Saturday, January 23, 2016

PERANAN TAREKAT DALAM PENINGKATAN TAUHID

Proses mengenal Allah yang sebenar melalui dua tahap:

Pertama, peringkat Kasbi iaitu usaha ikhtiar kita dalam mendapatkan ilmu dan kefahaman mengenai Tauhid. Di peringkat kasbi ini kita perlukan kitab Tauhid dan guru selain dari akal fikiran yang baik. Tercapainya ilmu dan kefahaman diperingkat kasbi ini dianggap sebagai tingkat Syari’at danTarekat.

ILMU MENJADI HIJAB PADA HATI

"Ada pun mengenal Allah taala, sifat dan af'alnya serta sekalian yang telah kami isyaratkan dalam ilmu mukasyafah, maka tidaklah diperolehi dari ilmu kalam/usuluddin,ilmu-ilmu lain. Malah hampir adalah ilmu kalam/usuluddin itu menjadi hijab dan penghalang. Dan sesungguhnya, sampai kepadanya ialah dengan mujahadah".(Ihya Ulumuddin).

TAKDIR ALLAH BERLAKU DISETIAP HEMBUSAN NAFASMU

“Tiada suatu nafas berhembus darimu, kecuali di situ takdir Allah berlaku padamu”.  (Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari) Kitab Hikam. Kita sering melihat Qadar sebagai ketentuan Ilahi yang berlaku kepada kita dalam skop yang luas dan umum tanpa memperinci hikmah dan tadabur makna disebalik Qadar itu. Kita terimalah takdir-Nya dengan keredhaan walaupun kita mungkin buta untuk memahami kebaikannya. Tiada yang dinamakan keburukan kalau datang dari Allah... keburukan kerana kita gagal memahami hakikat Rahmat Allah yg halus berseni. Ada org yg diberi musibah, langsung menangis dan merayu di malam hati langsung bertaubat dan dijazbah dan dekat kepada Allah. Sering mereka2 yg ditajalli amal soleh dan merasa dia yang soleh dan merasa dia yang memberi amal kepada Allah dalam beramal, mereka ini yg sebenarnya diberi musibah dalam taat, yg tidak disedari kehalusan tipudaya Allah.

ANTARA NASIHAT-NASIHAT TUAN GURU IJAI

Beliau menasihatkan masyarakat Islam agar tidak tertipu dengan segala keanehan dan keunikan dan tidak memasang niat beribadah untuk tujuan mendapat karamah. Ini adalah karamah adalah satu anugerah dan karamah yang paling mulia dan paling tinggi nilainya adalah beristiqamah di jalan Allah. Tidaklah dinamakan karamah atas diri seseorang itu jika ibadahnya tidak sempurna.

Nasihat-nasihat lain yang diberikannya adalah seperti menghormati ulama dan orang tua, baik sangka sesama orang Islam, murah harta, manis muka, tidak menyakiti orang lain, mengampunkan kesalahan orang lain, tidak bermusuh-musuhan, tidak bersikap tamak atau serakah, berpegang kepada Allah pada qabul segala hajat dan yakin keselamatan itu pada kebenaran. (Tuan Guru Ijai atau Abah Guru Sekumpul)

ALIM PADA LISAN TAPI JAHIL PADA HATI

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati". Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa. Orang yang memiliki ilmu yang bermanafaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah. Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT”.

WAHDANIYAT AF’AL

Pada perbahasan wahdaniyat af'al para sufi terbahagi pada tiga aliran antaranya :-

1. Mereka yang tiada melihat pelaku melainkan Allah dan hal tersebut akan tertahkik dengan jalan kasyaf bukan jalan iktikad, mereka berpendapat bahawa perbuatan itu satu jua walau berbilang pelaku. Mereka ini dianggap golongan mubtadi bagi para sufi.

PERBEZAAN ANTARA KEHENDAK DAN PERINTAH ALLAH

Perkataan sebahagian orang bahawa “Segala sesuatu yang terjadi adalah atas perintah Allah”, atau “Banyak sekali perbuatan kita yang tidak dikehendaki oleh Allah (ia bermaksud kemaksiatan-kemaksiatan)”, adalah perkataan yang salah, kerana Allah tidak memerintahkan kepada perbuatan-perbuatan maksiat atau kekufuran. Benar, kejadian kemaksiatan atau kekufuran tersebut adalah dengan kehendak Allah, tetapi Allah tidak memerintah kepadanya. Dengan demikian perkataan yang benar ialah; “Segala sesuatu yang terjadi di alam ini adalah dengan kehendak Allah, dengan Taqdir-Nya dan dengan Ilmu-Nya”.

HIJRAHKAN NIAT MAKSUD TUJUAN DAN PERLAKSANAAN

Perhatikan Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia untuk mendapatkannya atau wanita untuk mengahwininya, maka hijrahnya terhenti pada tujuan hijrahnya itu”.

KEJADIAN ALAM

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka dia akan dapat petunjuk bahawa Allah Taala yang telah menjadikannya.

1. Melihat sesuatu kejadian yang ada di sekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya. Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah Taala yang Maha Pencipta.

PENGERTIAN TASAWWUF DAN TAREQAT

Perkataan Syeikh Ali Jumaah Bekas Mufti Mesir yang terkenal mengenai pengertian tasawwuf dan tareqat sebagai panduan buat kita semua: Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu”. Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.