Menangislah kerana rindu dan cinta, seperti tangisan Nabi Syu’aib as, ketika beliau menangis sampai matanya buta, kemudian Allah Swt, mengembalikan menjadi sembuh, lalu beliau menangis lagi hingga buta kembali sampai 3 kali. Lalu Allah Swt, memberikan Wahyu kepadanya: “Wahai Syu’aib, bila tangisanmu kerana engkau takut neraka, Aku sudah benar2 mengamankan dirimu dari neraka.
Monday, August 8, 2016
TAFSIR SUFI CAHAYA ATAS CAHAYA (SURAH AN NUR)
Maksud ayat: Surah An Nur ayat 35~38. “Allah (memberi) cahaya (kpd) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kpd cahayanya, siapa yg Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan2 bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
KISAH NABI MUSA AS INGIN MELIHAT ALLAH SWT
Imam Muwafuquddien bin Quddamah Al-Maqdisy dlm bukunya "At-Tawwabin" menyebutkan Muhammad bin Ishaq menggambarkan Allah swt berfirman kepada Musa: “Wahai Ibnu Imran! Bahawasanya tidak seorang pun mampu melihatku”, kemudian Musa berkata: “Rabb!! Sesungguhnya tiada sekutu bagiMu. Sesungguhnya setelah doaku melihatMu lalu mati lebih aku sukai daripada aku hidup namun tidak melihatMu. Rabb! Sempurnakanlah nikmat, kurnia dan kebaikanMu dengan mengabulkan apa yang aku minta, sehingga aku mati dengan menapaki jejak itu”.
RAHSIA NAFSU
"Syeikh Abu Nashr As-Sarraj", Sahl bin Abdullah rahimahullah pernah ditanya tentang Rahasia Nafsu, maka ia mengatakan: “Nafsu adalah suatu rahasia, di mana rahasia tersebut tidak akan nampak pada siapa pun dari makhluk Allah kecuali hanya pada Fir’aun yang pernah mengatakan, ‘Saya adalah Tuhan kalian yang maha-tinggi.’
MEMANDANG YANG TERSEMBUNYI
“Allah Ta’ala menampakkan pada segalanya, kerana Dia adalah Maha Batin. Dan Dia meliputi segalanya, kerana Dia adalah Maha Zahir (Maha Nyata Jelas)”. Tidak wushul (sampai) mengenalNya kecuali melalui yg nampak dariNya, kerana yang nampak itu menunjukkan atas DiriNya. Namun segala sesuatu menjadi sirna jika Dia nampak, kerana WujudNya menghapus segalanya dan ketidak bebasan atas AdaNya. Maka, hikmah di sebalik nampaknya sang makhluk, adalah wujud pengenalan Makrifat padaNya, selain meraih kemakrifatan kerana sirnanya sang makhluk. Maka Maha Sucilah Yang Maha Nampak dan Maha Batin dan Maha Mengetahui.
HAKIKAT DUA KALIMAH SYAHADAH
Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.
“Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah” (Al-Qur-an). “Ke mana saja kamu memandang”, sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah”.
PERJALANAN MENCARI MAKRIFAT
Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kpd Allah s.w.t, hanya Dia yg memiliki kuasa Mutlak dlm menentukan siapakah antara hamba2Nya yg layak mengenali Diri-Nya. ILMU dan AMAL hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t.
TAUBAT
Maksud Taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah s.w.t. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah melakukan amal ibadat dengan banyaknya namun, tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari Allah s.w.t. Dia telah masuk ke dalam golongan hamba yang melakukan amal salih tetapi yang berjauhan bukan berdekatan dgn Allah s.w.t. Taubat yang lebih halus ialah penghayatan kalimat: “Laa Hau la wala quwata illa billah” (Tiada daya dan upaya melainkan anugerah Allah swt.) dan “Inna Lillillahi wa-inna ilai-irajiun” (Kami datang dari Allah s.w.t dan kepada Allah s.w.t kami kembali.)
MAKRIFAT SEBAGAI SARANA BERTAUHID
Di dalam kehidupan ini manusia sering menjumpai kejadian2 baik lahir maupun batin yang menyangkut diri kita. Terkadang kita ingin menyampaikan sesuatu yang kita alami kepada orang lain dan oleh kerana itu diperlukan bahasa, maksudnya lewat bahasa tersebut kita menyampaikan informasi yg tersusun dalam kalimat2 yg mempunyai makna. Tetapi terkadang informasi yg kita sampaikan melalui kalimat tersebut tidak seperti kejadian yg sesungguhnya atau hal-hal yg kita maksudkan.
PERJALANAN MENCARI YANG HAQ
Ada 2 jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya: “Man`arafa nafsahu faqad`arafa rabbahu” Ertinya barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya. (Dalil ini yang sangat popular di kalangan Sufi, Meditator, Filosofi, Teologi)
"Man`arafa rabbahu faqad`arafa nafsahu” (Barang siapa yg kenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya)
Subscribe to:
Posts (Atom)