Tuesday, January 13, 2015

BAYAN MAGHRIB MUFTI ZAINAL ABIDIN

(26/05/1999 - sri petaling (Jor). Utk dpt kejayaan di dunia dan akhirat, hanya satu sbb utama shj iaitu hukum-hakam Allah s.w.t. Hanya melalui tunaikan perintah2 Allah. kita akan dpt kejayaan di dunia dan akhirat. Kekuatan utk mengamalkan perintah2 Allah s.w.t. dtg dpd dlm diri manusia sendiri. Perintah2 Allah s.w.t begitu bnyk yg mana kita tidak dpt kira. Tidak ada satu masa pun, tidak ada satu keadaan pun yg mana tiada perintah Allah s.w.t. Pada setiap masa dan pada setiap keadaan ada shj perintah2 Allah s.w.t yg manusia perlu tunaikan. Sptmana tidak ada satu tmpt pun yg tidak ada udara. Tidak ada tempat, tidak ada masa yg mana tidak ada udara. Maknanya di mana pun, bila2 masa pun ada udara. Walau bagaimanapun kita tutup satu tmpt itu, udara akan masuk. Kalau udara ditahan utk beberapa ketika, manusia akan mati. Begitu juga dgn perintah2 Allah s.w.t. Bila2 masa pun, mana2 tmpt pun ada perintah Allah s.w.t utk ditunaikan oleh makhluk.

Walaupun di baitul-khalaq iaitu tandas. Pada zahirnya di tandas tidak perlu ada perintah Allah s.w.t kerana tempat yg kotor dan najis ttpi di situ pun ada perintah Allah s.w.t. Dlm tandas pun ada perintah Allah s.w.t dgn cara Rasulullah s.a.w. Doa sebelum masuk tandas, masuk dgn kaki kiri, keluar dgn kaki kanan dan doa slps keluar tandas, jgn kita mengadap kiblat dan jgn kita membelakangkan kiblat. Ini adalah perintah Allah s.w.t mengikut cara Rasulullah s.a.w yg dikatakan darjah wajib. Jenis2 perintah Allah s.w.t begitu banyak, kita tidak dpt mengira dan pada malam ini kita hanya akan berbincang ttg beberapa jenis perintah Allah s.w.t yang besar. 

Allah s.w.t perintahkan supaya kita wujudkan dlm diri kita akhlak Allah s.w.t. Ini adalah satu sifat Allah s.w.t. Ini satu perintah utk kita bawa dlm diri kita kerana kita adalah khalifah Allah s.w.t. Sebagai khalifah Allah s.w.t, sebagai pembantu kpd Allah s.w.t kita telah diperintahkan oleh Allah s.w.t utk bawa akhlak Allah s.w.t dlm diri kita. Apabila Allah s.w.t hendak jadikan Adam a.s sbg khalifah di permukaan alam ini dan sebelum Allah s.w.t isytiharkan perkara ini, Allah s.w.t wujudkan dan letakkan sifat2 dan kebolehan2 yg perlu utk menjadi khalifah dlm diri Adam a.s.

Allah s.w.t adalah Basir, maha melihat, ini adalah antara sifat2 Allah s.w.t. Allah s.w.t telah beri sebahagian daripada sifat ini pada Adam a.s kerana dia adalah khalifah Allah s.w.t dijadikan utk menjalankan khilafat. Tanpa diminta, tanpa dipohon, Allah s.w.t telah pun anugerahkan banyak dpd sifat2Nya pada hambaNya. Tanpa diminta, tanpa dipohon, Allah s.w.t sendiri telah memberi sebahagian dpd sifat2Nya. Allah s.w.t maha melihat dan Allah s.w.t jadikan hambaNya org yg melihat. Allah s.w.t maha mendengar, Allah s.w.t anugerahkan pendengaran pada hambaNya. Allah s.w.t maha mengetahui segala2nya, Allah s.w.t maha berilmu, maka Allah s.w.t anugerahkan pada hambaNya ilmu daripada ilmu Allah s.w.t. Bapa kita tidak minta, emak kita tidak minta, kita sendiri pun tidak minta tetapi Allah s.w.t dgn limpah kurniaNya telah anugerahkan sifat2 ini pada hambaNya. Allah s.w.t melihat, khalifahNya pun melihat, hambaNya pun melihat, perbezaannya ialah hambaNya manusia/khalifah, hanya dapat melihat satu masa, satu tempat sahaja. Kalau lihat ke depan: kiri-kanan-atas-bawah-belakang tidak nampak. 

Tetapi bila Allah s.w.t melihat, Allah s.w.t melihat segala2nya, bila2 masa pun, tidak ada satu tempat pun yang terkeluar dari penglihatan Allah s.w.t. Allah s.w.t maha melihat dan beri sebahagian dari sifat ini pada hambaNya. Manusia punya penglihatan terhad, Allah s.w.t punya penglihatan merangkumi segala2nya, maha sempurna. Allah s.w.t adalah haiyu-qaiyum iaitu wujud dulu, wujud skrg dan bila2 pun wujud. Allah s.w.t beri sebhg dari sifat ini pada manusia. Allah s.w.t jadikan manusia utk selama2nya, tidak akan binasa ttpi selain dari manusia, semua dari ciptaan2 Allah s.w.t akan dibinasakan pada satu masa nanti. Mengikut hadith, selepas Israfil a.s meniup sangkakala, semua makhluk ciptaan Allah s.w.t akan binasa. 

Allah s.w.t akan panggil Izrail a.s. dan tanya “Siapa yg hidup skrg?” Izrail a.s akan berkata “Ya Allah, zat Engkau yang wujud selama2nya dan kami empat malaikat yang besar, Jibrail, Izrail, Israfil, Mikhail dan malaikat2 yang menjunjung Arash Allah s.w.t. Ini sahaja yang hidup, lain semua telah binasa”. Allah s.w.t perintahkan Izrail a.s pergi ambil semua ruh-ruh malaikat yang menjunjung Arash Allah s.w.t, mereka pun dimatikan dan ketiga-tiga malaikat yang besar pun dicabut ruh mereka dan dimatikan. Allah s.w.t tanya Izrail a.s “Siapa yang masih hidup lagi (baki)?”, maka Izrail a.s akan berkata “Ya Allah, zat Engkau yg hidup selama2nya, Engkau wujud dan saya”. Allah s.w.t akan perintahkan pada masa itu juga “Izrail kamu juga mati”. Dia pun pada masa itu juga akan mati, maka semua ciptaan Allah s.w.t mati, hanya tinggal zat Allah s.w.t sahaja.

Khalifah diciptakan oleh Allah s.w.t utk hidup selama2nya, baki makhluk2 Allah s.w.t diciptakan dan akan dibinasakan satu masa nanti. Perbezaan antara wujudnya Allah s.w.t selama2nya dan wujudnya manusia selama2nya ialah Allah s.w.t telah pun wujud dulu dan wujud sekarang dan akan wujud bila2 masa pun selama2nya. Khalifah Allah s.w.t diciptakan dgn tanganNya sendiri dan akan kekal selama2nya selepas diciptakan, dulu tidak wujud, diwujudkan oleh Allah s.w.t, yg lain2 makhluk Allah dijadikan dgn perintah Allah, kun (jadi) fayakun (maka jadilah). Perpindahan akan berlaku kepada khalifah Allah s.w.t ini, dulu wujud di alam arwah sebagai ruh selepas itu dipindahkan kepada bapa dan dpd bapa dipindahkan ke rahim ibu, dpd rahim ibu dipindahkan ke alam dunia ini, dpd dunia ini akan dipindahkan ke alam barzakh iaitu alam kubur, selepas itu dipindahkan ke alam mahsyar dan dari padang mahsyar dipindahkan ke titi sirat dan dari titi sirat ini kalau manusia telah jalankan kehidupan dengan cara yg betul, maka dia akan masuk ke dalam syurga Allah s.w.t selama2nya, kalau dia tidak ikut cara hidup yg betul akan masuk neraka selama2nya. Dalam kedua-dua keadaan, manusia akan kekal selama2nya.

Allah s.w.t telah beri pada kita sebahagian dari sifat2Nya iaitu melihat, mendengar dan perintah Allah s.w.t mengenai sifat2 ini ialah kita hendaklah sentiasa berwaspada. Kita hendaklah wujudkan dlm diri kita keyakinan pada sifat2 ini iaitu yakin Iman. Sebagaimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w dan sepertimana yang telah dipohon oleh Rasulullah s.a.w “Allahumma inni as aluka imanan da yak dad” “Ya Allah, bagilah saya Iman yang mana Iman ini sentiasa ada dalam diri saya dan saya tidak akan undur daripada iman ini”. Rasulullah s.a.w juga telah doa “Allahuma inni as aluka imanan da iman” , “Ya Allah, bagilah Iman yg kekal abadi selama2nya dlm diri saya”. 

Kita kena usaha utk tanamkan dalam diri kita perasaan bahawa Allah s.w.t sentiasa melihat kita, Allah s.w.t sentiasa mendengar segala2nya. Bila2 masa pun, dlm apa keadaan pun Allah s.w.t melihat, Allah s.w.t mendengar. Kita kena usaha utk dapatkan yakin pada sifat ini dalam diri kita. Perkara ini bukan susah, dgn sedikit usaha, insyaAllah kita akan dpt yakin pada perkara ini. Cerita berulang2 kali, kita bawa dlm diri kita bahawa Allah s.w.t sedang melihat kita, Allah s.w.t sedang mendengar kita, maka Allah s.w.t akan bagi kita keyakinan ini. Allah s.w.t tidak akan mewajibkan sesuatu di luar kemampuan dan kebolehan kita. Memang kita ada kebolehan dan kemampuan utk mendapat keyakinan yang telah dituntut oleh Allah s.w.t, sepertimana yg telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. 

Apa yang telah diberitahu, inilah perintah Allah s.w.t yg sgt2 besar. Lain2 perintah Allah s.w.t ada masanya kena buat, ada masanya tidak kena buat. Solat, puasa, haji dan lain-lain perintah Allah s.w.t ada masanya kena buat, ada masanya tidak kena buat. Tetapi Iman ini, yakin ini, hendaklah sentiasa ada dalam diri kita. Semasa bangun atau tidur, semasa jln atau duduk, apa keadaan pun, bila2 masa pun, 24 jam, Iman ini sentiasa kena ada dlm diri kita. Iman ialah yakin atas segala sifat2 Allah s.w.t, atas zat-zat Allah s.w.t. Ianya hendaklah sentiasa ada dlm diri kita.

Oleh sbb itu, iman-yakin adalah perintah yg paling besar. Apabila kita telah dpt menghasilkan perkara ini maka kita telah dpt tunaikan perintah Allah s.w.t. Walaupun kita tidak tunaikan perintah2 Allah s.w.t yg lain, walaupun kita tidak solat satu rakaat pun, ttpi kita ada yakin pada Allah s.w.t dan kita mati, kita akan terus masuk ke dlm syurga Allah s.w.t. Inilah perintah Allah s.w.t yg paling besar kerana tidak ada perkara yg lebih penting utk bawa manusia ke jln yg betul dan cara hidup yg betul. Tidak ada perkara, tidak ada asbab yg lebih penting, yang lebih besar dpd perkara ini. Apabila kita telah dpt mengawal dan membawa dlm diri kita ttg iman-yakin ini, maka dlm kehidupan dunia ini kita akan dpt ikut jln yg lurus dan jln yg betul. Dlm kubur, di padang mahsyar dan di titi sirat pun kita akan dapat ikut jln yg betul. Dlm setiap keadaan kita akan dapat ikut jalan yang lurus sepertimana yg dikehendaki oleh Allah s.w.t. Bila iman ini datang dalam diri kita, maka mudah untuk kita amalkan segala yang baik dan tinggalkan segala yang tidak baik. Segala yang tidak baik akan keluar dari kehidupan kita. Segala yang baik akan datang dalam kehidupan kita. 

Satu kisah, seorg bapa di zaman/kurun yg dahulu, telah hantar anak dia untuk belajar di satu madrasah. Selepas beberapa bulan, sibapa telah pergi ke madrasah, dan beritahu pada ustaz, “Saya nak ambil balik anak saya”. Ustaz tidak benarkan kerana anak dia seorg yg baik dan pandai dan mereka pun baru mula usaha atas dia. Zaman/kurun dahulu, mrk tidak mengajar alif, ba, ta dulu pada anak2 murid yg masuk madrasah, mrk belajar Iman dulu, ttpi perkara ini sudah tidak dibuat di zaman skrg. Mrk belajar Iman dulu, baru belajar Quran. Ustaz telah pujuk bapa supaya jgn ambil anak dia balik rumah. Mrk baru ajar dia Iman, belum lagi mula belajar Quran ttp bapa dia hendak bawa balik juga. 

Sebenarnya dia hendak ajar pekerjaannya pada anak itu. Bapa dia seorg pencuri, maka dia telah bawa anak dia pergi mencuri di satu rumah. Dia suruh anak tadi tunggu di satu tempat yg sesuai yg mana anak dia boleh lihat kalau ada sesiapa yg lalu dan bagi isyarat iaitu dgn membuat sedikit bunyi. Dgn isyarat itu, bapa akan tahu ada org melihat dan akan terus keluar dari rumah tersebut. Bapa pun mula panjat tembok, nak masuk rumah dan mencuri. Baru dia nak mula panjat tembok sahaja, anak dia telah bagi isyarat bunyi, bapa pun terus turun dari tembok dan dua2 terus lari, bapa lari didepan, anak ikut belakang kerana ada org melihat. Lari dan lari dan bapa pun tengok blkg. Biasanya bila ada org nampak pencuri maka mrk akan kejutkan semua org lain dan menjerit “Pencuri! Pencuri!” dan semua org lelaki dan wanita akan terjaga dan kejar pencuri itu. 

Sambil berlari, bapa tengok belakang, tidak ada sesiapapun yg kejar. Bapa tanya anak dgn perasaan marah, “Tadi kamu bagi isyarat ada org melihat, siapa yg melihat?” Jawab anak, “Allah melihat”. Selama 6 bulan di madrasah dia sudah belajar Iman. Sudah masuk dalam hati dia Allah s.w.t maha melihat, maka apa yg ada dalam hati dia telah keluar dpd mulutnya “Allah melihat”. Dia telah pun belajar Iman, dia telah di bentuk di madrasah dengan yakin kepada Allah s.w.t. Perkara ini ada dalam hati budak itu, bahawa Allah s.w.t melihat dan benda yang ada dalam hati dan keluar dari mulutnya dan terus masuk ke dalam hati bapanya. Bapanya sudah dapat yakin bahawa Allah s.w.t maha melihat. Mereka berjalan balik ke rumah, mandi dan ambil wudhuk dan solat 2 rakaat taubat dan mulai hari itu bapa kata “Saya tidak akan mencuri lagi”. 

Kalau Iman telah masuk dalam hati kita, telah mantap dan sebati dalam hati, maka akan ada kekuatan dlm percakapan. Bila cakap mengenai Iman akan masuk dlm hati org yg mendengar. Kalau Iman belum lagi dibentuk, belum lagi sebati dalam hati kita, bila bercakap, ia hanya setakat di bibir sahaja dan akan masuk dlm telinga org yg mendengar ttpi tidak dlm hati org itu. Adalah menjadi fitrah manusia, sifat semulajadi manusia, manusia ini tidak boleh buat apa-apa keburukan kalau ada org melihat. Sentiasa kalau hendak buat apa-apa perkara yg tidak baik, dia akan lihat kiri dan kanan, tiada org melihat baru dia buat. Satu org yg hendak berzina, kalau ada seorg budak 8 tahun lihat pun, dia tidak akan berzina.

Allah maha melihat segala2nya dan masih lagi kita buat bermacam2 perkara buruk, curi, bunuh, dusta, bohong. Kita buat segala2nya yg salah walaupun Allah s.w.t melihat. Kenapa? Kerana Iman tidak ada lagi. Walaupun ada 2 malaikat yg melihat kita, sentiasa memerhatikan kita, masih lagi kita buat segala kejahatan. Kalau ada org lain tengok atau lihat, kita tidak buat. Oleh itu satu jln yg paling mudah dan beritahu pada pemerintah, jgn jadi buta, kamu amalkanlah cara Rasulullah s.a.w, bawalah manusia pada Iman ini, usahakanlah cara Rasulullah s.a.w dan berilah peluang pada semua org utk belajar Iman, spt mana yg telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Amalkan cara Rasulullah s.a.w utk mengajar Iman pada semua manusia, maka semua akan dtg pada cara yg betul. Polis, tentera dan segala yg telah kita wujud kan dan belanjakan ribuan, jutaan wang ringgit atas semua perkara ini yg tidak ada apa2 hasil dan tidak ada apa2 kesan maka tidak payahlah kita hendak ikut jln2 itu semua, dtglah kembali kpd cara Rasulullah s.a.w. Bila belajar dan mengajar Iman pada semua manusia, amalkan dan sebarkan cara Rasulullah maka semua manusia akan sampai kpd matlamat iaitu kpd cara hidup suci murni yg telah wujud di Madinah. Belajar Iman ini bukan setakat kita dengar dan cakap sahaja. Belajar maksudnya kena masukkan ke dlm hati.

Apa yg diamalkan di seluruh dunia, bukanlah jln yg boleh menyelesaikan masalah, sebaliknya ia adalah jln yg menambahkan kesusahan. Baru2 ini, Mufti dlm perjalanan di Afrika, satu org yg dia kenal telah bawa dia ke kedainya utk berkat, selepas itu dia suruh pekerja dia tutup kedai. Tutup kedai dgn 30 mangga (kunci). Mufti tanya, “Skrg dah puas hati ke kecurian tidak akan berlaku”. Dia kata masih lagi tidak tenang, masih lagi ada ragu2, mungkin kecurian boleh berlaku. Mufti kata, “Mmg mcm itu, mmg kita tidak ada kepercayaan dlm sistem/kehidupan/amalan yg ada dlm dunia ini”. 

Dtglah kpd cara Rasulullah s.a.w sptmana di Madinah. Bukan kata hendak mangga, hendak letak selak pun tak perlu. Pondok yg buruk, takkan nak letak mangga yg besar, selak pun tak perlu. Tak ada siapa hendak curi. Tiada satu org pun yg mencuri di Madinah. Kehidupan Nabi s.a.w di Mekah berapa tahun? Di Madinah, tidak ada jenayah. Knp? Apakah yg telah digunakan oleh Nabi s.a.w utk menghapuskan jenayah di Madinah. Rasulullah s.a.w tidak gunakan polis. Apa yang Nabi s.a.w telah buat? 13 tahun di Mekah, Nabi s.a.w telah ajar Iman dan dakwah kpd Iman, Nabi s.a.w telah ajarkan hukum-hakam pada sahabat2. Oleh krn kekuatan Iman ini, tidak ada jenayah di Madinah. Nabi tidak tambahkan bilangan polis atau askar tiap2 tahun utk mengawal jenayah atau mengurangkan jenayah. Nabi s.a.w telah usaha atas Iman. Hanya dgn usaha atas Iman ini jenayah telah dihapuskan.

Berlaku jenayah di Madinah yg tidak disengajakan, seorg lelaki dan seorg wanita telah buat satu kesalahan. Lelaki itu yg telah melakukan zina, telah dtg berlari berjumpa Nabi s.a.w di masjid dan berkata, “Sucikanlah aku ya Rasulullah, sucikanlah aku ya Rasulullah”. Nabi s.a.w nampak org ini telah bertaubat. Taubat yg sebenar2 taubat kerana selepas dia buat kesalahan itu dia telah dtg berlari jumpa Nabi s.a.w, maknanya dia minta diberi hukuman mati. Hukuman mati adalah hukuman utk org yg sudah kahwin yg melakukan zina. Dia dtg dan serahkan diri utk hukuman mati tersebut. Siapa yg telah bawa org itu pada Nabi s.a.w utk jalankan hukuman? Adakah polis yg telah tangkap dan bawa dia? Tidak. Dia telah buat satu kesalahan yg tidak sengaja kerana kelemahan dia dan kekuatan Iman telah bawa dia kpd Nabi s.a.w yg telah menyebabkan dia bertaubat sehingga dia punya darjat dahulu dan selepas dia bertaubat, seratus kali ganda tingkatan di sisi Allah s.w.t. 

Ini adalah kerana kekuatan Iman yg ada dlm diri dia. Bila dia dtg pada Nabi s.a.w dan kata sucikanlah saya Rasulullah. Rasulullah s.a.w palingkan muka dia kerana org ini telah dtg, maknanya dia telah bertaubat dan Nabi s.a.w tak mahu jatuhkan hukuman ke atas dia. Kalau dia selamat dari hukuman itu lebih baik. Seorg hakim syariah tidak akan jatuhkan hukuman dgn hanya mengaku salah sekali dan tidak ada saksi. Dia sendiri yg mengaku dan sekali mengaku sahaja tidak wajib atas hakim tadi jatuhkan hukuman. Maka Nabi s.a.w telah palingkan muka dia ke kiri. Org ini tidak puas hati kerana dia rasa tidak layak utk hidup dlm dunia ini kerana Allah s.w.t melihat, depan Allah s.w.t, depan malaikat2 dia telah melakukan perkara yg hina, telah langgar perintah Allah s.w.t. Tiga kali dia telah kata sucikanlah saya Rasulullah. Satu org yg telah mengaku salah tiga kali depan hakim maka adalah wajib hakim kena jatuhkan hukuman. Banginda telah beri hukuman hudud ke atas dia.

Ada satu lagi peristiwa yg sama yg telah berlaku pada seorang wanita di zaman Nabi s.a.w. Seorang wanita yang baik tetapi telah melakukan zina. Kekuatan Iman dia telah bawa dia kepada Nabi s.a.w dan berkata, “Sucikanlah aku”. Dia telah mengandung kerana perzinaan tersebut. Nabi s.a.w suruh balik, lahirkan anak, selepas itu dtg kembali kerana dlm keadaan mengandung tidak boleh jalankan hukuman hudud. Wanita itu telah datang kembali setelah melahirkan anak kerana kekuatan Iman dan rasa tidak layak hidup dalam dunia ini dan malu dengan Allah s.w.t. Nabi s.a.w suruh balik sehingga anak itu boleh makan benda yang keras, sekarang ini anak masih menyusu lagi. 

Bila datang kali kedua, Nabi s.a.w tidak hantar polis untuk tangkap dia. Bila datang kali ketiga dengan anak pegang sedikit roti dan beritahu Rasulullah s.a.w, anak sudah boleh makan roti, sucikanlah saya. Tiga kali dia telah mengaku salah di depan Nabi s.a.w maka terpaksa Nabi s.a.w jatuhkan hukuman. Hukumannya ialah rejam sampai mati. Bila direjam telah terpancut darah dan darah itu telah kena pada baju seorang sahabat dan sahabat itu telah keluarkan satu perkataan yg kesat yg menghina wanita itu. Nabi s.a.w nampak dan dengar dan berkata jgn kamu cakap sesuatu yg menghinakan dia kerana dia begitu suci dan jika taubat dia dibahagi2kan di seluruh Madinah, Allah s.w.t akan ampunkan semua dosa2 orang berzina. 

Inilah caranya, bukan dgn mengejar org yg buat jenayah. Di seluruh kehidupan Madinah, jenayah yg berlaku hanya 3 kisah sahaja. Tidak perlu kejar org yg buat jenayah atau zina atau rompak. Kita skrg kena ikut Rasulullah s.a.w dan betulkan Iman dan yakin kita. Baginda s.a.w telah tunjuk satu jln yg baik, yg suci murni utk seluruh dunia. Atas maksud itu, kita kena bertaubat atas apa yg telah kita lakukan, kita kena keluar jalan Allah s.w.t utk 4 bulan, 6 bulan utk belajar cara Rasulullah s.a.w, utk belajar Iman dan yakin ini dan supaya cara ini dpt dihidupkan di seluruh alam. Hendak lah kita ikut cara Rasulullah s.a.w yg suci murni, cara ini ada dlm kitab2 kita, ada dlm masjid2 kita, ada dlm mimbar2 kita. Cara ini, hendaklah kita bawa dlm kehidupan kita. Bawa kehidupan kita cara Rasulullah s.a.w, hindarkan cara2 org lain. Jgn ikut org2 yg merompak, berzina dan sebagainya, tinggalkan mereka dan ikut cara Rasulullah s.a.w. Kalau kita masih lagi ikut org2 yang tidak betul itu, itulah kufur. 

Oleh itu, dtglah kpd cara Rasulullah s.a.w. Jln ini akan bawa semua manusia di seluruh alam. Nabi s.a.w adalah rahmatullilalamin. Semua manusia di seluruh alam akan dtg kpd ketenangan, kebahagiaan, kesenangan, kemuliaan, harta, diri dan maruah setiap org akan selamat apb kita amalkan cara Rasulullah s.a.w. Hanya 13 tahun shj Nabi buat usaha di Mekah dan jln utk semua manusia di seluruh alam sampai qiamat telah dibuka oleh Allah s.w.t. Jln yg penuh dgn ketenangan, kebahagiaan, kejayaan dan kemuliaan. Kita skrg ini kena bawa diri kita kpd jalan itu. Oleh itu perlu beri pengorbanan diri, masa dan harta. Sebagaimana pengorbanan yg telah diberi oleh org2 Islam di Mekah dan Madinah. Kita tidak boleh hendak tunjuk walaupun satu orang di Madinah, yg lahir di Madinah, yg tinggal di Madinah, yg meninggal dunia di Madinah yg tidak keluar di jln Allah s.w.t utk usaha atas Iman, bertaubat dan bawa org lain kpd taubat, belajar Iman, menyebarkan Iman. 

Semua mereka telah korban dan keluar ke jalan Allah s.w.t. Maka kita pun kena buat perkara yg sama, kena belajar, bawa org lain kpd Iman, kita bertaubat, kita bawa org lain kpd taubat. Kita kena buat usaha, pengorbanan diri, masa dan harta sebagaimana yg dibuat oleh para sahabat. Di padang Arafah dan juga di Mina, Rasulullah s.a.w telah bagi khutbah, kalau tuan2 datang kepada perkara yang saya beritahu, kalau tuan2 datang kepada yakin ini, datang kepada cara ini, pada Iman ini, maka akan didapati, satu orang wanita muda, seorang diri, wanita yang cantik, yang penuh dgn barang2 kemas intan berlian yg jln dari satu negara ke satu negara, maka tidak akan ada satu org pun yg akan pandang dia dgn pandangan jahat dan kotor.

Dgn cara ini, dgn jln ini, setiap jiwa dan raga kita selamat. Harta dan maruah akan selamat. Tinggalkanlah cara2 yg lain yang akan bawa kita kpd kebinasaan, kerosakan, kehinaan, ketidak tenteraman. Datanglah kepada cara Rasulullah s.a.w yang ada keselamatan, perlindungan, kejayaan, kebahagiaan, kemuliaan dan sampai ke mana sahabat2 telah sampai. Untuk ini kita kena bertaubat dan tinggalkan jalan yang dulu, jalan org2 yang telah rosak, org2 yang telah dimurkai oleh Allah s.w.t. Tukar jalan dan tukar arah hidup. Sebagaimana satu org yg naik satu bas yg ada air-cond dan selesa dan suruh org berdoa supaya dia sampai ke destinasinya. Org lain kata, macamana nak sampai ke destinasi tersebut kerana bas ini pergi ke tempat lain. Saya tahu bas ini tak pergi tapi bas ini selesa, bas yg lain itu susah/tidak selesa/tiada air-cond. Maka pasti dia tidak akan sampai ke tempatnya kerana bas yg dia naik pergi tempat lain. Oleh itu kena tukar jln, buat keputusan skrg bhw saya akan tukar jln kpd jln Rasulullah s.a.w. 

Perintah2 dan hukum hakam Allah s.w.t menuju pada manusia pada setiap tempat dan keadaan. Tidak ada satu keadaan pun dan tidak ada satu tempat pun di mana perintah2 Allah s.w.t tidak menuju pada manusia. Perintah2 dan hukum-hakam Allah s.w.t menuju pada manusia di mana2 hatta dlm tandas pun masih perintah Allah s.w.t menuju pada manusia di mana ia hendaklah melakukan perintah Allah s.w.t itu mengikut sabdaan Baginda s.a.w, jgn mengadap kiblat atau membelakangkan kiblat. Dlm segala hukum-hakam Allah s.w.t dan perintah2 Allah s.w.t yg menuju pada manusia, perintah Allah s.w.t yg paling besar ialah mewujudkan dlm hatinya keyakinan ttg sifat2 Allah s.w.t dan tentang keesaan Allah s.w.t. Keyakinan ttg zat Allah s.w.t dan keyakinan ttg sifat2 Allah s.w.t ialah satu kekuatan yg begitu ketara sehingga tidak ada mana2 kekuatan dlm segala ciptaan Allah s.w.t melebih dpd kekuatan itu. Antara sifat2Allah s.w.t ialah basir (maha melihat), samiq (maha mendengar). Allah s.w.t sdg melihat saya, Allah s.w.t sdg mendengar saya, Allah s.w.t tahu segala2nya ttg saya. Keyakinan ini perlu ditanamkan dlm hati sanubari kita. 

Satu ketika Baginda s.a.w sedang berjalan di satu lorong dan seorg sahabat nampak Baginda s.a.w. dari jauh. Dari arah berlawanan ada seorang Yahudi sedang berjalan. Tidak ada sesiapa yg lain. Sahabat itu fikir, dlm keadaan sunyi-sepi, hanya Baginda s.a.w dan org Yahudi itu shj, dia khuatir mungkin sesuatu tidak diingini akan berlaku. Itulah perasaan yg ada dlm diri sahabat. Bila Nabi s.a.w dan orang Yahudi itu bertemu dan sahabat tadi yang berada jauh di belakang Baginda s.a.w, cepatkan perjalanan dan sampai dekat dengan Baginda s.a.w dan dengar orang Yahudi itu beritahu Baginda s.a.w, “Tuan perlu bayar hutang saya sekian banyak di sekian waktu”. Oleh kerana Baginda s.a.w telah jelaskan hutang itu maka Baginda s.a.w beritahu “Hutang kamu sekian banyak telah saya bayar di sekian tempat pada sekian masa”. Yahudi tadi tanya Baginda s.a.w, “Mana saksi atau bawa saksi yang mengatakan tuan sudah bayar ?”. Dengan ketentuan Allah s.w.t, pada masa Baginda s.a.w jelaskan hutang itu tidak ada orang yang menyaksikan amalan itu. 

Bila keadaan ini berlaku, tidak ada saksi, Rasulullah s.a.w rasa gelisah dan merasai satu kesusahan akan datang. Bagaimana hendak selesaikan masalah ini. Sahabat yang berada di belakang tadi berkata, “Saya naik saksi tuan telah jelaskan hutang Yahudi ini”. Bila Yahudi itu dengar penyaksian dari sahabat, dia terus beredar dari situ sebab dia tahu seorang Islam tidak akan bercakap bohong dan bila saksi cakap begitu ertinya dia ada pada ketika itu dan melihat apa yg berlaku. Bila Yahudi sudah pergi, Baginda s.a.w beritahu sahabat itu, “Satu masalah telah beredar dari sini kerana amalan kamu”. Baginda hendak tahu macam mana dia naik saksi tentang perkara itu kerana dia tidak ada pada masa itu. Sahabat jawab, “Saya sudah pun naik saksi, saya sudah pun mengucap, keyakinan saya pada tuan telah ada”. “Bila saya dengar tuan cakap dengan Yahudi tadi yg tuan telah jelaskan hutang tersebut, saya naik saksi tentang kebenaran tuan”. “Kalaulah saya benar2 dapat melihat peristiwa itu di mana tuan telah jelaskan hutang Yahudi tadi dengan mata saya sendiri, saya mungkin tidak akan yakin pada mata saya. 

Mungkin mata saya silap tetapi apa yang diucapkan oleh Baginda s.a.w tadi saya tidak boleh silap dan saya yakin tuan sudah bayar hutang tersebut”. Baginda s.a.w beritahu perlukan 2 orang saksi untuk naik saksi atas sesuatu perkara tetapi untuk sahabat tadi dlm apa pun peristiwa saksi dia adalah diterima sbg 2 orang punya saksi. Berdasarkan kisah tadi, iaitu kebiasaannya perlukan 2 orang saksi tetapi masih ada keadaan di mana seorang saksi sudah memadai dan boleh diterima sebagai saksi yang sah sekiranya orang itu mempunyai sikap dan amalan seperti sahabat itu. Apa juga yang disabdakan oleh Nabi s.a.w dan segala apa yg difirmankan dlm kitab suci Al-Quran oleh Allah s.w.t hendaklah ditanamkan keyakinan atas kedua2 perkara ini dalam hati kita sebagaimana keyakinan sahabat tadi. Itulah yg dikatakan iman. 

Atas maksud itu, Maulana Yusuf rah. beritahu tanpa melihat atau mendengar ttg zat Allah s.w.t dan sabdaan Baginda s.a.w atau kemudian baru dapat tahu ianya benar2 sama dgn sabdaan Rasulullah s.a.w, keyakinan yang macam ini pun boleh diwujudkan dalam hati sanubari manusia. Keyakinan inilah perlu diusahakan dlm hati sanubari yg dikatakan iman.  Antara perintah2 Allah s.w.t, perkara yg paling penting dan paling besar sekali ialah iman. Kita kena yakin dgn sifat2 Allah s.w.t. Allah s.w.t sedang melihat, sedang mendengar dan perlu diusahakan supaya wujud keyakinan ini dlm hati sanubari kita. Kita kena wujudkan keyakinan dlm hati sanubari kita segala sifat2 dan zat-zat Allah s.w.t dan segala sabdaan Nabi s.a.w. Barulah kita dikatakan beriman. Inilah iman yg dikehendaki dan atas dasar inilah sahabat2 beritahu, “Kami belajar iman dahulu baru kami belajar Quran”. 

Untuk mendapatkan keyakinan atas zat dan sifat Allah s.w.t ini memerlukan masa yg lama. Walaupun org yg mengajar iman ini ialah Nabi s.a.w dan yg belajar iman ialah org spt Abu Bakar Siddiq r.a, ia masih lagi mengambil masa selama 13 tahun untuk benar2 masukkan iman ini sebati ke dalam hati sanubari mereka. Mungkin lebih dari 13 tahun diperlukan untuk masukkan iman ke dalam hati tetapi hasil daripada itu ialah segala amalan anggota kita akan dapat digerakkan di jln yg benar, iaitu mengikut perintah Allah s.w.t. Perkara ini sgt penting. Sehinggakan setiap ambiya a.s daripada Adam a.s sehingga Nabi s.a.w yang diutuskan oleh Allah s.w.t, kesemua mereka ini mula2 buat usaha untuk tanamkan keyakinan ini dalam hati sanubari umat2 mereka. Allah s.w.t jadikan fitrah manusia iaitu bila dia nampak ada org melihat dia, dia tidak akan buat apa-apa kerja yg tidak betul. 

Dia tidak akan buat sesuatu yg dilarang kerana dia tahu ada org sedang melihat. Iaitu setiap org, tidak kira siapa, Abu Bakar Siddiq r.a, Ali r.a, kesemua mereka ini perlu diusahakan supaya dlm hati sanubari mrk ada keyakinan ttg zat dan sifat Allah s.w.t. Usaha yang dibuat oleh ambiya a.s ialah masukkan keyakinan tentang zat dan sifat Allah s.w.t yg mana dalam setiap keadaan Allah s.w.t melihat manusia. Allah s.w.t tahu apa yg manusia buat. Jika benar2 ada keyakinan ini dalam hati sanubari kita, tidak akan ada manusia berani melanggar perintah Allah s.w.t. Dua malaikat kiri dan kanan sedang melihat dia, Allah s.w.t sedang melihat dia, dia tidak akan buat niat pun untuk buat apa2 perkara yg melanggar perintah Allah s.w.t.

Dengan iman dan keyakinan seperti ini yang ada dalam hati sanubari manusia, ia akan menghalang kepada setiap amalan2 dan jalan2 yang salah. Bila manusia hendak buat sesuatu yang tidak betul dan teringat Allah s.w.t sedang melihat, dia tidak akan jadi hendak buat. Begitu juga bila dia hendak cakap sesuatu yang tidak betul dan tahu Allah s.w.t akan dengar apa yang dia cakap, maka dia akan hentikan. Begitulah juga dengan segala amalan2 buruk, bila hendak buat atau ada niat hendak buat, teringat Allah s.w.t sedang melihat dan menyaksikannya, maka dia tidak akan jadi hendak buat. Ini kerana ada yakin dengan zat dan sifat Allah s.w.t. Oleh itu untuk bawa manusia ke jalan yang paling lurus dan paling pendek untuk selesaikan segalal masalah, ialah jalan yang dibawa kepada kita oleh ambiya a.s. Jalan2 yg lain adalah jalan yg panjang dan sukar untuk selesaikan masalah. Jalan yang paling mudah ialah jalan ambiya a.s, oleh itu marilah kita buat keputusan untuk pilih jalan yang dibawa Nabi s.a.w. Satu peristiwa tentang keadaan iman di mana ada org2 di Madinah yg jalankan usaha dakwah dan ucap kalimah syahadah. Mereka jumpa Nabi s.a.w dan beritahu Baginda, “Kami sudah beriman”. Dtg wahyu dari Jibrail a.s beritahu “Mereka belum beriman”, kerana iman yg mereka sebut itu belum turun ke hati sanubari mereka.

Ini adalah jawapan yang datang dari Allah s.w.t. Iman ini bila disebut dengan lidah dipanggil sebutan/lafaz iman. Semua ambiya a.s ajar umat mereka sebut kalimah ini. Bani Israil pun sebut kalimah ini. Hanya sebut sahaja, belum dikatakan iman lagi. Bila mengucap, didengar dengan telinga, masih kalimah iman, belum iman lagi. Dari telinga dibawa ke otak. Kerja otak ialah mengkhabarkan apa yang didengar dan dihafal. Kalimah iman ini dan segala bab-bab iman dalam kitab2 hadith dan juga dalam kitab suci Al-Quran yang masuk ke dalam otak melalui telinga dan dihafal masih belum iman lagi, ia hanya dikatakan ilmu atau pengetahuan iman. Ramai orang telah hafal. Orang2 bukan Islam pun boleh sebut dan hafal kalimah ini dan juga bab-bab iman dalam kitab-kitab hadith dan segala perkara iman yang disebut dalam Al-Quran tetapi masih belum iman lagi, cuma ada ilmu iman. Iman hanya akan wujud apabila apa yang ada dalam otak masuk dalam hati sanubari. Barulah ia dianggap sebagai iman. 

Sebut kalimah iman, dengar kalimah iman dan hafal kalimah iman masih belum dikatakan iman. Bila masuk dalam hati barulah dikatakan iman. Bagaimana iman ini boleh masuk ke dalam hati? Iman ini akan masuk ke dalam hati sedikit demi sedikit apabila kita menyeru manusia kepada iman dan kepada kebesaran Allah s.w.t. Yang kedua ialah dengar. Bila kita dengar kebesaran Allah s.w.t dan niat untuk masukkan apa yg kita dengar ke dlm hati sanubari, ini pun usaha atas iman juga. Yang ketiga ialah ilmu, ilmu iman. Allah s.w.t beri kepada otak manusia ini keluasan untuk himpunkan pengetahuan2 tentang iman. Semua manusia boleh ingat semua perkara2 mengenai iman. Dengar fikir ttg kebesaran Allah s.w.t, iman akan dibentuk. Melalui cakap, dengar dan fikir, iman akan bertambah. Melalui mata (penglihatan), lihat kebesaran Allah s.w.t, iman akan bertambah.

Contoh, bila Bani Israil di bawa oleh Musa a.s sampai ke lautan. Bila sampai di lautan, hendak teruskan perjalanan tidak boleh. Di belakang ada Firaun dan tentera2nya. Mereka lihat dgn mata mereka sendiri. Apa yang dilihat oleh mereka juga dilihat oleh Musa a.s. Fungsi mata adalah sama tetapi ada mata yang belum sempurna iman dan ada mata yg sudah sempurna iman. Bila iman tidak diusahakan, lihat di depan ada lautan dan di belakang tentera Firaun, maka Bani Israil kata, “Habislah kita”. Dlm keadaan/situasi yg sama, Musa a.s yg telah buat usaha atas iman berkata, “Tidak mungkin kita binasa kerana Allah s.w.t bersama dgn saya”. Knp beliau berkata begitu? Mata Musa a.s nampak air tidak ada kekuatan utk musnahkan juga tentera tidak ada kekuatan utk musnahkan. Yg musnahkan ialah “rak” . Maksud “rak”  ialah kuasa yg menyempurnakan segala hajat kita. Segala keperluan kita dpt disempurnakan oleh Allah s.w.t. Musa a.s berkata tidak mungkin dia binasa kerana yg menyempurnakan hajat dan keperluan bersama2 dgn dia. Mata berlainan, peristiwa yg sama, jawapan lain2 kerana mengikut usaha dan keyakinan. Yakin yg ada pada Musa a.s ialah air tidak boleh buat apa2 dan tentera tidak boleh buat apa2, yang buat semua perkara ialah Allah s.w.t. Musa kata pada masa itu dia sedang melaksanakan apa yg diperintahkan oleh Allah s.w.t , maka Allah s.w.t pasti akan bantu dia.

Iman yg diceritakan tadi, iman spt itu, melalui sebutan, penglihatan dan fikiran yg diusahakan dan dimasukkan ke dlm hati, iman ini mempunyai kekuatan. Satu kekuatan yg begitu hebat di mana kekuatan ini akan dpt menggerakkan kpd segala amalan2 baik dan disukai oleh Allah s.w.t. Kekuatan iman ini dpt menahan diri dpd segala perkara2 buruk yg dilarang oleh Allah s.w.t. Bukan sahaja kekuatan iman ini dpt menggerakkan manusia kpd amalan agama bahkan seseorg itu tidak akan senang hati selagi ia tidak amalkan perintah Allah s.w.t. Dlm Al-Quran ada diberitahu, “Ya aiyuhallazi naamanu aminu” “ Wahai org2 yg beriman, imanlah kpd Allah” maka oleh itu iman yg disebut belum iman lagi. 

Dlm perkara ini, Mufti beritahu seolah2 ia berkata,“Wahai org2 Kuala Lumpur yg beriman, usahakanlah iman seperti iman org2 di Madinah ke dlm hati sanubari tuan2 kerana tahap iman yg tuan2 ada tidak akan dpt menyelesaikan masalah dan tidak akan dpt bantuan Allah s.w.t sepertimana yg didapati di Madinah. Utk dpt bantuan Allah s.w.t spt org2 Madinah dpt, utk bereskan masalah spt org2 Madinah bereskan masalah, tuan2 kena usaha utk masukkan ke dlm hati sanubari tuan2 tahap iman yg ada pada org2 Madinah. 

Wahai org2 Kuala Lumpur usahakan iman supaya tahap iman tuan2 meningkat dan sampai ke satu tahap yg ada pada org2 Madinah. Bila kita sudah usahakan iman ini, maka dgn iman ini akan selesaikan apa juga masalah dan akan beri kejayaan dunia dan kejayaan akhirat untuk selama2nya. Oleh kerana tuntutan atas iman dan Allah s.w.t sudah beritahu di mana kamu belum beriman lagi maka kamu kena usaha untuk masukkan iman ini, keyakinan tentang sifat2 Allah s.w.t ke dlm hati sanubari dan selepas itu baru kamu akan dpt kejayaan dunia dan akhirat. Semua dpd kita yg ada dlm majlis ini kena buat keputusan tidak akan balik selagi kita tidak dpt belajar iman. Semua org2 Kuala Lumpur kena buat keputusan iaitu mereka akan belajar iman dan usaha utk belajar dan mujahadah utk masukkan iman itu ke dlm hati. 

Beliau bersumpah dgn nama Allah, bukan sekali malah berjuta2 kali tidak akan tinggal satu maksiat pun di Kuala Lumpur, tidak akan tinggal satu perintah Allah pun di Kuala Lumpur, tidak akan tinggal satu amalan buruk pun di Kuala Lumpur kalau setiap dpd org2 Kuala Lumpur sudah usaha untuk masukkan iman yg dituntut oleh Allah s.w.t seperti tahap iman yg ada pada org2 Madinah. Bagaimana kita hendak supaya semua manusia dpt amalkan Islam tanpa usaha atas iman? Kita boleh bersumpah dgn nama Allah, tidak ada manusia yg amalkan Islam tanpa diusahakan iman dlm hati sanubari dia. Utk amalkan Islam tidak susah dan tiada masalah jika kita telah usaha iman dlm hati sanubari kita.

Begitu mudah hendak amalkan agama Allah s.w.t, amalkan Islam. Mula-mula kita usahakan iman yakin dalam hati sanubari kita. Tanpa usaha atas iman amat sukar untuk kita amalkan Islam. Sebagai contoh, memang sukar untuk bawa kereta dalam lumpur yang dalam. Kereta itu tidak ada masalah tetapi yang bawa masalah ialah lumpur. Oleh itu kena bersihkan jalan dahulu. Bila jalan sudah bersih, maka senang untuk kereta berjalan. Bukan sahaja satu kereta, malah beribu-ribu kereta yang lain dpt jalan. Setiap insan, setiap manusia ciptaan Allah s.w.t di mana sahaja berada, semuanya sama sahaja. Bila usaha masukkan iman ke dalam hati dibuat, maka akan dapat amalkan agama Islam dgn begitu mudah sekali dan akan menjamin kejayaan dunia dan akhirat selama2nya. 

Jika kita usahakan iman dalam diri kita, kita akan dpt amalkan agama Allah s.w.t atas jalan yg lurus. Bukan kita shj berada atas jln itu ttpi ribuan dan jutaan manusia, bila nampak jalan yg lurus dan bersih mereka akan ikut atas jln yg sama, jln yg telah dibersihkan oleh kita. Pembesar2 negara mufti datang dan jumpa beliau dan minta dia bantu untuk membantu dan mengubal perlembagaan negara. Beliau kata boleh kerana ia adalah perkara yang baik. Beliau kata ada satu usaha lagi yang lebih penting, kamu kena sediakan anak2 supaya jadi betul. Usaha perlu dibuat supaya anak2 jadi manusia yg baik. Bila manusia baik, mudah untuk amalkan perlembagaan. Kalau manusia tidak baik, susah untuk amalkan perlembagaan. Begitu juga dalam rumah, kalau semua penghuni rumah itu berakhlak baik, mudah untuk mengendalikan rumah itu. Kalau semua orang2 dalam bandar baik, sudah tentu bandar itu dianggap satu bandar yg baik. Kalau orang2 dlm pertanian baik, sudah tentu hasil2 pertanian akan jadi baik. Begitu juga dengan negara, kalau semua orang dalam negara itu baik, segala urusan2 negara itu akan dapat dikendalikan dengan baik. Jadi, kalau kita usaha atas semua orang dalam negara itu supaya jadi baik, selepas itu kita beri mereka perlembagaan, dengan itu mereka dapat amalkan perintah2 dalam perlembagaan itu. 

Beliau beritahu pada mrk, ini bukan kerja seorg sahaja. Kerja ini perlu dibuat oleh semua org. Kerja memperbaiki manusia bermula dpd Baginda s.a.w. Baginda s.a.w dpt dari Allah s.w.t di Gua Hiraq. Selepas itu Baginda s.a.w pergi ke Mekah dan laungkan perkataan, “Wahai manusia, kamu ucaplah Lailahaillallah pasti kamu akan dpt kejayaan”. Jalan kejayaan sudah ada. Wakil lelaki Abu Bakar Siddiq r.a, wakil wanita Khadijah r.ha, wakil remaja Ali r.a yang mana mereka inilah tiga wakil yang mula2 terima Islam. Selepas terima Islam, mereka bersama-sama dengan Nabi s.a.w jalankan usaha dakwah untuk baiki diri dan manusia dan bawa kepada Allah s.w.t. 

Manusia dibahagi2kan antara lelaki, wanita dan remaja. Ketiga-tiga kumpulan ini kena buat usaha untuk baiki manusia. Dgn usaha tersebut, bermacam2 jenis manusia dengan berbagai jenis kedudukan, mereka semua datang kepada agama Allah s.w.t dan terima Islam dan dapat dibaiki. Pembesar2 yang jumpa mufti tadi seolah-olah memberitahu bahawa ini kerja tuan. Tidak. Ini bukan kerja saya seorang, semua orang boleh buat kerja ini. Kerja yang utama sekali sebelum kita baiki orang, kita kena baiki diri kita dahulu. Bila kita baiki diri kita dahulu, maka selepas itu mudah untuk baiki manusia yang lain. Adakah tuan-tuan rasa iman yang kita ceritakan ini susah? Sekarang ini zaman kajian, bermacam2 jenis kajian dibuat, oleh itu tuan-tuan perlu lapangkan masa untuk usahakan iman seperti ini. Lapangkan masa begitu penting sekali. Sbg contoh, dlm perintah2 ibadah, perintah yg paling besar ialah solat. Utk dpt solat, kena tinggalkan segala2nya. Tidak boleh solat tanpa tinggalkan segala2nya. 

Pada pandangan Imam Shafie rah. solat tanpa berjemaah adalah bukan solat. Pada pandangan Imam Abu Hanifah rah. solat tanpa berjemaah tidak akan dapat pahala kerana fardhu terlepas. Untuk solat dengan berjemaah, kena tinggalkan kedai, keluarga dan segala2nya. Kita kena juga tinggalkan fikir atas benda2 lain. Solat yang betul kata Rasulullah s.a.w ialah, “Solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat”. Baginda sudah tunjukkan segala2nya. Tinggal kan segala2nya hatta ingatan pada kedua ibu-bapa yang mana ia adalah satu ingatan yang baik. Apa pun tidak boleh ingat. Barulah solat itu akan jadi solat. Jika kita solat 2 rakaat spt itu, kemudian doalah apa shj, insyaAllah akan dimakbulkan. Baginda s.a.w bersabda, “Solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat” bermaksud solat yg mirip dan sama spt solat Rasulullah s.a.w barulah dikatakan solat. Sebaliknya solat yang tidak mirip dgn cara Nabi bukanlah solat. Ini bukan fatwa mufti ttpi adalah fatwa Nabi s.a.w sendiri.

Satu kisah, ada seorg pemuda sedang bersolat. Selepas dia habis solat 2 rakaat dan beri salam, maka Baginda s.a.w jawab salam dia dan suruh dia solat semula. Baginda s.a.w beritahu solat yg kamu buat tadi bukan solat. Maka pemuda tadi solat semula dalam keadaan di mana mata Baginda s.a.w sedang melihat dia. Bayangkanlah betapa tingginya darjat dan betapa mulianya sahabat tersebut yang melakukan amalan dlm masjid Nabawi dan dilihat oleh Nabi s.a.w. Selepas solat kali kedua, Baginda s.a.w suruh solat lagi sekali untuk kali ketiga kerana solat tadi juga bukan solat. Pemuda tadi beritahu Nabi s.a.w, bahawa apa yg dia tahu sudah dia buat. Kesalahan yg pemuda tadi buat ialah dia tidak berhenti sebentar semasa Iqtidal (bangun dari rukuk) dan tidak berhenti sebentar semasa duduk antara dua sujud. 2 kesalahan ini yg menyebabkan Baginda s.a.w suruh dia solat semula. Amalan ini adalah satu amalan yg dilupakan walau pun darjatnya sama dgn amalan fardhu. 

Tanpa amalan ini solat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Perkara ini berlaku hari ini kerana kita solat dlm keadaan gopoh-gapah. Kita kena elakkan amalan spt ini dan amalkan cara yg Baginda s.a.w tunjukkan, maka barulah solat kita akan jadi solat yang akan diterima oleh Allah s.w.t dan doa juga akan diterima oleh Allah s.w.t. Kaedah ini bukan untuk solat sahaja. Kaedah yang Baginda s.a.w ajar adalah untuk setiap amalan2 org Islam yg dtg dari Allah s.w.t. Kaedahnya sama sahaja. Apa sahaja amalan yang kita buat, jika bukan sepertimana yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w maka amalan itu bukanlah amal. Jika naik haji bukan dengan cara yg diamalkan oleh Rasulullah s.a.w, bolehkah ia dikatakan haji? Tidak. Haji itu perlu dibuat lagi sekali. Begitu juga dgn nikah. Jika tidak ikut sunnah Nabi s.a.w, maka janganlah harap utk dapat berkat dlm pernikahan kita itu. 

Perkahwinan tidak dgn cara Nabi s.a.w tidak akan dapat berkat dan anak2 yg lahir dpd perkahwinan itu akan derhaka pada ibu-bapa. Oleh itu kita merayu setiap org, budak pejabat sehinggalah ketua negara, setiap org tanpa mengira pangkat dan darjat, usahakanlah iman dlm hati sanubari, usahakanlah solat dgn cara Nabi s.a.w, yg mana akan membawa kpd kejayaan. Org2 Islam pada hari ini, sebutan kalimah pun tidak betul, apatah lagi hendak masukkannya ke dlm hati, oleh itu macamana hendak amalkan perintah2 Allah s.w.t.

Umat ini perlu belajar solat. Solat cara Baginda s.a.w. Usaha perlu dibuat untuk memperbaiki mutu solat. Barulah akan bereskan masalah2 kita dan akan dapat kejayaan dari Allah s.w.t. Hari ini manusia tidak peduli tentang usaha atas kalimah dan usaha atas solat. Rayuan kita, kembalilah kepada usaha yang asal. Agama tidak akan datang dalam diri kita hanya dengan kita dengar, agama tidak akan datang dalam diri kita hanya dengan kita menulis dan agama tidak akan dtg dlm diri kita hanya dgn kita membaca. Agama akan datang bila kita niat untuk usaha untuk belajar. Sebagai contoh, sekali Baginda s.a.w masuk ke dalam Masjid Nabawi, terdapat 2 halaqah. Satu halaqah sedang sibuk dengan zikrullah. Satu halaqah lagi sedang sibuk dengan ajar-mengajar. 

Baginda s.a.w lihat kedua-dua halaqah. Baginda s.a.w beritahu bahawa kedua-dua halaqah sedang buat amalan yang baik dan selepas itu Baginda s.a.w duduk di dalam halaqah ajar-mengajar. Nabi s.a.w beritahu bahawa dia dihantar sbg Mu’alim (pengajar). Maksudnya ada orang mengajar dan ada orang belajar. Kepada siapa kita hendak belajar? Kita kena belajar sepertimana ilmu2 yg lain, ilmu kedoktoran, ilmu kejuruteraan, ilmu matematik dsb dpd org2 yang berpengetahuan dalam bidang tersebut.  Begitulah juga dengan iman, belajar iman dlm suasana org2 yg berpengetahuan tentang  perkara ini. Barulah iman akan datang dalam diri kita dan agama akan datang dalam diri kita.

Nabi s.a.w bersabda, “Saya datang sebagai pengajar”. Sifat Nabi s.a.w yg begitu lemah-lembut dan penuh dengan perasaan kasih sayang. Tidak ada dalam satu riwayat pun dimana Rasulullah s.a.w pernah rotan atau pukul sesiapa yg belajar. Jari tidak pernah digunakan utk pukul org, lidah tidak pernah digunakan utk memaki orang, suara tidak pernah digunakan utk menengking org, dgn cara ini Baginda s.a.w mengajar org2 beriman tentang agama. Nabi s.a.w sentiasa dalam keadaan kasih-sayang. Semua ambiya a.s dtg dgn sifat ini. Kita yang belajar dan mengajar juga kena amalkankan sifat ini. Solat adalah fardhu. Belajar solat juga adalah fardhu. Belajar cara solat itu juga fardhu. 

Oleh itu kena usaha belajar cara Nabi s.a.w maka selepas itu, solat yg bermutu tinggi ini akan terus naik ke arash Allah s.w.t. Oleh itu kita kena bagi masa utk belajar iman dan solat. Belajar 4 perkara dgn sebaik2nya. Jika dpt tunaikan hak dan belajar 4 perkara ini, segala perbuatan akan jadi agama selepas itu. Jika tidak belajar 4 perkara tersebut, segala amalan yg kita lakukan spt haji, zakat dan amalan2 lain, seolah2 kita tidak buat amalan itu. “Mufti cuba utk menerangkan 4 perkara ini dgn seringkas2nya dan semua perlu niat dan berusaha supaya dpt memahaminya, dpt mengingati dan amalkannya. Supaya setiap amalan kita akan jadi berfaedah”. 

Perkara pertama: 

yang perlu dipelajari ialah Iman. Iman perlu dipelajari dengan sebenar2nya. Dengan iman, apa yang kita fikir akan jadi agama, apa yang kita cakap akan jadi agama, apa yang kita dengar akan jadi agama, perjalanan kita akan jadi agama, hatta setiap amal perbuatan kita semua akan jadi agama (deen) di sisi Allah s.w.t. Jika kita tidak berusaha untuk belajar iman, tiada satu amalan pun akan diterima oleh Allah s.w.t. Baginda s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa dalam keadaan dia beriman, puasanya akan diterima oleh Allah s.w.t. Bukan sahaja diterima, segala kelebihan2 dan fadhilat2, pahala2 yang patut diperolehi oleh orang yang berpuasa, semua itu akan diperolehi. Sekiranya orang yang tidak beriman berpuasa, tidak akan dapat apa pun faedah atau pahala”. Baginda s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang berdiri malam Lailatul Qadar dalam keadaan dia beriman, segala dosa2nya yang pernah dia lakukan, semuanya akan diampunkan oleh Allah s.w.t”.  

Bila kita belajar 4 perkara ini, kita akan dapat segala pahala dan faedah daripada amalan2 yang kita lakukan. Sekiranya kita tidak belajar 4 perkara ini, sebaik2 amalan pun tidak berfaedah. Baginda s.a.w bersabda, “Kamu tidak akan masuk syurga tanpa iman”, maksudnya tiket untuk ke syurga ialah iman. Tanpa tiket ini siapapun tidak akan masuk syurga Allah s.w.t. Sebab itulah sahabat2 Baginda Nabi s.a.w beritahu, “Kami belajar iman dulu, baru kami belajar Quran”. Masalah iman ini adalah satu perkara yang mudah, bukan susah sangat. Sebab kalau ia susah, Allah s.w.t. tidak akan suruh manusia belajar iman. Allah s.w.t Maha adil, contoh nya, kita tidak akan suruh seorang budak 5 tahun untuk angkat seguni beras kerana dia tidak mampu. Begitu juga dengan Allah s.w.t, Allah s.w.t tidak akan bebankan kita lebih dari apa yang kita boleh buat, maksudnya kita boleh belajar iman. Kalau satu org kata dia tidak boleh belajar iman, dia seorang pendusta.

Satu kisah, seorang ayah dan ibu, mereka ada seorang anak, apa juga keperluan yang diminta oleh anak dan keperluan mereka sendiri, mereka akan minta pada Allah s.w.t. Minta makan, minta pakaian, apa sahaja keperluan, mereka minta daripada Allah s.w.t. Mereka pun suruh anak minta dengan Allah s.w.t. Mereka ajar anak minta dengan Allah s.w.t apa saja keperluan dan mereka akan usahakan agar dia dapat segala keperluan itu tanpa dia tahu ayahnya yang beri. Suatu hari mereka tiada di rumah, anak balik dari belajar dan lapar, anak tersebut minta dengan Allah s.w.t dgn solat. Lepas itu dia makan. Ibunya sedar yang makanan sudah habis. Ibu balik dengan cepat hendak masak. Anak kata sudah makan. Tanya ibu, “macamana?”. Kata anak, “macam biasa, minta dgn Allah”. “Ya Allah beri makan pada saya”. “Makanan yang dimakan hari ini sangat sedap, tidak seperti hari-hari yang lain”. Budak ini dapat makanan dari Allah s.w.t. kerana keyakinan yang ada dalam diri dia. Dia tahu segala keperluan dia dan segala makanan dia adalah dari Allah s.w.t. 

Keyakinan dia dalam hati sanubari, yakin yang sebenarnya iaitu segala keperluan hanya datang dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yang menyempurnakan segalanya. Keyakinan dia langsung tidak bercampur-aduk. Siapa sahaja yg usaha belajar yakin ini, Allah s.w.t yg menyempurnakan keperluannya, dan minta dengan Allah s.w.t dengan yakin ini tanpa mensyarikatkan Allah s.w.t, insya’Allah, apa sahaja kehendak dan keperluannya Allah s.w.t akan sempurnakan. Apa yang Allah s.w.t tidak suka ialah kita minta dengan Allah s.w.t dan dicampur-adukkan dengan benda2 dan kuasa yang lain. Allah s.w.t sanggup ampunkan segala dosa2 hambaNya tetapi Allah s.w.t tidak akan ampunkan dosa syirik. Kita ajar anak2 kita dengan keyakinan ini. Apa sahaja keperluan semuanya datang daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t tahu keadaan saya. Ajar anak semasa kecil tentang keyakinan ini, Allah s.w.t melihat saya.

Bila anak pecahkan pinggan-mangkuk, dia akan sorokkan supaya org tidak nampak. Tidak perlu pukul dia. Beritahu anak, Allah nampak. Bila pecah Allah s.w.t nampak, sorok pun Allah s.w.t nampak dan juga ada dua malaikat yg nampak. Kiri-kanan ada malaikat nampak dan tulis apa yg kamu buat. Minta taubat dan keampunan dgn Allah s.w.t, lain kali jgn buat lagi. Dgn cara ini kita masukkan ke dlm diri dia dgn keyakinan ttg keesaan Allah s.w.t., sifat Allah s.w.t dan ttg kewujudan dua malaikat kiri dan kanan. Selepas itu apa sahaja kerja yg dia buat, dia akan hindarkan diri dia dari amalan2 yg tidak disukai oleh Allah s.w.t. Iman ini bukan sebutan dari lidah sahaja. 

Tempat iman bukan di lidah, tempat iman ialah hati (kalbu). Iman ini bila masuk ke dlm hati barulah dikatakan iman, sebelum itu belum iman lagi. Satu contoh, sedang kita berjalan dan nampak seekor ular, kita akan terus berhenti. Satu perasaan akan dtg, perasaan khauf (takut). Setiap manusia tahu yg ular boleh bawa mudharat, termasuk nabi Musa a.s. Di dlm hati kita ini Allah s.w.t letakkan perasaan khauf . Org yg berakal akan fikir bahawa ular adalah satu binatang yg sensitif yg boleh dengar melalui seluruh anggotanya. Oleh itu kita akan cuba tengok dan periksa dulu samada ia sudah mati atau masih hidup. Kuis dgn kayu, bukan dgn tangan. Sebenarnya ular itu telah di kerat2 dan badannya telah putus2. Maka perasaan takut pun hilang kerana ular yg hidup shj boleh bagi mudharat dan kita ada keyakinan yg kedua yg Allah s.w.t letakkan dlm hati, iaitu mudarat tidak akan dtg dari ular yg mati.

Selagi kita tidak anggap makhluk di permukaan bumi ini seperti ular yg mati, iman kita tidak akan sempurna. Sekecil2 makhluk, semut, dan sebesar2 makhluk, Jibrail a.s., tidak boleh bagi manafaat atau mudharat. Tidak ada makhluk yang lebih besar dan lebih kuat daripada Jibrail a.s. Kekuatan semua makhluk ini, dari semut hingga Jibrail a.s. tidak boleh bagi manafaat atau mudharat. Kita kena yakin mereka ini makhluk. Makhluk ialah yang dicipta, oleh itu mesti ada yang mencipta, tanpa pencipta takkan ada yg dicipta. Dari sekecil2 makhluk hingga sebesar2 makhluk tidak boleh bagi manafaat atau mudharat, tidak ada apa2 kekuasaan utk beri manafaat dan mudharat. Perkara ini mudah sahaja utk dipelajari, tidak susah. Semut tidak boleh buat apa-apa, Jibrail a.s tidak boleh buat apa-apa. Keyakinan kita ialah yg buat segalanya ialah Allah s.w.t, selain dari Allah s.w.t, tidak boleh buat apa2. Keyakinan macam ini yg ada dlm hati sanubari kita barulah dipanggil iman. 

Tempat iman bukan di lidah, bukan di otak. Tempat iman ialah hati, tiada tempat yg lain. Macamana keyakinan ini boleh wujud? Ia perlukan masa, kadang2 lama, kadang2 cepat, iaitu kena cakap berulang2 kali ttg kebesaran Allah s.w.t. Segala2nya Allah s.w.t yang buat, segala2nya Allah s.w.t sahaja boleh buat, segala2nya Allah s.w.t sahaja sedang buat dan makhluk tidak boleh buat apa pun, makhluk tidak ada kekuatan, tidak ada daya upaya. Perkara ini kena cakap dgn mulut dan apa shj yg kita iakan dgn hati barulah benda itu akan masuk dlm hati. Usahakanlah utk masukkan keyakinan ttg keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t. Lama-kelamaan Allah s.w.t akan kurniakan perkara itu kpd kita. Satu kelainan akan wujud dlm diri kita, iaitu iman yg sebati dgn hati kita.

Doa Rasulullah s.a.w. “Allahumma inni as aluka imanan da iman (“Ya Allah, aku mohon dari Engkau iman yg akan ada bersama2 dgnku utk selama2nya)”, supaya iman ini sebati dengan hati (kalbu) dan tidak akan terpisah lagi. Bila kita ada yakin atas zat dan sifat Allah s.w.t dan tempat yang betul untuk yakin ialah kalbu, keyakinan ini adalah satu kekuatan yang mana tidak ada satu kekuatan yang lebih besar dpd ini, kekuatan dlm diri. Satu kekuatan bagi seorg Islam, org yg beriman, tentang yakin zat dan kebesaran Allah s.w.t. Satu kisah, Abdullah bin Umar r.a. , dtg seorg sahabat beritahu ada seekor harimau yg berada betul2 atas jalan di Madinah. Cuma ada satu jalan sahaja dan org ramai takut. 

Perasaan khauf telah dtg dan mengadu pada org yg tidak ada perasaan khauf. Beliau pergi ke sana dan cari harimau tersebut. Harimau sedang tidur, beliau pegang telinga harimau dgn tangan kiri dan tempeleng dgn tangan kanan dan berkata berani kamu ganggu jalan orang Islam. Dengan satu tempeleng itu sahaja ia terus beredar dan sampai sekarang tidak ada harimau lain yang lalu di situ dan sampai qiamat pun tidak akan ada harimau di situ. Beliau faham bahawa mudharat dan manafaat tidak akan datang tanpa izin Allah s.w.t.

Kekuatan iman, tidak ada kekuatan yang lebih dpd itu sekiranaya ia berada di tempatnya, yakni dalam kalbu manusia. Iman yang macam mana? Iman tentang sifat dan zat Allah s.w.t. Allah maha besar, tak ada kekuatan yg lebih besar dpd kekuatan Allah s.w.t. Satu kisah lagi, seorang sahabat di hutan, tersesat jln, dtg seekor singa, singa tunduk dan beri salam, angkat kepala dan goyang ekor beri isyarat seolah2 suruh ikut, sahabat pun ikut hingga ke jalan yang dicari2. Selepas itu singa tunduk kepala dan ucap selamat tinggal. Ini adalah riwayat kisah2 yang dialami oleh manusia yang ada kekuatan iman dlm hati sanubari tentang zat dan sifat Allah. Makhluk tidak boleh bagi manafaat atau mudharat. Kekuatan iman adalah kekuatan yg sangat besar, kekuatan yg ada pada Allah s.w.t. Kekuatan ini adalah sama spt membezakan kekuatan Allah s.w.t dengan kekuatan makhluk. Kekuatan Allah s.w.t, pencipta bagi segala makhluk. Tidak ada nisbah kekuatan Allah s.w.t dengan kekuatan makhluk. 

Begitulah besar, begitulah kuat, kekuatan Allah s.w.t yang dikurniakan pada manusia yang beriman. Kekuatan akan menjelma dpd anggota2 manusia dan ini hanya akan berlaku bila kekuatan itu ada pada tempatnya. Jika tidak, kekuatan itu tidak boleh menjelma dan tidak boleh buat apa pun. Sbg contoh, peluru. Beli di kedai, letak dalam poket dan bila sampai di rumah letak dlm rumah, kekuatan peluru tidak akan menjelma/dizahirkan kerana tidak kena pada tempatnya. Kekuatan peluru bila diletakkan dlm poket tak boleh buat apa2. Bila ada seekor anjing lintas dihadapan dan baling anjing dgn peluru. Peluru tak boleh buat apa2 kerana tempat peluru bukan dlm poket. Bila diletakkan dlm tempat yg sebenarnya, dlm senapang atau pistol, kemudian diacukan pada anjing/singa/gajah dan pemetik dipicit maka akan hancurlah anjing/singa/gajah tadi kerana ia digunakan ditempat yg sebenarnya dan digunakan dgn cara yg betul. Kekuatan peluru tadi menjelma/dizahirkan.

Begitu juga kekuatan iman akan menjelma dan dizahirkan apabila iman itu diletakkan di tempat yang betul iaitu dalam hati/kalbu. Keputusan ini adalah keputusan dari Allah s.w.t. dalam kitab suciNya di mana ada orang2 di luar Madinah datang berjumpa Nabi s.a.w dan beritahu “Kami sudah beriman”. Allah s.w.t beritahu melalui wahyu kepada Nabi s.a.w mereka belum beriman lagi kerana iman belum masuk dalam hati/kalbu. Perkara iman ini adalah perkara yang mudah, tetapi kerana kita sudah biasa dengan perkara yang susah, maka hendak faham perkara mudah jadi susah. Perlukan masa yg panjang utk diceritakan. Di ijtimak Tongi, ada pembesar2 datang dan duduk dlm bayan Maulana Yusuf rah. Maulana kata kenapalah kamu ini selalu cakap kami boleh buat ini, kami boleh buat itu, segalanya kami yang buat. Jangan cakap begitu. Perkara ini tidak disukai oleh Allah s.w.t. 

Contoh zaman Nabi s.a.w., apabila Nabi s.a.w ditanya soalan, Baginda akan jawab jika perkara itu ada dalam pengetahuannya (wahyu) dan jika dia tidak tahu, dia tidak akan beri jawapan. Allah s.w.t beritahu dalam Quran, Muhammad s.a.w tidak akan gunakan hawa nafsunya untuk bercakap. Ada satu soalan dari sahabat, Baginda kata akan beri jawapan esok. Allah s.w.t hentikan wahyu dalam satu jangkamasa yang lama sehingga membawa kerunsingan pada Nabi s.a.w. Selepas itu wahyu turun dengan nada yang marah iaitu, “ Siapakah tuan untuk berkata boleh beri jawapan esok.” Jangan buat begini, cakaplah “Saya akan buat sesuatu dgn keizinan Allah s.w.t”. Siapa orang ini ? Muhammad s.a.w., manusia yg terbaik ciptaan Allah s.w.t. Apa yg berlaku esok adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tuan2 dtglah pada kebenaran, jgn bersikap begitu, tuan2 akan bawa kemurkaan Allah s.w.t. Tuan2 adalah pembesar negara maka kemurkaan Allah s.w.t akan dirasai oleh semua org diseluruh negara.

Oleh itu jln kita mudah sahaja dan lurus shj, jln yg sudah dihadapi oleh Baginda s.a.w. yg ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita pegang jln ini dan amal jalan ini maka kita akan selamat dunia dan akhirat. Tidak perlu cari jalan lain. Nabi s.a.w cakap silap sedikit pun dapat kemurkaan Allah s.w.t, apatah lagi kita yang ada sikap begini maka banyak kemurkaan Allah s.w.t akan datang. Subjek iman ini adalah satu subjek yang panjang dan penting untuk diusahakan. Org2 spt Abu Bakar Siddiq r.a, Umar r.a, yang belajar iman dgn sungguh2 dan tekun dan diajar oleh manusia yg terbaik ciptaan Allah s.w.t iaitu Nabi s.a.w., itupun memakan masa 13 tahun. Dlm bayan yg pendek ini sekurang2nya kita dpt rasa pentingnya belajar iman. Bawa dari lidah dan otak ke hati/kalbu. 

Usaha yg perlu dibuat bukan usaha yg sambil lewa, bukan usaha yg bersama2 dgn usaha sampingan. Belajar iman, sebagaimana kita berada dlm solat, segala2nya kita kena tinggalkan. Begitu juga kena bagi masa untuk belajar iman, mudah2an Allah s.w.t akan bantu kita masukkan iman ke dlm tmpt yg sebenarnya. Perkara ini akan ambil masa yg bertahun2. Iman ialah perkara yg paling penting. Di mana tempatnya? Macamana nak diusahakan? Apa faedahnya? Betapa pentingnya? Selain Iman.

Perkara kedua:

kita kena belajar ialah ikhlas. Apa-apa amal yang dibuat kerana Allah s.w.t, buat kerana keredhaan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan suka dengan amal kita. 

Perkara ketiga:

utk setiap amalan2 yg Allah s.w.t mahu kita lakukan mestilah dgn cara Nabi s.a.w (sunnah). Tidak ada satu benda pun yg tidak diajar. Semuanya telah diajar, ditunjuk dan dibuat supaya manusia dpt buat dgn betul. Apa juga kerja yg kita buat cara Nabi s.a.w, buat utk dpt keredhaan Allah s.w.t, segala amalan akan jadi ibadat. Dgn tiga perkara ini iman, ikhlas dan cara Nabi s.a.w, kita belajar utk solat, yakin dgn solat. Dgn solat dpt selesai segala masalah, dpt bantuan Allah s.w.t. Apa sahaja yg kita buat akan jadi ibadat. Makanan akan jadi ibadat, pakaian akan jadi ibadat, bersama dgn keluarga akan jadi ibadat, perkahwinan akan jadi ibadat, perniagaan akan jadi ibadat, perbualan akan jadi ibadat. 

Segala amalan kita dan gerak geri, jika ada ketiga2 perkara ini akan jadi ibadat dan 24 jam akan dpt pahala dari Allah s.w.t. Iman perlu diusahakan, ikhlas perlu diusahakan, ini adalah syarat utk dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Sekiranya kita hidup dgn amalan yg dikehendaki oleh Allah s.w.t dgn memenuhkan ketiga2 sifat ini, kehidupan kita diredhai oleh Allah s.w.t dan akan dpt kejayaan. Selain dpd jln iman dan ikhlas, apa shj jln yg kita amalkan akan bawa kpd jln kerugian dan kebinasaan. Kita kena kesiankan diri kita, tinggalkan amal2 yg tidak boleh beri manafaat pada kita dunia dan akhirat, kembalilah ke jln yg boleh memberi manafaat selama2nya. Oleh itu… 

Perkara keempat:

ialah kita kena lapangkan masa utk belajar 3 perkara ini. Tiga perkara, tiga cillah (4 bulan). Dgn tiga cillah kita akan dpt belajar alif, ba. Maksudnya kita sudah alihkan diri kita dpd jalan kebinasaan kepada jalan kejayaan Nabi s.a.w. Selepas itu, terpulanglah pada kita samada perlahan2 atau laju yang mana ia masih akan ke tempat yg betul. Jalan Nabi s.a.w. akan dpt kejayaan dunia dan akhirat. Beratus2 ribu org sedang usaha atas jln ini. Oleh itu, zahirkan niat tuan2 dan bangun bagi nama. Sahabat2 telah gunakan segala2nya utk dptkan jln ini, jln Nabi s.a.w.  

No comments:

Post a Comment