Hilangnya agama karena empat hal. Anak-anakku semua, manakah sesungguhnya Ubudiyah yang benar kepada Allah Ta’ala? Betapa jauh anda meraih hakikatnya. Raihlah rasa cukup bersama Allah dalam seluruh perkara kehidupan anda. Anda adalah hamba yang pergi dari tuan anda, dan kembalilah kepadaNya. Merasalah sebagai hamba yang hina dan rendah hatilah di hadapanNya, mengikuti perintah dan menjauhi laranganNya. Bersabar dan berselaras terhadap ketentuanNya. Bila semua ini sudah anda lakukan dengan sempurna berarti pengabdian anda pada Tuan anda sudah maksimal, dan anda bisa merasa cukup bersama Allah. “Bukankan Allah telah mencukupi hambaNya?”
Thursday, April 21, 2016
ISTIQAMAH DENGAN AMAL
Amalan yang dicintai Allah adalah amalan yang berterusan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465; Muslim, no. 783)
BUKAN SEMUANYA BID'AH
Ada tujuh dalil yang bisa memperbaiki cara pemahaman anda terhadap bid’ah
1. Nabi Muhammad Saw. bersabda: "Barang siapa yang melakukan sunnah hasanah dalam Islam, maka ia mendapat pahalanya serta pahala orang-orang yang melakukannya juga, tanpa berkurang sedikit pun.” Arti sunnah hasanah adalah: melakukan perbuatan baik yang belum pernah dilakukan oleh siapapun sebelumnya.
MEMAHAMI MUSIBAH
Kita sebenarnya dapat banyak kebaikan dari musibah yang menimpa kita. Dan kita hanya menyedari kebaikannya selepas suatu tempoh yang agak lama. Hanya orang yang berlapar yang tahu betapa nikmatnya kenyang. Hanya orang yang sakit, tahu betapa beruntungnya ada nikmat sihat. Hanya apabila kita sibuk, kita akan menghargai masa lapang. Bila kita dalam kesusahan, barulah kita sedar nikmat kesenangan. Sebenarnya dengan musibah, kita belajar untuk lebih bersyukur dan menghargai apa yang kita pernah ada. Kerana musibahlah, kita belajar banyak perkara dalam hidup ini. Sungguh, musibah adalah pelajaran yang sangat berguna.
TOK PULAU MANIS & KYAI SOLEH DARAT : PENSYARAH KITAB HIKAM YANG TERMASYHUR DI NUSANTARA
Kitab Hikam adalah sebuah kitab tasawuf yang masyhur di dunia. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ibnu Athaillah As Sakandari, seorang ulama besar tarekat Syadziliyah di Mesir. Matan2 dalam kitab Hikam ini telah disyarah oleh ulama 2 besar seluruh dunia. Kini di Malaysia, antara ulama yang aktif mensyarahkan kitab Hikam ialah Sahibus Samahah Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri. Dalam sejarah di Nusantara terdapat dua syarahan kitab Hikam yang masyhur oleh dua orang ulama yang masih dirujuk hingga hari ini. Ulama tersebut ialah Kyai Soleh Darat di Semarang dan Tok Pulau Manis di Terengganu.
HARAPAN BUAT PARA PENDOSA
Sungguh kita semua insan yang sangat banyak dosa dan salah dan sungguh kita jugalah orang yang kurang menyedari betapa banyaknya dosa kita. Melakukan dosa adalah bukti ketidaksempurnaan kita. Tapi itu bukan alasan untuk kita berasa lelah dengan kebaikan dan berputus asa untuk berubah ke arah kebaikan. Ada pendosa yang rasa tiada harapan untuk dia kembali ke pangkal jalan. Ada yang malu untuk berubah sebab takut diejek orang. Ada yang putus asa sebab rasa terlalu banyak dosa sampai rasa tiada orang yang lebih jahat darinya hingga dia terus dalam kejahatan disebabkan putus asa untuk jadi baik.
KEBERKATAN ILMU DATANG DARI LIMA PERKARA
Bismillahirahimanirahim. Semasa mukadimah Kitab Adab bersama Ustaz Salahudin Harun Hafizahullahtaala. Ustaz ada berkongsi panduan tentang keberkatan ilmu. Semoga bermanfaat untuk para tholibun ilm. Berikut adalah serba sedikit yang sebab dicatat oleh al faqirah .
TAKDIR ITU ADALAH UJIAN ALLAH SWT UNTUKMU
Kata hikmah dari Sheikh Ibn Athaillah as Sakandari tentang Takdir: "SEHARUSNYA TIDAK MENEKAN (JIWA KAMU) OLEH BALA YANG MENIMPA KAMU KERANA KAMU MENGETAHUI BAHAWA TUHAN MENGUJI KAMU DAN DIA YANG MENIMPAKAN KAMU DENGAN TAKDIR-NYA ADALAH TUHAN YANG BIASA MEMBERIKAN KEPADA KAMU YANG BAIK-BAIK YANG DIPILIH UNTUK KAMU. SESIAPA YANG MENYANGKA TIADA KEHALUSAN HIKMAT PADA TAKDIR YANG MENIMPANYA, ITU ADALAH KERANA SINGKAT PANDANGAN (MATA HATINYA)."
SIBUKILAH HATIMU DENGAN ALLAH BUKAN DENGAN MAKHLUK
Al Allamah al Rabbani Syeikh Abdul Wahhab al Sya'rani pernah mengadu kepada gurunya berkenaan perbuatan manusia yang menyakitinya, lalu dibalas oleh gurunya dengan kalam yang begitu memberi kesan, katanya: “Janganlah engkau sibuk dengan orang yang menyakiti kamu tetapi sibukkanlah dirimu dengan berzikir dan mengingati Allah, nescaya Allah akan menghilangkan gangguan serta fitnah mereka daripada kamu. Sesungguhnya ramai orang telah tersilap dalam perkara ini, lalu mereka menyibukkan diri dengan orang yang menyakiti mereka. Maka semakin berpanjanganlah kesakitan yakni fitnah dan gangguan manusia terhadapnya, tanpa ia sedari dosanya juga semakin bertambah kerana lalai daripada mengingati Allah Taala. Jika mereka kembali menyerah kepada Allah, nescaya Allah Taala sudah mencukupi buat dirinya untuk menyelesaikan dan menghadapi urusan manusia dan Allah akan menghapuskan pengfitnah itu daripadanya”.
HABIB LUTHFI BIN YAHYA; RAHASIA DI BALIK MUKJIZAT DAN KAROMAH
Terdapat dalam manaqibnya Sayyidi Syaikh Abul Abbas al-Mursi dan Sayyidi Syaikh Abil Hasan asy-Syadziliy sebuah hadits Nabi Saw.: الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُاْلأَنْبِيَاءِ (ulama adalah pewaris para nabi). Imam asy-Syadziliy menafsirkan ulama itu ada dua macam; Ulama Shadiqun dan Ulama Shalihun. Yang pertama ulama shadiqun itu al-Auliya mitsl ar-Rusul, para wali seperti para rasul. Yang kedua ulama shalihun itu al-Auliya mitsl al-Anbiya, para wali seperti para nabi.
Subscribe to:
Posts (Atom)