Isteri Nabi Luth A.S dan isteri Nabi Nuh A.S tidak beriman kepada Allah SWT walaupun suaminya seorang Nabi dan Rasul. Sedangkan isteri Firaun Siti Asiah beriman kepada Allah SWT walaupun suaminya fir'aun yang zalim yang mengaku Tuhan.
Jangan sesekali kita labelkan seorang wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami hanya kerana suaminya tidak baik, dan jangan salahkan suami kalian jika kalian jahil, Allah yang mengaturkan jodoh dan pertemuan dengan terselitnya hikmah di setiap pertemuan kita dengan seseorang.
Masing-masing mempunyai akal, Iman seseorang isteri bukan terletak pada suaminya, Takkan lah kalau suami kalian tidak taat pada Allah, Kalian pun ikut tidak taat pada Allah, Memanglah suami itu imam dan juga pembimbing kamu tapi,Cubalah belajar dari kisah Asiah isteri Firaun. Walaupun beliau mendapat suami yang ZALIM tetapi itu tidak menjadikan beliau seorang yang zalim, Acuan kamu bukan suami tentukan Tetapi kamu sendiri yang tentukan.
Mungkin saya tiada PhD seperti Prof Muhaya dan mungkin beliau adalah pakar motivasi yang menjadi rujukan orang ramai, Tetapi dalam hal ini saya tidak bersetuju dengan beliau , Statement sedemikian akan membuat seorang wanita yang merasa dirinya salah pilih suami menjadi tidak bersyukur dan bukannya bersabar.
Nasihat saya buat para isteri kalau kalian sakit hati dengan suami, banyak doakan dia. Doakan kesalahan dia pada Tuhan. Seburuk mana pun dia, Dia tetap suami kamu, Sebab suami lah Allah beri rahmat dan melindungi isteri. Belajarlah dengan para isteri nabi, malah asiah isteri Firaun.
Mengeluh dan berkeluh kesah tidak akan menjadikan suami kamu seorang yang soleh, Jika dia tidak mengajakmu kepada ke arah kebaikan dan ibadah, Maka lakukan segala hal kebaikan di depannya, Bangun 1 atau 3 malam tadahkan tangan berdoa dan merayu pada Allah agar berikan Taufik dan Hidayah buat suami kalian.
Siapa tahu andai saja suami kalian melihat perbuatan itu, Allah melembutkan hatinya dan menggerakkan hatinya dengan tersentuh atas kesabaran dan ketaatan kalian walaupun dia tahu dia jahat.
Para isteri yang meletakkan sepenuh tangan dan hati pada Allah. mereka itu menjadi asbab Allah membantu perjuangan suami mereka, atas ketaatan dan keredhaan mereka sebagai isteri.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment