Tuesday, January 27, 2015

BAYAN WAFSI MASTURAT OLEH HAJI ANNUAR

(01/05/2013 - jemaah masturat balik dari UK – putra perdana). Nikmat paling besar adalah nikmat agama. Kejayaan dunia dan akhirat hanya dlm agama. Agama dtg dgn usaha agama. Nabi-nabi dihantar utk buat usaha agama. Buat usaha agama adalah satu nikmat yg besar. Usaha ini diberi hanya pd umat nabi s.a.w. Tanpa usaha agama, agama tak akan dtg dlm kehidupan. Tiada agama–akan gagal di akhirat selama-lamanya. Apa maksud umat ini dihantar? Satu maksud iaitu utk buat kerja agama. Allah sayang pd umat ini, Allah bagi usaha agama. 

Dengan usaha agama, hidayat akan kekal dlm diri–dpt taat perintah Allah. Semua nabi-nabi yg buat usaha agama berjaya walaupun tak ada pengikut. Hidayat di tangan Allah, tapi usaha kita kena buat. Kerja agama adalah satu amanah. Walaupun nabi-nabi hanya dikalangan lelaki sahaja, tetapi sebagai umat nabi s.a.w kedua-dua lelaki dan wanita sama-sama buat usaha agama. Wanita pertama beriman ialah Khatijah r.ha – beliau pun buat dakwah. Org pertama syahid–seorang wanita-Sumayyah r.ha–beliau pun buat dakwah. Doa wanita lebih di terima oleh Allah s.w.t. 1 org wanita lebih baik drp 50 lelaki soleh. Alhamdulillah, ibu-ibu baru balik dari UK – kita boleh tengok, dgn berkat usaha agama banyak gereja-gereja telah di tukar jadi masjid. kalau tak buat usaha agama, dlm rumah pun akan hilang agama.

Setiap umat, lelaki dan wanita bertanggungjawab atas kerja agama. Syukur atas nikmat yg besar ini. Utk mensyukuri nikmat ini kena jadikan kerja ini sebagai maksud hidup. Maksud hidup bermakna meletakkan takazah agama di hadapan. Bagaimana takazah agama dpt disempurnakan. Oleh itu, kena ada mesyuarat harian di masjid dan di rumah. Inilah kehidupan sahabat dan sahabiah. Harta, diri, masa, keluarga  - segala2nya dikorbankan utk usaha agama. Kita kena tingkatkan pengorbanan. Suasana/mahul agama – perlu diwujudkan. Allah perintah nabi s.a.w hijrah ke madinah walaupun di mekah ada baitullah. Usaha di mekah dilakukan secara infradi–kesusahan dan penderitaan. 

Bila hijrah ke madinah sudah ada suasana agama–usaha Musab b. Umair. Masjid Nabawi telah diwujudkan - Amalan hidup 24jam. Dengan suasana agama dpt kekalkan iman. Amalan masjid nabawi -  dakwah/taklim/ibadat/khidmat telah dibawa ke setiap rumah. Suasana kena dibina dan diusahakan – agama tersebar dgn cepat. Dalam rumah pun ada suasana dan fikir agama. Fikir dtg dgn pengorbanan. Bawa keseluruhan agama dlm kehidupan – iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Beberapa pesanan yg ibu-ibu telah muzakarah semasa keluar hendaklah diwujudkan di rumah. Solat awal waktu, quran, zikir, taklim, didik anak cara sunnah, hidup sederhana, galak muhrim keluar jln Allah. Mesyuarat juga kena ada di rumah – aturkan kerja. 

Setiap waktu kena ada amalan, cth:
Lepas zohor – muzakarah adab
Lepas asar – zikir
Lepas maghrib – yasin
Lepas isyak – taklim
Lepas subuh – halaqah iman

Buat perlahan2 dan tingkatkan pergorbanan. Didik dan asuh anak-anak dari awal. Anak2 terdidik dgn suasana. Kalau atur kerja–masa lapang akan diisi dgn perkara menafaat. Sebahagian besar manusia telah gunakan masa lapang dgn perkara yg tidak baik. Suami kena ambil perhatian dan pantau suasana di rumah. Buat taklim kitabi dgn sempurna bersama muzakarah 6 perkara–dan tashkil 3H/40H/4B. Setiap 3 bulan–keluar 3H masturat–perlu ingatkan pd suami. Usaha masturat sangat penting–sebab itu ada nisab. Kalau tak boleh keluar–terima jemaah. Bila terima jemaah–rumah dpt berkat, dpt rahmat, tmpt perhimpunan para malaikat. Sekurang2nya rumah jadi tempat bayan hidayat. Semoga Allah terima sebab kepenatan terima jemaah. Pening kepala saja pun Allah ampunkan dosa. Musim cuti sekolah banyak jemaah masturat nak keluar–perlukan banyak rumah. Setiap masa hidupkan amalan sunnah di rumah.

Setiap hari muzakarah iman yakin. cth:
- Bukan gas yg bagi masak – yg bagi masak ialah Allah
- Bukan makanan bagi kenyang – yg bagi kenyang ialah Allah
- Bukan garam yg bagi sedap – yg bagi sedap ialah Allah
- Galakkan muhrim keluar di jln Allah : suami, anak, menantu
- Didik anak dgn sabar dan tahamul (bukan mengajar tapi didik)
- Didik anak dgn kasih sayang, dgn lemah lembut
- Semua perkara ni makan masa yg panjang–kena sabar

Di rumah tak selamat kalau suasana agama di marhallah tak hidup. Oleh itu, di masjid kena ada 5 amal. Ibu-ibu pun kena ada fikir 5 amal–tanya suami apa yg dia buat. cth: 2½ jam jumpa siapa? apa takazah mesyuarat? ada org baru keluar 3H? Suami karguzari pd isteri apa yg berlaku di marhallah dan halaqah. Walaupun wanita tak buat usaha di luar – tapi wanita boleh doa dan akan dpt ganjaran yg sama. Kita kena kesian pd umat kerana telah habiskan masa begitu sahaja. Wanita dan suami yg sama2 buat kerja agama akan disatukan dlm syurga. 

Kerja ini adalah kerja ijtimai–buat dgn mesyuarat. Lelaki buat DTI (dakwah, taklim, istiqbal)–bawa org ke masjid. Setiap individu kena hidupkan 5 amal. Lelaki kena hadir mesyuarat mingguan halaqah dan malam markaz. Wanita kena hadir taklim mingguan masturat. Amal infradi juga kena jaga. Istiqamah dlm setiap amal–qualiti dlm amal. Amalan malam kata maulana saad: solat, doa, zikir dan baca quran sebelum subuh, merayu dan menangis di depan Allah. Jaga akhlak, jaga muamalat, jaga muasyarat–ini perkara zahir yg org nampak, jaga hubungan dgn ibubapa, jiran dan kawan-kawan, bawa 6 sifat dlm kehidupan–org bukan islam akan dtg pd islam. semoga Allah bagi taufiq supaya dpt amal.

No comments:

Post a Comment