Saturday, January 17, 2015

BAYAN SUBUH

(27/05/99 - Sri Petaling - Jor KL 1999). Makhluk ini adalah satu ciptaan yg sgt kecil. Pada pandangan mata kasar kita ia nampak besar, sebenar nya ia adalah kecil. Di Malaysia kita nampak ada kapalterbang, ada kapallaut, ada bas, ada kereta dan kalau kita teruskan perjalanan kita ke tempat lain, ke England, ke Amerika dsbnya, yang mana akan memakan masa berjam2 kadang2 berhari2i kita dan kena naik kapalterbang, berjalan dari negara ke negara dan kita akan nampak bukit-bukau, gunung-ganang, gunung Himalaya, memang hebat, memang besar tetapi sebenarnya semua ciptaan2 ini tidak ada apa2 hakikat. Memanglah dunia ini besar pada pandangan mata kasar kita. Kita nampak langit, bukit, lautan tetapi tidak ada apa2 hakikat kerana bila dibandingkan dengan langit yang pertama, dunia yang nampak pada pandangan kita besar dan luas hanyalah seperti kulit bawang yang kecil di satu medan yang begitu luas. 

Langit yang pertama bila dibandingkan dengan langit yang kedua spt dunia dibandingkan dgn langit pertama. Begitulah seterusnya langit kedua dibandingkan dgn langit ketiga, langit ketiga dengan langit keempat, langit keempat dengan langit kelima, langit kelima dengan langit keenam, langit keenam dengan langit ketujuh. Bayangkanlah macam mana besarnya Allah s.w.t yg telah ciptakan segalanya ini, tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Betapa besarnya zat Allah s.w.t dan Allah s.w.t jadikan ini semua dgn kudratNya. Apa sahaja yg Allah s.w.t mahu, Dia ciptakan segalanya dgn kudratNya. Kalau Allah s.w.t mahu, Allah s.w.t boleh ciptakan ratusan dan ribuan langit dan bumi spt ini. Inilah kuasa dan kudrat Allah s.w.t. Kalau kita kenal Allah s.w.t yg maha besar ini, maka di dunia ini kita akan berjaya dan di akhirat pun kita akan berjaya.

Dahulu malaikat tidak ada. Allah s.w.t ciptakan malaikat, malaikat yang besar, Jibrail, Mikhail, Israfil dan Izrail. Ini semua Allah s.w.t jadikan dengan kudrat dan kuasaNya. Macam mana besar dan hebatnya setiap malaikat tersebut. Kalau Jibrail a.s berdiri dalam rupanya yang sebenar maka kepalanya akan berada di langit yang ketujuh dan kakinya akan berada di bumi yang ketujuh. Jibrail a.s ada 600 sayap. Apabila dibuka 2 sayap maka akan tertutuplah dunia ini dari barat ke timur. Kekuatan yg ada pada sayapnya membolehkannya mengangkat dengan hujung sayap sahaja seluruh dunia dan isinya, bukit-bukau, lautan sampailah ke langit. Sebenarnya itu pun tidak ada apa2, kekuatan yg diberi oleh Allah s.w.t. 

Satu ketika, Rasulullah s.a.w tanya mengenai kelajuan Jibrail a.s. Jibrail a.s jawab, apabila saudara kamu Yusuf a.s dicampakkan ke dalam telaga oleh adik-beradiknya, pada masa itu Jibrail a.s berada di langit yang ketujuh. Jarak di antara bumi dan langit yang pertama ialah 500 tahun jauh perjalanan dan tebal langit pertama ialah 500 tahun, jarak antara langit pertama dan langit kedua 500 tahun dan tebal langit kedua 500 tahun. Begitulah seterusnya langit ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh. Bayangkanlah betapa jauhnya malaikat Jibrail a.s berada pada masa itu, di langit ketujuh. 

Bila mereka campakkan Yusuf a.s ke dalam telaga, Allah s.w.t perintahkan Jibrail a.s pergi dan selamatkan Yusuf a.s dan jangan biarkan dia cedera. Maka Jibrail a.s terus datang dari langit ketujuh ke bumi dan selamatkan Yusuf a.s. Itulah kelajuan malaikat Jibrail a.s. Jibrail a.s sentiasa menunggu perintah Allah s.w.t dan di antara Jibrail a.s dan Allah s.w.t ada 70,000 tabir. Jibrail a.s berada begitu jauh daripada tabir yang pertama, jika dia berdiri hampir dengan tabir yang pertama dia akan hangus terbakar dengan tajalli, kebesaran dan nur Allah s.w.t. 

Jibrail a.s sentiasa dengar dan dengar dan dengar perintah Allah s.w.t sehingga dia jadi kecil macam burung. Bayangkan lah macam mana besarnya Allah s.w.t yang telah ciptakan ini semua. Allah s.w.t telah ciptakan satu makhluk yang mana tujuh lapis langit dan bumi dan segala2nya di sisi makhluk itu cuma satu suap makanan sahaja. Kalaulah Allah s.w.t boleh jadikan makhluk yg begitu besar, maka bagaimana pula besarnya Allah s.w.t itu sendiri. Di hadapan arash Allah s.w.t ada satu lautan nur yang mana satu gelombangnya sahaja lebih besar dpd tujuh lapis langit dan bumi. Bayangkan macam mana besarnya lautan nur ini. Allah s.w.t begitu besar. 

Allah s.w.t begitu hebat. Kalau semua pokok2 dalam dunia ini dijadikan pena/kalam dan semua lautan dijadikan dakwat dan tulis kebesaran Allah s.w.t, Allah maha besar, Allah maha besar, maka semua pokok2 ini akan habis dan semua lautan akan habis ttpi kebesaran Allah s.w.t tidak tertulis dan tidak dapat hendak diceritakan. Allah s.w.t begitu besar dan kita mahu Allah s.w.t bersama dengan kita. Semua org akan rasa kagum apabila seorang raja atau pemerintah satu negara bersama dengan seseorang atau satu org yang kuat/gagah/berani bersama dgn seseorg. Betapa hebat dan betapa besar pula jika Allah s.w.t bersama seseorang. Kalau Allah s.w.t telah bersama kita maka kita telah dpt segala2nya. Kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t maha besar, Allah s.w.t maha hebat. 

Untuk memasukkan kebesaran Allah s.w.t dlm hati kita ini , kita perlu cakap kebesaran Allah s.w.t lagi dan lagi. Bukan 100 kali, bukan 1000 kali malah ratusan dan ribuan kali kita kena cakap dan ulang. Kita kena cakap, dengar, fikir dan lihat kebesaran Allah s.w.t ini maka barulah kebesaran Allah s.w.t akan masuk ke dalam hati kita. Kita kena cakap lagi dan lagi, Allah s.w.t yang bagi kejayaan, Allah s.w.t yg bagi kemuliaan, Allah s.w.t yg bagi sakit, Allah s.w.t yang bagi sihat, Allah s.w.t yg menghidupkan, Allah s.w.t yg mematikan, Allah s.w.t yg buat segala2nya, Allah s.w.t yang memelihara, Allah s.w.t yang bagi kita makan, Allah s.w.t yg turunkan hujan - bukan awan yg turunkan hujan. Cakap berulang2 kali ttg kebesaran Allah s.w.t barulah kebesaran Allah s.w.t akan masuk ke dlm hati kita.

Satu kisah, wazifah atau amalan satu org ialah lamatlub illallah, lamaujud illallah, lamaksud illallah, lamakbud illallah, lailaha illallah. Cakap perkara yg sama berulang2 kali maka barulah yakin kpd Allah s.w.t akan masuk ke dlm hati kita. Cinta kpd Allah s.w.t akan dtg kpd diri kita. Bila kebesaran Allah s.w.t telah masuk ke dlm hati kita, maka bila hendak mati nanti akan keluar dpd hati melalui bibir kebesaran Allah s.w.t. Jika tidak diusahakan maka bila hendak mati nanti bukan lailaha illallah yang akan keluar, akan keluar benda yang lain. Hati kita telah penuh dgn keyakinan2 yg fasiq, keyakinan bahawa harta yang beri kejayaan, segala urusan diselesaikan dgn wang ringgit. Jika kita tidak usaha utk keluarkan yakin yg fasiq yang ada dlm hati kita maka bila hendak mati nanti benda2 inilah yg akan keluar dpd bibir kita. Benda yg fasiq ini akan keluar masa kita mati, dlm kubur dan di padang mahsyar. 

Oleh itu, kita kena usaha. Satu usaha yg panjang, satu jangkamasa yg lama dan perlu pengorbanan utk masukkan keyakinan kpd kebesaran Allah s.w.t dlm hati kita. Bila kita cakap lagi dan lagi, dakwah perkara ini lagi dan lagi, barulah perkara ini akan masuk ke dlm hati kita. Barulah kita akan dpt mengucap dan kebesaran Allah s.w.t akan keluar dari hati kita bila kita hendak mati nanti, dlm kubur dan seterusnya. Jika tidak diusahakan, maka kita akan menyesal, menangis mengalirkan air mata darah dan nanah utk selama2nya. Kehidupan akhirat adalah kehidupan yg sebenarnya. Oleh itu apa yg perlu kita buat dlm kehidupan yg sementara ini, yg hanya beberapa minit, beberapa ketika ini ialah kita usaha mengeluarkan keyakinan fasiq, keyakinan pada harta, kuasa, pangkat yg ada dlm hati kpd yakin hanya sanya pada Allah s.w.t, kpd lailaha illallah. 

Oleh itu kita kena cakap, dengar dan keluar di jln Allah s.w.t. Usaha perlu dibuat. Kita kena cakap dan dengar kebesaran Allah s.w.t lagi dan lagi, di tempat kerja, di rumah, dgn anak-isteri, di tempat rehat, di tempat perniagaan. Tiap2 hari kita perlu cakap kebesaran Allah s.w.t, barulah keyakinan pada Allah s.w.t akan dtg dlm diri kita. Bila ada yakin dgn Allah, barulah Allah s.w.t akan bersama kita. Bila Allah s.w.t bersama kita, kita telah dpt segala2nya. Para sahabat telah usaha selama 13 tahun atas perkara ini. Mrk telah usaha selama 13 tahun utk tanamkan keyakinan pada Allah s.w.t, tanamkan kebesaran Allah s.w.t dlm hati mrk. 

Mereka telah cakap, mereka telah dakwah perkara ini, mereka telah korban. Oleh itu Allah s.w.t bersama mereka dan mereka tidak takut pada apapun. Allah s.w.t telah tunjukkan semua pada mereka, mereka tidak takut pada binatang2 yg buas, binatang2 yg bisa, ular, kalajengking, mereka tidak takut pada siapapun, pada apapun. Mereka yakin pada Allah s.w.t. Allah s.w.t bersama mereka, Allah s.w.t bantu mereka dan Allah s.w.t beri kejayaan pada mereka. Mereka dpt keyakinan ini melalui usaha dakwah.  Satu ketika, Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah berkhemah di satu tempat. Telah dtg satu org yg kuat, gagah, berani, ahli perang. Dia telah dtg dgn kuda. Apabila turun dari kuda, dia terus potong kaki kuda tersebut. Maksud dia potong kaki kuda itu ialah hendak beritahu semua orang bahawa dia hendak lawan dan perang sampai mati. Dia tidak ada niat utk balik, samada dia menang atau mati. Bila satu org telah buat niat utk mati, sanggup bagi nyawa maka memanglah dia berani dan tiada siapa pun boleh lawan. Dia cabar, “Siapa hendak lawan dgn saya?”. 

Para sahabat dan Nabi s.a.w ada disitu dan dengar dan semua ada jasbah/keinginan utk lawan. Ali r.a terus bangun dan kata, “Saya sedia”. Nabi s.a.w suruh dia duduk. Org itu cabar lagi. Ali r.a bangun lagi sekali. Rasulullah s.a.w tanya Ali r.a, “Kamu tahu tak siapa org ini, dia ialah Amar ibni Abdi Huz, satu org yg memang handal”. Ali kata, “Saya tidak tahu apa2 pun ttg org ini dan saya tidak takut kerana Allah s.w.t bersama dgn saya”. Nilainya tidak lebih dari sayap nyamuk. Ali r.a hanya menunggu kebenaran dari Rasulullah s.a.w. Akhirnya Nabi s.a.w beri kebenaran dan Ali r.a terus pergi mengadap org itu dgn pedangnya. Umur Ali pada masa itu 22-25 tahun dan saiz badannya pun kecil manakala lawannya berumur 32-35 tahun dgn saiz badan yg lebih besar. 

Apb org itu lihat Ali r.a menuju ke hadapan hendak lawan, dia kata hantarlah org yg padan dgn dia. Dia tidak mahu lawan dgn budak kecil macam Ali r.a. Dia tidak suka pedang dia dibasahi dgn darah org mcm ini. Ali r.a pula kata dia suka pedang dia dibasahi dgn darah org itu. Apabila mendengar kata2 Ali r.a tadi, org besar itu pun marah dan terus menghayun pedang utk pancung Ali r.a. Allah s.w.t beri kekuatan pada Ali r.a, dia tahan dgn perisai dan perisai itu terbelah dua. Ali r.a terus pancung org besar itu dan dia pun terbelah dua. Kalau org2 biasa berada di situ pada masa itu, mereka akan berkata, “Hidup Ali”, ttpi sahabat kata, “Allahuakbar”, Allah maha besar. Jika Allah s.w.t telah bersama dgn seseorg, maka dia telah dpt segala2nya. 

Satu ketika, Khalid r.a telah keluar berjihad. Mrk satu jemaah berperang dgn 60,000 org kafir. Kekuatan Islam hanya satu jemaah yg kecil sahaja. Khalid r.a kata dia seorg sudah cukup utk lawan dgn 60,000 org. Beliau kata 60,000 org ini adalah spt org2 yg mati kerana mereka tidak ingat pada Allah s.w.t manakala org yg berzikir pada Allah s.w.t adalah org yg hidup. Dia seorg sudah cukup utk lawan dgn 60,000 org malah 100,000 org pun dia tidak takut. Inilah yakin para sahabat. Mereka tidak yakin pada bilangan. Ttpi hari ini pasti kita akan kata 60,000 org akan menang bila lawan dgn satu org kerana yakin kita sudah fasiq. Yakin kita telah rosak. Kita tengok tentera, binatang, manusia, senjata kita jadi takut. Para sahabat ada yakin yg sebenarnya pada Allah s.w.t maka mereka tidak takut pada apapun dan siapapun. 

Amer jemaah kata pada Khalid r.a, “Apa yg kamu kata itu benar ttpi kamu pergilah dgn satu jemaah” Mula2 mereka fikir 10 org sudah cukup, maknanya 1 org lawan dgn 6,000 org. Selepas itu mereka mesyuarat lagi dan tambah 60 org. 60 org lawan 60,000 org. Khalid r.a bersama2 dgn 60 org telah pergi berperang. Allah s.w.t bagi mrk faham utk buat sesuatu krn mrk org beriman. Maka Khalid r.a telah buat 6 jemaah. Satu jemaah 10 org. Dia seorg shj ditengah2 dan sentiasa akan beri seruan dan laungan. “Kalau kamu dengar suara saya maknanya saya masih hidup”. Mereka telah berperang dari pagi sampai ke petang. Akhirnya Allah s.w.t telah bagi kemenangan pada 60 org. Kemenangan pada org Islam yg ada yakin pada Allah s.w.t. Riwayat mengatakan 10,000 org kafir telah terbunuh dan hanya 10 org Islam sahaja yg syahid. Siapa bagi kemenangan? Allah s.w.t yg buat semua perkara. Allah s.w.t yg bagi kemenangan. 

Allah s.w.t yg bagi kemuliaan. Kita kena cakap perkara ini lagi dan lagi, barulah keyakinan yg sebenarnya, yakin pada Allah s.w.t akan masuk ke dlm hati kita. Kita kena cakap dan dengar perkara ini berulang2 kali sehingga kita dpt keyakinan pada Allah s.w.t. Allah s.w.t yg buat segala2nya. Allah s.w.t yg bagi kejayaan. Allah s.w.t yg bagi kemuliaan. Kemuliaan bukan dlm harta. Khalid r.a sentiasa dpt kemenangan dlm setiap peperangan yg disertainya. Sentiasa Allah bagi kemenangan padanya. Namanya ialah Khalid Saifullah. Khalid r.a kata dia turun dlm medan peperangan lebih kurang 100 kali dgn niat utk mati syahid, utk bagi nyawa di jln Allah. Dia tidak dpt perkara itu kerana dia ‘Pedang Allah’. Saifullah  tidak boleh dibunuh di medan peperangan. 

Satu masa di medan peperangan, dia telah tangkap satu orang Jeneral. Bila periksa badan Jeneral itu, dia terjumpa satu botol kecil yang ada racun. Khalid r.a tanya, “Untuk apa racun ini”. Jeneral kata, “Bila ditangkap dia akan minum racun itu dan mati”. Khalid r.a kata, “Inilah org2 yg pengecut, takut”. Bunuh diri kerana tidak ada yakin pada Allah s.w.t. Org Islam yg beriman, yg ada yakin pada Allah s.w.t tidak akan buat seperti ini. Jeneral kata racun itu begitu kuat, walaupun dituang kedalam satu tong air dan diminum sedikit akan membawa maut. Khalid r.a ambil botol kecil racun itu dan baca beberapa doa dan telan racun itu semua sekali. Jeneral itu pun tunggu kematian Khalid r.a. Setelah tunggu lama, Khalid r.a tidak juga mati. Allah s.w.t yg bagi mati, bukan benda atau makhluk. Keyakinan manusia telah salah, yakin bahawa benda yg bagi maut. Sebenarnya yg menghidupkan dan yg mematikan ialah Allah s.w.t. Racun tidak ada kuasa. Allah s.w.t yg berkuasa. 

Disebabkan Khalid r.a ada yakin yg betul, maka apabila dia minum racun, dia tidak mati sebaliknya semua penyakit dlm badannya telah sembuh. Apabila Jeneral itu lihat perkara ini maka dia telah masuk Islam. Dlm bayan mufti ada diberitahu, zakat itu fardhu bagi mereka yg banyak harta. Org yg tidak cukup harta, tidak fardhu. Para sahabat, mereka minum racun kerana mereka yakin bahawa Allah s.w.t yang menghidupkan dan yang mematikan. Allah s.w.t yg buat segala2nya. Keyakinan telah pun terbentuk dlm diri mrk. Jgn kita buat seperti itu kerana iman kita belum terbentuk lagi. Iman yakin kita masih lemah. Kita kena usaha atas iman. Bina iman dan yakin kita pada Allah s.w.t. Bila kita sudah ada kebesaran Allah s.w.t, keyakinan pada Allah s.w.t dlm hati kita bahawa Allah s.w.t yg buat segala2nya, Allah s.w.t yg menentukan segala2nya maka mcm2 kita akan dpt. Macamana hendak perolehi kemahuan kita dpd Allah s.w.t ?  Allah s.w.t bagi kita amal, perintah2 Allah s.w.t. Bila iman kita kamil/sempurna, maka amalan kita pun akan sempurna. Kita akan perolehi apa2 yg kita mahu dpd Allah s.w.t melalui amal, solat.

Seperti anak Harun al-Rasyid, iaitu seorang pemuda, 16 tahun, buat kerja buruh kasar, buat tembok/dinding. Buat kerja dgn dua syarat. Bila waktu solat tiba, dia akan berhenti kerja dan upah yg akan diambil hanyalah 7 dirham. Majikan setuju dgn syarat tersebut. Hari ini, kerana yakin telah rosak pada waktu solat pun kita masih nampak org tengah bekerja. Tidak ada risau langsung. Azan dilaungkan, masing2 sibuk dgn urusan. Siapapun tidak peduli dgn azan. Jika kita buat usaha sungguh2 dgn penuh pengorbanan, insya’Allah kita akan rasa tidak ada ketenteraman bila lihat manusia tidak solat. Kita kena korban dan usaha sehingga dalam hati kita ada risau dan bimbang supaya jangan ada satu orang pun berada di luar masjid bila azan dilaungkan. Bila kita nampak ada orang di luar masjid, mereka tidak solat atau mereka tertinggal takbiratul ula , kita akan rasa risau, kita akan rasa rungsing dan bimbang. 

Skrg kita tidak ada rasa ini. Bila2 masa pun, dalam apa keadaan pun, walaupun kita akan dapat keuntungan yang beribu ringgit, walaupun flight penerbangan hendak berlepas, jangan kita tinggal takbiratul ula. Kita akan datang pada tahap ini. Allah s.w.t beritahu, “Perniagaan mereka yg tidak melalaikan mereka dpd mengingati Allah, bila dgr azan, mereka dtg untuk tunaikan perintah Allah s.w.t”. Allah s.w.t panggil mereka rijal. Maulana Syed Ahmad Khan beritahu, dlm Quran Allah s.w.t rujuk rijal ini pada para sahabat. Kita ini muzakkar. Bila kita lihat wanita kita kejar mereka. Bila sahabat lihat wanita, wanita akan takut dgn pandangan mereka, mereka akan jauh dari org yg macam ini. Dgn rijal ini, apabila tengok wanita akan alihkan pandangan tetapi kita hari ini apabila tengok wanita, kita kejar mereka. Ini perbezaan rijal dan muzakkar.

Anak Harun al-Rasyid, dia sebenarnya rijal. Kita bukan rijal. Mereka adalah org2 yg taqwa, yakin pada Allah s.w.t. Bila beliau habis buat kerja pada waktu petang dan majikan pun dtg hendak tengok hasil kerja, majikan terkejut dan hairan kerana kerja yg dibuat sepatutnya dibuat oleh 10 org. Kerja yg sepatutnya dihabiskan dlm masa beberapa hari ttpi telah siap dlm masa sehari sahaja. Majikan tersebut hendak beri upah yang lebih tetapi dia tidak mahu. 7 dirham sudah cukup utk seminggu. Dia hanya kerja seminggu sekali. Pada hari yg kedua majikan cari dia tetapi tidak jumpa dan tanya org2 disitu, mereka kata dia hanya datang seminggu sekali iaitu pada hari Sabtu. Dia bukan jenis org yg kejar duit, dia tidak perlu pada duit. Dia seorg yg suka buat amal ibadat. Pada hari yang ketujuh dia dtg dgn wajahnya penuh dgn nur. Bila dia mula kerja, majikan dia tengok dari belakang, macam mana dia buat kerja. Bila dia angkat batu2 kecil, batu2 besar datang sendiri dan susun sendiri. Mutu kerjanya sgt hebat. Org2 yg pakar dlm juru bina pada masa itu pun tidak boleh buat macam itu. Dia ialah wali Allah. 

Mereka2 yg jadi auliya Allah, Allah s.w.t akan buat kerja mereka. Allah s.w.t akan bantu dan menyelesaikan kerja dan urusan mereka. Pada mereka, kerja boleh ditinggalkan ttpi solat tidak sekali2. Tetapi kita sebaliknya, kita tinggalkan solat utk kerja. Mereka tinggalkan kerja utk solat. Kadang2 kerana bas kita tinggalkan solat. Yakin kita telah rosak. Kita tidak ada keyakinan pada perintah2 Allah s.w.t dan tidak ada keyakinan dlm amal. Satu kisah yang lain, seorg peniaga celak/surma. Dia ada seorg pekerja yang baik, org tua yg jaga solat. Kerja dia ialah pecahkan/hancurkan batu surma hingga jadi serbuk. Tiap2 hari selepas solat Isyak, dia akan habiskan wazifah/amalan dia, baca surah al-mulk dan surah as-sajdah (Allah s.w.t akan beri pahala beribadat malam lailatul qadar), selepas itu dia akan solat nafil. Semasa dia solat, batu tumbuk yg digunakan utk menumbuk surma itu, akan tumbuk sendiri dan menghasilkan surma yg berkualiti tinggi yg di sukai oleh semua org. Sesiapa yg jaga solat, Allah s.w.t akan bereskan urusan dia. Allah s.w.t akan bantu mereka. 

Sekarang apa sudah jadi? Semua kerja kita dahulukan dan solat kita kemudiankan. Semua urusan kita letak dihadapan tetapi solat kita letak dibelakang. Sebenarnya melalui solat semua urusan dan keperluan kita dpt disempurnakan. Kita kena bina iman kita, bina amal kita, bina solat kita. Utk ini perlu satu usaha, usaha yg panjang lebar dan usaha yg sungguh2 dan tidak tahu berapa lama masa yg akan diambil. Kena mula dpd skrg. Para sahabat telah korbankan segala2nya untuk perkara ini dan mereka telah dapat yakin pada Allah s.w.t. Amalan mereka sempurna dan Allah s.w.t beri kejayaan dan kemuliaan pada mereka. Kejayaan di dunia, di kubur, di padang mahsyar dan selama2nya mereka berjaya. 

Kita pun kena buat perkara ini. Walaupun kita bagi segala2nya utk perkara ini, ia masih satu perniagaan yg sangat2 murah. Kalau kita bagi nyawa untuk agama, nyawa itu pun Allah s.w.t yg bagi. Ia bukanlah perkara yg besar. Hak agama ini tidak tertunai walaupun kita bagi nyawa. Oleh itu kita kena keluar di jln Allah s.w.t. Buat usaha atas iman, atas amal, Allah s.w.t akan bantu kita. Allah s.w.t akan bagi kejayaan sebagaimana Allah s.w.t telah bantu para sahabat. Allah s.w.t akan bagi kejayaan dan kemuliaan. Oleh itu kena bagi masa, 4 bulan, 40 hari tunai. Jgn tangguh2 lagi, kita tidak tahu bila maut akan dtg.

No comments:

Post a Comment