Saturday, January 23, 2016

TAKDIR ALLAH BERLAKU DISETIAP HEMBUSAN NAFASMU

“Tiada suatu nafas berhembus darimu, kecuali di situ takdir Allah berlaku padamu”.  (Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari) Kitab Hikam. Kita sering melihat Qadar sebagai ketentuan Ilahi yang berlaku kepada kita dalam skop yang luas dan umum tanpa memperinci hikmah dan tadabur makna disebalik Qadar itu. Kita terimalah takdir-Nya dengan keredhaan walaupun kita mungkin buta untuk memahami kebaikannya. Tiada yang dinamakan keburukan kalau datang dari Allah... keburukan kerana kita gagal memahami hakikat Rahmat Allah yg halus berseni. Ada org yg diberi musibah, langsung menangis dan merayu di malam hati langsung bertaubat dan dijazbah dan dekat kepada Allah. Sering mereka2 yg ditajalli amal soleh dan merasa dia yang soleh dan merasa dia yang memberi amal kepada Allah dalam beramal, mereka ini yg sebenarnya diberi musibah dalam taat, yg tidak disedari kehalusan tipudaya Allah.

Mereka tidak arif dan tertipu... kerana hakikat amal itu dari tajalli Allah... bukan dari sifat dirinya... Itu semua Rahmat Allah... Tajalli Allah... pemberian Allah... penampakan sifat2 Allah pada dirinya. Sikap memandang Qadar secara umum itu menyebabkan kita terlindung yakni terhijab untuk melihatnya pada setiap detik dan setiap kejadian hikmah disebalik sesuatu Qadar itu dan menyangka buruk tanpa haq. Sebab itu kita sering terkeluar daripada berpegang kepada Qadar sedang ianya sebahagian dari tiang iman yang wajib ditegakkan dengan yakin dihati batinmu.

Andainya kita memandang hidup secara tepat iaitu dengan hitungan nafas nescaya kita akan melihat Qadar secara halus sebagaimana halusnya kiraan nafas. Kalau kita dapat menyaksi pemberian atau setiap tajalli Allah pada jasad kosong yang tak berupaya ini secara haq... kita pasti dapat menghayati benar-benar bahawa pada setiap hembusan nafas itu berlaku Qadar menurut ketentuan Ilahi dan semuanya dari Dia... juga dengan Dia. Tidak pernah putus pertalian dan hubungan dalam setiap ciptaan Allah... dan ciptaan itu berlaku setiap detik... setiap saat... setiap hembusan nafas hayat dan tajalli Nur Muhammadi... hakikat himpunan sifat-sifat!

Allah SWT berfirman:

يَسْئَـلُهٗ مَنْ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ ؕ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِيْ شَأْنٍ 

"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!” (QS. Ar-Rahman: Ayat 29)

Allah SWT berfirman:

فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?" (QS. Ar-Rahman: Ayat 30). Tiap2 masa... dalam hitungan nafasmu! (Syarah Hikam oleh Tuan Syeikh Haji Alias asy-Syattari).

No comments:

Post a Comment