Sunday, January 31, 2016

ISTIQNA - KAYA ALLAH

Memahami ilmu LAA ILAAHA ILAALLAH mengikut kaedah sifat 20:

Kita telah sentuh ilmu Nafi dan Isbat yang berasal dari kalimah لا اله الا الله dinyatakan juga tentang orang yang boleh menjadi kafir nafi dan kafir Isbat kerana kedangkalan pemahaman mengenal ilmu لا اله الا الله dan sikap terburu-buru manusia kerana telah dikuasai oleh syaitan yang menguasai diri mereka

Kita mulai dengan memahami ilmu لا اله iaitu ilmu لا Nafi dan اله Manfi, kedua-dua huruf ini dicantumkan supaya mudah dihuraikan dengan menamakannya hanya dengan istilah menafi dengan maksud TIADA TUHAN YANG DISEMBAH, andainya itulah sahaja pengertian yang diberikan mengikut maksud bahasa arab maka disinilah istilah kafir nafi, namun apabila ujud sahaja kafir nafi tentulah ia bersebab iaitu.. kalimah nafi itu mempunyai ilmu 'kewujudan Yang Maha Pencipta' pada kalimah tersebut, kerana itu dikatakan:

LA لا itu adalah sifat Jalal (Sifat Kebesaran) yang لا itu mengandungi lima sifat iaitu ...sifat Wujud, Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Lilhawadis dan Qiyamuhu binafsih. Sementara kalimah ILLAHA اله itu adalah sifat Jamal (Sifat Keindahan) yang mengandungi enam sifat iaitu sifat Sama'a, Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun, Jadi kedua-dua kalimah ini mengandungi 11 sifat, sifat ini juga dinamakan sifat kaya Allah s.w.t (ISTIQNA ) jadi jelaslah sekarang walaupun kita membicarakan bab Nafi yg bermaksud tiada tetapi sebenarnya Ada.., bukan Nafi yang bermaksud tidak ada Tuhan, Sebab itu kita kena faham ilmu bagaimana cara hendak faham 'menafikan' Tuhan yang wujud didalam kalimah LA ILLAHA لا اله (Tiada Tuhan Yang Disembah). Huraian dan kefahaman hendak menafi:

Menafikan Tuhan tidak bersifat dengan 11 sifat diatas melainkan dia memiliki 11 sifat tersebut yang mana pada 11 sifat itu diri Tuhan yang WUJUD telah ujud juga disitu, ini menunjukkan pada kalimah Nafi itu menunjukkan adanya Tuhan ..BUKAN tiadanya TUHAN. Kerana itu konsep menafi itu adalah MENAFIKANNN TUHAN TIDAK BERSIFAT DENGAN SIFAT WUJUD MELAINKAN DIA NYA BERSIFAT DENGAN SIFAT WUJUD, demikian juga dengan sifatnya yang lain seperti Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis dan seterusnya kepada 11 sifat kesemuanya.

No comments:

Post a Comment