Thursday, April 21, 2016

ISTIQAMAH DENGAN AMAL

Amalan yang dicintai Allah adalah amalan yang berterusan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465; Muslim, no. 783) 

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

Orang yang istiqamah dengan sesuatu amal akan diberi ganjaran pahala ketika terhalang dari melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda:  “Seorang hamba jika dia berada pada jalan yang baik dalam ibadah, kemudian dia sakit, maka dikatakan pada malaikat yang bertugas mencatat amalan, “Tulislah padanya pahala yang sama seperti  yang dia amalkan selalu ketika dia terlepas dari melakukannya  sehinga Aku melepasnya dari sakit atau sehingga  Aku mencabut nyawanya”. (HR. Ahmad, 2: 203. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth menyatakan bahwa hadits ini shahih). 

الْعَبْدَ إِذَا كَانَ عَلَى طَرِيقَةٍ حَسَنَةٍ مِنَ الْعِبَادَةِ ثُمَّ مَرِضَ قِيلَ لِلْمَلَكِ الْمُوَكَّلِ بِهِ اكْتُبْ لَهُ مِثْلَ عَمَلِهِ إِذَا كَانَ طَلِيقاً حَتَّى أُطْلِقَهُ أَوْ أَكْفِتَهُ إِلَىَّ

Moga kita semua dianugerahkan ni'mat istiqamah dan kemanisan ibadah sehingga meraih cinta Allah dan Rasul. (Ustz Mohd Hazri al-Bindany). 

2). PERINGATAN YANG HALUS

Di zaman Khalifah Al-Ma'mun bin Harun al-Rashid kecil, beliau sering dipukul oleh gurunya dengan tongkat tanpa sebarang sebab dan setiap kali beliau bertanya apa salahnya, gurunya mengherdik: "diam", tanpa memberi sebarang jawapan. Setelah berlalu dua puluh tahun, beliau kemudiannya dilantik sebagai khalifah. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah memanggil gurunya dahulu dan bertanyakan apakah sebabnya ketika beliau kecil dahulu beliau sering dipukul. 

Maka gurunya bertanya: "Kau masih belum lupa?" Khalifah al-Ma'mun berkata: "Demi Allah! aku masih ingat". Jawab gurunya: "Aku lakukan itu semua agar engkau ingat bahawa orang yang dizalimi tidak akan lupa dia pernah dizalimi. Oleh itu jangan kamu berlaku zalim kepada sesiapapun kerana kezaliman itu ibarat api yang tidak akan terpadam dalam hati orang yang dizalimi walau bertahun-tahun masa berlalu”. (Ustaz Dr. Nik Roskiman). 

3). MAKSUD MURAQABAH

Muroqabah ada dua iaitu muraqabah an-nafs dan muraqabah al-haq. Muroqabah adalah ism masdar dpd raqaba bermaksud - mengintai/ mengawasi/ memerhati. Kalau ism masdar, bermaksud: pengawasan/ pemerhatian. Muraqabah nafs adalah menilik kpd diri sendiri melihat segala kekurangan diri, melihat sifat2 mazmumah yg ada pd diri, agar dpt diperbaiki dn berubah kpd yg lbh baik. Muraqabah  al Haq adalah muroqabah kpd Allah, cuba2 bawa melihat kpd Allah dgn mata hati, apakah Allah redha atau murka. Teruskan muraqabah hingga terasa zauq yg pelbagai.

Muraqabah adalah sifat ingin utk mengawasi diri  dan melihat kpd Allah, merupakan sifat terpuji utk semua umat islam. Muraqabah dituntut samada bertarekat tasawuf atau tidak. Umpama sifat rajin membaca dan belajar itu sifat terpuji buat semua, tinggal lagi menawarkan untuk masuk sekolah tertentu yang hebat itu bab lain atau mungkin sahaja seseorang itu memasuki sekolah yg hebat tapi tidak memiliki sifat ingin belajar.

4). KISAH IMAM JUNAID AL-BAGHDADI DAN RAHIB

Riwayat dpd Az Zaki Ahmad bin Masud Syidad Al Muqri:(seorang yg thiqah) silsilah sampai Syeikh Muhammad bn Jaafar berkata: Aku pernah bersama imam Junaid Al Baghdadi bermusafir hingga sampai di sinai tempat Nabi Musa bermunajat, kami dapat merasai haibah tempat tersebut, bersama kami ada Qawwal (seorang yg pandai  bersyair sufi). Lalu Imam Junaid menyuruhnya berqasidah dgn syair2. Lalu bersyairlah dgn kata2 yg menggmbarkan keadaan nabi Musa ketika melihat tajalli Ilahi di Bukit Thur Itu.

Maka Imam Junaid mengalami Tawajud (jazbah ahli tasawuf). Kami turut tawajud bersamanya. Sehingga kami tidak sedar, kami merasa berada di langit atau di bumi. Berhampiran dengan kami, ada sebuah pondok yg didiami oleh seorang rahib. Lantas dia memanggil kami “wahai umat Muhammad, demi Allah sahutlah panggilanku”. Kami tidak menyahutnya kerana kami berada dalam keadaan kenikmatan zauq ketika itu. Dia menyeru lagi, “Demi agama yg hanif (suci) sahutlah panggilanku". Kami tidak menyahutnya. Dia menyeru lagi, “Demi Tuhan yg kamu sembah, sahutlah panggilanku" . Tetap kami tidak menjawabnya.

Bila kami telah sedar dari sima’ (zauq dan fana), maka Imam Junaid bercadang ingin turun dan beredar. Kami berkata kepada Al Imam “Sesungguhnya Rahib itu memanggil kita dgn bersungguh bersumpah, kita tidak menjawab pun. Maka kata imam Junaid “Marilah kita pergi kepadanya, mudah-mudahan dia dapat hidayat islam. Kemudian kami pula memanggilnya, lalu dia turun menghampiri kami, dan bertanya: “siapakah guru di kalangan kamu?”

Jawab Imam Junaid: Mereka semua ini adalah asatizah .
Jawab rahib: Mesti ada yg paling besar sekali.
Semua kami menunjukkan kpd Imam Junaid.
Lantas rahib itu bertanya: Beritahu kepadaku apa yg kamu semua lakukan sebentar tadi? Apakah itu amalan khawas dalam agamamu atau amalan biasa umat mu?
Jawab Imam Junaid: Bahkan amalan khawas.
Tanya rahib lagi: Untuk golongan khusus atau awam muslimin?
Jawab Al Imam: Bahkan amalan golongan khawas.

Apa maksud kamu bergerak berdiri tadi ?
Jawab Al Imam: Kerana terlalu berharap dan gembira dengan Allah.
Tanya rahib: Kenapa berlaku sima?
Jawab Al Imam: Perasaan sima' datang dari Allah.
Tanya rahib: Kenapa ada jeritan jazbah?
Jawab Imam: Kerana menyahut seruan ubudiyyah kpd rububiyyah Allah ketika Allah bertanya kpd ruh.

ألست بربكم ..قالوا بلى شهدنا..

Tanya rahib: Suara apakah itu?
Jawab Imam: Itu suara seruan azali.
Tanya rahib: Kenapa kamu duduk pula?
Jawabnya: Kerana takut dpd Allah.
Maka jawab rahib: Kamu benar.
Dan katanya kepada Imam Junaid: Hulurkan tanganmu, sambil barkata:

أنا أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده ورسوله..

Maka Islamlah rahib itu. Maka bertanya Imam Junaid kpdnya. Bagaimana kamu tahu aku seorang yg benar? Jawabnya: kerana sesungguhnya aku pernah membaca dalam Injil  bahawasanya golongan khawas umat Muhammad adalah memakai khirqah (ijazah sanad) memakan kisrah (makanan org miskin), redha dgn susahnya kehidupan, mereka bangun pd waktu yg hening, bergembira deagan Allah, rasa rindu kepadanya dan merasai jazbah tawajud, amat ingin kepada redhanya, takutkan murkanya. Hiduplah rahib itu sekadar tiga hari kemudian dicabut nyawanya oleh malaikal maut.

5). HIKAM KE 23: PERMOHONAN YANG TAK TERHIJAB APABILA HATIMU SEPENUHNYA BERGANTUNG KEPADA ALLAH.

Permintaan tidak akan tertahan, selama engkau memohon (hanya) kepada Allah. Namun, permintaan tidak akan mudah, apabila engkau bergantung pada dirimu sendiri.”  (Syeikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam).

No comments:

Post a Comment