Tuesday, January 27, 2015

BAYAN MASTURAT OLEH PAKCU BENTONG

(19/02/2012 – Putra Perdana). Kekuatan yg paling besar selepas kekuatan Allah ialah kekuatan dlm jemaah. Nikmat yg paling besar selepas nikmat iman ialah nikmat isteri yg soleh. Ibu-ibu yg duduk dibelakang tabir ini bukan sekadar isteri yg soleh tetapi isteri yg membantu suami, bersama suami, bersama mahram utk tegakkan kalimah Allah di mukabumi ini. Inilah maksud Allah hantar kita ke dunia ini. Kita bukan sekadar isteri kpd suami, bukan sekadar ibu kpd anak2, kita bukan dihantar sekadar utk memasak, kita bukan dihantar sekadar menjahit pakaian ttpi kita dihantar sama spt maksud nabi-nabi dihantar. Allah hantar kita ke mukabumi ini utk bawa manusia pd jalan Allah. 

Wanita mempunyai peranan yg penting dlm usaha agama. Adam a.s di dalam syurga ada segala-galanya tetapi tiada wanita. Dia gelisah, rungsing, risau. Dia minta dgn Allah pasangan. Jika lelaki sahaja yg buat usaha agama, keluar 4B, 40H, buat 5 amal masjid tetapi isteri tidak terlibat dlm usaha agama maka tidak akan memberi kesan apa-apa. Ibu-ibu semua bertuah. Allah pilih bukan sekadar isteri pd org yg buat usaha agama ttpi ibu-ibu juga membantu usaha agama. Bila wanita ambil bahagian dlm usaha agama, separuh masalah agama Allah selesaikan. Satu kaedah usaha yg sangat luar biasa. Dlm quran dipanggil ‘hijabamasturoh’… tertutup dan terhijab ttpi mempunyai peranan yg penting.

Nabi telah diberi nabuwwah dgn turunnya ayat ‘iqrok bismirob bikal lazi qolak…’ ayat ini bukan dalil utk kita menuntut ilmu. Mufasirin kata ayat ini ialah utk bagitahu bahawa Allahlah maha pencipta. Bacalah, terang kanlah dgn nama Allah yg maha mencipta seluruh makhluk. Pertama, ayat ini menerangkan siapa itu Allah. Kedua, ayat ini utk bagitau nabi s.a.w adalah Rasul Allah. Kerana ayat ini nabi telah menggigil, demam dan kesejukan. Bila balik rumah, Khatijah r.ha telah selimutkan nabi. Dgn kata2 semangat seorg isteri, segala ketidakselesaan nabi telah hilang. Bila suami kita rungsing, risau dlm buat dakwah, org tak nak dtg masjid, org tak nak keluar jln Allah, minta cuti2 tak lulus, maka isteri kena bagi kata2 semangat, baca yasin, doa utk suami. Inilah kekuatan wanita yg luar biasa. Wanita yg libatkan diri dgn usaha agama, dia punya kesan kebaikan 10 kali ganda usaha lelaki. 

Org pertama yg diberi salam oleh Allah ialah wanita iaitu Khatijah r.ha seblm Allah kirim salam pada Abu Bakar r.a. Bukan krn dia isteri nabi ttpi krn dia buat pengorbanan atas agama dan mengembirakan Allah. Ini kemuliaan yg Allah beri pd wanita. Org yg pertama beri nyawa utk agama ialah wanita iaitu Sumayyah r.ha. Org pertama buat gasht dakwah pintu ke pintu ialah wanita iaitu Ummu Sharif. Wanita paling alim dikalangan sahabat  ialah Ummul Mukminin Aishah r.ha. Tiada syak wasangka bahawa wanita mempunyai kedudukan yg paling tinggi pd pandangan Allah. Wanita memainkan peranan yg sgt besar. 3 org khalifah ar-rasyidin telah dpt hidayat ditangan wanita. Jgn kita selesa duduk dirumah. Jgn kita selesa suami tak keluar di jln Allah. Dah berapa ramai org keluar 4B tiap2 tahun, org lain dah keluar masturat berpuluh kali. Jgn kita fikir pasal makan dan minum shj. 

Org lelaki tak boleh duduk dirumah. Dia kena berada di jln Allah. Doa wanita sangat makbul sbb dia duduk dirumah sahaja, kurang dosa berbanding dgn lelaki yg berada diluar rumah yg bnyk tengok benda2 yg lalai. Hadrat Hamsa r.ha telah targhib 4 org anak lelaki pergi berjihad. Kesemua telah syahid. Dia berbangga akan jadi ibu kpd 4 syuhada. Ibrahim a.s telah tinggalkan isteri dan anak selama 10 thn. Allah yg pelihara. Allah yg tarbiyah. Allah yg didik. Anak telah dilantik jadi rasul. Ini kemuliaan yg Allah bagi utk org yg keluar di jln Allah. Kita nak bina akhirat. Dunia sementara. Dunia tak ada apa-apa. Semua tipudaya. Jgn terkejut di akhirat nanti kita tak jadi isteri kpd suami kita. Kita kena sama2 membantu dlm kerja agama agar kita akan disatukan di akhirat nanti. Semoga Allah jadikan kita sumber hidayat utk org lain. 

No comments:

Post a Comment