Monday, January 14, 2013

KISAH KISAH YANG AKU TANGISI

Bila aku membaca sirah-sirah Rasulullah S.A.W yang dibaling batu oleh penduduk kota Thaif bertalu-talu sehingga berdarah ketika ingin menyebarkan agama Islam, aku menangis. Bila aku baca sirah Rasulullah S.A.W dibaling batu oleh Utbah Abu Waqqas ketika perang uhud sehingga patah gigi banginda Nabi S.A.W aku menangis.

KONSPIRASI MENJATUHKAN KHALIFAH UTHMANIAH

Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Al-Marhum Khalifah Abdul Hameed ll Bin Sultan Abdul Majeed Khan telah dilantik menjadi Khalifah Kerajaan Uthmaniyyah dengan disertai bai'ah oleh umat Islam. Beliau berusia 34 tahun ketika itu. Khalifah Abdul Hameed menyedari, sebagaimana yang beliau nukilkan di dalam catatan hariannya, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam.

AZAN MERDU YANG TIDAK DIDENGARI PENDUDUK LANGIT

Merdu itu bukan menjadi ukuran bagi “Azan”. Zaman sekarang ramai yang berlumba-lumba nak tunjukkan azan siapa lagi merdu dan lunak. Tidak kurang juga yang merakam laungan azan diri sendiri dan post ke media sosial untuk mendapatkan perhatian orang ramai dan pujian bahwa dia memiliki suara merdu dalam melaungkan azan. 

WANITA PALING MALANG?

Isteri Nabi Luth A.S dan isteri Nabi Nuh A.S tidak beriman kepada Allah SWT walaupun suaminya seorang Nabi dan Rasul. Sedangkan isteri Firaun Siti Asiah beriman kepada Allah SWT walaupun suaminya fir'aun yang zalim yang mengaku Tuhan.

JIN IFRIT MENCURI CINCIN NABI SULAIMAN

Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang kotor seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

IBNU SINA - BAPA PERUBATAN DUNIA

Diceritakan bahawa pada sekitar abad ke-9 Masihi, seorang anak muda telah dilahirkan di Bukhara, yang kemudiannya akan menggegarkan persada ilmu untuk beberapa abad lamanya. Menurut alim ulama, ilmuwan dan pendidiknya, anak muda ini dikenali sebagai si genius yang aneh.

SI PEMBENCI MAULID NABI MUHAMMAD SAW

Kisah ini bermula dari Sayyid Alawi, Sayyid Alawi dari Ayahandanya Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani. Ketika Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani menghadiri peringatan Maulid Nabi Muhammad saw di Baitul Muqaddas Palestin. 

PELACUR SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Al-Alim Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Arif Billah Al-Syam Sayyid As-Syeikh Badruddin Al-Hasani, seorang ulama besar Hadith sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.

SRIKANDI PALESTIN

Di Palestin, Wanita berlumba melahirkan generasi mujahidah. Mereka bangga, dari rahimnya lahir pejuang-pejuang yang mati syahid...

DHUL-QARNAYN-ZULKARNAIN-ISKANDAR ZULQARNAIN

Dialah Raja Muslim yang sangat berkuasa namun soleh. Daerah taklukannya membentang dari bumi bahagian barat sampai timur. Ia mendapat gelaran Iskandar “Zulkarnain”". Zul"ertinya “mempunyai”, Qarnain, artinya “Dua Tanduk”. Maksudnya, Iskandar yang mempunyai kuasa antara timur dan barat.