Friday, August 26, 2016

KISAH SUFI

Carilah ulama yang benar anakku, yang hidup dan ibadahnya tidak mengharapkan syurga. Dikisahkan ada seorang Pemuda Ahli Maksiat yang mencari cari Ulama untuk jadikan Gurunya. Sang Pemuda mencari Ulama sebab ibunya sebelum wafat berwasiat 'Carilah Ulama Yang Benar anakku yang hidupnya tidak mengharapkan Syurga tetapi takut akan Neraka’.

Sang Pemuda mulai mencari Ulama yang dimaksudkan ibunya dan bertemulah Sang Pemuda dengan Ulama Alim dan bertanya, "Wahai Ulama Alim apakah engkau hidup dan beribadah kerana Syurga?"
"Ya betul wahai Anak Muda, hidup ini hanyalah pilihan antara Syurga dan Neraka." Jawab Ulama Alim itu.
"Terima kasih jawabannya wahai Ulama Alim!" Jawab Sang Pemuda yang sangat simple.
Sang Pemuda berfikir ini bukan Ulama yang dimaksudkan ibuku.

Suatu saat Sang Pemuda bertemu lagi dengan Ulama Alim dan bertanya, "Wahai Ulama Alim apakah engkau hidup dan beribadah kerana Syurga?”

"Ya betul wahai Anak Muda, hidupku hanya tertuju kepada Syurga kerana Syurga adalah tempat yang dijanjikan Allah untuk orang yang taat dan aku berani mati untuk Syurga." Jawab Ulama Alim itu.

"Terima kasih jawabannya wahai Ulama Alim!" Jawab Sang Pemuda yang sangat simple.
Lagi Sang Pemuda berfikir ini bukan Ulama yang dimaksudkan ibuku.
Sang pemuda terus mencari cari Ulama yang dimaksudkan ibunya tetapi tidak berjumpa juga.
Suatu masa, Sang Pemuda memberanikan diri untuk menemui Imam Al Ghazali r.a, Sang Sufi yang sangat tersohor namanya.

Sang pemuda bertemu dengan Sang Sufi dan bertanya kepada Imam Al Ghazali, "Wahai Hujjatul apakah engkau beribadah kerana Syurga?”

Imam Al Ghazali tersenyum lalu menjawab dengan lembut. "Ketahuilah Anak Muda, Syurga hanyalah ciptaanNya, bukan Maha Pencipta dan jika aku beribadah kerana Syurga nescaya aku adalah yang menduakan Allah SWT.”

"Jadi kerana apakah engkau beribadah wahai Hujjatul?"
"Aku beribadah semata mata kerana CINTA ku kepada Tuhanku." Jawab Sang Hujjatul.
Sang pemuda menangis seraya berseru, "Ibu, aku sudah bertemu Ulama yang engkau maksudkan."

Maka terdengarlah suara ghaib, "Ikutilah dia wahai anakku. Sesungguhnya dia adalah Ulama Sejati yang hidup dan ibadahnya tidak berharap Syurga seperti halnya Para Sahabat."

No comments:

Post a Comment