(Tempat: Nizamuddin, 20 Januari 2009). Allah terima suatu amalan jika hatinya ikut sehingga Allah akan memberinya taufik. Kerja dakwah ini adalah usaha utk menjadi org kecil (abdi) bukan utk menjadi org besar. Org yg buat kerja dakwah dgn niat utk mengislahkan diri sendiri maka ia akan menjadi shaleh dan org yg shaleh akan menjadi asbab utk org lain menjadi shaleh juga. Dakwah adalah fardhu ain. Manfaat kerja dakwah yg pertama adalah utk diri sendiri, maka Allah akan melindunginya dari kesesatan. Maulana Ilyas pernah berkata, ada dua org yg terkebelakang dari usaha ini iaitu yg berniat utk mengislah org lain dan yg mau mengislah kerja ini. Tarbiyah dan mujahadah dlm kerja ini akan mendptkan hidayah dari Allah . Kerja ini akan menghasilkan hidayah utk 2 bahagian. Pertama utk diri sendiri dan kedua utk menjadi asbab hidayah bagi org lain.
Tufail telah dtg ke Mekah dgn menutupi telinganya sehingga apa yg dikatakan Nabi ia tidak mendengar kannya. Ketika dia dkt dgn Nabi maka kemudian Allah ingin memberikan hidayah dgn membuat Tufail ingin membuka tutup telinganya lalu dia dpt mendengar akan bacaan solat Nabi sehingga dia masuk Islam. Tufail melakukan dakwah dlm satu tahun hasilnya 80 keluarga masuk Islam. Firman Allah dlm Al-Quran: “Dan siapakah yg lebih baik perkataannya dpd org yg mengajak (dakwah) kpd Allah dan beramal shaleh dan berkata sesungguhnya saya termasuk dari org2 muslimin”
Gabungan Dakwah dan Amal akan meningkatkan ibadah. Jika ibadah baik maka kita akan menjadi shaleh. Pertama kali yg akan kita masukkan ke dlm diri kita adalah iman. Tanpa adanya iman kesempurnaan dan keterkabulan amal tidak akan didapat. Nabi berkata kpd Hadi bin Hatim: “kamu terlambat masuk Islam kerana kamu melihat keadaan org Islam yg miskin, susah, dll sehingga kamu terhalang dari hidayah.” Rasulullah katakan bahawa Islam akan mengalahkan Kisra dan Islam menjadi jaya dan akhirnya Hadi bin Hatim pun melihat kemenangan dan kejayaan Islam. Penghubung antara org Islam dan Allah adalah amal. Di dlm majlis iman ada perkara yg ghaib. Di dlm iman ada qudrat. Qudrat tidak ada di alam semesta namun qudrat ada di dlm zat Allah s.w.t. Dgn kerja dakwah ini kita betulkan akidah kita, bahawa perkara yg ghaib hanya Allah saja mempunyai bahkan Nabi2 pun tidak. Jika seorg Nabi mengetahui hal2 yg ghaib, maka Nabi Yusuf a.s tidak akan masuk ke dlm sumur dan dijual menjadi hamba.
Begitu pun ketika Rasulullah s.a.w diundang ke suatu walimah dia disambut oleh anak perempuan kecil dan anak kecil itu berkata: “Kita bersama Rasul yg mengetahui hal yg ghaib”, maka Rasulullah katakan kpd anak itu: “Jgn katakan seperti itu, kerana hal yg ghaib hanyalah milik Allah”. Nabi katakan: “Jika kamu membaca Al Quran dgn teliti. Allah akan member tahu apa yg akan terjadi sampai hari kiamat.” Ada seorg shahabat di penjara dlm keadaan junub dan air yg ada hanya cukup buat minum. Maka ia berkata kpd penjaga penjara, “Tolong berikan air yg buat keperluan besok skrg saja, kerana utk berhadas” Namun penjaga tersebut tidak memberikan. Maka dia berdoa kpd Allah agar diturunkan hujan, maka Allah s.w.t pun menurunkan hujan di penjara. Begitulah yakinnya para shahabat kpa Allah s.w.t. Banyak org mengatakan, itukan sahabat, bukan kita. Hari ini kita begini kerana kita tidak yakin dan akidah yg lemah. Apb kita memiliki yakin yg benar kpd Allah maka tidak ada hijab antara Allah dgn hambanya.
Abdullah bin Masud r.a suatu ketika isterinya sakit mata, maka dtglah seorg yahudi dan diberikan benda yg diletakkan di lehernya, maka matanya pun sembuh. Ketika suaminya melihat itu maka ia bertanya kpd isterinya apa itu? Isterinya berkata benda ini dpt menyembuhkan. Maka suaminya menyuruh utk membuang benda tersebut. Mari saya beritahu kpd kamu, mata kamu sakit kerana syaitan menaruh jarinya pada kamu. Dan org yahudi itu menyembuhkan kerana ia menghalangi jari syaitan tersebut dan yahudi itu pun syaitan. Cukuplah kamu meminta kesembuhan kpd Allah. Jika kita mendptkan benda dan benda tersebut memberikan kita kejayaan maka itu bererti telah menjauhkan kita dari Allah s.w.t. Jika kita mendapatkan benda yg memberikan kejayaan langkah pertama lihat dulu apakah benda itu HALAL atau HARAM. Maulana Yusuf Katakan: Nafikan benda2, sehingga antara kamu dgn Allah tidak ada hijab. Dan seterusnya… bayan belum lagi usai.
No comments:
Post a Comment