Saturday, January 17, 2015

DAKWAH DAN DOA

Yang memang menjadi kelemahan kita adalah doa. Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan kekuatan serta kekuasaan Allah s.w.t. Dengan doa barulah segala usaha kita akan ada roh. Nasihat orang tua-tua kita, bagi setiap 1kg usaha buatlah 10kg doa. Da’i-da’i sepatutnya menghabiskan masa satu jam setiap hari dalam berdoa. Setelah penat berusaha tidak pula kita berdoa, segala usaha kita akan jadi sia-sia. Dakwah dan doa tidak boleh dipisahkan. Kata Mehji Mehrab: “Ummumi gasht, khususi gasht, bayan dan sebagainya adalah jasad. Doa seperti roh. 

Bila ada roh barulah amalan tadi ada manafaat. Oleh itu selepas tiap usaha berdoalah kepada Allah. Doa dengan angkat tangan adalah bentuk. Apa yang keluar dari mulut adalah lafaz. Hakikat doa ialah apa yang di dalam hati. Kalau dalam hati ada fikir, Allah s.w.t akan terima walaupun tanpa dilafaz”. Kata Maulana Ubaidullah: “Doa sangatlah penting. Dlm memulakan amal dan menyelesaikan amalan hendaklah berdoa. Puasa, solat dan haji bermula dengan doa dan disudahi dengan doa. Sesiapa yang tidak berdoa, dia telah pergi ke arah yang salah”.

Kata Mufti Zainal Abidin: “Doa adalah amalan yang Allah sukai. Doa yang tidak harus dilupakan ialah doa yang difardhukan oleh Allah. Dalam solat kita baca Al-Fatihah 17 kali satu hari. Doa hidayah difardhukan oleh Allah. Doa-doa lain adalah mustahab dan masnun. Allah fardhukan kita doa hidayah agar manusia faham hidayah itu penting. Walaupun seorang kaya macam Firaun tetapi tiada hidayah, dia tidak dapat apa-apa. Walaupun satu orang tiada satu zarah pun tetapi dia ada hidayah dialah org yg berjaya”. Ada beberapa orang yang doa mereka panjang2. 

Di dalam mimpi mereka telah didatangi oleh Rasulullah s.a.w sambil berpesan: Kamu selalu berdoa panjang2 tetapi kenapa kamu tidak berdoa utk umat ku. Doakanlah, "Ya Allah ampunkan ummat Rasulullah s.a.w, Ya Allah berikan hidayah utk ummat Rasulullah s.a.w, Ya Allah kasihanilah ummat Rasulullah s.a.w”. Kata Hadzratji: “Di malam hari berdoalah kepada Allah agar kita dicurahi hidayah, juga untuk orang tempatan, seluruh ummat dan manusia amnya. Andai kita tidak berdoa maka usaha kita tidaklah sempurna dan segala penat lelah kita tidak akan berjaya. Jika dakwah dan doa dijalankan, usaha kita akan berjaya. Gunakan malam hari untuk berdoa atas usaha di siang hari”.

Orang tua2 kita di Mewat, apb esok ada gasht, di mlm hari mereka bangun berdoa sambil menangis2: “Ya Allah, esok ialah hari gasht kami. Ini kerja Nabi sedangkan kami tidak tahu hendak buat usaha ini. Tolong lah kami. Berikanlah hidayat, berikanlah kesan. Saya lemah, ya Allah. Saya jahil, ya Allah. Benar2 saya tidak tahu, berikanlah saya hikmah, kekuatan dan kesabaran”. Amalan doa sangat penting. Doa di dalam tahajjud pula adalah amalan sahabat. Di siang hari mereka di atas belakang kuda, di malam hari di atas sejadah. Cubalah tidur dengan penuh adab dan niat tahajjud. Dan sebelum tidur bacalah kelebihannya lagi dan lagi. Ada satu lagi amalan yg diajarkan oleh org2 alim, utk bangun tahajjud di waktu yg mustajab bacalah ayat Quran dari surah Al-Kahfi iaitu 4 ayat terakhir yg bermula dari ayat Innal-lazi-na-amanu. Slps membaca ayat tersebut, niatkan pukul berapa hendak bangun. Insya’allah ianya terbukti mujarab.

No comments:

Post a Comment