Maksud Taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah s.w.t. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah melakukan amal ibadat dengan banyaknya namun, tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari Allah s.w.t. Dia telah masuk ke dalam golongan hamba yang melakukan amal salih tetapi yang berjauhan bukan berdekatan dgn Allah s.w.t. Taubat yang lebih halus ialah penghayatan kalimat: “Laa Hau la wala quwata illa billah” (Tiada daya dan upaya melainkan anugerah Allah swt.) dan “Inna Lillillahi wa-inna ilai-irajiun” (Kami datang dari Allah s.w.t dan kepada Allah s.w.t kami kembali.)
Segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t, baik kehendak mahupun perbuatan kita. Sumber yang mendatangkan segala sesuatu adalah Uluhiyah (Tuhan) dan yang menerimanya adalah Ubudiyah (hamba). Apa sahaja yang dari Uluhiyah adalah sempurna dan apa sahaja yang terbit dari Ubudiyah adalah tidak sempurna. Uluhiyah membekalkan kesempurnaan tetapi Ubudiyah tidak dapat melaksanakan kesempurnaan itu.
Jadi, Ubudiyah berkewajipan mengembalikan kesempurnaan itu kepada Uluhiyah dengan memohon keampunan dan bertaubat sbg menampung kecacatan. Segala urusan dikembalikan kepada Allah s.w.t. Semakin tinggi makrifat seseorang hamba semakin kuat Ubudiyahnya dan semakin kerap dia memohon keampunan dari Allah s.w.t, mengembalikan setiap urusan kepada Allah s.w.t, sumber datangnya segala urusan. Apabila hamba mengembalikan urusannya kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t sendiri yang akan mengajarkan Ilmu-Nya yang halus-halus agar kehendak hamba itu:

* bersesuaian dengan Iradat Allah s.w.t,
* kuasa hamba sesuai dengan Kudrat Allah s.w.t,
* hidup hamba sesuai dengan Hayat Allah s.w.t,
* dan pengetahuan hamba sesuai dengan Ilmu Allah s.w.t,
dengan itu jadilah hamba:
* mendengar kerana Sama’ Allah s.w.t,
* melihat kerana Basar Allah s.w.t, dan
* berkata-kata kerana Kalam Allah s.w.t.
Apabila semuanya berkumpul pada seorang hamba maka jadilah hamba itu INSAN SIRULLAH (Rahsia Allah s.w.t).
No comments:
Post a Comment