“Menipu dalam Islam hanya diizinkan dalam tiga perkara saja dan amat terhad. Memetik Imam Ghazali dalam Mauizah Al Mukminin, penipuan hanya boleh dilakukan ketika peperangan, memulihkan hubungan persahabatan dan mendamaikan hubungan suami isteri yang bertelagah.
Sabda Nabi s.a.w; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan:
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya (HR Imam Muslim)
Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.
Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami, sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan bg menjaga perasaan isteri walaupun sumai sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang
Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah (double meaning) iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/ berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni niat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan.
2). MAKSUD MAKRIFAT BAGI AHLI TASAWWUF
Makrifatullah (mengenal Allah ada 2 cara Mengikut bagi ahli yg memperolehinya). Makrifat ahli Tasauf adalah dgn apabila hadir zauq dlm hati semasa mengingatiNya pada salah satu daripada 4 perkara iaitu af’aal atau asma atau sifat atau zat Allah. Manakala makrifat bagi selain ahli Tasauf adalah dgn kadar kenal Allah atas kekuatan dalil yg diperolehi oleh ahlinya. Dapat makrifat bagi ahli sufi dengan amal dan dapat makrifat ahli lain dari tasauf dgn tafakkur. Dalil diperoleh dengan aqal, manakala makrifat diperoleh apabila Allah buka pintu hati (tajalli Allah ke dalam hati). Muraqabah adalah antara aturcara atau jalan untuk makrifat. (Ustz Dr. Khairatul Aqmar Ab. Latif).
No comments:
Post a Comment