Monday, February 8, 2016

TANGISAN RINDU DAN CINTA

Menangislah kerana rindu dan cinta, seperti tangisan Nabi Syu’aib AS, ketika beliau menangis sampai matanya buta, kemudian Allah SWT mengembalikan menjadi sembuh, lalu beliau menangis lagi hingga buta kembali hingga tiga kali. Lalu Allah SWT memberikan wahyu kepadanya: “Wahai Syu’aib, bila tangisanmu kerana engkau takut neraka, Aku sudah benar-benar mengamankan dirimu dari neraka. Dan jika tangismu kerana Syurga, Aku telah mewajibkan dirimu Syurga.”

“Tidak Ya Tuhan, namun aku menangis kerana rindu ingin memandangmu…” kata Nabi Syu’aib AS. Kemudian Allah SWT, menurunkan wahyu kepadanya, ”Sungguh wahai Syu’aib! Sangat benar orang yang menghendakiKu, menangis dari dalam rindu kepadaKu. Untuk penyakit ini tidak ada ubatnya, kecuali bertemu denganKu.”

Diriwayatkan bahwa Nabi SAW, bersabda: “Bila seorang hamba menangis kerana takut kepada Allah atas masalah ummat, sungguh Allah SWT memberikan rahmat bagi ummat itu, kerana tangisan hamba tadi.”

No comments:

Post a Comment