Sunday, January 31, 2016

JASAD ADAM

Telah dijelaskan oleh Allah Swt dalam hadis qudsi, Dia Azza wa Jalla berfirman: “Telah Kucipta seorang malaikat di dalam tubuh setiap anak keturunan Adam. Di dalam malaikat itu ada shadr. Di dalam shadr itu ada qalb. Di dalam qalb itu ada fu`aad. Di dalam fu`aad itu ada syagf. Di dalam syagf itu ada lubb. Di dalam lubb itu ada sirr. Dan di dalam sirr itu ada Aku”. 

AKU DAN SYAHWAT

Seseorang bertanya kepada cucu Rasulullah saw, imam jaafar shadiq,  “akal itu apa?” beliau menjawab, “akal itu yang membuat seseorang menyembah/ mengEsakan Tuhannya dan yang membuat seseorang mendapatkan syurga”. Pada dasarnya semua manusia memiliki akal tapi mereka tidak memaksimalkan potensi tersebut. Kalau seseorang mampu memaksimalkan akalnya, ia akan mampu memahami realiti dengan lebih baik. Ia akan mampu memilih cara dan jalan yang terbaik yang akan mengantarkannya ke pintu gerbang kebahagiaan.

TAJALI SOLAT (KAJI SOLAT) DIRI BATIN MEMPUNYAI 9 WAJAH

Adapun hakekat 17 raka’at dalam SOLAT lima waktu sehari semalam mengambil dari lima hal keadaan, yaitu : …., Allah, MUHAMMAD, ADAM ,…. Perkataan alif + ha itu mengandung 2 huruf menandakan solat Subuh, perkataan alif + lam + lam + ha (Allah)itu mengisyaratkan kepada solat Zohor, perkataan mim + kha + mim + dal (Muhammad) itu mengisyaratkan solat Ashar dan perkataan alif + dal + mim (Adam) itu adalah mengisyaratkan solat Magrib,… Berawal solat Subuh itu adalah 2 rakaat sebab tabiat sesuatu itu adalah dengan dua perkara yaitu zat dan sifat.

ISTIQNA - KAYA ALLAH

Memahami ilmu LAA ILAAHA ILAALLAH mengikut kaedah sifat 20:

Kita telah sentuh ilmu Nafi dan Isbat yang berasal dari kalimah لا اله الا الله dinyatakan juga tentang orang yang boleh menjadi kafir nafi dan kafir Isbat kerana kedangkalan pemahaman mengenal ilmu لا اله الا الله dan sikap terburu-buru manusia kerana telah dikuasai oleh syaitan yang menguasai diri mereka

5 KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT

Renungkanlah 5 perkara penyebab kebaikan dunia dan akhirat yang disampaikan oleh Imam Syafi'i berikut ini:

1. Ghina' nafs (kaya jiwa): Orang yang kaya jiwa tidak memerlukan banyak harta. Ia terlihat kaya walaupun tidak punya apa-apa. Orang yang kaya jiwa tetap berusaha menurut kemampuannya, namun ia menerima dan bersabar atas apa yang diberikan oleh Allah. Syaikh Ma’ruf al-Karkhi berkata: “Jika Allah berikan nikamat, kami utamakan orang lain, jika Allah tidak memberikan, maka kami bersyukur”,

KENALI DIRI

Hampir jarang manusia menyedari akan diri, sebenarnya sangat luas, akan tetapi kesedaran ini telah lama bermain-main serta menyulitkan, sehingga menyesatkan fikiran kita yang menganggap bahawa diri kita sebatas apa yang tergambar secara qasad mata memandang dan menilainya. Nafs itu ada beberapa maknanya, memiliki pancaindera, berkaitan hawa, sentiasa cenderung kepada asal muasal kejadiannya iaitu saripati tanah (Al Mukminun:12), ketika kekurangan energinya atau kekurangan unsur-unsur asalnya, maka ia segera akan mencari atau secara naluri ia akan berkata saya lapar..saya dahaga.

ZALIM, KUFUR DAN NIFAQ

Definasi Nifaq. Nifaq menurut syara '(terminologi) berarti menampakkan keislaman dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Dinamakan demikian kerana dia masuk pada syari'at dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain. Kerana itu Allah memperingatkan dengan firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu mereka adalah orang-orang yang fasiq”. (QS At-Taubah: 67)

ARTI THARIKAT DAN TASAWUF

Dalam ilmu tasawuf diterangkan, bahwa Tharikat'atau yang lebih dikenal Tarekat ialah jalan atau petunjuk, atau perbuatan untuk melaksanakan suatu ibadah sesuai dengan ajaran yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW serta dikerjakan oleh para Sahabat, para Tabi’in, para Tabi’it Tabi’in, dan seterusnya turun temurun sampai kepada Guru Mursyid, para Ulama secara bersambung dan berantai hingga pada masa kini. Dalam ilmu tasawuf, bahwa Sunnah Nabi itu harus dilakukan dengan Tharikat Sesuai dengan maksud tersebut Rasullullah SAW bersabda: “Syariat itu ucapanku. Tharikat itu perbuatanku. Hakikat itu merupakan tingkah laku daripadaku, dan Makrifat itu pokok dasar (modal) atau pangkal kekayaan (baik lahir maupun batin).’ (HR. Anas bin Malik).

KHAUF DAN RAJA

Antara perasaan hati yang baik dan setiap Muslim mesti memilikinya:

1) Khauf dan Raja'

Menurut Imam Abu Bakr al-warraq (guru al-Ghazali): "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiaman keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan".