Monday, April 18, 2016

KEADAAN YANG DIBENARKAN BERBOHONG

“Menipu dalam Islam hanya diizinkan dalam tiga perkara saja dan amat terhad. Memetik Imam Ghazali dalam Mauizah Al Mukminin, penipuan hanya boleh dilakukan ketika peperangan, memulihkan hubungan persahabatan dan mendamaikan hubungan suami isteri yang bertelagah.

KEHARUSAN BERTAWASSUL

Bismillahhirrahmannirrahhim

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنِي أَبِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُثَنَّى عَنْ ثُمَامَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا قَالَ فَيُسْقَوْن.

IKHLASKAN NIATMU

Jika lidah menyebut "sahaja aku..." itu cuma lafaz pada lidah dan belum lagi dinamakan niat. Lafaz itu merupakan cita-cita untuk melakukan sesuatu, mungkin datang dari hati yang benar-benar ikhlas dan mungkin juga merupakan sebuah azam yang wujud kuat ketika itu. Lafaz juga digunakan untuk mengingatkan diri sendiri supaya niat dibetulkan. Allah SWT itu Maha Mendengar baik diucapkan di lidah mahupun hanya terdetik di hati sedangkan manusia hanya mampu menganalisa ucapan yang terdengar pada telinga. Sering berlaku sesuatu yang kita dengar dan lihat tidak sama dengan hakikat yang sebenarnya. Hati,lidah dan perbuatan perlu mencapai satu kesatuan yang luhur barulah amalan itu diterima disisi Allah. Hati yang menjadi raja bagi setiap tindakan akan menentukan seluruh amalan lidah dan perbuatannya.

ADAB DALAM MAJLIS ILMU MENGIKUT IMAM SYAFIE

1. Berwudhu - gugur dosa-dosa kecil.

2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan menyampaikan).

3. Pakaian bersih dan menutup aurat.

MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS

Melembutkan Hati; "Seseorang yang hatinya keras, tidak akan selamanya keras. Dia akan melalui satu proses untuk, melembutkan semula hatinya. Makanya, dia perlu beristiqamah dan bermujahadah duduk di dalam majelis-majelis ilmu, mendengar kalam-kalam Allah, kalam-kalam daripada ulama, untuk rohaninya. Supaya dapat melembutkan hatinya."

MEMAHAMI ERTI CINTA

Apakah itu cinta?

هُوَ عَلِيٌّ حِيْنَ يَنَامُ بَدَلاً مِنَ الرَّسُوْلِ فِي فِرَاشِهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّ الْقَوْمَ اجْتَمَعُوْا لِقَتْلِ الرَّسُوْلِ وَأَنَّهُ قَدْ يَمُوْتُ عَلَى نَفْسِ الْفِرَاشِ !!

Cinta adalah ‘Ali ketika dia berbaring tidur menggantikan Rasulullah s.a.w di katil Nabi, padahal dia tahu bahwa sekelompok orang telah berkumpul untuk membunuh Rasulullah s.a.w dia juga tahu bahwa dia mungkin saja tewas di katil yang sama!!

NIKMAT ZIKIR

“Fungsi zikir adalah untuk menghidupkan hati yang mati. Dan zikir menghubungkan hati kita dengan Allah s.w.t. Dan hakikat zikir adalah merasai kebersamaan Allah s.w.t didalam solat, dan juga diluar solat. Antara tali penghubung Hati manusia dengan Allah s.w.t adalah Zikrullah.” "Kita selalu terlepas pandang nikmat besar yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Antaranya adalah matahari. Para saintis mengatakan jika matahari diletakkan beberapa inci jauh dari bumi nescaya sejuk beku seluruh bumi seperti sejuknya kutub utara dan kutub selatan.” "Dan jika matahari ianya letak beberapa inci berdekatan bumi nescaya bumi akan menjadi gersang. Segala puji bagi Allah. Apa yang Allah s.w.t jadikan adalah tepat pada tempatnya. Dan Matahari juga berzikir kepada Allah s.w.t." 

HATI YANG BERSUJUD

Satu ibarat dari para murabbi bahawa kita terlalu amat perlu ditarbiyah sehingga memiliki seketul hati yang bersujud kepada Allah. Ibarat sebagaimana atau bilamana wajah kita sedang sujud kepada Allah ketika itu kita tidak dapat melihat apa2 disekeliling kita. Begitulah hati yang bersujud ialah ibarat hati yang tidak melihat dan merasai kecuali hanya memandang kepada Allah dan merasai keagungan Allah. 

SPONTANNYA CINTA ABU UBAIDAH

Pada waktu Perang Uhud, Abu 'Ubaidah r.hu. melihat Rasulullah SAW terpisah dari pasukannya kerana terkepung oleh tentera musuh. Abu 'Ubaidah r.hu. melibaskan pedangnya habis-habisan ke kiri dan ke kanan agar dapat segera melompat menghampiri Rasulullah SAW. Dia mendapati darah yang suci mengalir di wajah Rasulullah SAW. Selanjutnya, marilah kita ikuti kisah beliau menurut penuturan Abu Bakar as-Siddiq r.hu. berikut:

ZIKIR YANG MARTABAT DARI ALLAH DAN DENGAN ALLAH

Menurut Syekh Ibnu Atha'ilah, boleh jadi ketika seorang hamba diam tak berdzikir, kalbu yang bertempat di dadanya akan segera bergerak meminta dzikir seperti gerakan anak di perut ibunya. Kalbu manusia ibarat Isa ibn Maryam as., sementara dzikir adalah susunya. Ketika besar dan kuat, ia akan menangis dan berteriak kerana rindu pada dzikir dan objeknya (Allah).