(Anak Maulana Umar Palampuri - 20/05/2015 - sri petaling - jemaah masturat india). Khulasah kpd usaha kenabian adalah hidayat. Dlm quran diberitahu asbab hidayat: jln mujahadah – jln nabi2, jln dakwah illallah – adalah jln paling pantas utk hidayat, dakwah dibuat ikut quran dan hadith, dakwah yg dibuat dgn cara yg diberitahu oleh Allah dan rasul akan dpt hasil/menafaat/faedah, kita buat apa yg Allah hendak, kita buat cara yg Allah kehendaki – baru akan dpt natijah, aishah r.ha tanya pd nabi: adakah safar di Uhud paling susah? Nabi s.a.w jawab: safar paling susah adalah di Taif. Apa penyebab safar Taif? 2 perkara, sentiasa fikir utk sebarkan hidayat, sentiasa risau keadaan umat seluruh alam. kena ada 2 perkara ini dlm diri setiap da’i. Allah maha mengetahui. Allah tahu apa yg akan berlaku pd nabi di Taif. Allah tahu Nabi akan dibaling dgn batu. Allah tahu kekasih Dia akan dicaci dan di maki. Berapa kali Jibrail a.s telah turun jumpa nabi dlm masa 23 thn?
Imam Suyuti dlm kitabnya telah tulis berkenaan Jibrail a.s turunkan wahyu pd nabi2: Nabi Adam a.s - 20 kali, Nabi Nuh a.s - 40 kali, Nabi Idris a.s - 4 kali, Nabi Ibrahim a.s - 42 kali, Nabi Musa a.s - 400 kali, Nabi Isa a.s - 13 kali, Nabi s.a.w - 24,000 kali. Dlm 24,000 kali ni, Allah boleh hantar Jibrail utk bagitahu nabi supaya jgn pergi ke Taif. Tapi Allah tak buat. Allah nak 3 perkara dari Nabi s.a.w: gerakkan kaki – berjalan kaki 40 hari ke taif – jumpa semua org. letihkan badan/jasad utk agama – buat dakwah selama 40 hari. doa – buat usaha tapi nafikan apa yg telah kita buat. Allah tak benarkan darah nabi s.a.w jatuh walau setitik di bumi Taif. Kalau setitik darah nabi s.a.w jatuh ke bumi Taif maka sehelai rumput pun tak akan tumbuh di Taif sampai kiamat. Darah Nabi s.a.w telah mengalir dan berkumpul di capal Nabi. Bila keluar dari Taif stlh di baling dgn batu dan berdarah, Nabi s.a.w singgah di kebun Utbah Syaibah. Jibrail a.s telah dtg bersama malaikat penjaga gunung. Nabi s.a.w boleh ambil tindak balas. Tapi Nabi s.a.w tak buat. Nabi s.a.w nak ajar umat. Nabi tak salahkan sesiapa. Nabi s.a.w salahkan diri sendiri. Mengadu ttg kelemahan diri sendiri. Nabi tak doa keburukan utk penduduk Taif. Nabi doakan hidayat utk mrk dan keturunan mrk.
Setiap da’i kena buat 3 perkara, barulah Allah buat keputusan hidayat. Slps itu akan bermulalah peningkatan/mikraj seorg da’i. Bila sampai di Mekah. Jibrail a.s telah dtg pd waktu malam dan kejutkan nabi. Nabi dlm keadaan sedih, badan letih dan luka/cedera. Jibrail a.s bawa Nabi ke masjidil haram. Dada nabi telah dibelah. Allah masukkan 2 perkara: 1. ilmu 2. hikmah. Dlm keadaan tersebut nabi telah dimikraj kan. Di bawa dari masjidil haram ke masjidil aqsa. Allah bagi kemuliaan pd nabi s.a.w. Jadi imam kpd 124,000 ambia a.s. Dgn mujahadah, Allah bagi hidayat. Dgn lidah bercakap, Allah bagi hikmah. Setiap rakan seusaha kena lihat keaiban diri sendiri, kekurangan diri, keburukan diri. Setiap perkara buruk yg berlaku krn kesilapan saya.
Org yg ditipu oleh syaitan ada peluang utk jadi baik tapi org yg ditipu oleh nafsu sendiri tak ada peluang utk jadi baik. Jgn jadikan usaha yg kita buat ini sbg satu adat resam/routine. Setiap amal kena buat dgn hakikat. Satu ketika, dlm satu majlis Nabi Musa a.s telah didatangi oleh Iblis. Nabi Musa a.s telah tanya iblis bagaimana kamu tipu anak adam? Iblis jawab: melalui 2 perkara. Bila 2 perkara ini wujud dlm diri anak adam, syaitan dpt menguasainya. Pertama rasa diri hebat dan kedua rasa puas hati dgn amalan. Maka akan bermulalah kejatuhan dan tidak akan ada peningkatan dlm amal. Rasa mcm buat perkara yg hak tapi diri sendiri tak dpt hidayat dan org lain pun tak dpt hidayat. Setiap rakan seusaha kena jaga diri sendiri dan jaga2 dari tipu daya syaitan. Mesyuarat bukan utk kumpul org. Dtg mesyuarat dgn fikir dan bawa takazah.
Takazah ijtimak – buat usaha sebelum ijtimak. Maksud ijtimak – supaya perkataan Allah dan rasul sampai ke telinga setiap manusia. Buat usaha cara sunnah - jgn guna mobile, hp, internet dsbnya. Bila buat usaha cara nabi baru usaha akan berjaya. Buat usaha sungguh2. Org t/jwb keluar 10H dlm halaqah. Pergi setiap rumah dan kedai–cakap ttg risalah, tauhid dan akhirat. Tashkil utk keluar 3H, 40H. Bentuk jemaah usuli. Jumpa semua karkun yg tak aktif dlm halaqah. Buat usaha bersama2 dgn org baru. Jgn risau, jgn sedih–Allah janji ganjaran yg besar utk org yg buat usaha agama di akhir zaman. Bantuan Allah bersamaan 50 kali ganda dari sahabat. Pahala bersamaan 10 kali ganda dari sahabat. Org yg buat amal - solat, zikir, pegi haji, dll – ramai, tapi org yg buat kerja agama sgt sedikit. Ganjaran seumpama org awalin buat usaha – muhajir dan ansar. Di akhirat ada 120 saf yg akan masuk syurga. 80 saf adalah dari umat nabi s.a.w. Hadratji kata : kerja dah bnyk tapi org yg menangis sgt sedikit. Basuh hati dgn air mata (menangis). Air mata sgt bernilai, boleh padamkan api neraka.
No comments:
Post a Comment