(28/05/99 - Sri Petaling - Jor KL 1999). Rasulullah s.a.w adalah nabi yg akhir dan Rasulullah s.a.w adalah ketua segala nabi-nabi. Nabi s.a.w adalah nabi yang akhir maksudnya ialah sebelum Nabi s.a.w, Allah s.w.t sentiasa hantar nabi demi nabi dan kedtgan nabi2 ini sgt2 penting. Setiap masa dan setiap zaman, mrk dtg utk mengajak/menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Oleh kerana Rasulullah s.a.w adalah nabi yang akhir, tidak akan ada nabi lain yang akan datang selepas Nabi Muhammad s.a.w dan umat ini adalah umat yang paling baik, umat yang paling afdal, umat yg paling tinggi dibandingkan dgn umat2 yg lain. Nabi tidak akan dihantar lagi selepas nabi Muhammad s.a.w, adakah ini bermaksud kerja nabi2 akan terhenti? Adakah ini bermakna kerja Rasulullah s.a.w akan ditamatkan? Itulah sebabnya Allah s.w.t telah mewajibkan, telah memberi tugas, memberi tggjwb kepada setiap individu dlm umat ini untuk buat kerja yg telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w.
Umat ini diberi kemuliaan yg begitu tinggi, kerja yg dibuat oleh nabi2 dahulu, Allah s.w.t beri kpd setiap individu dlm umat ini. Agama mmg kita kena amalkan, ini tidak ada syak lagi, tidak ada soalan lagi. Mestilah kita kena amalkan agama ttpi yg Allah beri tggjwb pada kita ialah amalkan agama dan buat usaha agama. Inilah keistimewaan kita, kita diutuskan utk buat kerja yg telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. Satu perkara yg disampaikan oleh alim ulamak yg mana perkara ini tidak kita ceritakan dlm setiap majlis ttpi kerana tuan2 semua org lama, saya akan beritahu tuan2 skrg. Kata org alim itu, kalau kita kata Rasulullah adalah nabi yg akhir dan kita tidak buat kerja ini maknanya ia hanya atas bibir kita sahaja, belum masuk dlm hati lagi. Kalau perkara itu ada dlm hati kita maka kita akan buat kerja Rasulullah s.a.w.
Kalau kita tidak buat maknanya kita cakap sahaja bahawa Nabi s.a.w adalah nabi yang akhir, tidak akan ada nabi lain yang akan datang ttpi dlm hati kita seolah2 kita fikir, kita anggap nabi lain akan dtg dan kita semua sedang menunggu nabi itu. Sebenarnya kitalah yg dipertggjwbkan untuk buat kerja nabi, sampai qiamat kita yg akan buat, kerja mengajak manusia kpd Allah. Setiap kita ini telah diutuskan atas maksud ini. Allah telah beri kita satu tggjwb yg begitu besar. Allah telah beri kita kemuliaan yg begitu tinggi.
Di padang mahsyar nanti, Allah s.w.t akan tanya Lauhmahfuz, “Sudahkah engkau sampaikan risalah dpd Aku?”, maka Lauhmahfuz akan kata, “Saya sudah sampaikan kepada Israfil a.s”. Israfil a.s akan ditanya, “Sudahkah kamu sampaikan apa yg kamu telah diberitahu?”, maka Israfil a.s akan kata, “Saya sudah sampaikan kpd Jibrail a.s”. Jibrail a.s akan ditanya, “Sudahkah kamu sampaikan?”, maka Jibrail a.s akan kata, “Saya sudah sampaikan”. Segala2nya sudah disampaikan dengan sempurna kepada semua nabi2. Selepas itu Allah s.w.t akan panggil nabi2 dan tanya mereka, “Sudahkah kamu sampaikan risalah Aku kepada umat2 kamu?”.
Maka nabi2 akan kata, “Ya Allah, kami telah pun sampaikan kepada umat2 kami apa yang Engkau suruh kami sampaikan”. Umat akan dipanggil dan ditanya, “Sudahkah risalah Aku sampai kpd kamu?”, maka ada umat yg kata sudah disampaikan tetapi ada sebilangan yg besar dpd umat2 akan kata, “Ya Allah, tidak ada apa-apa pun yang disampaikan kepada kami”. Oleh kerana ada di antara umat2 kata tidak disampaikan risalah Allah pada mereka maka Allah s.w.t akan mengadap para nabi dan tanya, “Bagaimana mereka kata kamu tidak sampaikan kepada mereka ttg risalah Aku?” Maka nabi2 akan kata, “Ya Allah kami telah pun sampaikan dan kami ada saksi yg kami telah menyampaikan risalah Kamu kpd mereka”.
Allah s.w.t akan tanya, “Siapa saksi kamu?” Nabi2 akan kata, “Umat Nabi Muhammad s.a.w adalah saksi kami”. Allah s.w.t akan panggil umat Nabi Muhammad s.a.w, ada org dpd Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Morocco dll tempat lagi. Kita umat nabi akan dipanggil dan Allah s.w.t akan tanya kita, “Nabi2 kata mereka telah pun sampaikan risalah Aku, adakah benar nabi2 telah sampaikan kpd umat2 mereka? Umat nabi s.a.w akan mengaku, “Memanglah benar nabi2 telah pun sampaikan risalah Engkau kpd umat2 mereka”. Maka umat2 dahulu akan kata macamana mereka boleh jadi saksi padahal mereka tidak pun wujud pada masa itu, mereka tidak ada pada masa itu.
Allah s.w.t akan tanya umat ini lagi, “Kamu tidak ada pada masa itu macam mana kamu tahu yg nabi2 dahulu telah sampaikan pada umat2 mereka?” Maka umat nabi s.a.w akan beritahu, “Ya Allah, Kamu telah hantar nabi kepada kami, Rasulullah s.a.w telah diutuskan kepada kami dan Kamu telah turunkan kalam Kamu, Al-Quran, kpd nabi Muhammad s.a.w, dlm Quran itu Kamu telah ceritakan bagaimana nabi2 dahulu telah sampaikan risalah kepada umat2 mereka, bagaimana pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk menyampaikan kepada umat2 mereka. Oleh kerana itulah kami tahu, atas dalil itulah kami kata bahawa nabi2 dahulu telah sampaikan risalah kpd umat2 mereka”.
Allah s.w.t akan kata, “Memang benar apa yg kamu kata”. Maka umat2 dahulu akan ditangkap dan dihukum dan kita akan dapat kemuliaan yang tinggi iaitu kita jadi saksi terhadap nabi2 dahulu. Betapa mulianya kita disisi Allah s.w.t. Allah s.w.t telah beri kita satu kedudukan/makam yang sangat tinggi dan kalau kita faham makam itu maka kita akan bagi seluruh masa kita dan seluruh hidup kita untuk kerja ini. Skrg ini kita masih fikir hendak bagi berapa jam untuk masjid, satu jam, dua jam, lapan jam, itu yang kita fikir, berapa lama hendak bagi untuk amalan masjid. Sahabat pula mereka fikir berapa jam hendak bagi untuk kedai dan kerja mereka, satu jam, dua jam, hendak bagi atau tidak mahu bagi. Tetapi malangnya nasib kita dan kurang fahamnya kita, kita fikir hendak bagi berapa jam untuk masjid.
Doa Rasulullah s.a.w dan kita pun kena doa macam ini, “Ya Allah, maafkanlah saya, gunakanlah saya untuk kerja yg mana Kamu telah utuskan saya, untuk tugas dan tggjwb yg Kamu telah hantar saya, Ya Allah , lapangkanlah saya dan khaskanlah saya untuk kerja itu sahaja dan saya jadi hanya untuk kerja itu sahaja, jangan untuk asbab yang lain, Ya Allah , janganlah sibukkan saya dgn perkara2 dan urusan yang mana Kamu telah ambil tggjwb”. Allah s.w.t yg beri rezeki pada manusia, pada binatang, pada burung, pada segala ciptaanNya, pada segala makhlukNya.
Bila Allah s.w.t hantar Musa a.s. untuk dakwah Firaun, bila dia hendak mula pergi telah terlintas dalam fikiran/hati dia apa akan terjadi dengan isterinya kerana dia tinggalkan isterinya berseorangan diri dalam keadaan mengandung, tidak ada makanan, tidak ada roti, tidak ada beras, tidak ada duit, ditinggalkan di padang pasir. Ini yg difikirkan oleh Musa a.s. Allah s.w.t maha mengetahui segala2nya. Apa yg ada dlm hati nabi Musa a.s pun Allah s.w.t tahu. Allah s.w.t telah suruh nabi Musa a.s pecahkan satu batu dgn tongkatnya. Bila batu dipecahkan ada batu dlm batu. Bila batu kedua dipecahkan ada batu ketiga. Bila batu ketiga dipecahkan ada batu keempat. Begitulah seterusnya sehingga batu yg ketujuh. Bila batu yang ketujuh dipecahkan di dalamnya ada seekor ulat dan di mulutnya ada satu daun yang hijau dan segar. Bila nabi Musa a.s lihat keadaan ini iman dia bertambah. Memanglah iman nabi Musa a.s kamil, iman yg sempurna.
Itu sebenarnya untuk pelajaran bagi kita, bukan maknanya iman nabi Musa a.s itu lemah. Allah s.w.t perintah nabi Musa a.s kamu dengarkanlah apa ulat itu kata. Tasbih ulat itu ialah “Maha suci Allah, yang melihat aku, yang dengar aku, yang mengetahui di mana aku berada, yang memberi rezeki pada aku dan tidak pernah lupa pada aku”. Allah s.w.t telah ambil tggjwb utk rezeki kita. Oleh itu kenapa kita hendak tengok hal ini. Kita sibuk dengan urusan yang telah diambil tggjwb oleh Allah s.w.t dan tggjwb yg Allah s.w.t beri pada kita, kita telah tinggalkan. Adakah perkara yg lebih bodoh, yg lebih teruk dpd ini? Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan berkat ke atas kubur2 para sahabat.
Semoga Allah s.w.t beri mereka darjat yg tinggi kerana mereka telah korbankan segala2nya untuk kita. Mereka telah fikir dan risau untuk kita. 1400 tahun dahulu mereka telah buat keputusan. Kehidupan Nabi s.a.w hanya 23 tahun sahaja ttpi pada masa itu mereka telah buat keputusan, kalau perlu harta untuk sebarkan agama maka mereka sanggup korbankan seluruh harta mrk utk agama, kalau perlu masa utk sebarkan agama maka seluruh masa mereka digunakan untuk agama, kalau perlu badan untuk sebarkan agama maka mereka sanggup kepala mereka dipancung untuk agama.
Mereka juga telah korbankan anak2 mereka utk agama. Kita lihat pengorbanan Bilal r.a, Khabab r.a. Umar r.a telah tanya Khabab r.a bagaimana keadaan dia semasa dia mula2 masuk Islam. Khabab r.a kata kenapa hendak tahu? Bila didesak maka Khabab r.a telah angkat bajunya dan tunjuk belakang badannya. Ada lubang2 yg besar dibelakang badannya dan dikatakan budak2 kecil boleh panjat sampai ke kepala dgn meletakkan kaki di lubang2 tersebut. Umar tanya macam mana lubang2 ini boleh terjadi. Khabab r.a kata, “Bila saya masuk Islam, ketua2 org Quraish, org2 kafir mushrikin, mereka nyalakan bara2 api yg besar dan baringkan saya di atas bara2 api tersebut dan mrk tekan saya sehingga bara2 api itu padam dgn lemak dan darah dpd badan saya”. Atas pengorbanan mereka inilah Allah s.w.t telah sebarkan hidayat ke seluruh alam. Allah s.w.t telah sinarkan agama ke seluruh alam. Agama telah sampai ke tahap kegemilangan. “Majmak diminta duduk rapat2, bergerak sedikit ke hadapan. Gerak satu inci sahaja untuk bagi tempat/ruang kpd org Islam yg lain, maka semua dosa2 kita seumur hidup diampunkan.” Org lama jadi batu asas dlm binaan satu bangunan.
Org lama ini tidak nampak dan tidak ada nama bagi mereka. Kita pun kata kita org lama, ttpi di mana sifat2 kita kalau hendak dibanding kan dgn org2 lama yg sebenarnya iaitu para sahabat. Para sahabat ialah org lama yg sebenarnya yg telah korbankan segala2nya, yg telah jadi asas di mana dgn pergorbanan mereka inilah Islam telah dibina, agama disebarkan ke seluruh alam, hidayat disebarkan ke seluruh alam, Islam telah dpt kejayaan yg gilang gemilang, manusia seluruh alam telah dpa hidayat kerana pengorbanan mereka. Mrk adalah asas yg tidak nampak dan tidak ada nama ttpi asas pengorbanan mrk Allah s.w.t telah suka, telah terima, Allah s.w.t telah sebarkan hidayat seluruh alam sehingga org2 kafir di zaman itu yg begitu keras yg telah bersumpah di hadapan Baitullah, Allah s.w.t telah buka hati mereka dan beri hidayat pada mereka.
Org2 kafir kata merekalah yg akan menang akhirnya. Kalau org Islam menang, macam mana pun kami tidak akan masuk Islam. Kami sanggup tinggalkan Mekah ini, lari dari Kota Mekah dan terjun dari bukit dan bunuh diri atau terjun dlm lautan dan bunuh diri. Terima Islam tidak sama sekali. Begitu punya sumpah mrk telah buat. Ttpi sbb pengorbanan org2 Islam spt Khabab r.a, Bilal r.a, Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, dan wanita2 para sahabiah spt Sumayyah r.ha, maka org2 yg telah sumpah tidak mahu terima Islam pun Allah s.w.t telah beri hidayat pada mereka. Org2 spt Ikramah, Wahsi, Hindun yg telah mamah hati bapa saudara Nabi s.a.w, Hamzah r.a, org yg benci Islam spt itupun Allah telah buka hati mrk dan beri hidayat pada mrk krn pengorbanan para sahabat.
Pengorbanan mereka telah jadi asbab untuk bangunkan Islam, untuk sebarkan hidayat ke seluruh alam. Kalau kita korban, memanglah kita tidak boleh sampai ke tahap mereka. Apa yang kita boleh buat ialah tambah sedikit pengorbanan, tambahkan tahap pengorbanan kita, tingkatkan tahap pengorbanan kita yang mana dengan itu, Allah s.w.t akan redha, Allah s.w.t akan suka, Allah s.w.t akan sebarkan hidayat ke seluruh alam. Di zaman Umar r.a jadi Khalifah, satu hari dia telah pergi ke masjid Nabawi, terdapat satu majlis di sana. Banyak pembesar2, pemimpin2 dan org2 Quraish. Umar r.a pun duduk dengan mereka. Kemudian datanglah Bilal r.a, dia datang lambat, majlis telah bermula, maka Umar r.a telah panggil Bilal r.a datang dan duduk di hadapan. Pembesar2 yang duduk di depan, mereka di minta ke belakang sedikit untuk bagi tempat kepada Bilal r.a. Kemudian datang Khabab r.a dan dia pun duduk di hadapan. Org2 Quraish yg berada di hadapan diminta ke belakang sedikit.
Begitulah juga dgn sahabat2 awwalin yg lain yg telah beri pengorbanan, satu demi satu dtg dan diberi tempat di hadapan dan pembesar2 yg duduk di depan, mereka sedikit demi sedikit di tolak ke belakang sehingga mereka telah sampai di tempat letak kasut. Satu org dpd pemimpin2 itu telah bangun dan berkata, “ Wahai Amirul Mukminin Umar r.a, kamu telah hinakan kami, kamilah pemimpin yg duduk di hadapan kamu hinggalah kamu telah tolak kami ke tempat kasut”. Seorg pemimpin yg lain bangun dan berkata, “ Ini bukan salah Umar r.a, kalau Rasulullah s.a.w adapun, Baginda akan buat spt ini juga dan di padang mahsyar pun Allah s.w.t akan buat spt ini juga kerana mereka telah mengalirkan darah utk sebarkan Islam dan pada masa itu kamu dan kita semua telah usaha bermati2an utk menghalang Islam. Sbb itu mereka mendpt kemuliaan di sisi Allah s.w.t”.
Pemimpin2 Qurisah ini mrk faham dan tidak merungut lagi. Kata mrk, “Wahai Umar, apa yg telah berlaku di dunia ini tidak boleh dibuat apa2 lagi, ttpi kamu beritahulah kami apa yg patut kami buat supaya sekurang2nya di padang mahsyar nanti kami tidak di blkg mrk”. Umar r.a berkata, “Pada pandangan saya tidak ada cara lain, hanya satu sahaja iaitu kamu semua keluar di jln Allah s.w.t dan syahid. Dgn pengorbanan itu kamu akan diberi tempat di barisan yg sama dgn mrk”. Pemimpin2 Quraish ini faham dan telah balik ke Mekah dan telah kemaskan barang2 mrk. Semua mrk hendak keluar di jln Allah s.w.t utk menyertai jihad. Maka semua penduduk2 Mekah telah berkumpul dan tanya, “Ke mana kamu semua hendak pergi dan tinggalkan kami?”. Mrk kata, “Skrg kami telah jauh di blkg dibandingkan dgn sahabat2 awwalin, oleh itu kami hendak keluar ke jln Allah s.w.t dan berjihad dan kami tidak akan balik lagi. Kami akan keluar sampai kami mati syahid”.
Mrk kata, “ Mekahlah tempat ya paling kami sayang. Kami dapati tidak ada tempat yg lebih baik dpd Mekah, tiada jiran2 yg lebih baik dpd kamu, ttpi walau macamana pun kami tidak mahu lagi berada di belakang sahabat2 yg awal, kami mahu keluar dan mati syahid supaya sekurang2nya di padang mahsyar nanti kami akan diberi tempat yg sama dlm barisan sahabat awwalin”. Maka semua org2 Mekah lelaki, wanita, tua, muda, hatta bayi2 semua telah menangis. Pemimpin dan org2 Quraish telah keluar dan mereka telah berjihad. Beberapa hari mereka telah berperang ttpi tidak mendpt kemenangan. Mereka telah bermesyuarat kenapa sudah beberapa hari berjuang ttpi masih tidak menang, maka Ikramah r.a telah buat keputusan, semua berjanji setia dgn dia dan akan bagi nyawa dan tidak akan balik sampai semua syahid di medan perang.
Lebih kurang 300 org, dlm riwayat yg lain 500 org telah berbuat bai’ah/janji setia dgn Ikramah r.a. Maka mereka telah berperang sehingga akhirnya semua 300 atau 500 org telah syahid. Ikramah r.a telah luka parah dan anaknya pun telah syahid. Khalid r.a telah dtg dan letak kepala Ikramah r.a di atas pangkuan dia dan Ikramah r.a kata, “Kamu tolong sampaikan salam saya kpd Umar r.a dan beritahu kepada dia bhw org2 Quraish telah bagi nyawa utk agama dan skrg anak Hantamah (Umar r.a) tidak lagi boleh kata org Quraish tidak bagi nyawa utk agama”. Selepas itu Ikramah pun syahid. Khalid r.a telah sampaikan salam Ikramah r.a pada Umar dan Umar pun menangis dan kata, “Mereka ini org2 yg benar kerana mereka telah buat sepertimana mereka kata, mereka telah kotakan kata2 mereka, mereka telah tunaikan janji mrk, mereka ini mmglah org dari keluarga yg sgt mulia”.
Umar tanya, “Adakah sesiapa lagi yg tinggal (baki) dari keluarga itu?” Ada satu lelaki dan satu perempuan, maka Umar r.a telah kahwinkan mereka supaya keluarga itu berterusan dan tidak dibiarkan keluarga itu terus habis. Mereka inilah yg dikatakan org lama iaitu maju/dpn dlm pengorbanan dan meningkat dlm pengorbanan. Org kemudian mmglah tidak boleh sama dgn org dahulu. Org2 yg masuk Islam sebelum Fatah Mekah, darjat mrk mmg tinggi dan tidak sama dgn org2 yg masuk Islam slps Fatah Mekah.
Org2 yg masuk Islam sebelum Fatah Mekah, kalau mereka bagi sedekah satu genggaman bijirin dan dibandingkan dgn org2 yg masuk Islam selepas Fatah Mekah yg bagi sedekah emas sebesar gunung Uhud pun tidak akan sama. Pengorbanan mereka tidak akan sama. Agama tuntut dpd kita apakah korban yg kita bagi untuk agama. Sahabat telah bagi segala2nya, segala kemampuan, segala kebolehan, harta, diri, nyawa, semuanya telah dikorbankan untuk agama. Sekarang kita kena fikir apakah yang kita boleh bagi untuk agama. Maulana Yusuf rah. beritahu, “Kalau satu orang buat keputusan bahawa apa pun yang berlaku pada anak saya, rumah saya, keluarga saya, saya tidak peduli, apa yang akan berlaku itu ialah apa yang Allah s.w.t mahu.
Saya mahu agama ini tersebar ke seluruh alam dan untuk itu saya sanggup bagi apa sahaja pengorbanan, maka dengan doa dia negara demi negara, kaum demi kaum, cara hidup mereka semuanya Allah s.w.t akan terbalikkan, Allah s.w.t akan bawa mereka pada agama, Allah s.w.t akan bawa mereka pada hidayat”. Apa yang kita mahu ialah beberapa org spt itu yg buat keputusan dan atas pengorbanan mereka ini Allah s.w.t akan buat keputusan untuk hidayat manusia di seluruh alam. Yang diperlukan ialah tingkatkan pengorbanan kita. Kita telah jadikan macam satu adat, bertahun2 kita keluar 3 hari setiap bulan dan masih tiada perubahan. Kita kena fikirkan macam mana kita dapat buat pengorbanan langkah demi langkah macam naik anak tangga, tingkatkan pengorbanan. Jangan buat satu platform dlm usaha agama ini. Kita mesti meningkat sehingga tahap yg paling tinggi yg kita boleh capai.
Ini yg dikehendaki dalam usaha agama. Allah s.w.t akan jadikan pengorbanan kita asbab utk sebarkan hidayat ke seluruh alam, Allah s.w.t akan suka dgn kita, Allah s.w.t akan redha dgn kita, Allah s.w.t akan beri kejayaan dan kemuliaan pada kita. Oleh itu kita kena fikir bagaimana keadaan org2 Islam di seluruh dunia. Di seluruh alam ini ada 7 billion umat Nabi Muhammad s.a.w. Cuma 2 billion sahaja yg telah terima Nabi s.a.w dan 5 billion lagi belum terima Nabi s.a.w dan mereka adalah umat yg perlu didakwah dan mereka ini hari demi hari, ratusan, ribuan antara mereka mati tanpa kalimah. Kalau Nabi s.a.w ada pada masa ini dan lihat keadaan ini dihadapannya maka kita tidak dpt hendak bayangkan macamana sedih dan risaunya Nabi s.a.w. Oleh kerana itu kita kena tambahkan pengorbanan.
Satu hari Rasulullah s.a.w balik ke rumah dlm keadaan gembira dan bahagia. Bila Aishah r.ha nampak Baginda s.a.w dlm keadaan tersebut maka dia pun minta dari Rasulullah s.a.w supaya mendoakan utknya. Rasulullah s.a.w pun doa utk dia, “Ya Allah, ampunkanlah dosa kecil dan besar, dosa dulu dan kemudian Aishah”. Bila Aishah r.ha dengar doa ini, dia begitu gembira dan telah berguling2 kerana kegembiraan. Rasulullah s.a.w tanya Aishah r.ha kenapa dia begitu gembira. Aishah r.ha kata, “Macamana saya tidak gembira kerana tuan telah doakan untuk saya, doa yang mana telah selesaikan semua masalah dunia dan akhirat saya”.
Rasulullah s.a.w beritahu Aishah r.ha bahawa Baginda s.a.w doa seperti itu untuk umatnya tiap2 kali selepas solat. Utk Aishah r.ha hanya sekali seumur hidup tetapi untuk umat tiap2 hari selepas solat. Begitulah cinta dan sayangnya Nabi s.a.w pada umat ini. Ulamak kata kalau Nabi s.a.w doa selepas solat fardhu maka tiap2 hari Nabi s.a.w doa lima kali sehari utk umat, “Ya Allah, ampunkanlah dosa kecil dan besar, dulu dan kemudian umat aku”. Kalau Nabi s.a.w doa selepas setiap kali 2 rakaat solat nafil maknanya Nabi s.a.w ingat pada kita setiap hari lebih kurang 30 atau 40 atau 50 kali.
Umat yg begitu disayangi oleh Nabi s.a.w ttpi hari ini tidak ada org pun yg hendak fikir atas umat ini. Oleh kerana itulah kita minta tuan2 tambahkan pengorbanan tuan2 dan tambahkan masa yang diberi untuk agama. Sekarang tuan2 buat keputusan mulai hari ini saya akan bagi masa yg terbanyak utk agama dan hanya saki baki masa untuk keperluan dunia. Tuan2 bangun dan beritahu apakah tertib tuan2. Bila kita bagi masa yg paling banyak utk agama maka Allah s.w.t akan beri kita kemuliaan, Allah s.w.t akan selesai kan keperluan dan Allah s.w.t akan jadikan kita org yg paling tinggi dan mulia di sisi mata manusia lain, org akan sayang, hormat dan sanjung kita. Bila kita beri pengorbanan untuk agama maka Allah s.w.t akan dekatkan kita dlm hati org lain.
Baru2 ini satu jemaah telah pergi ke Argentina. Mereka telah solat jemaah di satu tempat dan seorg wanita telah dtg dan lihat mereka solat. Setelah habis solat wanita itu tanya, “Kamu solat mengadap ke timur, mengadap ke kiblat, Kaabah?, saya pun org Islam, bapa saya namakan saya Nur Iman. Bapa saya telah meninggal dunia dan tidak ada org Islam lain, semuanya telah masuk Kristian, akhirnya saya telah kahwin dgn org Kristian dan saya pun telah keluar dpd Islam. Saya masih lagi cinta pada Islam dan anak saya ini, saya telah buat keputusan, walau macamana pun saya akan jadikan dia sebagai seorang Islam. Suami saya hendak jadikan dia sebagai seorg Kristian. Kami selalu bergaduh mengenai hal ini”.
Oleh kerana ada jemaah2 yang bergerak di seluruh dunia maka org2 yang telah keluar daripada Islam, mereka kembali kpd Islam dan org2 yg bukan Islam apabila melihat amalan2 org2 Islam, mereka pun tertarik dan masuk Islam. Oleh itu, sangat2 penting kita hantar jemaah ke seluruh alam supaya manusia di seluruh alam dpt hidayat. Tuan2 bangun dan bagi nama utk keluar secara tunai 4 bulan negara jauh dan beritahu tertib tuan2 tiap2 hari bagi 8 jam, tiap2 bulan bagi 10 hari, tiap2 tahun keluar 4 bulan. Kalau tuan2 maju ke depan maka org2 lain pun akan maju.
Tuan2 org lama, saf yg awal, saf yg pertama, kalau tuan2 tingkatkan pengorbanan, insyaAllah, org2 di belakang pun akan tingkatkan pengorbanan. Allah s.w.t akan jadikan pengorbanan kita asbab hidayat utk seluruh alam. Sahabat2 telah pergi ke seluruh alam dan kita pun kena pergi ke seluruh alam. Siapa yg kita menyerupai maka Allah s.w.t akan bangkitkan kita bersama2 dgn mereka di padang mahsyar nanti. Di Padang Arafah semasa Haji Wida’, haji Nabi s.a.w yg pertama dan akhir, Nabi s.a.w telah beritahu pada sahabat sampaikan pada mereka yg tidak ada di sini maka semua sahabat telah bertebaran ke seluruh alam dan mereka telah syahid di seluruh alam.
Kubur sahabat di tanah Hijaz iaitu di Mekah dan Madinah hanya lebih kurang 10,000 shj ttpi selebihnya, lagi 115,000 bertebaran di seluruh alam. Mereka telah pergi ke seluruh alam, jadi kita pun kena pergi ke seluruh alam. Sahabat2 telah syahid di seluruh dunia. Kita kena ikut jejak langkah sahabat. Mmglah kita tidak boleh buat pengorbanan spt sahabat, ttpi sekurang2 nya kita cuba ikut jejak langkah mereka. Kita bagi masa 4 bulan keluar di jln Allah s.w.t dan buat usaha dan bawa usaha agama ke seluruh alam. Moga2 di padang mahsyar nanti Allah s.w.t akan bagi kita tempat sama2 dgn sahabat. Apa yg kita telah azam ialah perjanjian kita dgn Allah. Allah akan bantu kita, buka jalan dgn caraNya yg ghaib dan selesaikan keperluan, masalah kita. Kita usaha bagaimana kita dpt sempurnakan azam kita, insyaAllah, Allah akan bantu.
No comments:
Post a Comment