Tuesday, January 27, 2015

USAHA MASTURAT

04/07/1999 - Prof. Halim & Hafiz Iqbal - Sri Petaling

Matlamat usaha ialah:
1) Wujudkan suasana agama di rumah (solat, zikir–kurangkan masa utk keperluan).

2) Wujudkan ta’alim fadhail.

3) Wujudkan perbualan agama sesama mereka.

4) Mendidik anak-anak dengan suasana agama.

5) Maksud taalim mingguan ialah untuk mewujudkan suasana agama. Bila keluar dari rumah utk menghadiri taalim mingguan, usul2 perlu dijaga kerana bila keluar banyak fitnah.

Buatlah tashkil:

- Keluarkan suami-suami di jalan Allah
- Lelaki mewujudkan 5 amal di masjid
- Hidupkan ta’alim di rumah masing-masing

Bentuk fikir wanita melalui kelebihan/fadhilat menghidupkan ta’alim di rumah masing2. Pintu utk wujudkan suasana amal ialah ta’alim di rumah. Dalam karguzari, tanya tentang ta’alim rumah. Bentuk fikir lelaki supaya wujudkan ta’alim di rumah. Maulana Ilyas rah. berkata kehendak hati beliau ialah setiap kampung ada suasana agama dan setiap rumah macam bilik darjah cakap mengenai Allah dan Rasul. Wujudkan suasana amal di rumah. Bentuk juga fikir dikalangan lelaki supaya wujudkan suasana amal. Melalui 2 ½ jam wujudkan fikir supaya wujudkan ta’alim di rumah mereka untuk wujudkan suasana agama dalam rumah. Dalam mesyuarat harian di masjid/surau, sekali sekala targhib kepentingan ta’alim di rumah. Beri targhib sahaja dan jgn perintah. Targhib diberi agar dalam apa hal sekalipun ta’alim perlu disempurnakan sebelum tidur. 

Pendekatan dengan ahli keluarga mestilah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Apa juga kekerasan dan perintah tidak wujud dlm usaha Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t beritahu Nabi s.a.w supaya berlemah-lembut, kalau tidak sahabat2 kamu akan lari. Dalam rumah pun tidak ada hak perintah. Bawa ahlia2 ke ta’alim mingguan supaya wujud fikir agama yg berterusan. Setiap 3 bulan sekali bawa keluar ke jln Allah 3H utk meningkatkan fikir agama dan terus membantu kerja2 suami. Pengawasan sangat penting. Buat apa yang diberitahu sahaja. Wanita mempunyai semangat yang tinggi, kadang2 susah untuk dibendung. Percakapan pun mula akan berubah, terutama dalam cakap 6 perkara. Cerita perkara2 baik, jangan cerita perkara2 buruk. Bila cerita baik wujud dlm hati maka perkara buruk akan keluar. Jangan buat perkara berlainan sehingga menimbulkan puak2 dalam masyarakat, ini tabligh dan ini bukan tabligh. Warna pakaian pun perlu dijaga. Tutup hijab itu wajib tetapi jgn buat kumpulan2 melalui pakaian. Apa yg dicakap perlu diawasi oleh lelaki.

Segala kerja dan urusan masturat dikendalikan oleh lelaki. Segala kerja2 masturat dikendalikan oleh org2 yg dipercayai mengikut usul usulnya. Wanita2 sentiasa taat dibawah mesyuarat lelaki. Tta’alim di rumah, boleh buat halaqah tajwid dan muzakarah 6 perkara. Jika diabaikan, hilanglah fikir hal keagamaan keluarga kita. Ambil karguzari berapa rumah dpt hidupkan ta’alim. Apa-apa amal yg dibuat lihat ketahanan iaitu kekuatan iman. Ta’alim dibuat sekurang2nya ½ jam. Walaupun taalim sudah habis hati masih mahu lagi. Inilah tahap ta’alim yg dikehendaki. Ta’alim masjid dibuat dgn niat untuk menyukakan Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t suka, Allah s.w.t akan penuhkan segala keinginan saya. Gasht dibuat utk wujudkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. 

Apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan tunaikan. Jika kita buat dgn semangat dan kafiat yg betul, lama-kelamaan Allah s.w.t akan buka mata hati. Lama-kelamaan Allah s.w.t wujudkan satu keyakinan iaitu Allahlah yg buat semua perkara. Melalui amal akan bereskan segala masalah dan urusan. Nur hidayat akan datang pada org2 yang buat usaha dahulu, kemudian barulah Allah s.w.t tukarkan hati manusia yang lain.  Ta’alim di rumah akan jadi sebab terpancarnya nur. Mula2 kena latih, lama-kelamaan Allah s.w.t akan masukkan nur amalan. Apabila ada nur amalan maka nampak masalah dpt diselesaikan melalui gasht, 2 ½ jam, taalim dan amalan2 lain. Melalui 5 amal kita akan nampak amal yg memelihara kita. Inilah perkara penting yg perlu diperolehi sebelum mati. Lama-kelamaan keperluan agama akan mengatasi keperluan dunia.

No comments:

Post a Comment