Sunday, January 31, 2016

KENALI DIRI

Hampir jarang manusia menyedari akan diri, sebenarnya sangat luas, akan tetapi kesedaran ini telah lama bermain-main serta menyulitkan, sehingga menyesatkan fikiran kita yang menganggap bahawa diri kita sebatas apa yang tergambar secara qasad mata memandang dan menilainya. Nafs itu ada beberapa maknanya, memiliki pancaindera, berkaitan hawa, sentiasa cenderung kepada asal muasal kejadiannya iaitu saripati tanah (Al Mukminun:12), ketika kekurangan energinya atau kekurangan unsur-unsur asalnya, maka ia segera akan mencari atau secara naluri ia akan berkata saya lapar..saya dahaga.

Qalb, Nafs ( jiwa & fisik ) berlainan dengan Ruh..kerana kejadian Ruh tiada siapa pun tahu, para iblis, malaikat juga tidak tahu, dan pada mulanya menjadi hairan apakah gerangan manusia itu sebaik-baik kejadian..Ruh bukan tercipta dari unsur alam mahupun sama dengan jin atau malaikat..Rahsia Ruh ini Allah SWT tegaskan seperti FirmanNya (QS Al-Isra:85 ) dan lagi (QS Al Hijr:28-29).

Ruh adalah rahsia Tuhan yang di tiupkan kepada Nafs ( jiwa atau badan )..Ruh ini biasa menyebut dirinya “AKU”…aku naik saksi, aku solat, aku berpuasa, aku membayar fitrah, aku mengerjakan Haji, aku.. aku..a ku tahu kebohongan dirinya, aku tidak tidur, aku tahu kemunafikan dirinya, aku tahu keegoan, kekafiran dirinya, rasa kebencian dirinya, kerinduan dirinya, aku sentiasa sedar dll. Mengapa demikian..?? " aku " tidak pernah mengikuti kehendak nafsunya, tidak pernah berkompromi langsung malah menyetujuinya.." aku " datang dari Hadrat Ilahi dan akan kembali kepadaNya “Inna lillahi wainna ilahi raji’un”.

No comments:

Post a Comment