Tuesday, January 13, 2015

BAYAN MAULANA YUSUF

(anak maulana umar palampuri - 30/05/2015 - sri petaling - jemaah masturat india). 

Setiap manusia berusaha dan dari usaha tersebut manusia nak kejayaan dlm kehidupan. Dgn usaha tersebut harta bertambah tapi ketenangan makin lama makin hilang dari kehidupan. Manusia dibelenggu dgn pelbagai masalah. Manusia dlm kekecewaan. Manusia dlm kegagalan. Apa maksud Allah ciptakan kita? Allah cipta manusia sbg ciptaanNya yg terbaik. Allah cipta manusia dgn tanganNya sendiri. Semua makhluk yg lain Allah cipta dgn ‘kun fayakun’. 

Pertama sekali kita kena faham apa itu kejayaan dan apa itu kegagalan. Kejayaan yg difahami oleh org dunia ialah sgt terhad. Bila mati semua akan habis. Kejayaan yg sebenarnya, kejayaan yg hakiki hanya dlm agama. Ikut undang2 Allah. Allah akan letak dia di puncak kejayaan dan akan jadi asbab hidayat utk org lain. Janji Allah adalah hak. Jgn berpaling dari Allah. Jgn tertipu dgn kenikmatan dunia. Kejayaan dunia hanya sementara. Org beriman adalah jantung pd alam ini. Semua makhluk dicipta utk bekhidmat pd manusia. Manusia diciptakan utk akhirat. Kita adalah hamba Allah dan umat kpd nabi s.a.w.

Lelaki dan wanita yg beriman dan beramal soleh – Allah bagi kehidupan yg baik di dunia dan akan dpt balasan yg baik di akhirat. Ini adalah usul. Ketetapan Allah. siapa shj yg ada 2 perkara ini: Iman dan amal maka akan berjaya. Taat perintah Allah dan ikut cara nabi s.a.w – akan dpt kejayaan dunia dan akhirat. Kena amal keseluruhan agama dan bawa agama yg sempurna cara nabi s.a.w baru akan berjaya. Sesiapa yg Allah bagi petunjuk maka Allah akan buka hati dan lapangkan dadanya utk taat perintah Allah. Tapi hari ni org islam tertarik dgn cara org bukan islam. Hari ni org islam yakin dgn cara org bukan islam akan bawa kejayaan, cara makan, cara berpakaian dll. 

Hari ini org islam tak yakin dgn amal akan bawa kejayaan. Inilah punca musibah yg berlaku di seluruh dunia hari ni Keputusan Allah berdasarkan amal org islam. Org islam adalah jantung alam ini. Bila amal org islam rosak maka musibah yg akan turun. Bila amal org islam baik, maka seluruh dunia akan jadi aman dan baik. Kisah di zaman umar khattab r.hu: api yg besar dan marak telah keluar di yaman. Mcm2 cara telah dibuat utk padamkan api tersebut tapi tak berjaya. Mereka telah hantar surat kpd umar khattab r.hu. Beliau tak bagi bayan panjang2 tapi cuma bagi jubah yg dia pakai pd utusan dan suruh campak dlm api. Bila campak, api terus padam. Kerana jubah yg dipakai umar ada hubungan dgn hati yg ada hubungan dgn Allah s.w.t. Dgn izin Allah, api pun padam. Inilah hebatnya amalan org islam. 

Apa itu iman? Percaya pd yg ghaib. Percaya/yakin apa yg diberitahu oleh Allah dan rasul bulat2 tanpa melihat dgn mata. Inilah keimanan yg perlu diusahakan dlm hati kita. Kisah anak imam ahmad b hanbal sakit mata. Dlm hadith ada diberitahu titis air cendawan ke dlm mata  yg sakit utk sembuh. Beliau pun buat dgn niat nak cuba. Nak tengok jadi atau tak jadi. Tapi mata dia tak sihat tapi bertambah merah lagi. Dia pergi mengadu dgn ayahnya. Imam ahmad tanya, ‘masa kamu buat tadi apa niat kamu?’ sepatutnya mata kamu buta sebab kamu tak ada keyakinan pd sabdaan nabi s.a.w. sunnah bukan utk di cuba2.

Hari ni org batil telah berusaha mengalihkan keyakinan kita drp sunnah nabi. Kita telah ambil jln yahudi dan nasrani. Sebab itulah musibah yg dtg menimpa. Tiada bantuan Allah dan tiada rahmat dari Allah. Sebaliknya azab yg dtg. Bantuan dan rahmat Allah akan dtg bila ada keyakinan dlm hati pd Allah dan rasul. Hari ni urusan dunia bergerak dgn apa yg mrk nampak. Mrk usaha atas perkara yg nampak. Sedangkan Allah dan rasul telah gerakkan umat ini utk berusaha atas perkara yg tak nampak. Iman adalah yakin atas perkara yg ghaib. Kalau Allah zahir ganjaran setiap amalan, seluruh dunia tak dpt menampung walau 1 ganjaran subhanallah. Ganjaran yg sgt besar. Itu baru 1 subhanallah. Belum lagi kita punya solat, doa, gasht, dakwah, zakat, dll.

Bagaimana nak bina iman? Kita kena kembali pd al quran. Iman akan terbina dgn perantaraan dakwah. Cakap tentang mahfum kalimah. Cakap tentang kebesaran Allah. cakap berulang kali. Iman terbina dgn mujahadah, pengorbanan, susah payah.  Barulah iman akan berakar umbi dlm hati kita. Dlm quran, Allah ibaratkan iman umpama pokok. Akar terpasak dgn kukuh dlm bumi. Dahan2 menjulang ke langit. Tempat iman dlm hati. Bila buat usaha atas iman, maka Allah akan mantapkan iman dlm hati kita. Bila iman kuat, apa yg berlaku di sekeliling tidak akan memberi kesan. Surah al maidah ayat 105 : wahai org2 beriman hendaklah kamu jaga diri kamu masing2. org2 yg sesat tak boleh beri apa2 mudharat pd kamu. Abu bakar siddiq r.hu kata maksud ayat ini bukan kita duduk diam dan ibadat shj. Ayat ini menyuruh kita buat amal makruf  nahi mungkar. Bila buat amal makruf nahi mungkar, dakwah perkara yg hak, cakap ttg iman, maka iman akan jadi mantap. Bila iman mantap maka segala kesesatan org lain tak akan beri mudharat pd kita.

Ambia a.s telah suburkan mukabumi ini dgn iman. Maka rahmat Allah telah dtg mencurah2 kpd penduduk bumi. Semua nabi2 telah buat usaha yg sama. Mereka telah gunakan istiqdat utk menarik rahmat Allah. nabi2 telah buat usaha atas manusia, bina/baiki iman dan amal. Nabi s.a.w juga telah buat usaha yg sama. Kita kena keluar di jln Allah utk bina iman kita. Setiap org keluar di jln Allah dgn bawa benih iman dgn harapan Allah s.w.t suburkan iman dia, mantapkan iman, kuatkan iman, sempurnakan iman. Setiap org keluar di jln Allah dgn niat utk baiki iman dan baiki keyakinan pd Allah. Sekarang ni bln syaaban dan ramadan adalah masa yg sangat baik utk keluar di jln Allah. Macam mana nak buat usaha atas iman? Pertama sekali maulana ilyas kata kita keluar dgn sangkaan yg baik pd Allah s.w.t. maka Allah akan buat keputusan yg baik utk kita. Hadith pertama dlm kitab bukhari ialah berkenaan niat. 

Setiap amal bergantung pd niat. niat kita semasa keluar di jln Allah ialah utk usaha atas iman dan amal. Kita yg berhajat. Bukan utk org lain. Allah perintah Musa a.s pergi dakwah firaun. Allah bagi bayan hidayat pd musa a.s dan harun a.s. cakap dgn lemah lembut. Jgn kasar. Jgn keras. Allah s.w.t tahu firaun tak akan dpt hidayat tapi masih lagi Allah s.w.t suruh musa a.s pergi dakwah firaun. Pergi dgn niat utk bina iman dan amal kita sendiri. Apa kita akan dpt bila usaha atas iman? Allah akan bagi syurga yg mengalir di dlmnya 4 jenis sungai. Pd malam mikraj, nabi s.a.w telah ditunjukkan syurga. 4 jenis sungai mengalir tapi tak bercampur. Sg madu, sg susu, sg arak, sg air. Bila ahli syurga nak minum, bila terdetik di hati, terus sg tersebut dtg. Tanpa perlu bergerak. Punca 4 sungai tersebut adalah dari bismillahirrohmanirohim. Setiap umat yg mulakan pekerjaan dgn membaca bismillah… akan dpt minum dari sungai tersebut. Utk bina iman pd perkara yg ghaib, siapa sedia utk keluar di jln Allah 4B? bangun bagi nama…. 

No comments:

Post a Comment