Tuesday, January 13, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA ABDUL WAHAB (SIFAT DA’I)

(05/04/2015 - sri petaling - Jor Karkun 4B). Syukur pd Allah kerana telah mengumpulkan kita di sini. Bukan kita dtg sendiri tapi kita didatangkan oleh Allah. kita berkumpul atas satu maksud iaitu sbg umat nabi s.a.w. atas satu tugas dan t/jawab. Ini adalah keberkatan nabi s.a.w. Begitu banyak khabar gembira dlm kerja ini dari Allah dan dari nabi s..a.w. Kita telah mendpt mandat t/jwb ini dari Allah s.w.t. Allah telah menerangkan t/jawab dan tugas kerja ini serta ganjaran2nya. Pertama, Allah telah jadikan kita sebagai umat yg terbaik. kamu adalah sebaik2 umat. Allah sendiri yg kata baik, adakah ada yg lebih baik drp itu. Dikeluarkan utk kebaikan dan faedah seluruh manusia. t/jwb menyeru kpd kebaikan/perkara yg Allah redho dan cegah manusia dari kemungkaran/perkara yg Allah tak redho. 

Apabila manusia amal perkara yg Allah redho dan menjauh kan diri dari perkara yg Allah murka, Allah suka dan Allah akan menyempurnakan semua kehendak dan keinginan mereka. Baginda s.a.w telah mengorbankan seluruh hayat baginda dlm menjlnkan t/jawab dan mendidik umat ini dlm usaha agama. Kerisauan nabi bukan shj setakat org2 di mekah, bahkan utk seluruh manusia. T/jwb ini diberi kpd nabi dan umat. T/jwb usaha agama ini akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. t/jwb ini perlu disempurnakan. Nabi tanya sahabat, ‘adakah aku telah sampaikan amanah/risalah agama ini? maka semua sahabat telah jawab, ‘kamu telah sampaikan risalah kenabian dan juga telah tunaikan hak menyampaikan’. Nabi inginkan kejayaan setiap umat. Rambut nabi telah beruban bila turun surah hud dan surah2 yg seumpama dgnnya yg menceritakan ttg t/jwb kerja yg kena buat.

Satu ketika nabi s.a.w minta ubay bin kaab r.hu baca quran, beliau adalah qari umat ini, nabi suka dengar bacaan beliau. Ubay b kaab kata adalah patut saya baca quran kpd tuan sedangkan quran diturunkan kpd tuan. Nabi kata, ‘aku suka mendengar dari bacaan kamu’. Bia sampai di ayat 41 surah an nisa, nabi mula menangis . inilah t/jwb yg dipikul oleh nabi s.a.w dan dipikul oleh umat ini. Surah an nisa ayat 41: Maka bagaimanakah (keadaan org2 kafir pada hari akhirat kelak), apb Kami dtgkan dari tiap2 umat seorg saksi (iaitu Rasul mrk sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mrk), dan Kami juga dtgkan engkau (wahai Muhammad) sbg saksi terhadap umatmu ini? Allah s.w.t telah letak kedudukan yg tinggi utk usaha ini. Maulana ilyas kata, saya yakin bahawa usaha yg saya buat ini ialah kerja kenabian. Kerja yg sgt tinggi, tggjwb yg sgt besar, kita harus melaksanakan kerja ini sebagaimana hak kerja yg sebenarnya. Sekiranya kita tidak menjlnkan kerja ini dgn hak yg sebenarnya, hidayat yg sepatutnya dtg dlm beberapa hari akan jadi berbulan2. Tapi jika buat kerja dgn hak yg sepatutnya, hidayat yg sepatutnya dtg berbulan2 akan jadi berhari2 shj. Kalau tak buat kerja dgn haknya maka ia akan jadi mainan. Kita bert/jwb atas lambatnya dtg hidayat pd umat. 

Ini adalah kerja ijtima’i. kita perlu kesatuan hati. Ijtima’i qulub. Berkasih sayang. Nabi s.a.w memupuk sifat kasih sayang dan satu hati dikalangan para sahabat. Terus buat usaha ini dgn satu fikir. Dan kena ada rasa takut. Kena buat atas jln yg betul. 1. kesatuan hati   2. cara yg betul  3. fikir yg betul. Fikir bagaimana agama yg sempurna dtg dlm diri kita dan seluruh umat. Cara bagaimana yg ditunjukkan oleh elders kita. Jgn setakat buat, kena ada rasa takut samada betul atau tidak perkara yg dibuat. Bagaimana nabi tunai kan solat? Siapa yg dpt menandingi kehebatan solat nabi? Tiada siapa dpt menandingi. Walaupun begitu, selepas sahaja bagi salam terus nabi istighfar. Minta ampun dari Allah. merasa kekurangan diri kerana tidak dpt menyempurnakan hak Allah. Nabi doa minta kesempurnaan wuduk, minta kesempurnaan solat,  dan minta kesempurnaan keredhaan Allah. 

Dlm melaksanakan segala perintah Allah kena sentiasa rasa takut & risau. Terus minta doa dgn Allah supaya bagi taufik kpd kita utk buat usaha dgn cara yg betul. Buat kerja sebagaimana Allah kehendaki. Dan kita tetap patuh pd elders kita yg mana mereka adalah org yg telah jadikan quran dan hayatus sahabah sebagai pedoman mereka dan mrk telah melalui kehidupan tersebut. Kita ikut apa yg diberitahu pd kita. Kita ikut nasihat mereka. Jgn lalai. Allah sangat suka dgn kesatuan hati. Kita kena lihat kekurangan diri kita. Dan usaha utk baiki kelemahan tersebut. Carilah kebaikan dlm diri org lain. Sekiranya ternampak kekurangan dlm diri org, kita terjemahkan kpd kebaikan. Kalau kita cari kebaikan, dlm binatang pun kita akan dpt kebaikan. Lihat keburukan dlm diri kita dan lihat kabaikan dlm diri kawan2 kita. Insan yg kamil adalah mrk yg jadikan kesalahan org lain sbg kesalahan dia sendiri. ‘Kalau aku elok, tentu perkara ni tak terjadi. Sbb aku tak elok lah perkara ni terjadi pd kawan2 aku’.       

Satu org ahlullah memegang kelambu kaabah dan menangis dan berkata, “wahai Allah, segala keburukan yg berlaku di dunia ini adalah sbb kekurangan/kesilapan saya. Kalau saya jadi baik, sudah tentu mrk semua jadi baik”. Oleh itu, kita kena lihat kebaikan org lain dan mencari kelemahan/kekurangan kita. Ibnu Abi Mulaika telah berjumpa dgn 30 org sahabat semasa hayat beliau dan mrk semua takut dgn sifat munafik. Inilah hakikat para sahabat. Mrk adalah ‘sirajul huda’, mrk umpama pelita hidayat, umpama bintang di langit, menjadi sumber petunjuk perjalanan manusia dimukabumi. Bagaimana keadaan sifat mrk? Mrk diberi khabar gembira oleh nabi s.a.w tapi dlm hati mrk sentiasa takut, “apakah aku ini seorg munafik?” nabi telah bagi senarai nama org munafik pd huzaifah utk disimpan. Umar pernah jumpa huzaifah dan bertanya, “dlm senarai nama org2 munafik itu ada tak nama umar bin khattab?” para sahabat sentiasa risau dan takut. Umar telah diberi khabar gembira oleh nabi s.a.w. Mana2 jln/lorong yg dilalui oleh Umar, maka syaitan tak akan lalu jln/lorong tersebut. 

Diberi khabar gembira ahli syurga. Kalau ada nabi selepas nabi s.a.w, maka umar lah yg layak jadi nabi. Umar adalah org yg diberi ilham (mulhim) oleh Allah dikalangan umat ini. 16 tempat ayat dlm quran diturunkan oleh Allah menepati keinginan/kehendak Umar r.a. Begitu tinggi kedudukan beliau. Tapi dlm hati ada sifat takut wujud sifat munafik dlm diri. Mereka takut kesudahan akhir hayat mrk berkemungkinan menyimpang dari jln yg benar. Di akhir hayat umar r.a, semasa ibnu umar meletakkan kepala bapanya diatas paha beliau, dlm keadaan sedih umar suruh anak nya letak kepalanya di atas tanah. Mudah2an dgn tanah yg melekat dimukaku, Allah s.w.t.akan belas kasihan pd aku. Beliau mula menangis memikirkan kehidupan akhirat, nak berjumpa dgn Allah, apa aku akan jawab bila Allah tanya soalan pd aku. Kata abdullah bin umar, bukankah nabi s.a.w telah beri khabar gembira pd amirul mukminin begini dan begini. Umar kata adakah kamu akan jadi penyaksian sebegini? Ibnu umar kata, kalau Allah tanya, pasti dan pasti saya akan jadi saksi. Inilah keadaan sahabat, walaupun kedudukan mereka tinggi, tapi dlm hati mereka penuh dgn ketakutan kpd Allah s.w.t. 

Kemudian umar berwasiat pd anaknya, dia pernah minta izin drp aisyah r.ha utk dikebumikan bersebelahan dgn nabi dan abu bakar. Aisyah telah bagi izin. Beliau berpesan pd ibnu umar, bila dia meninggal, bawa jenazah dia di depan rumah nabi dan minta izin lagi sekali dgn aisyah, sebab dulu dia bagi izin mungkin sbb aku adalah amirul mukminin tapi bila dah meninggal aku tiada apa2 jawatan lagi. Kalau aisyah bagi izin, kebumikan aku di situ, kalau aisyah tak bagi izin, kebumikan aku di janatul baqi’. Bila kita lama buat usaha dan jadi org t/jwb dlm usaha, kita sentiasa kena ada ketakutan dlm hati. Nabi s.a.w telah diperintahkan oleh Allah bahawa beratkan atas diri kamu sesuatu perkara dan utk org lain bagi targhib. Utk diri kita buat ikut tertib, tapi utk kawan2 kita targhib. Inilah pengajaran. Kita kena takut apa akan jadi dgn diri kita dan lihat kebaikan kawan2 kita.   

Usaha ini adalah jual beli kebaikan. Tukar2 kebaikan dgn saudara2 kita. Hadratji kata, bila keluar 4B, bukan semata-mata keluar habiskan masa, tapi keluar utk dptkan sifat2 mulia. Setiap karkun kena ada sifat mulia dan terpuji. Kita kena usaha dan masukkan sifat mulia ini dlm diri kita. Bila manusia buat kerja agama, akan dtg sifat ujub dlm diri. Kita rasa diri kita baik. Merasa kehairanan dgn baiknya diri sendiri. Bila rasa diri baik dan sempurna maka syaitan akan mengayatnya, mmg benar kamu baik. Dan syaitan akan bawa dia ke tahap yg lebih tinggi, iaitu sifat khibir/bongkak/sombong/besar diri. Selepas sifat khibir, akan masuk tahap kekufuran. Kita kena selalu rasa takut dan risau. 

Sifat yg dituntut dlm usaha ini ialah sifat tawadduk. Tapi zahirnya sebab kita buat kerja agama, satu kerja yg tinggi, kerja yg besar, maka akan dtg sifat tinggi dan besar. Inilah ujian sebenarnya bagaimana nak bawa sifat kebesaran dan ketinggian dlm diri kpd sifat tawadduk. Kita kena jadikan diri kita hamparan tikar. Siapa shj boleh pijak. Maulana salman rah (khadim kpd hadratji) pernah tanya hadratji rah, “syaitan telah perdayakan semua manusia. Siapa yg telah memperdaya kan syaitan?” Hadratji jawab, “nafsu dia”. Bila Allah perintah utk sujud pd Adam, dia ingkar dan enggan. dia menyombong diri. Dia kufur pd Allah. Kita kena usaha sifat tawadduk/rendah diri wujud dlm diri. Allah perintah utk kita bertaqwa pd Allah. Barangsiapa yg merendah diri kerana Allah, maka Allah akan tinggikan dia. Allah akan muliakan dia. Merendah diri krn Allah. Merendah diri bukan utk kemuliaan.    

Maulana saad kata kita berada dlm usaha ini hanya sanya atas limpah kurnia Allah, pilihan Allah. kita kena pelihara dan jaga. Sifat2 mulia dlm diri jadi bertambah baik. Karguzari yg diambil adalah karguzari kaifiat, bukan semata-mata nombor sahaja. Elders nak dengar karguzari kaifiat. Yakni selama mana kita buat usaha adakah sifat2 mulia dlm diri bertambah atau tidak. Iman umpama pokok. Akar tertancap dibumi, dan dahan menjulang ke langit. Bila iman dibajai dan diairi, ia akan tumbuh membesar dan bagi menafaat. Ada benda yg makin lama makin berharga dan ada benda yg makin lama makin tak guna. Bila kita telah dipilih oleh Allah utk buat kerja agama, dipilih utk keluar 40H, keluar 4B, keluar negara jauh, kena wujudkan sifat2 mulia dlm diri. 

Allah telah anugerahkan sifat2 mulia pd nabi s.a.w. Bersifat lembut dgn para sahabat. Kalau bercakap kasar, nescaya sahabat akan menjauhkan diri drp kamu. Kita kena berlembut, kasih sayang, menyayangi kawan2 kita dan ahli keluarga, anak, isteri kita. Kita kena berakhlak mulia dgn mereka. Sabda nabi, yg terbaik di kalangan kamu ialah yg terbaik akhlak dgn ahli keluarganya. Nabi begitu akrab dan mesra dgn isteri2 baginda. Masuk rumah bagi salam. Membantu menyalakan api di dapur, menguli tepung, menjahit sendiri pakaian yg koyak. Nabi berkhidmat pd diri dan pd ahli keluarga. Nabi menghormati mereka. Ini sifat nabi s.a.w. Bila nabi balik waktu malam, bagi salam, yg jaga boleh dengar dan jawab salam dan yg tidur tak terganggu tidur. Nabi lewat balik sebab urusan agama. Tapi kita hari ni lewat balik sebab buat perkara tak berfaedah, pergi sana, pergi sini, saja-saja, bila ada benda tak kena kat rumah, kita mengamuk, jadi ribut dlm rumah. Tanpa apa-apa sebab  kita lewat balik dan isteri jadi mangsa kena marah. 

Kita kena bawa sikap lemah lembut dan kasih sayang dlm diri. Seorang wanita bani israil penzina/pelacur, ada sifat belas kasihan pd seekor anjing/najis mughallazah, yg dahaga, penuhkan khuf dgn air, bagi minum, Allah telah buat keputusan utk pengampunan dia. Seorang wanita yg lain, telah mengurung dan mengikat kucing, tak bagi minum, tak bagi makan, tak lepaskan dari kurungan, dia telah diazab oleh Allah dgn sebab seekor kucing. Kasih sayang bukan setakat pd manusia aje. Kena berkasih sayang dan berakhlak baik pd manusia dan juga binatang. Kita kena berusaha wujudkan akhlak yg mulia.   

Pemeliharaan dan keselamatan dlm usaha sangatlah penting. Semoga Allah pelihara kita dlm usaha, kekalkan kita dlm usaha. Cara utk kita terpelihara dlm usaha ini ialah kita taat pd mesyuarat. Apa yg dimesyuaratkan, apa yg diputuskan, itu yg kita buat, itu yg kita ikut. Nabi s.a.w adalah sahibul quran, sahibul wahyi. Baginda tak bercakap dari hawa nafsu. Apa yg nabi s.a.w cakap ialah apa yg diwahyukan pd baginda. Walaupun begitu, Allah perintah baginda s.a.w utk bermesyuarat dgn para sahabat. Nabi s.a.w adalah contoh ikutan sampai hari kiamat. Peperangan yg nabi dan sahabat telah ditimpa kesusahan ialah di Uhud. Pada pusingan yg pertama org2 islam telah menang. Pemanah2 yg telah ditempatkan di bukit uhud melihat org2 musyrikin telah lari dan mereka anggap peperangan telah selesai. Sebahagian drp mereka ingin mendapatkan harta rampasan perang. Sebahagian lagi inginkan akhirat. 

Mereka ada sedikit perselisihan ijtihad. Nabi telah berpesan jgn turun sehingga diberitahu. Pusingan yg kedua, org2 islam telah diserang drp belakang dan mereka menerima kekalahan teruk. Ramai sahabat yg telah syahid dan nabi juga mengalami kecederaan. Antara yg syahid ialah Hamzah r.a. Nabi begitu sedih. Dlm keadaan macam itu pun nabi telah diperintah oleh Allah s.w.t utk memaafkan mereka. Sahabat2 yg turun dari uhud rasa begitu bersalah tapi mereka tak disuruh dtg minta maaf dgn nabi. Walaupun langgar perintah nabi supaya jgn turun adalah satu dosa. Sepatutnya mereka bertaubat dan istighfar. Tapi nabi disuruh istighfar bagi pihak mereka kpd Allah. Nabi juga telah disuruh utk bermesyuarat dgn mereka. Kalau kawan2 kita buat kesalahan, maafkan mereka, minta ampun utk mereka. Buat usaha dgn kasih sayang dan satu hati.

Kita kena ihtimam dgn amalan infradi dan amalan ijtimai. Jaga ibadat, quran, zikir, dll kena disempurna kan. Amalan infradi akan jadi kekuatan pd amalan ijtima’i. Jaga solat, solat di masjid, duduk di saf pertama, jaga takbiratul’ula. Kita juga kena jaga muamalat. Dgn ibadat dpt pahala, akan masuk dlm buku catatan amal kita tapi ia akan keluar melalui muamalat kita, jual, beli, pinjam, hutang, dll. Kita menyelesai kan hajat kita melalui org lain. Bila muamalat tak betul, kita akan jadi org yg muflis di akhirat kelak. Semua pahala amalan akan diberi pd org lain kerana tak tunaikan hak. Kita kena ihtimam buat dakwah dgn cara yg betul. Kita ikatkan diri kita dgn mesyuarat dan nasihat elders. 

Bila kita jln atas jln ini, Allah akan pelihara kita. Allah bagi pd nabi 2 kekuatan  iaitu kekuatan dakwah dan kekuatan doa. Tingkatkan korban dan tingkatkan doa. Pd waktu malam sahabat adalah pendeta2 sentiasa beribadat, waktu siang mereka adalah pemacu2 kuda pejuang yg hebat. Waktu malam menangis, waktu siang sentiasa tersenyum. Inilah perkara yg kita kena bawa dlm kehidupan kita. Bila tambah korban, Allah akan majukan kita. Kalau keluar ikut tertib dpt pahala tapi kalau keluar ikut takazah dpt iman. Kaifiat berdoa akan bertambah. Kehidupan kita akan berlalu tapi masa yg berlalu di jln Allah akan jadi sangat berharga. Bila mujahadah akan dpt iman. Allah akan buka jln2 hidayat. 

No comments:

Post a Comment