Tuesday, January 13, 2015

BAYAN MEIJI MEHRAB

(17/08/1992 - mesyuarat malaysia 1992). Al-Quran dan Hadith sudah cukup. Tiada lagi nasihat yg lain yg lebih baik dpd itu. Telah berkali2 saya dgr dpd org2 tua di Nizamuddin ini bahawa usaha tabligh bukan ada maksud yg lain dpd hendak membawa ke dlm diri kita serta sekalian umat manusia sebagaimana kehidupan yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kita telah mendgr berbagai masalah di dlm kubur dan akhirat. Kita diberitahu bagaimana kita perlu berusaha mengelak diri kita dpd diazab Allah s.w.t. Dan utk maksud itu, tidak ada lagi cara lain dpd cara yg ditunjuk kan oleh Baginda Nabi s.a.w. Malah dgn niat dan tujuan inilah kita sedang meneruskan usaha kita skrg. Apb kita mendgr org memperkatakan ttg kebesaran Allah s.w.t dgn penuh perhatian, nescaya kebesaran Allah s.w.t akan masuk ke dlm hati kita. Demikian juga apbi kita mengerjakan solat dgn betul, lebih2 lagi apb kita keluar 4 bulan dgn sentiasa berada di dlm program2 dakwah dan suasana iman, maka kebesaran Allah s.w.t akan masuk ke dlm hati kita. 

MUZAKARAH KERJA BHAI FAROUK (JEMAAH MASJID)

(04/04/2015 – sri petaling - Jor Karkun 4B). Tuan2 yg mulia. Nabi s.a.w adalah nabi yg mempunyai kedudukan yg tertinggi dan paling mulia. Slps nabi s.a.w tidak akan ada nabi lagi akan dihantar. Nabi s.aw ada khatamunnabiyyin, penutup bagi segala nabi. Dgn keberkatan khatamunnabiyyin, Allah telah bagi kerja yg sama pd kita. Kita adalah naib nabi s.a.w, pembantu nabi s.a.w, kita bertggjwb atas usaha nabi s.a.w. Setiap individu umat ini samada lelaki atau wanita bertggjwb keatas seluruh manusia di seluruh dunia sehingga hari kiamat. Kita kena faham t/jawab kita. Ada 2 bahagian usaha. 

BAYAN SUBUH MAULANA ABDUL WAHAB (SIFAT DA’I)

(05/04/2015 - sri petaling - Jor Karkun 4B). Syukur pd Allah kerana telah mengumpulkan kita di sini. Bukan kita dtg sendiri tapi kita didatangkan oleh Allah. kita berkumpul atas satu maksud iaitu sbg umat nabi s.a.w. atas satu tugas dan t/jawab. Ini adalah keberkatan nabi s.a.w. Begitu banyak khabar gembira dlm kerja ini dari Allah dan dari nabi s..a.w. Kita telah mendpt mandat t/jwb ini dari Allah s.w.t. Allah telah menerangkan t/jawab dan tugas kerja ini serta ganjaran2nya. Pertama, Allah telah jadikan kita sebagai umat yg terbaik. kamu adalah sebaik2 umat. Allah sendiri yg kata baik, adakah ada yg lebih baik drp itu. Dikeluarkan utk kebaikan dan faedah seluruh manusia. t/jwb menyeru kpd kebaikan/perkara yg Allah redho dan cegah manusia dari kemungkaran/perkara yg Allah tak redho. 

BAYAN MAULANA YUSUF

(anak maulana umar palampuri - 30/05/2015 - sri petaling - jemaah masturat india). 

Setiap manusia berusaha dan dari usaha tersebut manusia nak kejayaan dlm kehidupan. Dgn usaha tersebut harta bertambah tapi ketenangan makin lama makin hilang dari kehidupan. Manusia dibelenggu dgn pelbagai masalah. Manusia dlm kekecewaan. Manusia dlm kegagalan. Apa maksud Allah ciptakan kita? Allah cipta manusia sbg ciptaanNya yg terbaik. Allah cipta manusia dgn tanganNya sendiri. Semua makhluk yg lain Allah cipta dgn ‘kun fayakun’. 

BAYAN MAULANA YUSUF

(Anak Maulana Umar Palampuri - 20/05/2015 - sri petaling - jemaah masturat india). Khulasah kpd usaha kenabian adalah hidayat. Dlm quran diberitahu asbab hidayat: jln mujahadah – jln nabi2, jln dakwah illallah – adalah jln paling pantas utk hidayat, dakwah dibuat ikut quran dan hadith, dakwah yg dibuat dgn cara yg diberitahu oleh Allah dan rasul akan dpt hasil/menafaat/faedah, kita buat apa yg Allah hendak, kita buat cara yg Allah kehendaki – baru akan dpt natijah, aishah r.ha tanya pd nabi: adakah safar di Uhud paling susah? Nabi s.a.w jawab: safar paling susah adalah di Taif. Apa penyebab safar Taif? 2 perkara, sentiasa fikir utk sebarkan hidayat, sentiasa risau keadaan umat seluruh alam. kena ada 2 perkara ini dlm diri setiap da’i. Allah maha mengetahui. Allah tahu apa yg akan berlaku pd nabi di Taif. Allah tahu Nabi akan dibaling dgn batu. Allah tahu kekasih Dia akan dicaci dan di maki. Berapa kali Jibrail a.s telah turun jumpa nabi dlm masa 23 thn?

NASIHAT PARA MASYEIKH

(Point2 Pesan Masyaikh di Ijtimak Tongi 01/02 2009)

1. Maulana Syamim 

Amalan haji adalah ijtima umat islam terbesar dan kewajiban hanya sekali saja. Jika berhaji dengan betul, akan jadi wali Allah. Jika niat berhaji tak betul, haji tanpa kesan, akan dilempar balik seperti kain kotor yang dilemparkan. Begitupun ijtima, jika datang dengan niat baik, maka satu ijtima cukup membuat cinta kepada Allah SWT. Satu ijtima yang betul cukup bagi Allah SWT untuk membuat keputusan memberi hidayah utk seluruh alam. Ijitima bukan untuk menghimpun manusia sebanyak2nya, tapi untuk mengumpulkan dua usaha, sebelum ijtima (ruh ijtima), setelah ijtima (perhiasan ijtima). 

BAYAN MAGHRIB - JEMAAH INDIA MAHARATSAR

(malam markaz KL - khuruj di filipina, malaysia dan singapura - 30/08/2014 - sri petaling). Maksud kerja agama adalah utk kembalikan agama ke tahap agama yg ditinggalkan oleh nabi s.a.w. Maulana Saad kata: maksud dakwah utk bawa semangat dan amal sahabat ke seluruh alam. Keseluruhan agama dtg/hidup dlm diri kita dan seluruh alam. Dgn pengorbanan harta, diri, masa, nyawa dan segala kemampuan dan kebolehan digunakan utk agama. 

NASIHAT MAULANA MUBIN

(26/05/2014 – sri petaling - ijtimak KL2) - point. Allah bagi kerja agama utk bina kehidupan kita. Allah letak t/jawab agama atas bahu2 kita. Wujudkan sifat2 yg baik dlm diri kita dan usaha utk wujudkan sifat baik dlm setiap individu umat. Kita semua bert/jwb atas agama. Di akhirat nanti, Allah akan tanya pasal t/jawab ini. Apa kamu telah buat utk bantu agama Aku? Tempat2 yg tak buat usaha – telah dtg amaran yg dahsyat dari Allah. Jgn rasa puas hati ijtimak dah selesai, jemaah dah keluar, ramai org hadir. 

BAYAN MAGHRIB MUFTI ZAINAL ABIDIN

(26/05/1999 - sri petaling (Jor). Utk dpt kejayaan di dunia dan akhirat, hanya satu sbb utama shj iaitu hukum-hakam Allah s.w.t. Hanya melalui tunaikan perintah2 Allah. kita akan dpt kejayaan di dunia dan akhirat. Kekuatan utk mengamalkan perintah2 Allah s.w.t. dtg dpd dlm diri manusia sendiri. Perintah2 Allah s.w.t begitu bnyk yg mana kita tidak dpt kira. Tidak ada satu masa pun, tidak ada satu keadaan pun yg mana tiada perintah Allah s.w.t. Pada setiap masa dan pada setiap keadaan ada shj perintah2 Allah s.w.t yg manusia perlu tunaikan. Sptmana tidak ada satu tmpt pun yg tidak ada udara. Tidak ada tempat, tidak ada masa yg mana tidak ada udara. Maknanya di mana pun, bila2 masa pun ada udara. Walau bagaimanapun kita tutup satu tmpt itu, udara akan masuk. Kalau udara ditahan utk beberapa ketika, manusia akan mati. Begitu juga dgn perintah2 Allah s.w.t. Bila2 masa pun, mana2 tmpt pun ada perintah Allah s.w.t utk ditunaikan oleh makhluk.

BAYAN SUBUH

(Tempat: Nizamuddin, 20 Januari 2009). Allah terima suatu amalan jika hatinya ikut sehingga Allah akan memberinya taufik. Kerja dakwah ini adalah usaha utk menjadi org kecil (abdi) bukan utk menjadi org besar. Org yg buat kerja dakwah dgn niat utk mengislahkan diri sendiri maka ia akan menjadi shaleh dan org yg shaleh akan menjadi asbab utk org lain menjadi shaleh juga. Dakwah adalah fardhu ain. Manfaat kerja dakwah yg pertama adalah utk diri sendiri, maka Allah akan melindunginya dari kesesatan. Maulana Ilyas pernah berkata, ada dua org yg terkebelakang dari usaha ini iaitu yg berniat utk mengislah org lain dan yg mau mengislah kerja ini. Tarbiyah dan mujahadah dlm kerja ini akan mendptkan hidayah dari Allah . Kerja ini akan menghasilkan hidayah utk 2 bahagian. Pertama utk diri sendiri dan kedua utk menjadi asbab hidayah bagi org lain.