Ada 2 jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya: “Man`arafa nafsahu faqad`arafa rabbahu” Ertinya barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya. (Dalil ini yang sangat popular di kalangan Sufi, Meditator, Filosofi, Teologi)
"Man`arafa rabbahu faqad`arafa nafsahu” (Barang siapa yg kenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya)
Pada jalan pertama, biasanya dilakukan oleh para pencari murni, mereka belum memiliki panduan tentang Tuhan dgn jelas. Dia hanya berfikir dari yg sangat sederhana iaitu ketika ia melihat sebuah alam tergelar, muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya atau ada yang berkuasa dibalik alam ini, mustahil alam ini ada begitu saja dan alam merupakan jejak2 penciptanya. Dgn falsafah inilah org akhirnya menemukan kesimpulan bahawa Tuhan itu ada.
Sebagian Meditator atau ahli Sufi menggunakan pendekatan falsafah ini dlm mencari Tuhan, iaitu tahap mengenal diri dari segi wilayah2 alam pada dirinya, misalnya mengenali hatinya dan suasananya, fikiran, perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh membezakan dari mana ilham itu muncul, apakah dari fikirannya, dari perasaannya, atau dari luar dirinya.
Sebagian Meditator atau ahli Sufi menggunakan pendekatan falsafah ini dlm mencari Tuhan, iaitu tahap mengenal diri dari segi wilayah2 alam pada dirinya, misalnya mengenali hatinya dan suasananya, fikiran, perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh membezakan dari mana ilham itu muncul, apakah dari fikirannya, dari perasaannya, atau dari luar dirinya.
Akan tetapi penggunaan jalur seperti ini sering kali membuat orang mudah tersesat, kerana pada tahap-tahap wilayah ini manusia sering terjebak pada 'keghaiban' yang dia lihat dalam perjalanannya, yang kadang-kadang membuat hatinya tertarik dan berhenti sampai disini, kerana kalau tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada Allah pastilah orang itu menghentikan perjalanannya. Kerana disana dia boleh melihat fenomena / keajaiban alam-alam dan mampu melihat dengan kasyaf apa yang tersembunyi pada alam ini akhirnya mudah muncul 'keakuannya' bahawa dirinyalah yang paling hebat akan tetapi jika dia kuat terhadap Tuhan adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai tujuannya.
Teori yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana dalam pencariannya ia telusuri jejak atau tanda2 yang ditinggalkannya (melalui ciptaan/alam), ibarat seseorang mencari kuda yang hilang, yang pertama di telusuri adalah jejak tanda kaki kuda, kemudian memperhatikan suara ringkik kuda dan akhirnya di temukan kandang kuda dan yang terakhir dia menemukan wujud kuda yang sebenarnya hal ini sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari Tuhan, kerana terlalu lama di dalam mengidentifikasi alam-alam yang akan di laluinya.
Teori yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana dalam pencariannya ia telusuri jejak atau tanda2 yang ditinggalkannya (melalui ciptaan/alam), ibarat seseorang mencari kuda yang hilang, yang pertama di telusuri adalah jejak tanda kaki kuda, kemudian memperhatikan suara ringkik kuda dan akhirnya di temukan kandang kuda dan yang terakhir dia menemukan wujud kuda yang sebenarnya hal ini sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari Tuhan, kerana terlalu lama di dalam mengidentifikasi alam-alam yang akan di laluinya.
Dalil yang ke dua: adalah melangkah kepada yg paling dekat dari dirinya iaitu Yang Maha Dekat, langkah ini yang paling cepat di tempuh dibanding dalil pertama. Kerana dalil pertama banyak dipengaruhi oleh para filosofi pada zaman pertengahan dalam hal ini falsafah Yunani. Teologi Kristian dan Hindu telah banyak mempengaruhi falsafah ini. sehingga Al Ghazali mengkritik kaum filosofi dengan menulis kitab tentang tidak setujunya dengan idea falsafah masa itu iaitu Tahafut Al Falasifah/Kerancuan Falsafah.
Al Ghazali membantah pemikiran yang dimulai dengan rangkaian berfikir terbalik, beliau mengajukan gagasan bahawa umat Islam harus memulakan pemikirannya dari sumber pangkal ilmu pengetahuan iaitu Tuhan, bukan dimulai dari luar yang tidak boleh dipertanggung jawabkan kebenarannya, ertinya sangat berbahaya kerana di dalam falsafah memulakan berfikirnya dari tahap yang benar menuju zat di sebalik semuanya berasal.
Sedangkan di dalam Islam menunjukkan keadaan Tuhan serta jalan yang akan di tempuh sudah di tulis dalam Alqur'an agar umat manusia tidak tersesat oleh rekaan-rekaan fikiran yang belum tentu kebenarannya. Pencarian kita telah di tulis dalam Alqur'an dan Allah menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah tidak menunjukkan alam-alam yang mengakibatkan menjadi rancu dan bingung kerana alam-alam itu sangat banyak dan kemungkinan menyesatkan kita amat besar.
Sedangkan di dalam Islam menunjukkan keadaan Tuhan serta jalan yang akan di tempuh sudah di tulis dalam Alqur'an agar umat manusia tidak tersesat oleh rekaan-rekaan fikiran yang belum tentu kebenarannya. Pencarian kita telah di tulis dalam Alqur'an dan Allah menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah tidak menunjukkan alam-alam yang mengakibatkan menjadi rancu dan bingung kerana alam-alam itu sangat banyak dan kemungkinan menyesatkan kita amat besar.
Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya. “Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. (QS. Al Baqarah: 186)”. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya”. (QS. Al Qaaf:16)
Ayat-ayat diatas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang sangat dekat, dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara sempurna. Alqur'an mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat dari perspektif seluruh sisi pandangan manusia sesempurnanya. Saat pertanyaan itu terlontar, dimanakah Allah? Maka Allah menjawab: Aku ini dekat, kemudian jawapan meningkat sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat leher kalian. Atau dimana saja kalian menghadap di situ wujud wajah-Ku dan Aku ini Maha Meliputi segala sesuatu.
Sebenarnya tidak ada alasan bagi kita jika dalam mencari Tuhan melalui tahap terbalik. Pada tahap pertama beliau nampak alam dan segala kejadian adalah satu bersama Allah. Dan pada tahap kedua nampak alam sebagai bayangan Allah; dan pada tahap ke tiga beliau nampak Allah adalah berasingan dari pada segala sesuatu di alam ini. Kalau hal ini hanya sebatas penjelasan terstruktur kepada muridnya, saya anggap hal ini tidak menjadi persoalan, akan tetapi jika tahap2 ini merupakan metologi dalam mencari Tuhan, saya kira ini berbahaya, kerana yang akan berjalan adalah fikirannya atau otaknya, yang akhirnya timbul khayalan atau khayalan.
Di dalam Islam memulakannya dengan pengenalan kepada Allah terlebih dahulu iaitu dengan zikrullah (mengingat Allah), kemudian kita di perintah langsung mendekatiNya, kerana Allah sudah sangat dekat tidak perlu anda mencari jauh2 melalui alam2 yg amat luas dan membingungkan alam itu sangat banyak dan bertingkat2. Tidak perlu kita memikirkannya cukupkan jiwa ini mendekat secara langsung kepada Allah kerana orang yang telah berjumpa alam2 belum tentu ia tunduk kepada Allah, kerana alam disana tidak ada bezanya dengan alam di dunia ini kerana semua adalah ciptaan-Nya! Akan tetapi jika anda memulakan dengan cara mendekatkan diri kepada Allah, maka secara automatik anda akan diperlihatkan/dipersaksikan kpd kerajaan Tuhan yg amat luas.
Maka saya setuju dgn dalil yg kedua, barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya. Sebab kalau kita kenal dengan PenciptaNya, maka kita akan kenal dgn keadaan diri kita dan alam2 dibawahnya, krn semua berada dlm genggamanNya kerana Dia meliputi segala sesuatu kerana Dia ada dimana saja kita ada, dan Dia sangat dekat. Betapa rumitnya perjalanan yang dilalui oleh Pencari, dan bagi yang tidak kenal Alqur'an akan mudah sekali berhenti dan tersesat kepada alam-alam itu kerana ilham itu amat banyak yang muncul dari segala suara alam-alam tersebut.
Kesimpulan: Islam mengajarkan didalam mencari Tuhan, telah diberi jalan yang termudah dengan dalil barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya hal ini telah ditunjukkan oleh Allah bahawa Allah itu sangat dekat, atau dengan dalil. “Barang siapa yang sungguh2 datang kepada Kami, pasti kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami” (QS: Al ankabut: 69). “Wahai orang-orang yang beriman jika kamu bertakwa kepada Allah niscaya dia akan menjadikan bagimu furqan (pembeza)” (QS : Al Anfaal: 29).
Ayat2 ini membuktikan di dlm mendekatkan diri kpd Allah tidak perlu lagi melalui proses pencarian atau menelusuri jalan2 yg ditemukan oleh kaum falsafah atau ahli spiritual di luar Islam, kerana mereka di dlm perjalanannya harus melalui tahap2 alam Islam di dlm menemui Tuhannya harus mampu memfanakan alam2 selain Allah dgn konsep 'laa ilaha illallah’ 'laa syai'un illallah' 'laa haula wala quwwata illa billah' tidak ada Tuhan kecuali Allah tidak ada sesuatu (termasuk alam2) kecuali Allah, tidak ada daya dan upaya kecuali kekuatan Allah semata maka berjalanlah atau melangkahlah kpd yg paling dekat dari kita terlebih dahulu bukan melangkah dari yg paling jauh dari diri kita. Demikian mudah2an Allah membukakan hati kita. (Jalansufi).
No comments:
Post a Comment