta-benda. Rupabentuk tidak akan menjamin kejayaan kita dunia dan akhirat. Tidak kira samada rupabentuk kaya atau miskin, rupabentuk berkerajaan atau tidak berkerajaan, rupa bentuk sihat atau tidak sihat, apa sahaja rupabentuk yg kita alami, rupabentuk ini tidak akan membawa apa-apa kejayaan pada kita dunia dan akhirat.
Yang akan bawa kejayaan pada kita ialah perintah2 Allah s.w.t. Kita kena menafikan segala rupabentuk dan kita kena sabitkan segalanya dengan kuasa dan kudrat Allah s.w.t. Sebagai contoh, bila mata lihat langit terbentang dan kita puji begitu besarnya langit, cantiknya langit dan mata yang lain lihat langit dan ingat pada pencipta langit, betapa besarnya pencipta langit, lihat gunung-ganang betapa besarnya pencipta gunung-ganang. Gunung-ganang akan lenyap, langit akan lenyap tetapi penciptaNya akan kekal selama2nya. Kita cakap kebesaran Allah s.w.t, kita dengar kebesaran Allah s.w.t, kita fikir kebesaran Allah s.w.t dan kita lihat kebesaran Allah s.w.t dan suasana itulah kita kena wujudkan selama 3 hari ini supaya kita akan bangun atas maksud yang sebenar, akan kita bangun dengan keyakinan pada keesaan dan kebesaran Allah s.w.t tanpa kita terkesan pada makhluk2 Allah s.w.t.
Seorang da’i tidak hanya fikir utk dirinya sahaja, dia akan fikir utk seluruh alam. Dia akan fikir tiap2 tempat di seluruh dunia, masih adakah tempat2 di mana ada hati yg terkesan dgn makhluk. Dia akan usaha bagaimana kesan makhluk tersebut keluar dpd hati org2 di tempat itu dan masukkan kebesaran Allah s.w.t. Dia akan fikir tempat2 di mana manusia tidak dapat amalkan perintah Allah s.w.t yang akibatnya mereka akan berada dalam kemusnahan. Dia akan fikir bagaimana dia akan dapat sampai ke sana atau hantar jemaah ke sana supaya org2 di sana dapat amalkan perintah2 Allah s.w.t. Kita bukan da’i biasa, tetapi kita adalah umat Baginda s.a.w. Kerja Baginda s.a.w bukan untuk dirinya sahaja, bukan untuk sahabat2nya sahaja tetapi untuk seluruh alam.
Baginda ajar dan latih sahabat2 supaya mereka akan teruskan kerja yang Baginda s.a.w buat dan mereka akan jadikan org2 lain da’i dan orang itupun akan kembangkan agama Allah s.w.t. Sbg contoh, satu org yg buat topi, dia boleh buat topi dan sebarkan topinya. Satu orang lain lihat dia buat topi dgn tangan yg mana hasilnya adalah sedikit, maka dia akan fikir untuk buat mesin. Skrg topi yang dibuat dgn tangan, dibuat oleh mesin. Bila topi dibuat oleh mesin, topi akan dihasilkan dengan lebih banyak dibandingkan bila dibuat dengan tangan. Satu orang lain pula fikir, biarlah saya buat kilang yang buat mesin yang buat topi dan topi-topi yang lebih banyak dapat dihasilkan dan disebarkan ke seluruh alam. Begitulah kerja seorang da’i, bukan setakat sediakan orang lain tetapi menyediakan org2 lain yang dapat sediakan orang lain pula yang dapat bawa agama ke seluruh alam.
Bagaimana kita dpt keluarkan kesan2 makhluk dpd hati kita dan masukkan kebesaran Allah s.w.t? Kita selalu tinggalkan dunia tetapi dunia tidak pernah tinggalkan kita. Bila kita datang ke sini pun kita masih berbincang hal2 dunia. Perbualan dan percakapan kita tentang hal2 dunia. Kita sudah tinggalkan anak-isteri, keluarga, kedai, kebun jauh ttpi masih kita berbincang perkara2 itu. Sebab itulah kebesaran Allah s.w.t tidak masuk ke dlm hati kita krn kita masih terkesan, berbual dan fikir ttg apa yg ditinggalkan. Oleh itu perbincangan kita yg pertama sekali tidak haruslah ttg perkara duniawi, perbincangan kita haruslah ttg kebesaran Allah s.w.t.
Kita kena menyediakan satu sama lain, kita sediakan kawan2, kita cakap kebesaran Allah s.w.t, cakap ttg kehidupan dlm kubur, cakap ttg mahsyar, tentang titi sirat, tentang akhirat kerana itu semua pasti akan dtg dan kita kena buat persiapan utk itu. Ia adalah satu perkara yg sgt2 penting utk dicakapkan kerana ia adalah kehidupan yg paling besar sekali dan kehidupan yg paling penting sekali. Begitulah kita kena menafikan kekuatan2 makhluk, kesan2 dpd makhluk dan segala kekuatan tidak ada apa2 kesan tersendiri selain dpd kesan yg Allah s.w.t letak dlm makhluk. Harta-benda tidak boleh buat apa2, kekuatan tidak boleh buat apa2 selagi tidak ada bantuan dan nusrah dpd Allah s.w.t.
Perkara kedua, ialah kita kena tahu ttg satu sama lain, keadaan dunia yg ada sekarang, keadaan Islam di seluruh dunia. Bagaimana keadaan org2 Islam di pulau2 di keliling Australia, apa keadaan keIslaman mereka, mereka ialah org2 dpd keturunan yg hebat amalkan agama Islam, tetapi hari ini tidak ada Islam dalam kehidupan mereka. Apa keadaan org2 Islam di dalam hutan2 di Afrika, yang mana pada satu masa dahulu sahabat2 dapat Islamkan kesemua org2 dlm hutan2 itu, tetapi hari ini mereka tidak kenal Islam, mereka sudah langsung tinggalkan agama Islam.
Walaupun jumlah kita lebih besar dpd sahabat2, kita kena fikirkan tempat2 itu, hutan2 yang tebal dalam kawasan Afrika yang sahabat sudah sampai tetapi kita tidak dat sampai hari ini. Kita kena berbual, kena tahu dan beritahu keadaan org2 Islam di seluruh dunia, apa keadaan org2 Islam di Argentina, Brazil dan di tempat2 yg lain supaya satu fikir, satu risau akan dtg dlm diri kita dan kita dpt sediakan diri kita utk sampai ke tempat2 itu dan kita pun dpt ambil kesempatan utk menyediakan org2 lain supaya mereka pun dpt lapangkan masa utk pergi ke tempat2 itu supaya agama Allah s.w.t dpt hidup kembali. Kita harus cerita ttg pengorbanan sahabat, sifat2 mereka, macam mana mereka buat usaha dan melalui itulah semangat kita akan terbina, keadaan kita akan berubah dan keimanan kita akan meningkat. Di hadapan kita ada contoh2nya:
1) Org2 muda, mereka harus lihat dan bincang kehidupan Zaid bin Harithah r.a, Usamah r.a, pemuda2 yg beri nyawa utk agama Allah s.w.t, yg keluar di jln Allah s.w.t semasa berumur 16 atau 17 tahun dan mereka jadi ketua2 tentera utk sebarkan agama Allah s.w.t. Budak2 yg belum cukup matang dan belum cukup tinggi, mereka akan cuba utk berdiri di atas jari2 kaki mereka utk menunjukkan pada Baginda s.a.w yg mereka cukup tinggi dan layak utk keluar ke jln Allah s.w.t. Kalau yg telah dipilih itu lebih tinggi maka yg rendah pula dtg beritahu pada Rasulullah s.a.w bahawa bila bergusti yg rendah ini selalu menang, kalau Baginda s.a.w tidak percaya biarlah kami bergusti sekarang, kalau saya menang, saya pun patut bersama2 dgn dia keluar di jalan Allah s.w.t. Budak2 kecil pun ada semangat yg begitu tinggi.
2) Org2 tua pula boleh bayangkan kehidupan Ayub Al-Ansari r.a, umurnya 90 tahun masih beliau kata ayat dpd Allah s.w.t, “Kamu keluarlah samada kamu ringan atau kamu berat”, “Jgn biarkan saya duduk di Madinah, saya kena keluar ke jln Allah.” Dia beritahu perkara ini pada anak2nya. Anak2nya melarang dia dpd keluar ttpi dia kata ayat tersebut tidak membenarkan saya duduk di Madinah, saya kena keluar juga. Semasa dlm perjalanan beliau sakit dan beliau kata, “Kalau aku mati bawalah aku ke jln Allah s.w.t.”
3) Org cacat boleh bayangkan semangat dan pengorbanan Ammar bin Jamoh r.a dgn kakinya yg kudung beliau doa pada Allah s.w.t supaya beri taufiq pada dia utk keluar di jln Allah s.w.t dan jgnlah kembalikan dia ke rumah sehingga dia syahid. Beliau mahu syahid di jalan Allah s.w.t.
4) Perbualan Abdullah bih Jahsh r.a dan doanya dgn kawannya, iaitu hasratnya supaya dia dpt bertembung di dlm peperangan dgn musuh yg kuat dan dia dikalahkan oleh musuhnya. Musuhnya akan potong telinga, hidung, kepala dan cungkil matanya supaya dia boleh berbangga di hadapan Allah s.w.t dan berkata dgn Allah s.w.t, mata ini aku korbankan utk agama Mu, telinga ini aku korbankan utk agama Mu, tangan ini aku korbankan untuk agama Mu dan segala anggota aku korbankan untuk agama Mu.
Wanita2 juga beri pengorbanan utk agama Allah s.w.t. Bila kita ganti perbualan dunia kita dgn perbualan sahabat2 tidak kira samada tua, muda, lelaki atau perempuan maka iman kita akan meningkat, jazbah kita akan meningkat, semangat kita akan naik untuk beri pengorbanan atas agama Allah s.w.t. Hari ini apa sudah jadi? Krn semangat kita tidak terbina, bila kita di tashkil 3 hari kita pun jadi resah gelisah. 3 hari jadi berat untuk kita. Sahabat2 pula bergusti2 untuk keluar di jalan Allah s.w.t. Kalau tashkil untuk 40 hari tunai, maka menggelabahlah seluruh dunia kita, hitam dan pitamlah kita. Beginilah keadaan kita. Kenapa? Fikir kita, risau kita, hati kita, otak kita tidak ingatkan akhirat tetapi ada bersama2 dgn segala kesibukan dunia kita.
Oleh itu kita kena wujudkan suasana dlm masa 3 hari ini, suasana ttg pengorbanan sahabat2 supaya semangat dan jazbah kita terbina. Kita akan fikir, doa dan minta pada Allah s.w.t secepat mungkin dan selama mungkin kita dpt keluar ke jalan Allah s.w.t. Pertama, kita berhimpun di sini utk tujuan pahala. Dlm masa 3 hari ini kita akan dapat pahala. Ini bukan kerja org2 yang jadikan usaha agama sbg kerja mereka. Allah s.w.t akan bagi pahala. Bagaimana pula kita boleh hitung pahala. Baginda s.a.w bersabda, “Satu pagi atau satu petang di jalan Allah s.w.t lebih baik daripada dunia dan seisinya”. Seorang ulamak pernah beritahu bahawa nilai dunia dan seisinya di sisi Allah s.w.t tidak sampai sebelah kepak nyamuk pun. Sebenarnya dunia dan seisinya itu bukanlah maksud harta benda dunia, ttpi ialah segala amalan2 baik yg dibuat di seluruh alam. Pahala akan dtg kpd kita dengan setiap pagi dan setiap petang kita buat usaha.
Maksud yang sebenarnya kita berhimpun di sini ialah bagaimana kita dapat jadikan risau Baginda s.a.w risau kita, fikir Rasulullah s.a.w fikir kita iaitu setiap manusia di atas muka bumi ini di mana saja ia berada, dia akan terselamat dpd azab Allah s.w.t dan dapat masuk syurga Allah s.w.t. Utk itulah kita dilahirkan dan diwujudkan iaitu utk buat usaha. Jadi bila kita bawa kepada maksud yang sebenar, kita kena minta dengan Allah s.w.t, kita kena cakap dengan Allah s.w.t, “Ya Allah, berilah umat ini dpt mengendalikan maksudnya atau dapat bergerak untuk maksudnya, yang akan jadi satu umat yang ulung sekali, rahmat Engkau dapat datang kpd umat ini dan bila mereka berdoa, sebelum org ramai cakap amin, doa itu akan dimakbulkan oleh Engkau”.
Apa sahaja masalah dapat dibereskan dgn bantuan Allah s.w.t tetapi kerana hari ini kita telah tinggalkan maksud kita dan telah tinggalkan usaha suci murni Baginda s.a.w maka hari ini berjuta2 manusia doa dan berjuta2 manusia amin tetapi rahmat Allah s.w.t tidak bergerak kepada kita. Di mana kita telah jatuh? Ke lembah mana kita sudah sampai? Kita sudah jauh dpd maksud yg sebenar. Kita kena doa, kita kena fikir dan minta pada Allah s.w.t supaya kita dikembalikan oleh Allah s.w.t kepada maksud dan tahap yg sama sepertimana yg ditinggalkan oleh Baginda s.a.w agar masalah2 kita dan masalah seluruh dunia dpt dibereskan. Ini akan terjadi bila manusia amalkan agama Allah s.w.t yg sebenarnya. Oleh itu, selama 3 hari kita kena usaha untuk wujudkan suasana seperti itu.
Kalau kita buat usaha agama dengan niat untuk dapat pahala, maka kita akan buat bila kita suka dan kita akan berhenti bila tidak suka, kita akan buat bila selesa dan tidak buat bila tidak selesa. Buat dpt pahala, tidak buat pun tidak mengapa, itulah keadaan kita. Kita kena buat usaha ini bukan dgn niat amal ttpi kita kena buat usaha ini kerana ia adalah perintah Allah s.w.t. Solat adalah perintah Allah s.w.t. Adakah kita akan solat bila hati kata solat? Kita tidak solat bila hati kata tidak perlu solat? Adakah bila selesa baru kita hendak solat? Tidak selesa tidak perlu solat? Kita buat kerana ia perintah Allah s.w.t. Oleh kerana ia adalah perintah Allah s.w.t maka dlm tiap2 keadaan, sakit, safar, senang, susah, malas, dsbnya kita mesti solat.
Begitu juga usaha agama ialah perintah Allah s.w.t. Melalui perintah inilah solat hidup, agama hidup, sunnah Baginda s.a.w hidup. Kerana usaha inilah perintah2 Allah s.w.t yg lain hidup dan kita dihantar utk usaha ini. Kita diwujudkan dlm umat Baginda s.a.w kerana kita dikehendaki oleh Allah s.w.t utk buat usaha. Jadi bila kita yakin pada tahap itu, bila kita benar2 yakin ini sbg perintah Allah s.w.t maka kita akan buat setiap masa dan setiap waktu. Kita akan buat tanpa ditarghib. Apakah tuan2 pernah dengar mana2 pekedai ditarghib utk buka kedai. Dia akan buka kedai tanpa ditarghib kerana itulah kerja dan tggjwb dia.
Sepanjang siang dia akan buat kerja. Kalau pelanggan dtg waktu malam pun dia akan buka kedai kerana itu dpt memajukan perniagaan dia. Bila kita dpt masukkan ke dlm hati sanubari kita inilah perintah Allah s.w.t, inilah tggjwb kita, untuk inilah kita dilahirkan/diutuskan/dihantar di atas muka bumi. Selepas itu bukan sahaja kita dpt menyediakan diri kita bila takazah dibentangkan utk keluar ke jln Allah s.w.t ttpi kita dpt sediakan org2 lain kerana kita sudah ada keyakinan bahawa setiap org harus keluar di jln Allah s.w.t sbg perintah Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment