Friday, August 26, 2016

HADITH: BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA IBARAT PINTU SYURGA YANG PALING TENGAH

Menziarah seorang kawan yg kematian ibunya yg dijaga selama ini,dia berbisik kepada saya masa bersalam, "Telah hilanglah pintu syurga dirumah saya." Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dg ajakan untuk bersabar. Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang? Ini satu perkataan orang berilmu, orang yg mengetahui.

BEBERAPA AMALAN HATI

NIAT - satu makna dengan keinginan dan maksud. Tidak sah dan tidak diterima suatu amalan tanpa disertai niat. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu tergantung pada niatnya dan seseorang hanya akan mendapatkan apa yang ia niatkan." (HR Muttafaq ‘Alaihi)

REZEKI YANG SUDAH DITETAPKAN

“Kesungguhanmu mengejar apa yang sudah dijamin untukmu (oleh Allah) dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dibebankan kepadamu, itu merupakan tanda butanya basyirah (mata batin).”

TIGA SIKAP YANG HARUS DIJAUHI

Diriwayatkan dari Nabi SAW, beliau pernah bersabda: “Siapa yang pada pagi harinya mengeluh kesulitan hidup maka dia sama dengan mengeluhkan Tuhannya. Siapa yang pada pagi harinya bersedih kerana urusan dunia maka dia pada pagi hari itu telah membenci ketetapan Allh SWT. Siapa yang merendahkan diri pada orang kaya kerana pada kekayaannya, sungguh telah hilang dua pertiga dari agamanya (ketaatanya).”

BUTA MATA HATI

Kita dapat melihat benda disekitar kerana ada cahaya, kalau siang ada cahaya matahari dan kalau malam ada cahaya bulan atau lampu. Tanpa cahaya maka penglihatan kita tidak berfungsi sama sekali. Namun demikian, pada orang-orang tertentu yang cacat matanya (buta) walaupun diberi cahaya terang benderang tetap tidak dapat melihat apa-apa, tetap berada dalam kondisi gelap gulita.

MELENYAPKAN AKUAN DIRI

Bagi setiap ahli-ahli thorikat hendaklah tahu bahawa untuk kita menggapai kejayaan maka kita hendaklah menjalani proses-proses melenyapkan akuan diri yang menyebabkan rosaknya pegangan kita terhadap Allah s.w.t kerana akuan diri yang tidak benar atau palsu akan menjatuhkan kita kedalam lembah syirik kepada Allah. Apakah itu akuan diri?

JANGAN TERGESA-GESA BERSANGKA BURUK

Suatu ketika, seorang Sufi yang masih muda datang dengan maksud ingin berguru kepada Abu Said Abul Khair, seorang Guru Sufi yang terkenal kerana ‘karamah’nya dan gemar mengajar Tasawwuf di pengajian-pengajian. Rumah Guru Sufi itu terletak di tengah-tengah padang pasir. Ketika Sufi Muda itu tiba di rumahnya, Abul Khair sedang memimpin Majlis Pengajian, di tengah-tengah para muridnya. Sewaktu Abul Khair membaca Surah Al-Fatihah. Di tiba pada ayat:

LANGKAH PERTAMA MENGENAL DIRI

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahwa mengenal diri adalah kunci mengenal Allah, hal ini sesuai dengan ungkapan "Man 'arafa nafsahu 'arafa rabbahu' (Barangsiapa mengenal dirinya, ia mengenal Rabbnya). Dan, Allah berfirman, "Akan Kami tunjukkan ayat-ayat Kami di dunia ini dan dalam diri mereka agar kebenaran tampak bagi mereka.” (QS 41: 53)

KISAH SUFI

Carilah ulama yang benar anakku, yang hidup dan ibadahnya tidak mengharapkan syurga. Dikisahkan ada seorang Pemuda Ahli Maksiat yang mencari cari Ulama untuk jadikan Gurunya. Sang Pemuda mencari Ulama sebab ibunya sebelum wafat berwasiat 'Carilah Ulama Yang Benar anakku yang hidupnya tidak mengharapkan Syurga tetapi takut akan Neraka’.

KALAM WALI

Kadang-kadang Allah memberitahu kepada waliNya tentang kesalahan seseorang lain, sama ada berkenaan perkataan, perbuatan, fikiran atau niat seseorang itu. Oleh itu Allah masukkan ke hati waliNya itu rasa ingin mempertahankan keAgungan dan keDaulatan Tuhannya, NabiNya dan agamaNya. Api kemarahan zahir dan batin mereka makin meluap-luap dengan perasaan hendak membela Tuhannya, NabiNya dan agamaNya.