Kita sebenarnya dapat banyak kebaikan dari musibah yang menimpa kita. Dan kita hanya menyedari kebaikannya selepas suatu tempoh yang agak lama. Hanya orang yang berlapar yang tahu betapa nikmatnya kenyang. Hanya orang yang sakit, tahu betapa beruntungnya ada nikmat sihat. Hanya apabila kita sibuk, kita akan menghargai masa lapang. Bila kita dalam kesusahan, barulah kita sedar nikmat kesenangan. Sebenarnya dengan musibah, kita belajar untuk lebih bersyukur dan menghargai apa yang kita pernah ada. Kerana musibahlah, kita belajar banyak perkara dalam hidup ini. Sungguh, musibah adalah pelajaran yang sangat berguna.
2). PERBANYAKKAN SELAWAT
Daripada Ubai bin Kaab, katanya: Adalah Rasulullah apabila sampai satu pertiga malam, baginda pun bangun lalu bersabda: “Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) diikuti peristiwa dahsyat, (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut)”. Aku berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?”
Baginda menjawab: “Seberapa banyak kamu kehendaki”. Aku bertanya lagi: “Satu perempat?” Baginda menjawab: “Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu”. Aku bertanya lagi: “Bagaimana jika separuh?” Baginda menjawab: “Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi: “Bagaimana jika dua pertiga?” Baginda menjawab: “Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi: “Bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepadamu?” Baginda menjawab: “Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”.
3). ANAK PEREMPUAN PENGHALANG API NERAKA
Bismillahhirrahmanirrahim
عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ فَصَبَرَ عَلَيْهِنَّ وَأَطْعَمَهُنَّ وَسَقَاهُنَّ وَكَسَاهُنَّ مِنْ جِدَتِهِ كُنَّ لَهُ حِجَابًا مِنْ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Uqbah bin 'Amir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memiliki tiga orang anak perempuan, lalu ia dapat bersabar dalam mengurus mereka, memberinya makan, minum serta pakaian kepada mereka dari usaha jerih payahnya, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka di hari Kiamat kelak." (HR Ibnu Majah No: 3659).
No comments:
Post a Comment