(26/05/2014 – sri petaling - ijtimak KL2) - point. Allah bagi kerja agama utk bina kehidupan kita. Allah letak t/jawab agama atas bahu2 kita. Wujudkan sifat2 yg baik dlm diri kita dan usaha utk wujudkan sifat baik dlm setiap individu umat. Kita semua bert/jwb atas agama. Di akhirat nanti, Allah akan tanya pasal t/jawab ini. Apa kamu telah buat utk bantu agama Aku? Tempat2 yg tak buat usaha – telah dtg amaran yg dahsyat dari Allah. Jgn rasa puas hati ijtimak dah selesai, jemaah dah keluar, ramai org hadir.
Apa yg dihasilkan dari ijtimak terlampau sedikit – umpama secubit garam dlm tepung. Kalau buat usaha dgn betul, ijtimak KL shj boleh keluarkan 1000 jemaah. Sbb karkun paling ramai di KL. Allah telah bagi pd tuan2 kawasan yg besar utk usaha, ramai manusia yg hati lembut dan penyabar. Mereka ada kemampuan utk korban diri dan harta. Mereka tak halau kita bila diziarahi. Ramai org KL yg sedia utk keluar bila dicuit sahaja. Di sini bukan tempat utk bergembira.
Di sini adalah tempat utk menangis. Kita tak dpt menyempurnakan hak kerja. Kita tak dpt buat usaha sebaiknya – kekurangan dari diri kita sendiri. Usaha di KL bukan baru. Sepatutnya dpt keluarkan jemaah yg banyak hingga jadi letih. Kita kena rasai kelemahan kita. Kita tak usaha betul2 dan sungguh2. Kalau ada 12,000 masjid – ada ribuan org islam – setiap masjid keluarkan jemaah sendiri – akan ada 12,000 jemaah. Duduk dan fikir atas perkara ini. Mula dgn fikir – kemudian baru akan dtg amal. Syaitan tipu kita – rasa dah banyak buat kerja. Sgt sedikit jemaah keluar nak dibandingkan dgn bilangan karkun dan keluasan medan usaha.
Knp? Sebab tak ada usaha makami. Tak bagi 2½ jam. Kita bagi ½ jam atas nama 2½ jam. ½ jam habis dgn mesyuarat sahaja. mesyuarat berjam2 – pergi ziarah 2-3 minit sahaja. kalau betul2 buat usaha – fikir setiap individu, setiap rumah, setiap karkun. berapa org islam, berapa lelaki akil baligh, mesti ada list. seorg businessman kena tahu setiap perkara mengenai syarikat dia – baru boleh maju. begitu juga kita yg buat usaha ini – kena tahu setiap perkara. ttpi malangnya list kita ada tapi dlm komputer dan dlm buku – bukan dlm otak. kalau ditanya – kena buka buku. sepatutnya bila ditanya terus boleh jawab – berapa ramai karkun, berapa dah keluar, berapa rumah, berapa lelaki, dll. kerja dunia kita tak buat buta tuli je.
Kerja dunia kita buat sungguh2. kerja pejabat – kalau masuk pukul 8am. Pukul 6am kita dah keluar rumah supaya sampai tepat pd masanya. kita buat kerja dunia dgn penuh keperhatinan. Penuh perhatian. Kenapa tak buat kerja agama dgn penuh keperhatinan dan perhatian? Fikir karkun adalah roh kerja agama. Bila ada fikir – Allah kembangkan usaha. Usaha ini tidak berasaskan harta, ilmu, kemampuan dan kebolehan. Allah tak ambil usaha berasaskan bayan dan ceramah. Allah ambil khidmat agama atas risau dan fikir yg ada. Fikir adalah roh agama. Kalau tak ada fikir – kerja akan terlepas dari tangan. Hadratji kata – sebelum usaha mati, fikir yg akan mati. Usaha yg kita buat berserabut dan berterabur. Nampak macam ada tapi kosong. Mengapa usaha tempatan tak mantap dan tak berkembang? Negara tuan2 adalah negara islam – kalau 10,000 jemaah keluar pun masih sedikit.
Masalah kerja adalah kita. Kerosakan dlm kerja adalah kerana kita – bukan org luar. Kalau 5,000 org tentang usaha dakwah tabligh ni – usaha tak akan berkurang kerana Allah pelihara usaha ini. Usaha ini sudah melepasi garis bahaya. Org2 tak beriman pun tahu apa usaha ini. Satu dunia dah tahu pasal usaha ini. Kepincangan yg berlaku adalah kerana org dlm usaha ini. Tak ambil endah – tak ada fikir – nampak macam ada tapi kosong. Rumah yg terbakar – dari pelita dlm rumah itu sendiri. Kalau inginkan usaha ini mantap – kena buat usaha dgn fikir dan risau. Kami tak suruh buat dakwah 4j atau 6j masa tuan2 kerja. Kami minta waktu lapang tuan2. Jgn tengok org lain – aku sendiri kena buat. Org lain buat atau tak buat – aku tetap kena buat. Bila buat kerja tengok org lain tak buat – pintu peningkatan akan tertutup. Jgn tengok siapa yg buat, banyak mana buat – kita sendiri kena buat. Org buat sikit – kita anggap dia dah buat banyak.
Kita buat banyak – anggap baru sikit saya buat. Kita kena syukur – bila syukur Allah akan majukan kita dan ambil kerja dari kita. Org yg tak ada fikir, lalai, malas – Allah tak ambil kerja dari dia. Bila kami tengok karguzari – kami tak gembira. Setakat 5,000 org je yg keluar – tak perlu panggil kami utk buat ijtimak – tuan2 boleh urus sendiri. Seluruh malaysia kumpul – tak sampai 1,000 jemaah. Allah dah bagi segala kemudahan pd kita. Allah bagi lautan manusia. Hati yg lembut. Tapi kita tak sedia nak pergi jumpa mereka. Org yg dah rasa memadai – Allah tutup pintu peningkatan. Org yg mengkritik, itu lemah, ini kurang - Allah tutup pintu peningkatan. Org yg ada keinginan – Allah terus buka pintu kemajuan. Jgn buat usaha dgn sifat memadai dan suka kritik. Buat usaha dgn talab – berkeinginan. Semua yg hadir malam ni buat azam bagi 2½ jam. Utk keperluan dunia – kita boleh lapangkan masa (kenduri, kahwin, sedara dtg, etc). Mengapa tak boleh luangkan masa utk Allah? Maksud ijtimak bukan utk kumpul org, bukan utk bayan, bukan utk cerita sejarah usaha.
Ribuan ringgit dah habis utk buat khemah dan makanan – ini perkara sampingan sahaja. Maksud ijtimak – seluruh negara jadi medan usaha. Ijtimak adalah satu alasan sahaja supaya agama sampai pd seluruh umat. Jgn jadikan usaha sbg adat resam. Bila usaha jadi adat – tak ada pengorbanan – Allah akan keluarkan roh dari usaha ini. Nyawa usaha adalah pengorbanan. Korban harta, diri, masa, perasaan. Keluar di jln Allah sahaja bukan dakwah. Asas usaha adalah usaha tempatan. Maulana Ibrahim kata–usaha tempatan tak ada langsung di malaysia ni–kosong. Jemaah yg keluar banyak tapi usaha makami tak ada. Demi Allah, bila usaha tempatan kuat – dpt menyempurnakan banyak takazah yg ada. Kalau buat usaha dgn betul – setiap masjid boleh bentuk jemaah sendiri. Bahkan dari satu rumah boleh keluarkan jemaah 4B negara jauh dari satu keluarga. Apa yg berlaku di Malaysia – jemaah runcit, jemaah pungut derma, semua karkun sahaja. Kita kena jadi karkun yg mantap. Bila pergi tertib 2B nizamuddin – boleh buat semua kerja. Jgn hantar karkun yg cillah rongak, 2½ jam tak buat.
Bila buat usaha dgn betul – semua akan berebut2 utk sambut takazah yg dibentangkan. Tapi apa yg berlaku – bila jemaah dtg ke masjid kita – semua karkun hilang. Org malaysia kena jawab depan Allah. Banyak aduan jemaah foreign pasal malaysia. Bila buat usaha dgn betul – semua aduan ini akan hilang. Buat azam utk bagi 2½ jam setiap hari dan keluarkan jemaah 3H sendiri. Kubur bagi usaha dakwah adalah org lama. Apa dah jadi? 27 hari usaha tak boleh keluarkan jemaah 3H sendiri. Buat kerja apa ni? 2 org lama – bawa org baru. org baru akan kuatkan jemaah masjid. ada 1000 org islam di keliling kita – sebulan 1 jemaah 3H aje yg keluar.
Kena menangis. Kita hargailah kerja yg Allah bagi pd kita. Allah boleh ambil balik. Kalau tak menghargai – Allah akan ambil dari kaum lain. Tunaikan hak usaha. Buat dgn hak usaha yg sebenarnya. Bila buat azam – jgn buat azam 2-3 jemaah je. Azamlah 10-15 jemaah. Azam ikut masjid. Jgn buat azam ikut halaqah. Jgn bergurau dgn Allah. jgn bermain2 dgn agama Allah. Bergerak dan menangis depan Allah utk sempurnakan azam kita. Ambil berat taklim dirumah. Perkara yg menyedihkan di rumah org lama pun tak ada taklim. Tabligh kat luar rumah sahaja. Isteri dan anak akan sentap kita masuk dlm neraka. Suami tak pernah bagitau pd isteri. Suami syok sendiri keluar 4B dan 40H. Rumah adalah medan usaha – melalui jln taklim. Jgn jadikan rumah bahan bakar neraka.
Usahakan semua jemaah masjid hidupkan taklim di rumah. 5 amal semua dah tahu dan dah hafal. Tapi kena buat dgn amali. Masukkan dlm otak kita. Mantapkan malam markaz. Apa dah jadi? Org lama dtg lepas bayan. Rasa tak perlu dengar bayan. Dtg utk mesyuarat sahaja. Jgn dtg sorang2. dtg dgn jemaah masjid. Dtg dgn hasil usaha selama seminggu. Dari malam markaz – keluarkan jemaah tunai. Malam markaz adalah ganti pd ijtimak. Mlm markaz – bagi/agih takazah pd masjid. Usaha atas takazah tersebut. Ini semua adalah mansha nizamuddin. Ramai yg keluar tapi bila balik tak buat usaha tempatan. Umpama tangkap ikan kemudian lepas balik. Nak dpt 1 org punyalah susah – tapi kita tak ambil peduli bila dia balik. Banyak negara telah maju dgn usaha tempatan.
Kami pun tak tahu apa dah jadi dgn malaysia? Usaha tempatan tak maju2. Setiap 15 hari kita jumpa semula org yg kita dah jumpa. Dakwah org batil (kristian) – mereka sanggup pergi rumah ke rumah. Kita pula buat usaha hak – kita malu. Ramai org islam dah murtad. Ramai org islam dah jual iman mereka. Kalau tak pergi pintu ke pintu – batil akan pergi pintu ke pintu. Bila dakwah hak berjalan – Allah akan hapuskan batil, hancurkan batil. Bahagi-bagikan rumah pd setiap karkun. Setiap karkun 50 rumah. Usahakan keluar jemaah 3H dari 50 rumah tersebut. Usahakan keluar jemaah 40H dari 50 rumah tersebut. Usahakan keluar jemaah 4B dari 50 rumah tersebut. Org malaysia ada istiqdat (ada kemampuan dan kebolehan). Allah bagi lautan org islam di malaysia. Medan yg luas utk buat usaha. Di negara kami tak ramai org islam. Di maharatsa (tmpt maulana mubin), usaha selama 3 bulan boleh keluarkan 4500 jemaah. Kuatkan jemaah masjid. Buat 5 amal dgn sempurna.
Mantapkan malam markaz. Mentelaah hayatus sahabah setiap hari. Hayatus sahabah adalah usul usaha ini. Tangga pertama – jemaah masjid. Tangga kedua – buat DTI. Buat usaha dgn sungguh2. Allah akan mudahkan. Semoga Allah pelihara kita. Semoga Allah pelihara usaha agama. Semoga Allah pelihara malaysia. Duduk dlm halaqah masing2 dan buat azam. Buat azam kerana Allah.
No comments:
Post a Comment