Saturday, January 17, 2015

BAYAN SUBUH

(28/05/99 - Sri Petaling (Jor KL 1999). Terdapat 2 kehidupan, satu kehidupan sebelum mati dan satu kehidupan lagi selepas mati. Kehidupan dunia ini adalah satu kehidupan yg singkat iaitu kehidupan sebelum mati, kehidupan yg akan habis satu masa nanti. Seorg telah bertanya Hadrat Usman r.a ttg kehidupan dunia ini dan beliau memberi satu contoh, kehidupan dunia ini boleh diibaratkan spt satu org yg masuk melalui pintu sebuah bilik dan keluar melalui pintu yg lain. Kehidupan akhirat atau kehidupan selepas mati adalah satu kehidupan yg berkekalan dan tidak ada penghujung. Sebenarnya tidak ada satu perkiraan yg dapat memberitahu kita berapa lama sebenarnya kehidupan akhirat kerana tiada penghujung. Satu hari sahaja di padang mahsyar bersamaan 50,000 tahun bagi sebahagian manusia. 

Kehidupan dunia ini hendak sampai 100 tahun pun susah. Keadaan pada masa itu, di padang mahsyar, begitu huru-hara dan begitu susah. Matahari seolah2 berada sejengkal di atas kepala dan bumi dpd tembaga dan ada manusia tenggelam dlm peluh dia sendiri. Oleh kerana kedahsyatan dan keperitan di padang mahsyar, maka manusia akan berkata, “Ya Allah, kami tidak tahan lagi dgn azab ini, campakkanlah kami ke dalam neraka”. Pada hari itu Allah s.w.t akan berada dalam keadaan Jalal, Rahim dan Karim. Pada hari itu jika satu org pernah mengalirkan satu titisan air mata di depan Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan ampunkan semua dosanya. Pada hari tersebut manusia akan menangis sehingga kering air mata, diganti dgn air mata darah dan kemudian air mata nanah ttpi tangisan tersebut tidak akan membawa sebarang kebaikan.

Manusia akan mula bergerak dan berjumpa nabi demi nabi, semua ambiya a.s. Tidak ada seorg pun nabi yg berani utk berhadapan dgn Allah s.w.t utk minta hisab dimulakan. Akhirnya akan bertemu dgn Nabi s.a.w dan beritahu, “Wahai kekasih Allah, mintalah dgn Allah supaya hisab dimulakan”. Hisab dimulakan dgn buku amalan Abu Bakar Siddiq r.a dan apb Allah s.w.t lihat buku amalannya, maka kemarahan Allah s.w.t akan reda. Kehidupan dunia ini  merupakan kehidupan dimana kita diberi peluang utk membina kehidupan kita. Allah s.w.t tidak hantar kita di dunia utk kumpulkan harta sebanyak2nya, mencari kemuliaan diri, kedudukan dan sbgnya. Allah telah hantar kita ke dunia ini dan beri hanya satu peluang dan satu peluang ini perlu digunakan dgn sebaik2nya kerana peluang kedua tidak akan diberi lagi utk bina kehidupan. Kalaulah kehidupan yg singkat ini kita berjaya membina kehidupan yg betul, Allah s.w.t akan beri kejayaan slps mati, di alam kubur, di padang mahsyar dan akhirnya Allah s.w.t akan masukkan kita ke dlm jannah, syurga Allah s.w.t. 

Apa yg diusahakan oleh manusia itulah yg akan masuk ke dlm hati dia. Hari ini kita kena tilik dlm hati kita, perhatikan baik2 apa sebenarnya yg telah duduk dlm hati kita. Apakah telah masuk dlm hati kita ttg kebesaran Allah s.w.t dan yakin pada Allah s.w.t? Apakah telah bertambah dlm diri kita cinta pd Allah s.w.t? Oleh kerana usaha kita pd hari ini hanya tertumpu pd kebendaan maka apabila kita renung dlm hati kita sebenarnya hanya terdapat cinta pd kebendaan dan yakin pd asbab. Kita belum dpt yakin pada Allah s.w.t. Usaha perlu dibuat supaya yakin pada Allah s.w.t dpt dimasukkan ke dlm hati kita. Sesungguhnya semua perkara berlaku dgn kehendak Allah s.w.t. Bukan perniagaan dan pekerjaan saya yg sebenarnya menentukan hidup mati saya, yg menetukannya ialah Allah s.w.t. Kita kena usaha utk masukkan yakin ini ke dlm hati kita sehingga kita yakin tidak ada apa pun yg akan berlaku tanpa izin Allah. Diri saya sendiri pun tidak ada kuasa utk menentukan sesuatu, yg menentukan segala2nya ialah zat Allah.

Apabila kita dlm keadaan susah, kita akan tahu apa sebenarnya yakin yg ada dalam hati kita. Masa itu yakin yg sebenarnya akan keluar. Bila kita ada satu keperluan atau bila kita terdesak, ke arah mana kita akan alihkan pandangan kita? Ke mana kita akan tuju? Di situ kita akan nampak segala apa yg telah bertakhta dalam hati kita. Adakah yakin pada Allah s.w.t atau yakin pada kebendaan. Bukan sahaja masalah akan dtg pada manusia di padang mahsyar bila yakin dia tidak betul pada Allah s.w.t, sebenarnya kehidupan sebelum itu pun  iaitu kehidupan sebelum mati, kehidupan kubur semuanya akan mendatang kan masalah pada manusia. Apakah kita akan tinggalkan dunia ini dgn membawa yakin pada diri kita, kemampuan kita, yakin pada pekerjaan saya yg memberi makan minum rezeki pada saya, pejabat saya yg memberi rezeki pada saya atau Allah s.w.t yg memberi rezeki? Yakin inilah yg perlu kita perbaiki sebelum kita tinggalkan dunia ini. Kita boleh menguji tahap iman kita masing2. Misalnya bila kita sakit. 

Apakah sebenarnya langkah pertama yang kita buat. Ke mana sebenarnya kita akan tuju. Sebenarnya bila sakit sahaja kita akan tuju pada ubat kerana dlm hati kita telah tertanam keyakinan pada ubat iaitu ubat yg menyembuhkan sakit. Memanglah memakan ubat merupakan sunnah dan dibenarkan oleh agama ttpi ada banyak perkara2 lain lagi yg boleh menyembuhkan sakit. Misalnya dlm surah Fatihah terdapat ubat bagi segala penyakit, terdapat syifa’ bagi penyakit dlm air zam-zam, dlm safar (perjalanan), dlm madu dan banyak lagi tempat2 lain yang Allah s.w.t letakkan syifa’ yang menyembuhkan penyakit. Tetapi hari ini kita hanya alihkan pandangan kita pada ubat. Sebab itu bila satu orang sakit, dia makan ubat. Bila satu ubat tidak sembuh, cari ubat lain. Jumpa satu doktor, tidak sembuh, jumpa doktor yang lebih pakar lagi kerana dia yakin pada benda2 inilah terdapatnya penyembuhan penyakit. 

Sepatutnya dia pergi pada amalan misalnya amalan memberi sedekah. Allah s.w.t beritahu dalam sedekah ada syifa’. Sedekah RM5.00, jika tidak sembuh tambah lagi jadi RM10.00. Ini sebenarnya akan tunjuk pada kita apa yakin yg terdapat dlm hati kita. Seorang sahabat telah sakit. Saudara dia telah dtg berjumpa dgn Nabi s.a.w dan ceritakan ttg kesakitan dia. Nabi s.a.w beritahu, “Berikan madu”. Maka madu telah diberikan ttpi tidak sembuh. Dtg berjumpa dgn Nabi s.a.w untuk kali kedua. Nabi s.a.w suruh tambah madu lagi ttpi masih tidak sembuh. Dtg berjumpa dgn Nabi s.a.w untuk kali ketiga dan Nabi s.a.w beritahu, “Allah s.w.t tidak berdusta atau berbohong, Allah s.w.t yg mengatakan terdapat syifa’ dlm madu bagi semua penyakit manusia”. Nabi s.a.w suruh tambah lagi. Dgn yakin tadi maka sakit dia telah sembuh. Beza kita dengan sahabat sebenarnya ialah yakin. Kita hari ini belum dapat yakin yg sempurna. 

Itulah sebabnya kita hari ini diseru/disuruh/disarankan supaya memberi dakwah 25 hingga 30 orang tiap2 hari, cerita tentang kebesaran Allah s.w.t, kehebatan Allah s.w.t bahawasanya Allah s.w.t yg buat segala2nya. Segalanya berlaku dgn kehendak dan izin Allah. Dakwah ini perlu diberikan berulang kali supaya yakin yg betul masuk dlm hati kita. Kita kena sampaikan kpd manusia di seluruh dunia sesungguhnya kebendaan atau asbab tidak boleh buat apa-apa. Kedai, pejabat, harta-benda, kedudukan ini semua sebenarnya tidak boleh buat apa-apa melainkan dgn kehendak Allah s.w.t. Zat yg sebenarnya yang melakukan segala sesuatu itu ialah Allah s.w.t, dakwah ini perlu diberikan. 

Sahabat telah bina yakin yg betul dgn usaha. Mra telah usaha masukkan keyakinan yg betul terhadap Allah s.w.t ke dlm hati. Api berlaku di Madinah. Api telah dipadamkan dengan menggunakan kayu. Kenapa? Mrk tidak pandang pada makhluk, tidak pandang pada asbab. Tawajjuh/perhatian mereka hanya pada Allah s.w.t. Mereka lihat apa yang ada dlm khazanah Allah s.w.t. Dialah yg empunya segala sesuatu. Maka Allah s.w.t telah selesaikan masalah mereka. Dgn kayu dia halau api keluar dari Madinah dan masukkan kembali ke tempat asal di mana ia telah keluar.

Sahabat ada hubungan dgn sunnah Nabi s.a.w. Apa sahaja yg Nabi s.a.w kehendaki dan perintahkan pada mrk, mrk dgn segera dpt amalkan. Bagi mrk, mengamalkan sunnah Nabi mudah, semudah berjln di suatu taman bunga atau berjln di atas timbunan bunga. Begitu gembira mrk amalkan sunnah Nabi s.a.w. Amalan dunia ini akan bernilai, akan tinggi nilainya apb ia dikerjakan dgn cara Nabi s.a.w. Inilah sebenar nya apa yg sahabat telah usahakan. Mrk ada hubungan, begitu asyik dan cinta kpd sunnah Nabi s.a.w. Sbb itu, disamping belajar iman, kita kena belajar supaya cinta kpd cara hidup Nabi s.a.w. 

Cara hidup yg paling berharga dan bernilai di sisi Allah s.w.t ialah cara hidup Nabi s.a.w. Pernah berlaku dlm kehidupan Umar r.a, dia hendak potong lengan baju yg panjang. Ada orang telah bawa gunting tetapi dia tidak mahu. Dia letakkan kain itu di atas satu batu, kemudian dia mula potong. Katanya, “Aku pernah lihat Nabi s.a.w potong seperti ini”. Mungkin cara itu nampak susah dan tidak sesuai tetapi itu adalah cara Nabi s.a.w. Nabi s.a.w buat, maka dia pun buat. Begitu sekali cinta mereka pada cara kehidupan Nabi s.a.w. Makanan telah dibawa dihadapan Umar r.a. Bila diletakkan dihadapan, dia berkata, “Kamu telah cantumkan dua makanan menjadi satu”. Dua makanan maksudnya ialah lemak dan daging telah bersatu dalam lauk. Orang yang ke pasar beritahu daging yang tidak ada lemak sudah habis. 

Yang ada cuma daging yg banyak lemak. Jadi yg dimasak ini bukan dua benda yg berasingan ttpi daging yg beserta dgn lemak. Umar r.a beritahu, “Saya tidak akan makan krn Nabi s.a.w tidak pernah makan satu jenis makanan di mana bercantum dua bahan dlm makanan tersebut”. Walaupun lemak itu hanyalah lemak daging itu sendiri. Kita kena lihat bagaimana kehidupan Nabi s.a.w. Bagaimana keadaan rumah Nabi s.a.w, bagaimana keadaan makanan yg dimakan oleh Nabi s.a.w, bagaimana tempat tidur Nabi s.a.w, bagaimana pakaian Nabi s.a.w. Dgn melihat keadaan ini, dgn penuh keinsafan kita kena jlnkan kehidupan kita hari ini.

Seorg sahabat telah bina satu rumah yg ada kubah. Nabi s.a.w telah lalui jln tersebut dan tanya sahabat yg lain, “Rumah siapa ini”. Baginda telah diberitahu ia telah dibina oleh sekian2 sahabat. Satu ketika sahabat tersebut telah dtg berjumpa Nabi s.a.w dan beri salam. Baginda tidak jawab salam tersebut. 3 kali beri salam tidak dijawab oleh Nabi s.a.w. Dia mulai risau dan berfikir mengapa Nabi s.a.w tidak jawab salam dia.  Mungkin ada sesuatu yg dia buat yg tidak disukai oleh Nabi s.a.w.  Dia sendiri cuba cari dan selidik. Dia dapat menggagak mungkin krn rumah itu, maka tanpa pergi berjumpa Nabi s.a.w terlebih dahulu dia telah robohkan rumah tersebut. Selepas roboh pun dia tidak pergi jumpa Nabi s.a.w. Pada hari yg lain Nabi s.a.w telah lalui jalan itu dan didapati rumah tersebut sudah tiada. Nabi s.a.w tanya, “Ke mana pergi rumah yg saya lihat sebelum ini?”. 

Maka seorang sahabat telah beritahu Nabi s.a.w bahawa rumah itu telah dirobohkan oleh tuannya. Nabi s.a.w beritahu, “Sesungguhnya perbelanjaan yg paling buruk ialah perbelanjaan yg digunakan utk bina bangunan”. Ada dua jenis binaan, satu bina bangunan utk keperluan dan satu lagi bina bangunan utk kemahuan. Hari ini kita kena tengok dlm hati apa sebenarnya yang ada. Adakah kita cinta pada kehidupan Nabi s.a.w ataupun kita begitu gembira, seronok mengikut cara hidup yg kufur pada Allah s.w.t. Hari ini kita kena bawa kesederhanaan dlm kehidupan kita. Kesederhanaan dalam kehidupan saya, isteri saya, rumah saya, anak saya seperti kesederhanaan yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. 

Kita mungkin fikir, alhamdulillah, saya telah bawa kehidupan yang sederhana dalam hidup saya, saya duduk dalam majlis seperti ini, dengar kebesaran Allah s.w.t, dengar tentang cara hidup Nabi s.a.w, kehidupan para sahabat, kehidupan akhirat maka semangat saya untuk menjalani kehidupan sederhana akan wujud. Tetapi ini berlawanan dengan keinginan isteri. Dia tidak dengar perkara ini, di rumah tidak diceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t, kehidupan Nabi s.a.w, kehidupan sahabat. Maka bagaimana mereka boleh bersedia untuk menjalani kehidupan sederhana. 

Jadi disamping kita duduk dalam majlis seperti ini dan buat dakwah, kita kena fikir bagaimana usaha dapat dibuat ke atas mereka. Bagaimana kehidupan agama yg sempurna dan kesederhanaan dalam hidup boleh dtg dlm kehidupan isteri saya, anak saya. Hari ini kita hanya fikir, sebagai ketua keluarga, sebagai suami atau ayah, tggjwb saya yg paling besar ialah menyediakan keperluan hidup bagi keluarga saya, pada isteri saya dan anak2. Makan-minum mereka, pakaian mereka, tempat tinggal mereka. Saya kena sediakan semua ini. Sebenarnya sebagai seorang muslim, tggjwb kita yg paling besar, sebagai seorang suami atau ketua keluarga ialah bagaimana usaha boleh dibuat untuk membawa hati isteri dan anak2 kepada Allah s.w.t. 

Di zaman dahulu dalam satu keluarga, seorang ibu fikir macam mana yakin yg betul boleh datang dalam diri anaknya. Setiap hari bila anak balik dari belajar dan minta makanan, disuruh anak solat dua rakaat dahulu, minta pada Allah s.w.t. Allah s.w.t yg beri makanan dan hilangkan lapar. Semasa anak sedang solat, si ibu sediakan makanan. Selepas solat baru makan. Dgn cara begini yakin anak dapat dibentuk. Satu hari, ibu ada urusan di tempat lain dan balik lewat. Ibu fikir dan risau dgn anak kerana makanan tiada dirumah. Dia pun bergegas balik. Ibu takut iman/yakin anak dia rosak. Bila sampai di rumah, tengok anak tiada masalah, senyum, gembira. Ibu tanya, “Sudah makan?”. Anak jawab, “Sudah”. Tanya ibu, “Macam mana?”. Kata anak, “Macam biasa, saya solat dua rakaat dan kemudian makan. Hari ini punya makanan lebih sedap dari biasa”. Maka ibu tadi terus sujud, syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, Engkau telah pelihara yakin anakku. Hari ini anakku telah berjaya menjadi satu orang yg boleh minta terus dari Engkau”. Macam mana keadaan kita hari ini. Kita ajar anak-anak supaya minta apa2 sahaja dari kita. Emak bagi, bapak bagi, maka yakin mereka telah dirosakkan.

Kita telah ditunjukkan satu cara yg begitu mudah utk bawa agama dalam kehidupan keluarga kita, dlm rumahtangga kita iaitu kita perlu hidupkan ta’alim di rumah kita masing2. Masalahnya sekarang ialah kita sendiri. Kita belum ada yakin dengan sabdaan2 Nabi s.a.w dan cara hidup Nabi s.a.w dan perintah2 Allah s.w.t. Disebabkan kita tidak ada yakin, maka ta’alim pun tidak dibuat. Oleh kerana ta’alim tidak dibuat dirumah, maka kita telah gagal membawa kehidupan agama dalam rumahtangga kita. Satu kisah, ada seorang pegawai besar tentera telah keluar dijalan Allah s.w.t selama 4 bulan dan telah kembali ke rumah dengan semangat untuk mengikut cara kehidupan Nabi s.a.w. Dia fikir macam mana suasana agama boleh wujud dalam rumah dia. 

Tetapi masalahnya ialah hanya dia seorang sahaja yang bersemangat. Isterinya belum ada semangat tersebut. Dia hendak buang TV dan sebagainya dan hendak bawa cara sunnah dlm kehidupan rumahtangga. Isterinya tidak sedia. Mereka bertengkar sehingga ke satu tahap hendak bercerai. Dia pun tidak tahu hendak buat apa dan tulis surat ke Raiwind. Mereka suruh dia hidupkan ta’alim di rumah. Maka ta’alim telah dibuat. Selepas satu jangkamasa bila dia balik ke rumah, TV sudah tidak ada. Dia tanya isteri, “Mana TV?”.  Isteri kata dia telah letakkan TV di stor dan dikunci. Suami kata kenapa simpan, TV tersebut boleh dijual. Isteri kata satu benda yang telah bawa kerosakkan dalam rumahtangga saya, bagaimana boleh saya jual pada orang lain yg mana ia boleh bawa kerosakkan pada rumah org itu.  Memang benda ini layak diletakkan di dalam stor dan dikunci. Bila taalim telah dibuat maka fikir agama telah masuk dalam isteri dia, keluarga dia. Suasana agama telah wujud.

Kita janganlah fikir atas taalim sahaja. Kita juga kena fikir macamana wanita juga boleh beri sumbangan utk buat usaha atas agama Allah s.w.t. Mereka juga dpt jalankan kerja ini. Kita lihat, org yg mula2 masuk Islam ialah seorg wanita dan org yg mula2 sekali telah beri harta dia utk sebarkan agama ialah wanita iaitu Khadijah r.ha. Bagaimana Umar r.a telah masuk Islam. Ini satu kisah yg mahsyur, kita sudah baca dalam ta’alim. Dgn ta’alim yg dibuat oleh saudara perempuan dia, dan dgn dakwah dia, maka Umar r.a telah masuk Islam. Bagaimana Usman r.a telah masuk Islam. Ini semua kisah2 yg terbentang di depan kita. Wanita telah menjadi asbab, perubahan yg besar berlaku pada umat. Pada kehidupan zaman sahabat, lelaki, wanita dan kanak2, mereka semua faham tggjwb ini. 

Mereka semua tahu bahawa mereka telah diutuskan oleh Allah s.w.t, dihantar oleh Allah s.w.t untuk fikir bagaimana agama tersebar ke seluruh alam. Apabila semua ada fikir macam ini, perubahan besar akan berlaku. Satu kisah, seorg sahabiah walaupun duduk dirumah, apbi ada wanita lain dtg dia akan dakwah, ceritakan ttg kebesaran Allah s.w.t, ajak mrk pada Islam. Ayah dia tidak suka. Satu hari dia telah dibawa oleh dua org lelaki utk dicampakkan di padang pasir. Di bawa dlm satu perjalanan yg jauh dgn tangan diikat. Bila mereka berhenti untuk makan, sahabiah tadi tidak diberi makan. Sehinggalah ke satu tahap dia telah begitu lemah dan hampir kpd maut. Mereka berhenti lagi, makan dan tertidur. Bila terjaga dari tidur, mereka dapati sahabiah tadi yang sudah separuh mati menjadi segar. Lapar dan dahaga telah hilang. 

Mereka jadi hairan. Mrk tanya, “Kamu curi makanan kami?”.  Kata sahabiah, “Tidak”. Mereka periksa bekas makanan dan minuman mrk dan ternyata tidak terusik sedikit pun. Sahabiah tadi pun menceritakan perkara yg telah  berlaku. Satu baldi air telah turun dari langit, baldi tersebut telah dtg betul2 dekat mulut dia dan dia telah minum dari baldi tersebut hingga semua lapar, dahaga dan letih hilang dan menjadi segar. Mrk yakin dan cerita itu dan faham bahawa makanan itu dtg dari syurga Allah s.w.t maka dua org kafir itu pun mengucap syahadah dan masuk Islam. Beginilah bila wanita ada semangat yg betul, mereka akan buat usaha atas agama Allah s.w.t.

Hari ini kita telah keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan dan telah dengar bermacam2 bayan. Bila balik ke rumah, kita senyap dan tidak diceritakan pada anak-isteri. Kita kena cerita dan sediakan mereka. Bila sediakan mereka, mereka juga akan jadi da’i. Mereka juga akan faham bahawa mereka juga mempunyai tggjwb utk usaha atas agama Allah s.w.t. Di rumah juga kita kena buat mesyuarat tiap2 hari. Apa takazah yg dibentangkan di masjid, perlu diceritakan pada isteri. Beritahu mengenai ehwal agama di seluruh dunia, bagaimana keadaan agama di Amerika, Rusia, Filipina, China. Bagi fikir ini pada mereka. Maka akan timbul dlm hati mereka kebimbangan, kerisauan ttg umat. 

Allah s.w.t beri kelebihan untuk wanita, mereka mudah menangis. Bila doa untuk umat, mereka akan doa menangis untuk umat. Dalam tahajjud pun akan doa. Ini hanya akan berlaku bila kita bawa fikir ke dalam rumah kita dan bentuk zihin. Bila kita buat usaha agama dan bawa wanita bersama2 buat usaha agama maka Allah s.w.t akan beri taufiq pada kita untuk kita sendiri meningkat dalam usaha ini. Kita akan maju ke depan dalam kerja ini dan Allah s.w.t akan mudahkan kita untuk keluar ke jalanNya. Jemaah masturat yang pertama dari Karachi pergi ke Filipina dan buat usaha di sana. Perubahan besar telah berlaku. 

Kehidupan wanita di sana mirip kehidupan sahabat. Di Mindanao, 80% wanita pakai purdah. Allah s.w.t telah jadikan mereka asbab hidayat utk seluruh alam. Satu, kita buat usaha agama sorang2. Satu lagi kita buat usaha agama dan bawa wanita kita sekali sama2 buat usaha agama. Kita juga kena fikir bagaimana usaha agama ini boleh wujud dalam semua golongan. Di kalangan peniaga, peladang, jurutera, tentera dsbnya. Satu ketika semasa bayan di Karachi, Maulana Yusuf rah. beritahu jika fikir agama ini tidak dibawa ke dlm setiap golongan umat ini maka utk amalkan agama yg sempurna akan jadi masalah. Bila riba diharamkan, maka golongan pertama yg akan menentang ialah peniaga bank. Oleh itu kita kena fikir macam mana agama dan usaha atas agama dapat wujud dlm kehidupan kita, kehidupan doktor, peniaga, tentera dsbnya. Apa perlu kita buat? Caranya ialah kita kena tingkatkan korban. Yg telah keluar 40 hari, bagi masa utk keluar 4 bulan. Yg belum keluar 40 hari bagi masa tunai utk keluar 40 hari. Bangun dan bagi azam.

No comments:

Post a Comment