Monday, February 8, 2016

ORANG ARIF TIDAK MENCAMPURI URUSAN ALLAH

"Tekad yang kuat takkan mampu menembus dinding takdir." (Ibnu Atha’illah al-Iskandari).

Tekad adalah kekuatan jiwa yang bisa mempengaruhi segala sesuatu. Orang-orang sufi menyebutnya dengan himmah. Tekad ini takkan berpengaruh apa-apa, kecuali dengan takdir dan ketentuan Allah.

Hikmah di atas menguatkan hikmah sebelum dan sesudahnya. Seakan Ibnu Atha'illah ingin menyatakan bahwa keinginanmu tidak akan ada gunanya bila berbeza dengan keinginan Tuhanmu. 

Jika tekad yang kuat saja tidak akan membuahkan hasil apa-apa, kecuali dengan takdir dan izin Allah, apalagi tekad yang lemah, seperti halnya tekadmu, wahai para sahabatku, hikmah ini ditujukan untuk mendinginkan api ketamakan yang menyala-nyala di dalam hatimu yang selalu yakin bahwa segala sesuatu itu bergantung pada usuhamu sendiri dan pasti berhasil.

WASIAT SHEIKH ABDUL QADIR AL JILANI

"Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuh oleh Nabi Besar Muhammad SAW dan janganlah merubah jalan itu.

Patuhlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan jangan sekali-kali berbuat durhaka.

TUHAN TETAP TUHAN

Dengan terbatasnya akal fikiran mahu pun hati untuk menyingkap keberadaan Tuhan dan di manakah sebenarnya Tuhan berada…. maka itulah fitrah manusia, yang menunjukkan bahawa Tuhan adalah Tuhan, dan hamba adalah hamba.

HATI HATI DENGAN HARTA KEKAYAAN

Apabila Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Kaya memberimu harta kekayaan, maka janganlah kamu terpengaruh oleh harta kekayaan itu, sehingga kamu lupa dan tidak ta’at lagi kepada Allah. Jika kamu lupa dan tidak ta’at kepada Dia kerana adanya harta itu, maka akan tertutup dari Dia di dunia ini dan di akhirat kelak. Mungkin juga harta itu akan diambil-Nya kembali, sehingga kamu menjadi miskin papa, lantaran kamu lupa kepada Yang Memberi.

TANGISAN RINDU DAN CINTA

Menangislah kerana rindu dan cinta, seperti tangisan Nabi Syu’aib AS, ketika beliau menangis sampai matanya buta, kemudian Allah SWT mengembalikan menjadi sembuh, lalu beliau menangis lagi hingga buta kembali hingga tiga kali. Lalu Allah SWT memberikan wahyu kepadanya: “Wahai Syu’aib, bila tangisanmu kerana engkau takut neraka, Aku sudah benar-benar mengamankan dirimu dari neraka. Dan jika tangismu kerana Syurga, Aku telah mewajibkan dirimu Syurga.”

TAJALI SOLAT

Selanjutnya berkata AS-SAIYYID GHAZALI dlm kitabnya HIDAYATUL-ANWAR tentang TAJALI SOLAT:

SUBUH 2 rakaat , iaitu BERTEMU HAWA dgn ADAM

ZOHOR 4 rakaat , iaitu Terjali Sifat Allah 4 Martabat ( API , ANGIN , AIR , TANAH ).

6 PERASAAN YANG DAPAT MENIPU DIRI

1) Merasa dekat dengan Allah, padahal  jarang melakukan ketaatan.

2) Merasa sudah banyak pahala, padahal jarang untuk beramal.

3) Merasa menjadi kekasih Allah, padahal sering melanggar ketentuanNya.

4) Merasa selalu bersama orang-orang yang taat, padahal ketika bergaul sering  berbuat maksiat.

5) Merasa mudah mendapat ampunan, namun terus menerus melakukan dosa tanpa penyesalan.

6) Merasa dirindu taman-taman Syurga, namun amalan sehari-hari bagai  menyemai benih Neraka.

PENUTUP TABIR ILAHI DAN AIB KITA

“Tutup Allah itu terbagi menjadi dua, yakni tutup dari maksiat, dan tutup dalam maksiat. Orang awam meminta kepada Allah agar ditutupi dalam berbuat maksiat karena khawatir jatuh kedudukannya dalam pandangan manusia. Sedangkan orang khawas meminta kepada Allah agar ditutupi dari berbuat maksiat karena khawatir kedudukannya dalam pandangan Sang Mahakuasa.” (Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam).

SANJUNGAN PADA KITAB IMAM AL-GHAZALI

AL-‘ARIF BILLAH AL-SAYID ‘ABD ALLAH IBN ‘ALAWI AL-HADDAD, di dalam kitab beliau yang berjudul ‘Kitab Al-Ilmiah Wa Usul Al-Hikmah’, menyatakan sebagai berikut: “Kemudian daripada itu, apabila engkau tilik kepada karangan Aimmat al-Din, yakni Ulama Ahli Tasawwuf daripada segala kitab yang memberi manfaat pada agama dia akhirat kelak, nescaya tiada engkau lihat sebuah kitab pun yang lebih menghimpunkan sebagai ilmu yang memberi manfaat itu daripada segala kitab yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali, seperti ‘Ihya ‘Ulum al-Din’, ‘Arba’in al-Ushul’, ‘Minhaj al-‘Abidin’, ‘Bidayat al-Hidayah’.”

MENGAWAL SIFAT MARAH

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.