Kitab Hikam adalah sebuah kitab tasawuf yang masyhur di dunia. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ibnu Athaillah As Sakandari, seorang ulama besar tarekat Syadziliyah di Mesir. Matan2 dalam kitab Hikam ini telah disyarah oleh ulama 2 besar seluruh dunia. Kini di Malaysia, antara ulama yang aktif mensyarahkan kitab Hikam ialah Sahibus Samahah Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri. Dalam sejarah di Nusantara terdapat dua syarahan kitab Hikam yang masyhur oleh dua orang ulama yang masih dirujuk hingga hari ini. Ulama tersebut ialah Kyai Soleh Darat di Semarang dan Tok Pulau Manis di Terengganu.
Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah dilahirkan sekitar tahun 1650an. Beliau adalah ulama tarekat Syatariah & penasihat serta bapa mertua kepada Sultan Zainal Abidin I, Terengganu. Beliau belajar agama di Aceh dengan Syeikh Abdur Rauf As Sinkili (Mufti Aceh). Kemudian beliau belajar agama di Mekah dengan ramai ulama antaranya Syeikh Ibrahim Al Kurani. Beliau juga masyhur dikenali sebagai Wali Allah di Terengganu dengan pelbagai kisah tentang karomahnya.
Kyai Soleh Darat atau nama sebenarnya Syeikh Muhammad Soleh bin Umar adalah seorang ulama besar bertarekat Qadiriyah Wan Naqsyabandiyah di Semarang. Beliau juga masyhur dengan panggilan Mahaguru Para Ulama kerana ramai ulama besar Tanah Jawa adalah anak muridnya. Antaranya ialah Kyai Hasyim Asy'ari (pengasas Nahdatul Ulama), Kyai Ahmad Dahlan (pengasas Muhammadiyah), Syeikh Mahfuz At Tarmasi (ulama pakar hadith) & ramai lagi (Hasanuddin Yusof, Maktab Penyelidikan, Tamadun Islam Nusantara).
2). DAI-DAI MUDA YANG PANDAI BERMAIN KATA-KATA
Akan bermunculan di zaman yang penuh dengan fitnah, yaitu Dai-dai muda yang pandai dalam bermain kata-kata dan mereka berbicara dengan meniru perkataan generasi terbaik, yaitu generasi Rasulullah s.a.w dan para sahabat-nya radliyallaahu anhum. Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Suwaid bin Ghafalah, ia berkata, “Ali radliallahu 'anhu berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah s.a.w Bersabda:
يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ حُدَثَاءُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقُولُونَ مِنْ قَوْلِ خَيْرِ الْبَرِيَّةِ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَا يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ
"Di akhir zaman nanti, muncul suatu kaum, mereka berusia muda, akal mereka bodoh, menirukan kata-kata manusia terbaik, mereka terlepas dari islam seperti anak panah terlepas dari busurnya. Iman mereka tidak malampaui tenggorokan".
Rasulullah s.a.w sudah jauh-jauh memperingatkan kita akan munculnya pemuda-pemuda yang kurang akalnya dan pandai berkata kata dengan meniru perkataan manusia terbaik. Maka kita harus waspada terhadap pemuda-pemuda bodoh tersebut, bisa jadi mereka selalu berbicara dengan gaya bahasa Al-Qur'an dan hadits dan meniru perkataan generasi terbaik umat ini, namun Rasulullah s.a.w mengatakan dengan tegas bahwasanya mereka terlepas dari islam seperti anak panah terlepas dari busurnya dan Iman mereka tidak malampaui tenggorokan. Semoga kita senantiasa dijauhkan dari fitnah Dai-dai muda yang bodoh dan kurang akalnya. (Abu Muhammad Al-Maduri).
3). AGAR DIJAUHKAN DARI MUSIBAH DUNIA DAN AZAB NERAKA
يَا مَنْ أَظْهَرَ الْجَمِيلَ، وَسَتَرَ الْقَبِيحَ، وَلَمْ يُؤَاخِذْ بَالْجَرِيرَةِ، وَلَمْ يَهْتِكِ السِّتْرَ، وَيَا عَظِيمَ الْعَفْوِ، وَيَا حَسَنَ التَّجَاوُزِ، وَيَا وَاسِع َالْمَغْفِرَةِ، وَيَا بَاسِطَ الْيَدَيْنِ بِالرَّحْمَةِ، وَيَا سَامِعَ كُلِّ نَجْوَى، وَيَا مُنْتَهَى كُلِّ شَكْوَى، وَيَا كَرِيْمَ الصَّفْحِ، وَيَا عَظِيمَ الْمَنِّ، وَيَا مُقِيلَ الْعَثَرَاتِ، وَيَا مُبْتَدِئاً بِالنِّعَمِ قَبْلَ اسْتِحْقَاقِهَا، يَا رَبِّي وَيَا سَيِّدِي وَيَا مَوْلَايَ وَيَا غَايَةَ رَغْبَتِي، أَسْأَلُكَ أَنْ لَا تُشَوِّهَ خِلْقَتِي بِبَلَاءِ الدُّنْيَا وَلَا بِعَذَابِ النَّارِ .
“Wahai Yang menampakan keindahan dan menutupi keburukan, Wahai Yang tidak tergesa-gesa dalam menjatuhkan hukuman atas suatu kesalahan, dan juga tidak menyebar luaskan ke-aib-an hambaNya, Wahai Yang Maha Pemaaf dan Pengampun, Yang sentiasa sedia dengan rahmat, Wahai Yang Maha Mendengar setiap bisikan rintihan dan Tempat melimpahkan segala keluhan, Wahai Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Amat besar anugrahNya, Wahai Yang Maha menepis segala ketergilinciran, Yang memberikan kenikmatan sebelum diminta, bahkan sebelum hambaNya berhak untuk mendapatkannya.Wahai Tuhanku, Wahai Junjunganku, Wahai Penolongku, Wahai Puncak Tujuanku, aku memohon kepadaMu janganlah Engkau hinakan diriku dengan mushibah dunia dan azab neraka. Kabulkan ya Rabbi. (Mohd Hazri al-Bindany).
4). SIMTHUDDURAR
kalam Al Habib Ali Bin Muhammad Al Habsyi: “Jika sesorang menjadikan kitab Maulidku (Simthuddurar) sebagai salah satu wiridnya atau menghafalnya, maka sirr (rahasia) Rasulullah SAW akan nampak pada dirinya”. Suatu ketika Al Habib Ali berkata: Aku yang mengarangnya dan mendiktekannya, namun setiap kali kitab itu dibacakan kepadaku, maka dibukakan bagiku pintu untuk berhubungan dengan Rasulullah SAW. Pujianku terhadap beliau dapat diterima oleh masyarakat. Ini karena besarnya cintaku kepada beliau, bahkan dalam surat-suratku, ketika aku meyifatkan Rasulullah SAW, Allah SWT membukakan padaku susunan bahasa yang tidak ada sebelumnya. Ini adalah ilham yang diberikan Allah kepadaku. (Sidi Abu Dhiya).
Bila menilai manusia dengan penuh kesempurnaan maka kamu akan kecewa bila melihatnya melakukan kesilapan.
Bila kaamu menilai manusia tidak pernah sempurna maka kamu akan kagum kesungguhannya membetulkan kesilapan.
Rasulullah s.a.w bersabda :
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ.
“Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat”
Abu hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَذَهَبَ اللهُ بِكُمْ، وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ، فَيَسْتَغْفِرُونَ اللهَ فَيَغْفِرُ لَهُمْ»
Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tidak melakukan dosa, pasti Allah akan membinasakan kamu. Kemudian Allah akan menggantikan dengan kaum yang melakukan dosa lalu mereka memohon keampunan Allah, lantas Allah mengampunkan mereka. (HR Muslim).
Yakinlah bahawa setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Kekecewaan kita akan terhasil atas perhatian dan pengharapan kita yang terlalu tinggi kepadanya.
No comments:
Post a Comment