Tuesday, January 27, 2015

BAYAN HIDAYAT MASTURAT OLEH HJ RAHMAN MINSIN

 (22/03/2015). Muqaddimah. Kepentingan usaha agama ini dikalangan wanita. Sebagaimana lelaki dihantar begitu juga bagi wanita. Dakwah t/jwb wanita juga. Syukur Allah pilih ibu-ibu & bapa2 utk keluar dijalanNya. Maksud Keluar. Islah diri supaya agama yg sempurna hidup dalam diri kita dan umat seluruh alam. Mewujudkan 6 sifat dlm setiap suami & isteri. Menggalakkan lelaki supaya usaha keluarkan jemaah lelaki dan masturat pada jln Allah secara tunai. Fikir bagaimana 5 amal dpt hidup di setiap masjid. Ini adalah asas kerja, jadikan setiap masjid hidup spt Masjid Nabi. Wanita perlu dibentuk utk sentiasa berfikir menghidupkan amal di rumah dan menguatkan usaha tempatan di masjid dan surau. 

Tertib kerja. Taat amir. Hanya seorg amir dikalangan lelaki, tidak ada wakil amir di kalangan wanita. Taat keputusan mesyuarat. Diterangkan 12 usul. Pakaian 100% berpurdah dan bersifat sederhana dan berwarna gelap. Tidak memakai perhiasan semasa keluar. Sediakan Set Taklim-satu buku satu wanita/lelaki. Apb ramai wanita hadir maka dgn mudah boleh pecah kepada beberapa halqah taklim kitabi. Di waktu lapang pula setiap org boleh baca taklim secara infradi. Sediakan set taam. Bawa tali dan cadar untuk tirai yg lebih. Bawa sistem pembesar suara mudahalih bersama. Sediakan buku mesyuarat buku pendua dan kertas taskil secukupnya. Kenderaan di mesyuaratkan dahulu-naik kenderaan apa? dgn siapa? 

Khidmat memasak makanan adalah dikalangan wanita. memasak utk jemaah dan ahli rumah sahaja. Tuan rumah hanya dibenarkan menyedia kan masakan sekali shj. sekiranya org tempatan ingin nusrah makanan, hendaklah dimesyuaratkan terlebih dahulu. Mereka yang diputuskan utk memasak sahaja buat keputusan mengenai menu pada hari itu. Yang lain boleh bantu jika perlu. Makanan sebaiknya boleh dimakan oleh semua ahli jemaah. Tiada amalan bayan/targhib dari pihak lelaki waktu gelap (malam & selepas subuh). Tiada amalan ijtimai selepas solat isyak. Sekiranya perlu solat isyak boleh di lewatkan sedikit demi menyempurnakan amal amal ijtimai. Tiada mulakat (pertemuan) di waktu malam kecuali darurat, contoh ahlia sakit kuat. Tiada karkuzari bertulis dari wanita-hanya secara lisan kpd suami.

Rumah hendaklah dilihat sebelum masuk & sebelum berpindah ke route seterusnya. 
.Tandas ada berapa
.Tempat wudhu ada berapa
.Ruangan Sidai baju
.Ruangan taalim, bayan, mulakat.
.Tabir & tirai.
.Ruangan memasak
.kemudahan air (buka paip untuk lihat tekanan air)
.Penghuni rumah yang lelaki/anak-anak.

Route jemaah dimesyuaratkan dgn org t/jwb markas. Semua rumah org Islam sesuai utk terima jemaah masturat, tidak mestinya rakan seusaha. Tempoh maksima membuat usaha disebuah rumah 2-3 hari tidak termasuk hari perjalanan. Tidak ada amalan sampingan (side program) walaupun ke tempat rumah taklim mingguan. Tidak boleh keluar rumah utk menziarahi rumah saudara mara. Tidak dibenarkan membeli belah bersama isteri.

Waktu berpindah pastikan suami mengambil isteri masing2. Pastikan rumah dikemaskan setiap hari dan terutamanya sebelum meninggal kan rumah. Pasangan yang nusrah sepenuh masa, paling ramai 2 pasang sehari semalam. Maksud nusrah penuh ialah orang lama yang boleh membantu jemaah tuan rumah. Syarat orang yang nusrah sepenuh masa, sama seperti jemaah yang keluar. Untuk jemaah 10/15 hari, 1 pasangan baru boleh diserapkan selama 24 jam untuk mendedahkan mereka kepada amalan jemaah masturat. Tuan rumah hendaklah dihubungi sebelum berangkat.

Aturcara amalan 24jam:
Taalim
. Halqah Tajwid
. Kitabi
. Muzakarah 6 Perkara

Jenis-jenis kitab yang boleh dibaca
. Fadhail Amal
. Muntakhab Ahadith
. Fadilat Sadaqah.
. Di waktu tertentu - Fadhilat Ramadhan & Fadhilat Haji

Taalim pagi 2 jam hingga 2½  jam di mulai dengan
. Fadhilat Majlis
. Fadhilat Quran
. Halqah Tajwid
. Taalim Kitabi
. Muzakarah 6 perkara.

Muzakarah 6 perkara, semua orang kena cakap ke enam sifat setiap hari. Jangka masa yang sama hendaklah diberikan pada setiap orang. Sekiranya wanita yang hadir waktu pagi melebihi 15 orang dan mereka tidak hadir diwaktu petang, maka bayan lelaki boleh diadakan.

Selepas Zohor tiada amalan ijtimai.

Selepas Solat Asar. Sebelum bayan Asar, taalim hendaklah dibaca lebih kurang 30 minit. Bayan lelaki lebih kurang 40-45 minit, diikuti dengan taskil oleh ahli jemaah wanita selama 10-15 minit. Dalam tasykil setiap wanita ahli jemaah hendaklah memberi tasykil kepada wanita tempatan yang dengar bayan. Galakan dan dorongan kepada wanita tempatan oleh ahli jemaah wanita sangat berkesan untuk lebih mempengaruhi hati yang telah dilembutkan melalui bayan. Taskil dibuat melalui pujukan dengan cara memberi dakwah iman dan fadhilat sehingga wanita2 yang hadir memberi azam2 seterusnya menuliskan nama-nama mahram lelaki dengan kerelaan hati. 

Setiap ahli jemaah membuat taskil demi membina mizaj dakwah dalam diri dan wanita yang baru boleh dipasangkan dengan wanita yang berpengalaman pada hari permulaaan, kemudian dia pun harus berpecah dan menjalankan taskil selepas setiap bayan lelaki. Apabila kertas taskil keluar dari balik tabir barulah berdoa. Sekiranya masa tidak mengizinkan, selepas wanita menyempurnakan taskil maka setiap wanita membaca doa kifarah majlis apabila taskil mereka telah selesai. (Jgn rosakkan taskil dgn jamuan makan dan minum). Lepas doa, mana2 wanita tempatan yang masih ada, hendaklah di ikhtilat dan dakwah infradi. Jamuan makan dan minum (jika ada) hendaklah dihidang selepas doa selesai. (bukan di penghujung bayan). Program selepas solat maghrib dan nawafil adalah muzakarah (lebih kurang 30-45 minit). Solat Isyak boleh dilewatkan sedikit sekiranya perlu.

antara perkara-perkara yang dimuzakarahkan:

*Usaha hidupkan amal dirumah 24 jam - mesyuarat,dakwah,taklim,zikir,tarbiah anak-anak,hidupkan sunnah
*Adab makan
*Adab tandas
*Adab Tidur
*Adab Perjalanan.
*Beberapa pesanan wanita
*Hidupkan taklim di rumah
*Hidup sederhana.
*Didik anak cara sunnah.
*Muhabbah/Kasih sayang
*Sabar & Tahamul
*Halqah dakwah iman 
*Fikir alami
*Adab Mulakat
*Adab Istikbal
*Kelebihan tahajud
*Adab Usul
*Usaha tempatan lelaki/5 amal jemaah masjid
*Kaedah taskil dan ikhtilat.

Slps isyak adalah masa utk makan, menyudahkan amal2 harian dsbnya. Bila lampu dipadam, semua ahli jemaah perlu tidur, tidur awal bangun tahajud pun awal. Tahajud sangat penting dlm usaha dakwah. Hidupkan lampu lebih kurang 30 minit seblm Solat subuh. Slps solat subuh, sempurnakan zikir harian dan tilawah quran infradi. Boleh muzakarah lagi sehingga solat isyrak. Selepas subuh (langit sudah cerah) sekali-sekala adakan targhib dari ahli jemaah lelaki. Adab taklim dan apa jua adab (jika perlu) boleh disampaikan oleh pihak lelaki. 

Mesyuaratkan setiap hari petugas khidmat, istiqbal, pembaca program dan karkuzari. Taskil perlu dibuat oleh setiap wanita. Disetiap rumah usaha dibuat utk menjadikan rumah setiap org islam cawangan masjid iaitu dgn menghidupkan amal2 masjid 24 jam - taklim, ibadat, khidmat, mesyuarat. Galakkan rumah mengadakan satu amalan slps setiap waktu solat. Jadikan dakwah maksud hidup dan kerja utama. Tertib masturat keluar 3H setiap 3 bulan, 10/15H setiap tahun dan 2B/40H setiap 3 tahun. Galakkan mahram kita utk keluar ke jalan Allah - 4B, 40H, 2B jln kaki, Negara Jauh dan juga membuat kerja tempatan.

Pembentukan Jemaah Tunai. Di setiap rumah jemaah hendaklah berusaha sungguh2 utk mengeluarkan jemaah 3H masturat secara tunai. pihak lelaki & wanita perlu membuat taskil tunai. Di tempat yg usaha masturat masih baru, jemaah hendaklah menyediakan pasangan2 baru utk nusrah penuh 24 jam. Sekira nya perlu jemaah boleh mengusahakan pasangan wanita yg berpengalaman dpd halqah utk lengkap kan jemaah. Melalui mesyuarat jemaah dan org t/jwb markas - usaha dibuat utk menyediakan route jemaah tunai, rumah bayan hidayat dan pembayan hidayat utk setiap jemmah 3H masturat yg bakal dikeluarkan. Jemaah masturat 3H yg dikeluarkan tunai, tapi di dlmnya kurang wanita berpengalaman hendaklah dihantar kerumah yg ada wanita berpengalaman dan tempat2 org lama dlm usaha masturat. Sebaik2nya jemaah hendaklah menyaksikan jemaah 3H tunai keluar terlebih dahulu, sebelum berpindah ke rumah diroute yg seterusnya.

Perkara-perkara yang tak boleh disentuh dalam bayan lelaki:

- Pasal Poligami
- Purdah
- Wanita Bekerja
- Keadaan yang mengaibkan wanita.

Bayan umum hendaklah disampaikan oleh ahli jemaah yg sedang keluar. Targhib kepada ahli jemaah boleh dibuat oleh org lama & org tggjwb. Iklani gasyt – ke rumah2 jiran rumah masturat utk memaklumkan waktu taklim & bayan lelaki di rumah masturat. Ini bertujuan utk mengundang jiran tetangga kepada tuan rumah untuk hadir dalam program.

No comments:

Post a Comment