“Allah Ta’ala menampakkan pada segalanya, kerana Dia adalah Maha Batin. Dan Dia meliputi segalanya, kerana Dia adalah Maha Zahir (Maha Nyata Jelas)”. Tidak wushul (sampai) mengenalNya kecuali melalui yg nampak dariNya, kerana yang nampak itu menunjukkan atas DiriNya. Namun segala sesuatu menjadi sirna jika Dia nampak, kerana WujudNya menghapus segalanya dan ketidak bebasan atas AdaNya. Maka, hikmah di sebalik nampaknya sang makhluk, adalah wujud pengenalan Makrifat padaNya, selain meraih kemakrifatan kerana sirnanya sang makhluk. Maka Maha Sucilah Yang Maha Nampak dan Maha Batin dan Maha Mengetahui.
Kerana itu beliau melanjutkan: “Allah memperkenankan dirimu utk memandang segala yg tersembunyi di sebalik semesta makhluk. Dan Allah swt tidak mengizinkan anda untuk memandang atau berhenti pada wujud zatnya makhluk. Dlm Al-Quran dikatakan, “Katakan, Lihatlah apa yg tersembunyi di sebalik langit….(Yunus 101) “dan Allah swt tidak berfirman, “Lihatlah langit…!”. Maka Allah swt, akan membuka pintu kefahaman padamu. Allah tidak berfirman, “Lihatlah langit!” agar anda tidak terjebak pada wujud benda2.”
Ibnu Athaillah menggunakan kata “memperkenankan” utk menunjukkan bahwa memandang dan mencari bukti petunjuk di sebalik langit itu tidak wajib hukumnya. Kerana itu ada seorang Syeikh diberi informasi oleh Muridnya, bahawa “Ada org yg mendapatkan bukti akan Ke Esa an Allah swt dgn seribu dalil.” Maka Syeikh itu menjawab: “Hai anakku, jika ia mengenal Allah swt, sama sekali ia tidak akan mencari bukti.” Kata-kata Syeikh itu akhirnya sampai pada sang cendekiawan yg punya seribu dalil, lalu berkata, “Benar Gurumu! Kerana mereka menyaksikan dgn nyata, sedangkan kami menyaksikan di sebalik tirai.”
Ada seorg murid bertanya kpd Gurunya, “Hai Ustadz, dimanakah Allah?” Sang guru menjawab, “Hai! Kamu dpt dihanguskan Allah! Apakah kamu ini mencariNya dgn mata- kepala atas “di mana”?”
Orang yang menikmati keindahan semesta, menurut para Sufi dilarang. Yang diperkenankan adalah memandang yang tersembunyi disebalik semesta langit dan bumi. Kerana jika memandang isi langit dan bumi, seseorang akan terjebak pada wujud bendanya, bukan yang ada dibalik benda.Lalu apa yang ada dibalik benda-benda semesta ini? Yang ada hanyalah Asma’, Af’al dan SifatNya. Sehingga seseorang akan terus menerus Musyahadah dan mengingatNya (berzikir). (Syeikh Ibnu ‘Athaillah As-Sakandar).
No comments:
Post a Comment