Tuesday, January 27, 2015

BAYAN WAFSI MASTURAT

(24/12/2014 - nizamuddin). Syukur krnaAllah telah pilih kita utk keluar di jln Allah, walaupun penat kita kena dgr dgn penuh perhatian, bila dgr dgn penuh perhatian, Allah bagi taufik utk beramal, kena dgr dgn talab/keinginan, baru ada kesan pd hati, kalau tak ada talab, ia akan hanya jadi makumat dan tak ada kekuatan utk amal, dengar dgn tumpuan dan tawajjuh, baru ada kesan pd hati, bila faham, mudah utk amal sampai mati. dpt keluar di jln Allah adalah satu nikmat Allah, syukur kerana Allah bagi taufik dan pilih kita keluar. Allah bagi taufik dan Allah bagi qabuliyat/penerimaan. Ini adalah cara nabi-nabi : ya Allah, Engkau kabulkan kami/Engkau terimahlah kami. Kena doa dan minta taufik dan doa minta diterima oleh Allah. Kalau Allah tak kabul, sia-sia sahaja susah payah kita. 

BAYAN HIDAYAT MASTURAT

(27/11/2014 - nizamuddin). Semata2 ehsan Allah – Allah pilih kita keluar. Langkah pertama di jln Allah – Allah ampunkan semua dosa. Abdul Rahman b Auf telah merdekakan 30 org hamba. Nilai setiap hamba ialah 12 ribu dirham. Beliau telah korbankan 360 ribu dirham ttpi perkara yg lebih menghairankan dari itu ialah seorg yg keluar di jln Allah, menaiki kuda dgn memegang cemeti dan mengantuk telah menguasainya lalu terjatuh cemeti tersebut dari tangan dan org tersebut terkejut. Terkejut di jln Allah pahalanya lebih besar drp merdekakan 30 org hamba. Betapa besar ganjaran org keluar di jln Allah. Nabi s.a.w berjalan mengiringi/hantar org keluar di jln Allah sejauh 7 batu. 

BAYAN MASTURAT MAULANA YUSUF

(anak maulana umar palampuri). (27/05/2015 - sri petaling - jemaah masturat india). Umat ini adalah umat yg telah di doakan. Umat ini wujud selepas satu pengorbanan yg khusus. Nabi dan sahabat telah bagi pengorbanan hingga wujudnya umat ini. Utk kekalkan umat ini – kena teruskan pengorbanan mereka. Pengorbanan dgn cara sunnah, bukan dgn cara resam/adat/routine. Nabi telah serah 2 perkara pd umat ini ; 1. kitabullah 2. sunnah rasul. Undang2 Allah: selepas setiap perintah ada janji Allah. Janji Allah s.w.t pd nabi ibrahim a.s – jadi imam. Nabi ibrahim a.s menghargai janji Allah. Allah tunaikan janji tersebut kpd nabi dan juga pengikut nabi. 

MUZAKARAH USAHA MASTURAT

(02/10/2014 - sri petaling). Usaha agama akan naik dgn cepat apabila wanita dilibatkan dlm kerja agama. Ramai kalangan khalifah islam mendapat hidayat asbab usaha dikalangan wanita. Penting usaha dikalangan wanita. Ada 2 tertib program minggu ada bayan dan minggu tak ade bayan. Program diputuskan/ dimesyuaratkan oleh org lelaki. Lantik 1 org t/jawab program/zumindar - kalau org yg diputuskan tak hadir – kena inform suami – pihak lelaki kena putus org lain – tapi disebabkan kelemahan org lelaki, perkara ni tak dibuat. 

BAYAN WAFSI MASTURAT OLEH HAJI ANNUAR

(01/05/2013 - jemaah masturat balik dari UK – putra perdana). Nikmat paling besar adalah nikmat agama. Kejayaan dunia dan akhirat hanya dlm agama. Agama dtg dgn usaha agama. Nabi-nabi dihantar utk buat usaha agama. Buat usaha agama adalah satu nikmat yg besar. Usaha ini diberi hanya pd umat nabi s.a.w. Tanpa usaha agama, agama tak akan dtg dlm kehidupan. Tiada agama–akan gagal di akhirat selama-lamanya. Apa maksud umat ini dihantar? Satu maksud iaitu utk buat kerja agama. Allah sayang pd umat ini, Allah bagi usaha agama. 

BAYAN HIDAYAT MASTURAT OLEH HJ RAHMAN MINSIN

 (22/03/2015). Muqaddimah. Kepentingan usaha agama ini dikalangan wanita. Sebagaimana lelaki dihantar begitu juga bagi wanita. Dakwah t/jwb wanita juga. Syukur Allah pilih ibu-ibu & bapa2 utk keluar dijalanNya. Maksud Keluar. Islah diri supaya agama yg sempurna hidup dalam diri kita dan umat seluruh alam. Mewujudkan 6 sifat dlm setiap suami & isteri. Menggalakkan lelaki supaya usaha keluarkan jemaah lelaki dan masturat pada jln Allah secara tunai. Fikir bagaimana 5 amal dpt hidup di setiap masjid. Ini adalah asas kerja, jadikan setiap masjid hidup spt Masjid Nabi. Wanita perlu dibentuk utk sentiasa berfikir menghidupkan amal di rumah dan menguatkan usaha tempatan di masjid dan surau. 

KARGUZARI MASTURAT

(23/12/2014 – nizamuddin). Karguzari adalah sunnah. Bila balik dari khuruj bagi laporan kerja yg dibuat semasa keluar. Bila ada kekurangan kita betulkan. Bila ada teguran ia adalah utk belajar. Karguzari bukan ujian. Apa yg dibuat sebelum safar? Kena buat 3 perkara. inform org tempatan tempat kita nak pergi. muzakarah adab safar. duduk dlm amal 24jam di nizamuddin – 3 kali bayan hidayat. talipon org tempatan–bagitahu tarikh, berapa pasang, bila sampai. atur kenderaan, atur perjalanan, pergi awal ke stesen keretapi.

BAYAN MASTURAT OLEH PAKCU BENTONG

(19/02/2012 – Putra Perdana). Kekuatan yg paling besar selepas kekuatan Allah ialah kekuatan dlm jemaah. Nikmat yg paling besar selepas nikmat iman ialah nikmat isteri yg soleh. Ibu-ibu yg duduk dibelakang tabir ini bukan sekadar isteri yg soleh tetapi isteri yg membantu suami, bersama suami, bersama mahram utk tegakkan kalimah Allah di mukabumi ini. Inilah maksud Allah hantar kita ke dunia ini. Kita bukan sekadar isteri kpd suami, bukan sekadar ibu kpd anak2, kita bukan dihantar sekadar utk memasak, kita bukan dihantar sekadar menjahit pakaian ttpi kita dihantar sama spt maksud nabi-nabi dihantar. Allah hantar kita ke mukabumi ini utk bawa manusia pd jalan Allah. 

USAHA MASTURAT

04/07/1999 - Prof. Halim & Hafiz Iqbal - Sri Petaling

Matlamat usaha ialah:
1) Wujudkan suasana agama di rumah (solat, zikir–kurangkan masa utk keperluan).

2) Wujudkan ta’alim fadhail.

3) Wujudkan perbualan agama sesama mereka.

4) Mendidik anak-anak dengan suasana agama.

5) Maksud taalim mingguan ialah untuk mewujudkan suasana agama. Bila keluar dari rumah utk menghadiri taalim mingguan, usul2 perlu dijaga kerana bila keluar banyak fitnah.

BAYAN MASTURAT MAULANA SYAMIM

(11/10/1996 - Kg. Dato Abu Bakar Baginda). Segala apa yg diciptakan oleh Allah s.w.t diciptakan utk kita semua. Kita semua pula dijadikan utk suatu maksud yg mulia, utk membawa sifat2 yg mulia di dalam diri kita. Jangan kita lupa maksud kita kerana itulah keunggulan kita. Selagi kita menunaikan maksud ini Allah s.w.t akan memberi faedah daripada segala ciptaanNya. Kalau kita abaikan maksud kita, kita tidak akan dapat menafaat daripada rupa dan bentuk iaitu wang, rumah, kecantikan, dsb. Malah kita akan dapat kerugian. Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar silaki mencari makan dan siperempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa agama kpd diri kita dan seluruh alam.