Sungguh kita semua insan yang sangat banyak dosa dan salah dan sungguh kita jugalah orang yang kurang menyedari betapa banyaknya dosa kita. Melakukan dosa adalah bukti ketidaksempurnaan kita. Tapi itu bukan alasan untuk kita berasa lelah dengan kebaikan dan berputus asa untuk berubah ke arah kebaikan. Ada pendosa yang rasa tiada harapan untuk dia kembali ke pangkal jalan. Ada yang malu untuk berubah sebab takut diejek orang. Ada yang putus asa sebab rasa terlalu banyak dosa sampai rasa tiada orang yang lebih jahat darinya hingga dia terus dalam kejahatan disebabkan putus asa untuk jadi baik.
Semua bentuk bisikan ini antara tipu daya iblis untuk terus menyesatkan anak Adam hingga akhirnya seorang pendosa itu semakin tenggelam dalam dosanya dan melakukan lebih banyak dosa dari sebelumnya. Sedangkan dalam Islam, harapan sentiasa ada. Semua orang boleh jadi baik. Semua orang boleh berubah. Ada banyak kisah-kisah perubahan yang luar biasa dan mengagumkan yang tercatat dalam sejarah Islam. Mari saya kongsikan apa yang Allah katakan kepada kita semua, sang pendosa.
Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah s.w.t berkata:
يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي
"Wahai anak Adam, tidaklah engkau berdoa kepadaKu (agar diampunkan dosa) dan berharap kepadaKu melainkan Aku akan ampuni dosamu dan Aku tidak perduli (dosamu yang lalu)."
يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي
"Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu tentu aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli (akan dosamu itu)."
يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
"Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu (tidak mensyirikkan Allah), nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi”. (HR Al-Tirmizi no. 3540).
Subhanallah! Rasailah sendiri betapa besarnya rahmat dan keampunan Allah. Tidak ada orang yang masih berputus asa dengan keampunan dan harapan untuk ke arah kebaikan selepas mengetahui hadith ini melainkan dia pasti dalam kerugian yang besar! Buat kita para pendosa, dosa kita tidaklah sebesar rahmat dan keampunan Allah. Mintalah ampun dan berubahlah, pasti Dia ampunkan dan memimpinmu ke arah petunjukNya.
2). HIDUP MANUSIA CUMA 7 HARI
Al Hayah (Nyawa) yang dipinjamkan ALLAH Azza Wajalla bukan suatu yang untuk disia-siakan, ianya adalah untuk dimanfaatkan. Disebabkan itu ALLAH telah 'menegur' manusia mengenai MASA dan gambaran MASA dengan KERUGIAN amat berkait untuk mereka yang bernyawa. Maka, hidupkanlah Nyawa dengan Iman, Amal Soleh dan berpesan-pesan kepada sekalian manusia untuk sama-sama mencapai Rahmat dan Redha ALLAH.
Hidup manusia 7 hari sahaja. Dari Jumaat bertemu semula Jumaat. Jika tidak bertemu Qiamat Besar, maka akan bertemu Qiamat Kecil, samada Qiamat kecil maanawi (meninggal dunia) atau suri(tidur). Hayatilah teguran ALLAH, railah Sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam, semua itu hanya boleh kita buat di dunia ini sahaja, kerana peluang untuk mengamalkan kedua-dua perkara itu terhenti setelah terpisahnya jasad dengan roh dan nyawa. "Demi MASA, sesungguhnya manusia dalam KERUGIAN. Kecuali Mereka yang Beriman Dan Beramal Soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
3). SELAWAT MASYISY
Selawat Ibn Masyisy merupakan salah satu amalan rutin Thariqah al-Syadzilliyyah. Syaikh Isa al-Tsa’alabiy dan Syaikh Ahmad al-Babiliy mengatakan: “Selawat Masyisiyyah diamalkan satu kali setiap selesai melakukan solat Subuh dan satu kali setelah selesai melakukan solat Maghrib. Sebagian ulama lain mengatakan dibaca setelah solat Subuh, solat Maghrib dan solat Isyak, masing-masing sebanyak 3 kali. Lafaz Shalawat Ibn Masyisy adalah seperti berikut :
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مَنْ مِنْهُ انْشَقَّتِ اْلاَسْرَارُ .وَانْفَلَقَتِ اْلاَنْوَارُ . وَفِيْهِ ارْتَقَتِ الْحَقَائِقُ . وَتَنَزَّلَتْ عُلُوْمُ آدَمَ فَاَعْجَزَ الْخَلاَئِقَ . وَلَهُ تَضَاءَلَتِ الْفُهُومُ فَلَمْ يُدْرِكْهُ مِنَّا سَابِقٌ وَلاَ لاَحِقٌ . فَرِيَاضُ الْمَلَكُوْتِ بِزَهْرِ جَمَالِهِ مُوْنِقَةٌ . وَحِيَاضُ الْجَبَرُوْتِ بِفَيْضِ اَنْوَارِهِ مُتَدَفِّقَةٌ . وَلاَ شَيْئَ اِلاَّ هُوَ مَنُوْطٌ اِذْ لَوْلاَ الْوَاسِطَةُ لَذَهَبَ كَمَا قِيْلَ الْمَوْسُوْط . صَلاَةً تَلِيْقُ بِكَ مِنْكَ اِلَيْهِ كَمَا هُوَ اَهْلُهُ . اَللَّهُمَّ اِنَّهُ سِرُّكَ الْجَامِعُ الدَّالُّ عَلَيْكَ وَحِجَابُكَ اْلاَعْظَمُ اْلقَائِمُ لَكَ بَيْنَ يَدَيْكَ . اَللَّهُمَّ أَلْحِقْنِى بِنَسَبِهِ . وَحَقِّقْنِىْ بِحَسَبِهِ . وَعَرِّفْنِىْ اِيَّاهُ مَعْرِفَةً اَسْلَمُ بِهَا مِن مَوَارِدِ الْجَهْلِ . وَاَكْرَعُ بِهَا مِنْ مَوَارِدِ الْفَضْلِ . وَاحْمِلْنِىْ عَلَى سَبِيْلِهِ إِلَى حَضْرَتِكَ حَمْلاً مَحْفُوْفًا بِنُصْرَتِكَ . وَاقْذِفْ بِىْ عَلَى الْبَاطِلِ فَأَدْمَغَهُ . وَزُجَّ بِىْ فِيْ بِحَارِ اْلاَحَدِيَّةِ . وَانْشُلْنِيْ مِنْ اَوْحَالِِ التَّوْحِيْدِ . وَأَغْرِقْنِيْ فِيْ عَيْنِ بَحْرِ الْوَحْدَةِ حَتَّى لاَ أَرَى وَلاَ اَسْمَعَ وَلاَ اَجِدَ وَلاَ اُحِسَّ اِلاَّ بِهَا . وَاجْعَلْ حِجَابَ اْلاَعْظَمَ حَيَاةَ رُوْحِىْ وَرُوْحَهُ سِرَّ حَقِيْقَتِىْ وَحَقِيْقَتَهُ جَامِعَ عَوَالِمِيْ بِتَحْقِيْقِ الْحَقِّ اْلاَوَّلِ . يَا اَوَّلُ يَاآخِرُ يَاظَاهِرُ يَا باَطِنُ . اِسْمَعْ نِدَائِى بِمَا سَمِعْتَ بِهِ نِدَاءَ عَبْدِكَ زَكَرِيَّا . وَانْصُرْنِيْ بِكَ لَكَ . وَاَيِّدْنِيِْ بِكَ لَكَ . وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَكَ وَحُلْ بَيْنِىْ وَبَيْنَ غَيْرِكَ . اَللهُ اللهُ اللهُ . إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآَنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ . رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً . إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا . صَلَوَاتُ اللهِ وَسَلاَمُهُ وَتَحِيَّاتُهُ وَرَحْمَاتُهُ وَبرَكَاتُهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ . وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الْمُبَارَكَاتِ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .
" Ya Allah, Ya Tuhanku berikanlah selawat yakni rahmat yang disertai ta’zhim atas manusia (Nabi Muhammad) yang dari dirinya telah terbuka segala rahasia, terbit semua cahaya, zhahir seluruh hakikat dan telah turun kepadanya pengetahuan Nabi Adam yang menyebabkan lemahnya para malaikat untuk mengetahuinya. Kecerdasan makhluk menjadi sangat kerdil untuk memahaminya. Makhluk yang terdahulu dan terkemudian tidak mampu menemukan hakikatnya. Kebun alam Malakut (Arsy, kursiy) dengan cahaya keindahannya menjadi penghias ketakjuban tak ubahnya bagaikan bunga di kebun yang indah. Telaga Jabarut dituangkan dengan sebab melimpahnya cahaya beliau. Tidak ada sesuatu apapun di alam nyata dan alam ghaib melainkan tergantung keberadaannya dengan diri Nabi Muhammad.
Beliaulah yang menjadi perantara. Sebagaimana dikatakan jika tidak ada al-Wasithah (perantara), maka tidak akan ada al-Mausuth (alam nyata dan alam ghaib). Ya Allah berikan selawat dari-Mu kepada Nabi Muhammad sebenar-benar selawat yang layak buatnya sebagaimana beliau merupakan orang yang layak menerimanya. Ya Allah, sesungguhnya beliau adalah rahasia Engkau yang tersembunyi yang terkumpul pada diri beliau segala ilmu dan pengetahuan, yang menunjuki makhluk kepada jalan Engkau. Beliau juga merupakan Hijab Engkau yang paling besar (tidak ada yang bisa sampai kepada Allah tanpa perantara Nabi Muhammad). Beliau yang mengabdikan dirinya untuk-Mu dalam mengajak makhluk kepada jalan-Mu. Ya Allah, Ya Tuhanku sampaikanlah diriku kepada nasabnya (agama yang dibawa). Berikanlah aku kuniaan mendapat kemuliannya dengan akhlak yang terpuji.
Berikanlah aku ma’rifah tentang beliau yang menyebabkan diriku selamat dari sumber mata air yang mengandung racun kebodohan. Dengan sebab ma’rifah tersebut aku dapat meneguk air dari sumber mata air keutamaan. Posisikanlah aku di atas jalannya menuju Engkau dalam sebenar-benar posisi yang dikelilingi pertolonganmu. Jauhkanlah diriku dari kebatilan sehingga aku dapat menghancurkan kebatilan tersebut. Masukanlah diriku dalam lautan tauhid al-Ahadiyyah (fana dari yang selain Allah) dan cabutlah diriku dari lumpur tauhid, tenggelamkanlah aku dalam hakikat lautan al-Wahdah (maqam Baqa) sehingga aku tidak boleh melihat, tak boleh mendengar dan tak boleh merasakan kecuali dengannnya.
Ya Allah, jadikanlah Hijab al-A’zham yakni Nabi Muhammad sebagai kehidupan bagi ruhku, jadikanlah ruh beliau menjadi rahasia hakikatku, dan jadikanlah hakikat diri beliau menjadi hakikat jiwa ragaku. Dan hakikat dirinya menjadi suluruh bagian hidupku dengan penegasan perjanjian pertama bersama Allah al-Haq yang pertama kali. Ya Awwal, Ya Akhir, Ya zhahir, Ya Batin, kabulkanlah segala permohonanku sebagaimana Engkau kabulkan doa hamba-Mu Nabi zakariya. Berikanlah aku pertolongan dengan kekuatan-Mu untuk berada pada jalan-Mu, hilangkanlah segala kelalaianku yang menyibukan diri dari Engkau. Ya Allah, ya Allah, Ya Allah. (Mohd Hazri al-Bindany).
4). MURAQABAH YANG TIDAK TERHALANG OLEH SESUATU APA-APAPUN SELAIN DIA
“Jangan menunggu hingga selesai semua gangguan makhluk, sebab yang demikian itu akan menghalangimu dari muraqabah (mengawasi diri) kepada-Nya. Padahal Dia yang menempatkanmu disana”. (Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam).
No comments:
Post a Comment