Monday, April 18, 2016

HATI YANG BERSUJUD

Satu ibarat dari para murabbi bahawa kita terlalu amat perlu ditarbiyah sehingga memiliki seketul hati yang bersujud kepada Allah. Ibarat sebagaimana atau bilamana wajah kita sedang sujud kepada Allah ketika itu kita tidak dapat melihat apa2 disekeliling kita. Begitulah hati yang bersujud ialah ibarat hati yang tidak melihat dan merasai kecuali hanya memandang kepada Allah dan merasai keagungan Allah. 

Keikhlasan Dalam Perjuangan Islam: Seseorang yang tidak ikhlas akan melakukan sesuatu adalah untuk kepentingan dirinya. Adapun orang yang ikhlas akan melakukan sesuatu untuk Tuhan Penciptanya. Hakikatnya apa sahaja yang dilakukan kerana/untuk Tuhan Penciptanya (Allah) itulah sebenar-sebenar demi kepentingan dirinya. Ikhlas dihati dan hati hanya untuk Allah. Setelah hati ditumpukan untuk Allah seluruh jasad akan merasai nikmatNya. Itulah makna menjaga kepentingan diri dalam sebuah perjuangan iaitu menjaga keikhlasan hati kepada Allah. 

No comments:

Post a Comment